Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Wedding Dinner kat PICC

Mula je Cuti sekolah, maka bermulalah Agenda "Aku Nikahkan Dikau" ... " Berderet kau. Jadual tiap hujung minggu kita dah hampir penuh untuk bulan Dua belas ni. Raikan orang membina masjid adalah antara undangan yang kita 'excited' nak pergi. Belum pergi dah berkumandang lagu "Selamat Pengantin Baru" di telinga sendiri, dah terbau harum wangi aroma Bunga rampai, dah terdengar paluan kompang yang hanya boleh didengar di rumah Kenduri, dah terbayang pelamin dan Si Pengantin yang cantik berseri. Best la. Kita suka.  Tapi "Wedding Dinner" yang kita pegi kat Putrajaya International Convention Centre aritu tak ada bunyi kompang, tak ada bunga rampai dan tak ada lagu Selamat Pengantin Baru sebab temanya "Bollywood". Dah rasa nak joget Hindustan la pulakkkk. Hihi.

OTW ke "Wedding Dinner" Siti Izaura Salleh. Mekap dan blow rambut sendiri. Tidak lah cantik pun hasil tangan kita tapi buleh ler untuk diri sendiri. 

Parking VVIP di Putrajaya International Convention Centre

Kanda Yon dan menantunya Nora. Tq Kanda Yon jemput kami bertiga. Sejak kenal Kanda Yon dua tahun yang lalu, sume kenduri yang Kanda Yon buat kami sekeluarga dijemput sama. TQVM Kanda atas ingatan pada Dinda sekeluarga.

Dewan Perdana PICC memang cantek dan gemilang. Kita duduk Meja VIP No. 33, semeja dengan mak dan ayah penyanyi Elyana, baik dan peramah diaorang berdua. Nasi Briyani nya sangat sedap hinggakan hampir semua orang makan bertambah*termasuk la kita* Hihi.

Saje letak gambar ni lagi sekali. OK. Pasni kita akan cuba senyum dengan lebih lebar supaya nampak lebih ikhlas, lebih manis, lebih berseri. Terima kasih atas teguran ikhlas itu. Jangan tanya mana asben kita eh sebab dia lah "Papparazzi" kami untuk malam itu. Beg Dinner comel atas meja tu dah lama betul berkhidmat untuk kita. Betul pepatah lama ~ Alah membeli menang memakai. Lambat lagi boleh direhatkan beg ni sebab dia molek lagi.

Tema Kahwin "Bollywood". Pengantin perempuan, Izaura cantik lengkap dengan pakaian dan perhiasan 'Bollywood' nya. Superb!! Selamat Pengantin Baru, adik. Moga berkekalan hingga akhir hayat dan bakal melahirkan zuriat yang comel dan manis seperti kedua ibu bapanya. Cantik dan hensem giteww. OK lah. Sekian sahaja Entry Mengenang "Wedding Dinner" Oya @ Siti Izaura di PICC. Bye.




20 comments:

Kakcik Seroja said...

Kenapa Aiman tak pakai baju bollywwod juga? :)

safurara said...

sis dh potong rambut =) comels.

Unknown said...

fuhhh meriah!

munna said...

MERIAHNYA NYA SAMBUTAN WEDDING DINNER Oya anak Kak Yon... cantik pengantin.. dgn busana bollywood

faraherda.razalan said...

KC glamer dan gojes!

Unknown said...

aiman kenapa tak pakai baju bollywood??:P

Misz-ella said...

kakcik, aiman tak pakai baju Bolly sbb last minute kak yon ckp org lelaki pakai baju melayu.

so, kita recycle baju raya aritu. Jimat. Hihi.

laskar pelangi said...

kakchik glamor gituuu;))

Kancilbiru said...

wahhh KC awet muda gitu..:)

Mia Meymi said...

wahh bestnye..meriahh gituuu.. :p

Unknown said...

glam serba purple gitu

mr.curly said...

kasi gelek2 skit..hikhik

eliyaezlinalias said...

meriah!

cik wanie Lovela (CWL) said...

waa bestnya

Yana Halim said...

wah waahhh....kak ella dah boleh gelek2 hindustan nie... hehe

Sheherazade said...

wow kc ku semakin vogue :)

love soft pepel

Ati Masrif said...

kiut ella..cam cine :)

nasib ada teruna tukang peneman

Queenie said...

ella, skrg ni selain tema tradisional dan orang putih, ramai pengantin memilih tema2 yg diluar kotak ek? seronok tp kalau tak bersedia, tiapkali ada undangan wedding dinner, terbanglah rmrm sbb nak sesuaikan ngan tema diberi hehe

Akak Kembang said...

cantik baju Kak Chik...

Cik Ina Do Do Cheng said...

kc dah sama glam ngan pengantin. cantik baju purple tu. orang sekarang kahwin meriah:~)