Friday, December 31, 2010

Cuti akhir tahun ye?? Aku dah cuti dulu da ..

Rasanya aku jarang sekali kita bercuti di akhir tahun. Biasanya hari-hari terakhir tu la hari paling sibuk sekali. Nak 'clearkan desk' masing-masing. Takmo la carry forward keja ke tahun baru.

But this year is different. Bcos of certain reason yg tak dpt dielakkan, i took leave on 30th Dec which is on Thursday. So, aku cuti awal sehari dari korang .. hihi ..

Pagi 30/12 - Breakfast at McDonald with my son Aiman
Aku tak penah rasa rugi tak ada anak perempuan even many say so
As time goes by, he become my friend and my bodyguard

And then spend time with another kesayangan,
My sista, KY (Kak Yang) n family. Mkn2 .. gossip2. 

Finally, bwk kesygan paling swit but kdg2 sour Si Sara Ardinie jln2
keliling taman. Kiut kan dia? Senyum dia lagi manis dari Mama Udanya. 

Wah .. hari ini dalam sejarah sebab ambik cuti hujung tahun. Dan hari ini dalam sejarah jugak sebab ini adalah n3 pertama dlm tahun 2011 ni. Selamat berhujung minggu dan Selamat tahun baru, korang.




Thursday, December 30, 2010

Beratnya hati nak melepaskan kau pergi ..

Sungguh berat rasa hati utk melepaskan kau pergi.
Kalau lah aku bisa menahan waktu dari terus berputar .. 
Terlalu byk yg indah .. yg pahit. Byk yg sudah dikongsikan disini.
Bukanlah hebat tapi sekadar utk dijadikan kenangan dan pengajaran..

Rezeki di tahun 2011 dijangka tenang .. setenang air di tasik. Tidak seperti tahun 2010 yg bergelora sptmana derasnya air terjun, air di sungai dan di jeram-jeram yg terus mengalir tanpa henti. Syukur Alhamdulillah. Selagi kita berusaha dan berada di landasan yg betul, disertai dgn niat yg baik dan ikhlas tanpa mementingkan diri sendiri .. Tuhan tidak akan sesekali lupa pd hambanya. 

Pemergian Ayah paling dirasai dan ditangisi hingga hari ini. Bukanlah tidak redha tapi kesannya terlalu mendalam buat insan kerdil seperti aku. Moga roh Ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org-org yg beriman. Amin.

Dan doa serta impianku utk tahun2 mendatang tetap sama. Moga aku terus diberi kesihatan yg baik agar aku bisa berbakti pada keluargaku dan beribadah padaMu. Amin.

Selamat Tinggal 2010. Selamat Tahun Baru buat semua yg membaca entry ini ..







This is very good but .. mcm membazir je kat aku


SKII Mask is very good for skin
If u use the mask consistently, u dont even need to go for facial
tapi alahai .. awat la aku ni so malas nak bertopeng di malam hari ?
Beli tapi tak pakai ... bkn membazir ke namanya tu?

My member card which has been upgraded to 'Gold status'

Korang .. this n3 may looks stupid tapi tetap ada pengajarannya tau. Kalau dah beli, pakai. Make it worth buying. Jgn membazir. This is expensive, not cheap. Bkn senang cari duit, kan. Hah .. peringatan utk diri sendiri tu. Kan kata nak tahun 2011 ni nak 'change attitude' ?? Haha ..


Wednesday, December 29, 2010

Menang ... menang la jugak tp make sure 'maintain' pasni

Yeah .. sudah menang. Besok diaorg bwk balik Piala Suzuki boleh la diarak 1 Malaysia. Mesti diberi sambutan besar-besaran kat airport dgn bunga manggar dan paluan kompang dan sebagainya. Hihi .. 

Hepi .. hepi .. very hepi. Echewah .. kembang ati rakyat Malaysia ari ni ye. Tak sia2 ai syok sendiri sambil feeling2 menang even masa tu belum menang lagi u. 

Mcm dah jadi kebiasaan kat negara kita ni .. Bila menang dipuji puji sampai melambung2 .. pastu bagi insentif mcm-mcm ..... cuba kalo tak menang?? Alahai ... paham2 sudah. Harap-harap boleh 'maintain' prestasi cemerlang dan tip top tu. Jgn mabuk dek pujian sudah.

Apa pun, ai nak gak bagi big clap to Goalkeeper muda kita, Khairul Fahmi Che Mat sbb brjaya pertahankan pintu gol dgn penuh gaya. Sejak dari game kat Bkt Jalil ari tu, kan. Cool beb .. hensem lak tu. Bila tgk dia, ai perasan cam tgk Mamat Korea + Chinese u. Suka ai. Amboi .. amboi ... gatalnya aku. Hehe ..

