Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bukan makanan orang Jawa

Masa kecik dulu, kita membesar dalam Masyarakat Jawa (walaupun mak kita Melayu Jati Perak dan Abah kita orang Kelantan). Kita faham dan biasa sangat dengan budaya Makan Nasi Ambang setalam beramai-ramai, bermaaf-maafan berbisik semasa raya, bawa pulang 'Berkat' dari Kenduri dan macam-macam lagilah. Kita perhatikan orang Jawa suka makan Cekur. Kebanyakan makanan dan masakan diaorang mesti ada Cekur termasuklah Pecal. 

Pokok Cekur kat rumah kita 'mati sudah'. Lalu haruslah kita dapatkan yang baru buat pengganti. Hanya RM1.50 untuk benih Cekur secomel ini. Hiris halus-halus campurkan dalam adunan Cokodok Bilis sedap ni. Wangi aromanya bila digoreng tau. Pastu cicah sos cili. Sedap. Tak percaya?? Cubalah ..

22 comments:

Unknown said...

saya ada tanam ni kakchik..
tapi tak berani nak ambik lagi sebab masih kecik..tunggu la daun dia banyak sikit...
nanti boleh la cuba bubuh dalam jemput2..:)

Kakcik Seroja said...

Boleh cuba nanti. Cuba makan, bukan cuba tanam...hehehe...

eliyaezlinalias said...

Sukeee makan pucuk cekur wt ulam
awet muda kata nya
hahahhaha

Lydia Miza said...

akak..adik tak pernah mkn...nak cubalah nnt nak tanam

azian said...

heheheh
kak sy jawa tp sy tak pernah lagik buat cekodok letak cekur...cekur tak dok....heheheh....kita jawa dah maju sikit...letak parsley...hahahhaha....wink!!!

munna said...

kalau buat lontong suka masuk daun ni KC... wangi sgt kuah lontong tu

Cik Ina Do Do Cheng said...

rumah cik ina tumbuh subur, kena banyak siram air, tanam tempat teduh skit kak chik. makan cekur bagus elak angin, buh dalam kuah pecal, tedap...

Unknown said...

akak tk penah tanam pokok cekur ni.cmpur dgn cekodok? lagilah tk penah...

faraherda.razalan said...

KC tau tak lauk pecel (bukan pecel mcm penyet tu), kuah santan yg dimasak dgn cili padi, bwg ngan cekur. Pastu tabur daun cekur, curah atas ayam atau lele yang dah siap disalai/bakar/goreng?

Sedap tau! Sukanya!

Ati Masrif said...

kita dulu langsung tak tau
kehidupan org jawa ni

tapi lani tau sgt sbb dah
duduk tmpat org jawa :)

JunAina said...

daun cekur sangat mujarab untuk ubat senggugut...

RashAtie said...

tak penah guna lagi stakat ni...hmmmm.....shud try later.....

bujal X said...

sampai sekarang tak pandai makan daun cekur~kehkeh~

NER said...

owh, orang Jawa suka pokok ni ke? patotla byk jumpa kat Johor nie. kat Kedah jarang jumpa

Unknown said...

tiba tiba teringat pecal tempe.. sedapnyaaa..

Kak Amy said...

amy baru dengar namanya..boleh try cari benihnya dan cuba letakkan dalam masakan macam kak cik cakap...

Yatie said...

akak mmng suka bau daun cekur ni, buat pecal mmng sedap...

blog-tips-kurus said...

terbongkar sudah rahsia pecal yg best..! buat ulam sedap, buat CEKURdok belum lagi. bolehle buat menu petang raye haji ni. :-)

*org Jawa panggil kencur.

Unknown said...

menarik..nnti nk tny tok

akuzle ayu said...

ok, sy sependapat Kakcik... bole cuba mkn nnti...hehehehe

Anonymous said...

Kat mana beli pokok cekur ni. RM1.50. Murah tu.

el said...

kt umah mil sini ada tanam..
tiap2 hari mil mkn..el kalo mkn gitu x lalu..kalo cicah sambal belacan or smbl nyok baru best hehehehe