Sunday, October 31, 2010

Bulat



Kalau sudah bentuknya bulat .. camna nak diubah lagi? Bulat tetap bulat tidak akan jadi bersegi. Maka, terima shj lah yg bulat ini. Seadanya.




Bagaikan pesta ..

Bagaikan pesta. Majlis Resepsi Perkahwinan anak buah aku yg diadakan di Tmn Tasik Titiwangsa malam Sabtu lepas meriah dgn mcm-mcm acara. Dgn tarian tradisional, dendangan lagu-lagu dr penyanyi tempatan, kugiran, showtime by the Paperdolls group dan pertunjukan bunga api. Aku terpikir, bape RM la sepupu aku spend utk kawinkan anak dia ni. Dah 3 org anak dia kawin, tiga-tiga aku attend, tiga-tiga grand. Kalau dah berduit .. 



yg len lum sampai. Alone. Hehe ..


Anak buah dn mak buah


Aiman n cousins.  Tu .. pengantin tgh mkn. 

Sampai dah pengantin. Ambek gmbr kt skrin je.
Segan nak jdi paparazzi. Hehe ..

Pengantin lelaki anak buah aku ..


Acara potong kek diiringi lagu Terima Kasih Cinta
Romantik habis sore penyanyi tu.  Ambek gmbr kt skrin gak la ye. 
Segan aku nak ke depan. Hehe ..


With my darling
Dia kenal anak buah aku rupanya. 
Alahai .. keciknya dunia.




Segala macam rasa ..

Antara nikmat Tuhan yg paling besar pada hambanya adalah mengkurniakan kita dengan berbagai-bagai rasa. Sedih, suka, duka, marah, gembira dan bahagia. Last week was fantastic. My life was filled with all the 'rasa'. Complete. Alhamdulillah .. Tuhan syg aku, kan. 


Masih cuba senyum walau sedih,
walau ada yg komplen tak cukup manis. Hehe ..


Ni lagi teruk. Mekap tak de, senyum jauh sekali. 

Things learned from last week incident :-
Be more and more careful kerana kehilangan itu sgt-sgt mnyakitkan.
Families, relatives n frens, u light u my life, tdk mahu kehilangan kamu semua .. includes u, yg sedang membca n3 ini.

My pray for u .. May u have a good n exciting week. Semoga kita sentiasa dirahmati dan berada dibawah kasih sayang Allah S.W.T. Amin.






Restukan saja ..

Tiga minggu berturut-turut aku attend wedding reception. Aku ni kdg-kdg sensitif tak kena tmpat. Org lain yg kawin aku lak yg sebak + terharu. Mcm aku yg kawen. Hehe ..

In order to build a marriage, 'parents blessing' are very important. Dan kalaupun ada yg kawin tanpa restu ... kerana hal-hal yg tak dpt dielakkan, aku rasa selepas-selepas tu ... y not we clear the situation? Takkanlah kita nak terus bersengketa, berbalah sampai hidup anak kita berpecah belah? Apa satisfaction yg kita dapat?  This is very selfish lah.

I strongly dont agree with people who use their emotion in handling conflicts in life. Rasionalnya, lebih baik kita restukan sj mereka itu even buruk sgt org baru tu di fikiran kita. Kalau buruk dia di pandangan kita, y not kita doakan dia agar dia jadi lebih baik, more than what we expect instead of kita singkirkan dia. After all, the 'akad' has been done. The connection was build. Nobody can deny that. Bukankah bila anak kita bahagia, kita pun turut gembira?

Aku simpati lah. Dua org yg saling mencintai terpisah tanpa rela. Put ourself in their shoes. Sedih, kan. Haih .. mula lah aku nak pandang 10 tahun ke hadapan ni. Apapun, aku doakan yg baik-baik je lah utk diaorg-diaorg ni. Semoga Allah membuka lebih byk pintu dan ruang damai buat mereka. Amin.


Friday, October 29, 2010

Yeay .. yeay .. it's saturday.