Paling penting .. Kerana usaha tungkus lumus diaorg menjulang nama Malaysia, esok kita cuti. Yg tu terbaik. hehe ..


Let's hepi-hepi. Yeay !!!

Hepi .. hepi. Tu perasaan aku tika dan saat ni. Hepi sbb tahun baru dah dkt sgt2. Ada sesuatu menantiku di tahun baru. Alhamdulillah ..

Utk tahun depan, i nak kedekut sikit u. Hehe .... Nak kurangkan joli-joli seperti mkn angin .. sopink .. Almaklumlah, umur makin banyak, maka wajiblah beringat lebih, kan. Takkan nak buat perangai cam muda kot? Bila lak graf nak naik, btl tak? So, marilah kita berubah ke arah yg lebih positif tgether2. Eh .. korang tak yah ikut aku lah, korang muda lagi, ni utk aku yg tak muda lagi ni je. hihi .. Tabiat-tabiat buruk seperti gila sopink smpai tak sedar tu patutlah dikurangkan. Bygkan sopink je ribu2 sebln, kalo millionair tu tak pe arr jugak .. ni millionhair pun tak dak. Haha ..

Lagi 1, pagi tanggal 1 Januari tu, marilah kita duduk bersendirian sambil muhasabah diri. Fikir balik, tahun 2010 ni .. ada tak kita sakitkan ati org? ada tak kita 'over loud'? ada tak kita terlebih? Kalau ada .. cuba kita kurangkan .. jom kita mintak maaf pada hati yg telah kita sakiti tu. Takkan nak carry forward dosa bertahun2 kot? 


Tapi kalo korang tak nak follow pun tak pe .. aku cuma bagi idea je. Aku kan pencinta kedamaian. Hihi ..


Nak ucap selamat datang awal-awal lah. Smntara mood tgh ok ni. Hihi ..


Selamat datang 2011. Aku sambut kedatanganmu dgn penuh kesyukuran. Moga kita diberi kesihatan yg baik bagi membolehkan kita menempuhi hari-hari  mendatang dgn lebih cemerlang. Semoga apa yg dirancang diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Amin.


Bkn utk aku je. Aku doakan korang semua ye. 

Tuesday, December 28, 2010

Jom mengenang dulu-dulu di sini ..



Kenangan. Nostalgia sungguh. Org lama yg tinggal di KL, mesti ingat  Bas Mini, kan??

Hihi ... Kg. Pandan .. Kg. Pandan .. camtu skrip konduktor bas dia ari-ari. Sapa nak gi Kg. Pandan naik bas no. 25. Cheras, Bdr Tun Razak naik bas no. 32 dan 36. 

Alahai ..  masa tu umur i baru swit 18 u, tengah comel .. kurus .. gedik-gedik .. gatal-gatal .. haha. (Ya Rabbi .. skrg i dah 38, so 20 years ago la korang .. lama sungguh, kan). So, dgn kasut tumit tinggi 5 inchi dan skirt pendek, wah ... ke main lagi aku berebut-rebut naik bas mini ni. Biasanya aku tunggu bas mini depan Menara Maybank, sebab masa tu aku keja kat Bangunan Dayabumi. Naik kat depan Maybank turun kat Majestik, Pudu. Percaya tak aku biasa berdiri kat ujung-ujung tangga. Adventure btl i time tu u. Hihi ...

Masa tu manala mampu nak beli keta, so bas-bas ni lah yg aku naik ari-ari. Cuba kalo skrg kena naik bas? Sure bingung + bengong. Bangla dgn Indon tu lagi terror dari aku, kan sampaikan My Made in Switzerland BIL ckp, If u have to take a bus .. ask the tourist lah. They always take bus with the sound of "Kotaraya .. Kotaraya .." haha !!

OK. Jom kita tengok subjek utama  di dlm entry ini.

Jeng

jeng

jeng
.
.
.

Ha .. ini la dia. Ada lagi dia kt Sg. Buloh
Tapi dah tak pakai nombor.

Wah .. sampai terangkat pintu enjin. uzur sgt dah kot? hehe ..

Lagi 1 .. kaler biru muda pulak. also found in Sg. Buloh.

Sungguh hepi bila dpt tangkap gambar Bas Mini ni. Bkn apa .. esok2 mesti dia akan pupus gak, kan. So. sebelum dia pupus buat selama-lamanya, biarlah aku abadikan kenangan ku bersama dia di sini. Echewah ... mcm Drama Queen lak i!! Haha ..



Menghitung Hari ..

