Wednesday, November 23, 2011

Budget!!

Sapa kata Ella suka makan tempat mahal-mahal jer? Tak kenal maka tak cinta.  Tak tau jangan mengata*dosa* Hihi. Meh tengok ni.

I noticed this lorry since October. Since then, i always aimed to support this man's business. Banyak kali pasang niat dan hajat .. 1 hari nanti, aku mesti nak beli Nasik dari dia. Nak support dia. Hoping that my small contribution will make other people happy and hoping for some 'pahala' from Allah SWT*InsyaAllah*.

Satu hari di tengahari, kita singgah sini. Beli nasi dan mintak izin untuk ambil gambar dari Pakcik ni. Till then, i'm so happy. Tunai sudah impian dan hajat untuk sokong bisnes kecilan seperti ini. Eh .. over ke kita?

26 comments:

kasihibu said...

sangat sangat murah tu..
lokasi dimana ye?

teringin nak mencuba jugak (,")

makdara TERdiva said...

KC, len kali ajak kita sekali :D

Cik Tie@Akak said...

murahnya..katne ni

Suara Kalbu said...

Mak oiiiiii... sangat murah

Kat mana ni Kak Chik ?

azu said...

moga murah rezeki dia kan..peniaga xberkira sgt..mmg selalu untung..org suke pegi bila mknn murah dan sedap!

Daddy Ziyyad said...

Lokasi?

OK tak? sedap tak?

Biasa ke saiz portion nya, atau sikit?

mama aini said...

kadang2 nasi lorry ni lebih sedap dr yg dijual direstoren2 mewah..hu2x..mama pun tak memilih janji ianya sedap dan yg paling penting kebersihan nya !!!..he2x..

PUTUBAMBU said...

macam tak percaya je murah sangat gitu

kalau RM4.00 tu percaya jugaklah..

semoga murah lagi rezeki peniaga tu ye..

sedap tak kak?

Qaseh said...

nama pun nasi budget tentu la murah...

moga bertambah2 rezeki peniaga tuuu

Fara said...

Terkejut gila. Murahnya? Portion dia mcm ne? Sy tau klu budget ofkos sikit tp berbaloi tak dgn RM2.50?

kakngah said...

murahnya...
breakfast pun susah dah nak dapat harga camtu.

harap2 rezeki pakcik tu pun murah sekali...

qemaishak said...

murah tu..sedap ke kakchik?

luahfikiran said...

SALAM,
LF DAN ISTERI NAK IKUT SAMA KCE! KAT MANA NI ?

Queenie said...

dah berapa kali tolong, ella?
kalau sekali tu jer mana aci..
kehkehkeh

noorsafone said...

Kalu camni tak payah masak la...mama nk beli je kt situ ..hehe

h4ni3 said...

murah tuuuu!
makan 10 org pun, baru rm25

Ezzah Aziz said...

hello kawan aku dah lama kenal hang...itu memang sikap semulajadi hang lah...suka simpati pada orang lepas tu bersedekah...teruskan amal jariah tuu.

kakchik@ella said...

Hai kawan-kawan, Kedai Nasi Budget Bergerak ni boleh dijumpai di 'main road' Saujana Utama, Sg. Buloh.

Aiman ckp sedap. Dia mintak ayam lebih .. Pakcik tu mintak bayaran tambahan 50sen sahaja. Aiman ckp dia terharu sebab pakcik tu menjual sambil senyum. Moga Allah SWT murahkan rezeki pakcik yg suka bersedekah dgn makanan yg murah dan senyuman yg ikhlas. Amin.

Anonymous said...

baeknyee hati k chik :)))
kak chik ni ibu tggal ek.. sori tnya nk thu.. hu2
xpnah tgok gmbar famili ade suami akak.. ngan anak n ahli kuarga kwan byak jek..hu2

Aida Azryn said...

perghhhhhhhhhhh ayam goreng berempah+sambal belacan!! faveret aida tuuu.. :D

Mak Lagenda said...

wahhh!! Wlupun hanya RM2.50 tp menu2 dia tu semua kesukaan mak!! Ari2 beli pun takpe nih..

KC..kc sokong ari2 pun okey what..

azieazah said...

Sungguh murni niat U.

Sungguh ikhlas abang yang berniaga tu. Benar kata orang, berniaga makan ni sambil sedekah.

Memang murah macam tak lojik, tapi peniaga tu rasa syukur. Sebab tu rezeki dia tak putus.

Tingin nak rasa. Tapi jauh lak.

Cik Rose Cute said...

Follow sini..

http://hairuliza-anakku.blogspot.com/

Cik Bambam said...

wahhhh..murah ni kakcik..kat mana nie??

Mama Kembar 3 said...

ishh murah betul tuh! apsal laa tak dak kedai jual nasik murah camtu kat umah/ofis mama nih. kalau ada konpem tiap tiap hari aii beli. ayam goreng + sambal blacan plak tu, perghhh terliur dah nih hehe

Peri PiA said...

waaa,bgs nya
mane nak dpt kan,paling dekat dgn opis pon kat medan mara kalo nak merasa menu 1 m'sia kena naik LRT bagai $ jugek