Yeay .. yeay  it's Saturday. Korang wat pe eh wiken ni? M working on Saturday. Mlmnya ada wedding dinner. Pagi Ahad pulak akan dimulakan dgn melompat gedik-gediks .. lagi. Hehe ..



Kelas hari Jumaat. Impian utk beraerobik at least 3 x a week dh tercapai. Sempat lagi aku meluangkan masa utk diri sendiri walaupun terkejar-kejar. Hepi lah. Hehe ..

Hepi wiken to all of u  .. my dear lovely readers.
Appreciate support given on my blog yg tak seberapa ni. Tqvm. 




Tempat tinggal aku ..

Kawan-kawan aku kata rmh aku jauh .. diaorg kata aku duduk kat tmpt jin bertendang. Nak sampai rmh aku kena tempuh  estet sawit dulu. Watever lah .. Aku wat 'dek' je. No hal la benda-benda tu kat aku. Yg penting hepi. . Hehe ..


Tgk tu .. lbh kurang 30 minit ke Mont Kiara, Bt. Caves, Cheras,
TTDI, 1 Utama, Ikea, The Curve.
That's y la aku suka sopink kat tmpt2 tu.
Aku gi rmh Kak Nani dn HZ kat Bkt Jelutong 20 minit je.
Aku gi rmh kekanda kt Sunway Kayangan 15 minit je.
Aku gi Kuala Selangor 30 minit je.
Every morning aku kuar rmh kul 8.20 b4 9 sampai opis.

Mana ada jauh, kan. Dah 6 tahun aku duduk sini. So far, aku hepi. Tenang dn aman kat sini. Kemudahan asas sume ada. Paling penting, tidur mlm aku lena. Hehe ..




Thursday, October 28, 2010

Sesekali kita bertradisional la pulak ....

Dulu aku penah mention tentang bulan-bulan yg istimewa dlm famili aku. Kwn-kwn yg baru dtg ke blog aku ni blurr eh .. haha. Dont be kuwatir .. aku takkan biarkan korang terpinga-pinga, u can read it here. Hehe .. Jap-jap haha .. jap-jap hehe. Sukati aku je nak gelak camna, kan. Hahaha ..

Perasan tak tiap kali birthday mesti ada kek. Tpi kakak aku ni awal-awal dh ckp takmo kek masa birthday dia. Aku pun mula la brfikir .. how to make her and family hepi during her birthday. At last dapat idea y not buat pulut kuning berhias for her. Sesekali bertradisional, apa la salahnya, kan. Hehe ..

Mama buatkan pulut kuning, aku beli bunga icing dn lilin, my SIL kak ngah tolong hias. Kalo bergabung, mesti hasilnya meletop. Kan korang kan .. Hehe ..

Pulut kuning + rendang daging, laksa, mee goreng,
sate ayam, pizza
Teh tarik dn fruit juice

My sister (Ky), anak dia dn anak buah
Garang weih Ky ni
Masa sekolah dulu kalo result exam teruk, sure kena
sound dgn dia.

Pulut kuning dlm proses utk dibedal. He2 ..



Kita hidup macam rantai ..

Kita hidup macam rantai. Walau tak saling mengenali, but we do contribute to each other. Tanpa disedari, we have build a connection within us.

Betul, kan. When i post this n3, after a while, i can see those who are in my follower's list started reading and following them. Baguih la hang pa ni. Dgr cakap. Hehe ..

Same when Hanis Zalikha dan En. Ben highlighted me in their blog. Yg aku p kat diaorg, yg diaorg mai kat aku. But off course impak yg 'diaorg mai kat aku' lagi besaq. Blog depa kan hot n  femes. Blog aku?? Sejuk cam air dlm lemari es ada le. Hehe ..

No matter what the argument is, hakikatnya kita telah membina satu jambatan hubungan antara kita tanpa kita sedari. We are connected. We helped each other. Betul tak?


p/s :- this is more fun dari making money. hehe ..