Hai kawan .. buat apa tu??
Baca n3 ko lah. Lagi mau tanya ka??
Haha .. aku time2 biol memang camni .. sokmo melalut, dan ke laut. Hihi ..

Sbnrnya nak say hi to u yg sdg mmbaca entry ala-ala ilmu hisab a.k.a. matematik ni. Aku lately sgt lah excited menghitung hari. Hari-hari  congak ... ari-ari kira ... hbis sume jari-jari halus di tangan dan kaki dikerah untuk tolong mengira .. tak cukup lagi? calculator kat hfon, calculator besar kat opis .. sempoa lama aiman ... sume aku kuarkan utk 'team up' dgn aku. Super lembab betul aku ni, kan. Haha ..

Nak tau aku kira apa? Trlalu byk. Sampai tak tau nak bagitau yg mana 1 so at the moment 'Biarlah Rahsia'. 


My tip is :- Just read my blog everyday and u will get the answer. 




Monday, December 27, 2010

Pinjamkan aku RM5000

Korang .. pinjam RM5,000 boleh? Nanti aku bayar balik. Eh .. pe kes tetiba aku nak pinjam duit korang eh. OK. Baca kisah benar di bwh ye. Kisah benar tau bkn Misteri Nusantara. Aku pandai buat cite yg 'real' je .. misteri-misteri tak reti. Hihi ..

Bkn aku lah. Tadi ada org sms nak pinjam RM5,000 dari 'Kakchik' nya. Buat apa? Kenapa? Wah .. aku punya soalan mcm mato-mato nak pencen bln depan!! haha ..

Gaya tak kalah .. hebat .. kalau bercakap bkn main lebat. Kalau ada pe2 event yg mlibatkan makan-makan, dia ni sokmo jadi tukang 'sponsor'. Bkn sikit2 punya sponsor tau .. seekor kambing dia bagi. Bkn main gah di mata masyarakat tapi hakikatnya? Masih ada lagi ye org camni. Mementingkan status dan gaya walhal ???? Ni la yg dikatakan 'BIAR PAPA ASAL BERGAYA' kot?

Fren, let me tell u this. If u come to me, u want to borrow my money sebab anak kau sakit or any other logic and rasional reason, maybe i will consider.  But not for reason yg bkn-bkn. Cukuplah yg dulu-dulu tu. My advise is .. Cari org lain. Nama aku bkn ALONG. Nama aku Kakchik@Ella. Haha ..







The finale part ..



Sokmo tunjuk gmbar melompat gediks2 kat sini. So, ari ni y not kita tgk the finale part pulak. Selepas penat berlompatan, let's cool down dgn meletakkan 'muscle' kita di 'placement' yg betul thru stretching. Tarik nafas .. penuhkan paru-paru dgn oksigen ... tahan nafas ... dan lepas. Amboi .. hari ni buat tutorial tentang senaman lak aku ye. Hihi ..

Gmbr lama - Tetiba je rindu rambut panjang tu. 
Elok2 pjg gatai potong. Padan muka .. Hihi ..

Basah lenjun sume. 

OK kwn-kwn .. Itu saja pelajaran utk hari ini. Selamat mencuba di rumah ye. Hihi ..

Settled!!

Isu yg buat hati terluka dah settle. Seminggu terluka, baru semalam rasa betul-betul lega dan lapang dada.

'Sorry. I was not rasional and emotional when i passed the remarks to you. Keep on writing, dnt stop, I suka baca blog u.' 


Fine. Org dh mintak maaf, close issue no. 1. Pasni boleh hepi-hepi blogging .. boleh lepak kat blog-blog favorite dgn mood ceria sambil tinggalkan komen gila-gila which is my real character. Almaklumlah ... 'Feel' sudah mari. Hehe ..

2nd issue also settled. Even berat hati nak tinggalkan 1 of the kesygns which is part of my life, keputusan tetap dibuat and once i have passed remarks and made a decision, i will stick to it. Aku bkn jenis cakap je lebih atau cakap tak serupa bikin lah. No matter how difficult, pendirian aku tetap aku pertahankan. Luka? kecewa? Eleh .. later-later ok la tu, mesti ada penawarnya, kan. Tuhan kan sayang kita semua.


Buat rakan-rakan blogger yg komen kat sini, Tqvm. Appreciate every single words from u. Jom hepi-hepi. Hihi ..




Hati yg luka ..

Paling susah nak elakkan diri dari terluka. Last week, ada 2 insiden yg buat hati terluka. Pertama tentang blog .. Kedua about friendship. 


