Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jakarta lagi

Walaupun kadang-kadang rasa tak cukup masa menguruskan itu ini, diri sendiri dan famili, sempat lagi kita terbang ke Jakarta dengan kesayangan .. my bestfriend Kak Nani. Eleh .. terbang ke sana pun sebab ada kerja .. bukan suka-suka. Kalau untuk suka-suka .. lebih baik ke tempat lain, kan. Buat apa nak pegi tempat yang sama berulang kali. Macam la dah terlebih duit. Hihi.

Food Court di Lantai 8 Tanah Abang sangat selesa dan tenang. Malah lebih selesa dari Food Court di sesetengah ITC.

Jam 10 pagi .. segar lagi waktu ni.

Tomyam Sotong dan Nasik putih. 
Roti Bakar Coklat dan Keju. Heavennnn ... Sedap gila!!

Nasi, Sayur Cap Chai & Teh Botol. Asal datang sini je cari Teh Botol.
Memang 'kaki botol' .. Ehhh ...

Jalan kaki berdua-duaan sekitar Kota Jakarta di waktu malam. Plaza Indonesia destinasi kami. Grand habis weih tempat ni. Ala-ala Pavillion kita gitu. Kitorang jalan kaki berdua je dari hotel ok. Takda bodyguard. Ecewah .. mcm la Datuk CT yang dah tentulah ber bodyguard bagai. Hihi. BTW, Don't worry, Jakarta is safe.

Dinner kita kat 'Food Court Plaza Indonesia'. Deco kat Food Court ni cantek. Makanan?? Boleh tahan sedap dan mahalnya. Nasi tu RM11. Harga "Pavilion" la katakan ..

'Supper' @ McDonald 24 jam bertaraf 5 bintang. "Free Wi-Fi" and computer here. Ada MC Cafe jugak di tingkat 2. Menghampiri jam 12 malam .. muka  penat dan layu.

Bilik cantik. Katil pun besar. Lebih dari selesa buat kami berdua.

Hah .. sini la kita duduk. 1 malam seratus lebih jer. Hotel biasa-biasa tapi location tersangatlah 'superb'. Jalan kaki je ke Plaza Indonesia, Sarinah Dept Store, 2 minit ke Jalan Sabang. Kalau tak ambek 'Driver' memang molek sangat la duduk sini sebab nak makan senang, nak shopping pun senang. Ada banyak hotel lagi kat 'area' ni. Memang 'tourist area' la tempat ni. 

Berdepan dengan Hotel Akmani

Kalau malas jalan kaki naik la Taxi Bluebird atau Bajai ni. Kalau perlu naik taxi di Jakarta, make sure naik Taxi Bluedbird je tau .. confirm tak kena tipu.

Gorengan ..

Macam ni pun ada??? Hihihi.

Tak sempat makan kat sini walaupun sebelah Hotel kita jer. Kat sini kebanyakan restoran bukak 24 jam .. nampak sangat tempat ni 'happening', kan.

Restoran Arab pun ada. 

Makanan Jepun pun ada kat sini. Dah namapun 'tourist area', kan ..

Banyak lagi gambar-gambar cantek dan tempat-tempat menarik nak kongsi dengan korang. Tapi ... nantikan 'Episod ke 2'. Chewah .. macam Samarinda kat TV3 pulak. Hahaha ..




9 comments:

JunAina said...

ada juga kawan2 ajak ke jakarta, menunggu masa yg sesuai...insyaallah...

nanti boleh le minta tip2 dari kak cik ye...

Unknown said...

incya-Allah ad mase mahu terjah sane juga..mcm best shjeakan..

Unknown said...

kakchik dh jadi kaki botol dah ni..
hahhah

qemaishak said...

kira jakarta tu cam rumah kedua la ye kakcik hihi

Anonymous said...

KC, sori lambat reply msg akak :)

berkenaan dgn soalan KC tu, kena tengok jugak hp KC guna tu..kalau Sony, memang boleh edit title sblum publish..kalau selain drpd itu sy tak berapa tau sgt.. :D

ct N honey said...

bolehlah shopping raya sekali kchik

Ibu Muda 30series said...

bila pergi ni kc? Cari stok jualan kt bazaar ek....hihi

Ct Arina said...

bestnye kc g jakartaaaaa!

Memory said...

sukanya tgk kc pegi melawat negara org... (^_^)