Singapore .. Singapore ..

Singapore .. Singapore .. Singapore ..
Kota Singa

Jumpa di Ritz-Carlton Millenia Singapore this year end. Mau follow anyone? Jom. Lagi ramai lagi meriah. Bila lagi nak dating sama-sama, kan. Hehe ..



Wednesday, October 27, 2010

This woman got magic touch

This woman got magic touch. She is Jun. Bkn bulan Jun tau, nama glamer dia Jun. Hehe .. Apa yg dipegang sumenya menjadi. So far, puas ati dgn hasil 'kerastangan' dia. She and her hasil kerja tangan was highlighted on TV that day. Kakchik tgk ari tu Jun. Hehe ..

Me and Jun
lama sungguh n3 ni duk dlm draft
Sori Jun. Hehe ..

1 of the 'items' ordered from her.
Percaya tak aku dah order 3 set Allah-Muhammad ni dari dia?
Buat hadiah org kawin .. hadiah kat mak ...
utk diri sendiri jugak. 
Hehe ..


p/s : Gi la usha blog dia .. tp jgn borong hbis tau. simpan utk aku sikit. hehe ..


Sad .. so sad.

Tu je nak cakap. Very sad. Walaupun ada sikit masa utk blogwalking sebelah petang, but the mood is not with me. Ada 2, 3 blog je aku 'terpegi' petang ni. Very sad lah.





Tuesday, October 26, 2010

Bariani ..

Bangga jadi 'Malaysian'. Malaysia unik. Antara makanan kesukaan berbilang kaum di Malaysia ialah Nasi Bariani. Seriously, aku bkn suka sgt mkn nasi kaler-kaler or nasi cantek nih. Mkn nasi puteh panas-panas dgn sambal belacan + ikan goreng garing-garing + ulam lagi best.

Tapi JM  Bariani ni aku boleh layan. 
Mkn nasiknya shj tanpa lauk pun dah sedap.
Nasik nya peroi dan cantek ..
Tambah Kambing Bariani ?
Tambah Ayam Goreng ?
Mkn lak dgn Dalca dn Acar buah ?

Sila bayangkan. 
Tak yah susah-susah la.
Tgk je kat sini.

Selamat Menjamu Mata.
Hehe ..






Mana-mana pun boleh ...

Hidup kena flexible, kena pandai bawak diri. Kalau lunch tadi di Damansara Perdana, dinner aku kat sini bertemankan Aiman dn Mary.

Mcm-mcm cara ... mcm-mcm ada ..

Mary with her tomyam kelapa, mine spicy mushroom soup
Nice or not?? Not bad lah ..

Kenyang perut senang hati. Hehe ..



Buat Juliet yg manis ...

Hai manis. Thanks for your interest in me. Terasa diri begitu berharga. Chewah .. perasan!! hahaha .. Juliet syg, akak dah answer this tag earlier.

Juliet  baca kat sini ye. I have written more than 25 points about myself. It's not difficult for you to love me or hate me. Just read my blog then Juliet n the rest will find the answer. Bcos this blog is only about myself .. my family .. and myself again. Hehe ..

Tapi lupa nak bagitau .. 

i cerewet. masuk 10 kedai kasut, lum tentu 1 kasut pun i berkenan. So, dont follow me sopink ok. nnti u boring. Hehe ..


rabun. mula pakai cermin mata umur 12 tahun. Saje je tgk tv dekat-dekat. sbb  masa tu kita rasa pakai cermin mata lawa!! hahaha .. bengong, kan?? Sejak mkn Byoung, power kita dh byk improve.


kdg-kdg kelam kabut. nak pulak kalau keja tgh byk. hehe ..


Cukup lah Juliet ye. Tolak, campur, kali, bahagi .. dh lebih dari 25 nih. Hehe ..








Monday, October 25, 2010

Monday blues...