Dont worry, tak da isu dengki mendengki di sini. Tak da org lah nak dengki dgn blog tak semenggah aku ni. Lain la kalo blog femes emes atau meletop-letop .. ada je yg sakit ati. Ni isu lain. 'Too private to share it here', tapi mmg cukup buat aku terasa dan tergerak nak tutup blog ni. Tgk la camna nanti, kalau tetiba aku berhenti menulis ...


Yg ke 2, bila kebaikan yg kita buat seikhlas-ikhlasnya, org ambil kesempatan .. patah hati rasanya. Tapi tu lah, aku bkn hati batu. Walau hari ni terluka, esok aku tetap senyum menyapa. Nak tanya ni .. Apa korang buat bila terluka eh?

Aku? Biarkan saja. Tak kuasa nak balas dgn melukai. Bkn kaki gaduh. Lgpun kalau dibalas, apa bezanya aku dan dia? Moga Tuhan bagi kita kesabaran dan kekuatan utk menghadapi segala-galanya. Amin.




p/s :- when i was 20, i wasn't like this. Graf kesabaran dn kematangan dh makin naik kot?

Sunday, December 26, 2010

Shampoo girl

Jangan ingat kat salun je ada 'Shampoo girl' .. kat tepi sungai Janda Baik ni pun ada gak. Tapi bayarannya 'more expensive' sebab gunakan bahan berkualiti iaitu air tanpa klorin dan shampoo yg tersgt lah mahal dan berbau harum. Di tambah lagi dgn sentuhan Jari-hari halus i. So semulajadi u. Hihi ..

Mama Uda (aku lah. Hihi ..) dan anak buah

Echewah .. toncet punya la tinggi.
Hasil sentuhan i la tu. Hihi ..

Ambek kau .. muka tanpa mekap. Habis rahsia i u. Huhu ..



Saturday, December 25, 2010

Wiken kita camni ..wiken u ols camna?

Aktiviti libur wiken pada hari Sabtu versi tengahari adalah melepas rindu dgn teman muda sebaya (hehe ..). Inilah wajah-wajah kesayangan. Teman kala suka dan duka. Mereka yg sering brtanya taktkala trdengar berita Kakchik@Zaila tidak sehat atau sedang berduka. Mereka yg ku kenali dari usia 13 tahun lag. Sudah hampir 30 tahun persahabatan kami. Moga ukuwah ini berpanjangan dan sentiasa dirahmatiNya. Amin.

Diana, Sally, Noraida, My Bodyguard Aiman and Me.
Muka-muka glamer kat blog aku ni. Hihi ..

Aktiviti libur petang Sabtu pulak adalah menjejak pantai. Aku peminat pantai. It's a therapy for me kalau dapat berjln sendirian di pesisiran pantai sambil ditemani bunyi ombak dan kaki dibasahi percikan ombak-ombak kecil. Mmmm .. lupa dunia sekejap. Hihi .. Sib baik aku duduk di pinggir bandar, only 35km frm Kuala Selangor so Pantai Remis was the destination utk melepaskan rindu pada Pantai. Dah selalu sgt ke sini tapi tak penah jemu. 

 Angin sgt kuat smpai terbang2 rambut i. Hihi ..

Byknya 'backdrop' kat blkg. Haha ..

Ahad pagi kita mulakan dgn aktiviti menyayangi diri dan menjaga kesihatan di sini. Kelas sepjg minggu ni sgt 'varities and fun'. Kami ke Arab, ke Indonesia, ke Hollywood, ke Korea dn akhirnya pulang ke bumi Malaysia tercinta ni. Kami bersenamrobik, berdancerobic dgn pelbagai rentak dan irama. Bershuffle, berkorean dance, bergelek Arab, bertechno dan bertari Melayu dgn lagu kesayangan org Pahang. Hilang tekanan bila dpt ber 'fun' bersama-sama mereka. Ada sapa-sapa berani ckp aerobik tak best? Meh follow our class. Hihi ..

Sila buat2 tk nmpk muka kitorg yg brpeluh+minyak cos photo 
taken slps puas berlompatan. Hihi ..

Habis kelas, mari lah kita menjadi Chef dan Bibik dirumah sendiri. Mari bersilat dgn senduk di dapur dan ber kungfu-taichi di lantai dgn penyapu. Hihi ..

Ikan keli goreng berlada, Paru masak lemak, Ulam timun dan tomato
Dessert Red velvet cupcake dan Jus oren Sunquick family favoritesss.

