Apa kata hati ..

Monday, November 14, 2011

Betul kata Kakak Cantek ~ Rahsia hati .. kalau terluah boleh jadi kontroversi. Sebab tu ada kalanya seperti Tak terluah dengan Kata-Kata. Tak mahu terheret Kontroversi yang dicipta sendiri. Lebih selesa duduk diam-diam .. simpan sendiri .. atau dalam bahasa glamernya 'Low Profile'.
Kata Hati .. kita tak boleh ikutkan sangat. Kena timbang-timbang .. fikir banyak-banyak kali. Terlalu ikut hati, boleh 'mati'.  Ikut kata akal fikiran yang waras, bernas dan rasional, aman sejahtera la hendaknya. Hihi.

Kalau ikut kata hati, macam-macam mahu dan kehendaknya. Nafsu kontrol hati kot? Jangan layan kehendak hati tu sebelum fikir 10 kali. Untuk orang yg 'slow pick up' macam aku ni .. fikir 20 kali. Hihihi. 

Kalau ikut kata hati .. Aku mahu jadi seperti Angelina Jolie. Dia cantek, menawan paling penting dia suka dan enjoy buat kebajikan. Aku mahu jadi seperti Beyonce yang berhati mulia. Aku mahu jadi seperti Kimora Lee yang gigih berusaha. Eh .. awat sample-sample ku sume yang glamorous je ? Haruslah kan .. ambil yang berjaya sebagai sample. Hihi. Tapi aku bukan si Jolie yang punya waktu untuk berkebajikan mengeliling dunia. Aku bukan Beyonce yang punya banyak wang untuk ditabur kepada penduduk kampungnya dan aku bukan lah Kimora yang punya 10, 20 malah berpuluh-puluh orang assistant yang sedia membantu merealisasikan impiannya. 

Tapi .. walaupun aku bukan mereka-mereka yang aku 'admire', aku tetap akan berusaha mencapai impian dengan caraku sendiri. Aku bangga menjadi seorang anak, seorang mak, seorang kakak, seorang adik, seorang sahabat, seorang staff. Di rumah aku bangga menjadi  seorang driver, bibik dan Chef. Aku SUPERMAK. Aku nak buat tu, aku kena buat ni. Aku kena buat semua bukan macam dorang-dorang yang ku 'admire' tu. Tak pe .. yang penting aku BAHAGIA. Bahagia membahagiakan diriku dan kesayanganku. BAHAGIA itu penting. Kalau kurang bahagia, bahaya. Harap-harap Bahagia kurniaan Allah SWT ini kekal selamanya. Amin.



You Might Also Like

18 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here