Wake up in the morning, kepala ting .. tong sikit lah .. rasa nak sambung tidur. Tapi aku kuat semangat weih. Bangun mcm biasa pastu siap-siap jumpa Tuan Doktor dulu. The journey was good tapi smpai je Jln Kuching ? Alahai .. boring aku. Pas dah satisfied with the health condition, baru gi keja. Seharian lah rasa sebal .. sbb kepala ting .. tong .. kot? Hehe ..

Ni mlm. Dah siap-siap nak ke sini.
My handsome boy terus sound ..
Mama nak gi aerobik ke mana nih? Lawa sgt ??
Pdhal bedak pun aku tak pakai .. hehe ..

Dah habis aerobik, kita check Body Fat .. 
The class was good and enjoysss ..
30 minutes aerobic step, 15 minutes Latin, 15 minutes Yoga
Yoga betul-betul segarkan minda aku yg tgh serabut
No wonder certain people loves Yoga so much

Masa utk zzz ..
Serabai kan aku? Hehe ..



p/s : telefon canggih tak da makna kalo tak tau guna. Punya la blurr gambar!! Haha ..

Buat yang terluka ..

Masa blogwalking, terjumpa ramai yg terluka, especially blog perempuan and being org yg peka dan prihatin dgn surroundings, aku pun rasa sakitnya. Susah gak jadi org sentimental ni eh.  Tu pasal la aku tak suka tengok cite Hindustan lah .. cite sedihlah .. terganggu emosi aku babe. Hehe ..

Buat yang terluka  .. cepat bangun. Jgn terus 'down'. It's not easy but u must fight. Be a 'fighter'. Kita tak byk pilihan, either kita terus down or bangun dan jadi lebih kuat. Fight your emotion. Remember watever u do in life, rasional is very very far better than emotional. Ikut emosi mati. Tu je nak cakap. Benda-benda ni peringatan utk diri sendiri jugak. Muhasabah diri. Good night everyone.



Emosi dan tekanan darah

Doktor cakap ... Emosi memberi impak kepada tekanan darah kita. Bkn aku cakap tau .. Doktor .. aku bukan Doktor. Hehe ...

Let's see. Dlm sehari, kita ada berapa emosi? Bangun pagi fresh, fikiran segar .. hati gembira. Masuk tengahari fikiran dh mcm-mcm .. paperwork la, telephone calls la, kena tegur dgn boss la, appointment sana sini la ..  terganggu dh emosi pagi tadi. Mula la penat. Nak sampai ke malam? Yg isteri-isteri pulak? Balik nak buat keja rmh la .. layan kerenah anak .. malam overtime lagi .. 

So, berapa emosi kita ada dlm sehari?? Agaknya kalo diukur tekanan darah kita 24 jam, mesti graf tu ting .. tong .. kan. Jap-jap naik .. jap-jap turun. Hehe ..


p/s : Fren ... sekadar berkongsi cerita. Hehe ..

Sunday, October 24, 2010

Less loud ..


My Professor's friend said 'Less loud' is better than 'Too loud'.

Hmmmm ..

But i think, Better we act without the sound
(haha .. broken gila english aku)

Dont u think mine better?

Pening eh korang?? Hehe ..
Melayu kata .. 
(1) Kurangkan cakap, buat je.  
(2) Ckp beria-ia .. habuk pun tak da.

dan lain-lain yg seerti dgnnya.

Sapa ada lagi?? Tolong tambah boleh?? Hehe ..



Dont 'touch and go' lah

Bacalah. Understood that u want to walk as far as you can. Understood also that u want to reach many-many blog as possible. But don't la 'touch and go'. Bacalah blog-blog yang korang blogwalked tu.

Dont hopped in, touch their shout box then you go. Apa da ... If u read, u will get the benefit, dpt gak knowledge serba sedikit. If u touch and go?? Dpt tinggal jejak je lah ...


Yeay .. yeay .. kawin. Bila korang nak kawin ni?? Hehe ..