Nampaknya petang ni takkan ke mana-mana. Just imagine, it's already 2:45pm, suratkhabar pun aku tak sempat nak baca lagi, so lbh baik la bersantaian di rmh dgn membaca. Byk bahan-bahan baru yg belum diusik lagi tu. Mlm ni nak teman Mr. Bodyguard (Anak aku si Aiman tu le ..) tgk bola Piala Suzuki. Abah nya pulak nak outstation lagi. (Dia ni sokmo outstation, sib baik aku ni very independent .. so small matter la benda2 camtu ... hihi ..)



Friday, December 24, 2010

Cuti Sabtu yang buat aku terlebih suka ..


Cuti Sabtu is very meaningful for me. Almaklumlah .. i kan keja tiap-tiap Sabtu. Dpt off either 1st or 3rd Saturday je. Maknanya dlm sebulan tu, cuma 1 Saturday off je kitorg kt ofis tu dpt.

So, bila tak keja ari Sabtu mcm ari ni, .... HEAVENSSSS sgt rasanya. Hihi ... U ols .. buat apa ari ni? Aku pagi ni nak gi rmh Mama Hanis Zalikha jap, pastu tghari nak kuar dgn rakan muda sebaya (muda ke ??? perasannya kita .. haha). Pastu nak rehat.  Jarang dpt melepak kat rumah camni.

Selamat Berhujung Minggu dan Selamat Bercuti korang ....




Thursday, December 23, 2010

Mari berpelukan di sini ..

Yeah .. mari kita berpelukan di sini. What?? Mari peluk-peluk? Eh eh .. gatalnya aku .. ajak korang main peluk-peluk. Hehe .. Tak da arr korang. Since Genting Highland memang sejuk dingin 'all the time', mari la kita berpeluk tubuh disini. Peluk badan sendiri ye, bkn aku peluk hang, hang peluk aku tau. Tu gatai namanya. Hehe ..


Otw .. stop jap ambek gmbr. Cantek, kan.


Beryl chocolate land ..

Akhirnya Santa Claus bertemu Santarina nya. Haha ..

Mushroom tu cantek tp aku lagi cantek, kan. Haha .. perasan!!

Jadi saksi ciuman 'mereka'. Hehe ..

Aiman's favorite ..

Kan aku dah ckp tadi. Dia naik 2 kali tau. Hehe ..


Mari Ber 'Fun Fair' disini.

Akhirnya menang jugak. Hihi ..

Kwn baru, Nadia Jubli dari Brunei. Ada je yg sudi berkwn dgn ku.
Alhamdulliah. Rezeki Allah, kan.


Depan Arena of Stars. Tmpat berlngsungnya ABP tu ..
Ni pun kwn baru aku gak. From Aiman with love. Hihi ..

Bihun Tomyam kat Magic Mountain Cafe sgt sedap.

Nasi Goreng nya pun sedapss..

Ni utk anak-anak kecil yg tersgtlah comel dn menawan ..

Utk yg terlebih extreme. Cuba teka yg mana Aiman? Haha ..

Cuba teka yang mana satu aku? Hehe ..

Jom masuk rumah hantu. 
Ni 'q' tk pjg sgt tau. Biasanya lgi pjg  ..




 Tiap kali dtg mesti nk bergmbr kat sini.
This time special sbb Bas merah, baju pn merah. Haha ..

 For children 2-15 years old. 


Paris @ Genting kat Indoor Theme Park


 Tak  masuk pun sbb dah penah masuk dulu.

Terkenang suatu waktu dahulu .. masa Aiman kecik2 ..


Pastu kita gi sini. Kenapa? Buat apa? 


 Sebab ni lah .. Kita kan member Genting. 
Awal2 dh dpt email ..


 Serius murah babe ..

 Hehe .. 1 meter tu Teh tarik dia. 






Deco pakai botol mineral, botol air besar2 pun nmpk cantek.
Jom kita buat kat rmh masa Raya nanti. Hehe ..

Lepak jap - tgk live performance kat lobi First World Hotel ..


All in .. All in .. we had a blast spending our time here dari pagi sampai malam. Sungguh tenang bila berjln hanya ber3 shj. Kalo ramai sgt, mcm-mcm lak karenahnya, lain pulak kekdahnya. Betul tak? Hehe .. 

Sapa-sapa yg belum pernah ke sini (ada ke?) pergilah. Tak jauh dan tak mahal pun. Entrance fee for both park (Indoor and Outdoor) cuma RM59 seorg shj. Blh duduk the whole day, where got mahal, btl tak? Aku memang dh lama jadi member Genting, so ada discount 10% untuk everything kat sini. Cheap weih. From morning till nite we spend tak sampai RM200 utk entrance fee, makan minum ber round-round .. beli token utk Fun Fair .. dn lain-lain. Tapi kalo  ko anak ramai lain la citenya, kan.