Yeay .. yeay .. kawin .. kawin. Aku suka pegi kenduri kawin. Korang mesti suka gak, kan. Yg single tu lagi la suka, 'ambek berkat', untung-untung pas ni korang lak naik pelamin. Ha3 .. Best .. best. Sgt best. 3 minggu berturut-turut ada Jemputan kawin. Jom layan gambar ...


WEDDING PERTAMA :- 16/10/2010

Kroni-kroni aku  ..

Pengantin pompuan opismate aku.
Yg T-shirt hitam tu mak andam terlampau. Hihi ..

Chewah .. posing beria-ia. Tgk tu .. siap dpt 'berkat' lagi. Hehe ..

WEDDING KE 2 :- 23/10/2010





Siap ada tarian tradisional lagi.




Cantek wedding cake yg diselang selikan dgn 'cupcake'

WEDDING KE 3 :- 24/10/2010


 Pelamin di Dewan Alwy, FRIM




 Kakak Ipar pengantin. 
Cantek ice carving kat atas tu, kan
dlmnya ada gambar pengantin


Sampai dah dia ..


Tiga2 wedding menarik dan different from each other. Tu yg best kalo pegi majlis kawen. Doesn't matter la how u want to celebrate your wedding cos it's your special day, kan .. psl 'door gift' je aku nak komen. Aku still rasa bagi makanan or bunga telur is more practical than giving 'souvenir' like kipas la, sudu la, candle la. Setahun dua org appreciate. Pastu?? Mmmmm .. ke cik tong la jwbnya.  Hehe ... Or if you have more budget, bagi la 'berkat' - mcm org Jawa dulu-dulu ... Lagi best. Hehe ..  Sabtu malam minggu depan kat Tmn Titiwangsa. Ahad kat Petaling Jaya. Wah .. tiap-tiap minggu nmpaknya nih. Best .. best .. Hehe ..

Saturday, October 23, 2010

Identiti aku dah makin hilang ke?

During blogwalking, i notice most of the blog sekarang busy dengan entry 'Mencari identiti blogger yang hilang'. Aku sebenarnya tak rajin layan tag. Tapi disebabkan tag ni lain dari yg lain, sebab tag ni bisa membuat aku melihat ke dalam diri sendiri or mengajak kita mengintai identiti kita yg dikatakan semakin hilang (aku tak hilang pun .. hehe), or muhasabah diri .. maka aku sahut cabaran ini. Tagged by my beloved 19th years old blogger sister dan utk merapatkan silaturrahim antara kita, marilah kita menjawab tag ini bersama-sama. Chewah .. ayat skema habis. Hehe ..

The rules :-

Once you have been tagged, you are supposed to write a note

with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you.


Sebelum mula, mari la berikar untuk mebuat tag ini seikhlas-ikhlasnya. tiada unsur penipuan, pura-pura, control cun, control bagus dn lain-lain perkataan yg sewaktu dgnnya.
  1. Anak ke 4 dari 11 org adik beradik. Nak tau ? Baca di sini
  2. Was born in Hospital Leela Ratos, KL on 3.7.73. My lucky no. okay. I'm 37 years old. C .. told u kan. 3 and 7 is my lucky no. Hehe .. 
  3. Married with 1 son. He is 14 years old. Nak tgk dia? Baca kat sini eh.
  4. Aku penyayang. Kalo tak caya baca sini. At the same time aku garang. 
  5. Addicted to bau-bauan yg wangi-wangi. Tgk sini kalo tak caya. Rmh pun aku wangi kan. Hehe ..
  6. I'm very concern and sensitif about things around me. Tengok budak sekolah jalan kaki sorang-sorang pun aku tersentuh. I will pray for him. Mudah-mudahan perjalanan dia dirahmati dan dia selamat tiba ke destinasi. Amin.
  7. My kindness is my weakness. It's difficult to say 'NO' to a request. Kdg-kdg people take advantage. Mentang-mentang aku baik. Hehe .. Pernah kecewa sbb yg ditolong tak menolong saat aku memerlukan. Mula-mula terluka .. akhirnya Redha. Tuhan ada.
  8. Sentiasa mnjaga penampilan even i hate make ups. Masa kecik dulu mama mesti belikan baju aku lain dari Kak Yang dan Adik. If both of them blue, mine red.
  9. Teguh. My 'piling' is very strong. U can ask me to do so and so .. by the end of the day it's my decision. U cant force me. I hardly follow wat u do, but people follow me .. YES!! Happened many-many times okay ..
  10. Suka berkawan. I will try to make u comfortable when we are together. I studied Public Relations ok. Hehe ..
  11. Tak suka bergaduh tapi akan bertindak jika dipijak. No way u can do that to me.
  12. Cuba utk ikhlas seikhlasnya. Kalo kita harapkan ganjaran, mesti kecewa. I learned from the past. Ye, aku cepat serik.
  13. Tak suka susahkan org, cuba buat sendiri selagi terdaya. Harapkan org kita yg terluka. I berdikari okay. Was trained to make my own decision since i left my high school.
  14. Tak tau duduk diam. Hyperactive. Masuk hospital 2 kali tahun 2006 cos too active. Doktor suruh aku cool down. Physically and mentally. Over aku, kan? Hehe ..
  15. Start aerobic more than 10 years ago.
  16. Tak suka dimanjakan. Hate to see girls yg mahu boifren bukak kan pintu keta. Mengadalah.Let the boys do something harder lah. 
  17. Kaki shopping!! I can spend 'thousandssss ' in a day. Haih!! bila la nak berubah. Hehe ..
  18. I'm a brand loyalty person. Pengguna tegar SKII since 4 yrs ago. Mkn B young since 8 years ago. Stick to Nokia. Sunquick brand, Naturel cooking oil and many-many more.
  19. I enjoy talking to people in all ages. I'm very talkative. Bet you, we will jump from one topic to another. Test me. Hehe ..
  20. Kalo terlalu marah, aku diam. Kalo terasa, berhari-hari lamanya. I know it's bad. Tapi alahai .. susahnya nak berubah. Aku manusia biasa, kan.
  21. Aku suka makan. Berat bdn mcm yo-yo. Jap-jap 48. Jap-jap 50. But my BMI normal. So nothing to worry la, kan.
  22. Tak kedekut.
  23. Tak suka berhutang. Kalau nak apa-apa, jgn hutang. Save your money and get it. U will appreciate it more. It's your effort, right.
  24. Sometimes 'moody'. Dtg bulan kot?? Hehe ..
  25. I hate hypocrite people. Benci org yg bermuka-muka. Munafik!! Get away from me please .. i hate u.
I wrote a lot about me in this blog. Byk weih. Search 'Lagi-lagi Tentang aku' .. 3773 .. Sedikit Tentang Aku .. Sorry, i cannot link u. I donno wat's wrong. Aku tak leh click the 'save button', tak leh nak open previous n3 and copy link address while typing this. Siot tul la. Happened many-many times la. Benci ..

Tagged 25 person?? Tak nak la. Tu namanya pilih kasih. Mcmana nak pilih .. kan aku syg korang semua ... Diana suka senyum, Yong@Alina the beautician, Kuman yg bkn virus, Fifiey yg jauh di Jakarta, Azzey, Zila the swit seventeen, Lydia di Doha, Najeeb the handsome boy, Kapten Juliet yg manis, B.r.u.t.a.l.s.o.l.o. yg brutal, Theblabber the merepek boy (akak tau ko blm tentu berani .. hehe ..) Bunga dan Coklat di UK and all my lovely readers. I want to know more about u. Tak salahkan mendekatkan diri dgn cara ni. Aku bkn nak buat apa pun. Nak wat menantu?? Ish .. jauh lagi tu. Takat buat adik or abg angkat boleh la. Itu pun belum tentu  aku nak angkat mengangkat korang. Ha3  ..

So, ada berani sahut cabaran ni??