Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Emosi Khamis Kami

Yesterday was a very tiring and exciting Thursday. Bermula dengan aktiviti mencergaskan diri dan melegakan minda di pagi hari diteruskan dengan ke sekolah Aiman untuk mengambil keputusan PMR.  Walau bukanlah terlalu cemerlang dengan mendapat 'straight A' tetap kami bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah. As a mom, i know segala rintangan, tekanan dan kesulitan yang Aiman hadapi dalam menghadapi hari-harinya. It's not easy for him. Aiman was raised by us tanpa sokongan atau bantuan dari orang luar walaupun saudara mara sendiri. Kami sangat-sangat berdikari. Susah senang kami tanggung dan telan sendiri. Ditambah lagi dengan keadaannya sebagai anak tunggal .. aku mengerti ada kalanya dia sepi.  Kesepian dan kesunyian yang jika tersalah langkah bakal menyebabkan anasir-anasir luar yang negatif dan bahaya datang menerpa. 

I also know that there are times where Aiman rasa terluka dan jauh hati dengan sikap 'double standard' atau pilih kasih yang dihadapinya. Aku selalu berpesan ~ Aiman .. Percayalah yang Bahagia itu datang dengan berbagai cara. Allah SWT sayang semua hambaNya. Redhalah dengan tiap ujian dan dugaan.  Percayalah yang jika kita redha dan ikhlas dengan setiap dugaan, ganjaran akan datang dengan sendirinya. Rise and Shine, my Dear. 

Moga Aiman sentiasa berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah SWT.  Moga Aiman dijauhkan dari sebarang kejahatan.  Moga Aiman terus membesar menjadi insan yang berkualiti dan disayangi ~ Itu doa ku tiap kali lepas solat.

Dengan keputusan PMR, it's time for Aiman untuk melangkah setapak lagi. Boarding school, maybe? Bercampur baur rasa hati kami ~ Antara mahu dan tidak ..  And we do not have much time to think.  Moga Allah SWT buka pintu hati untuk segala persoalan kami. Amin.

16 comments:

gadisBunga™ said...

punya mak yang macam KC ni kan, sebenarnya Aiman dah lama dapat straight A's dalam hidup.


congratulations aiman. :)

Ibu Darwisy said...

tahniah aiman :)

Ati Masrif said...

alaa...so touching baca tulisan
yang tulis ikhlas dari seorang ibu.

harap aiman baca...sebab dia punya
ibu yang sangat..sangat penyayangi
dan memahami.

apa pun keputusan nanti kita sebagai
ibu pasti dapat merasakan mana yg baikkan ella :)

Melati Qistyna's Mummy said...

hmmm, perkara yg harus dihadapi oleh setiap ibu bapa bila anak menginjak dewasa... berpisah....


tahniah buat Aiman ye KC....

cik panadol said...

Aiman tu anugerah Allah utk KC...dan KC dah bagi yang terbaik utk Aiman...u should be proud of urself KC...

Yana Halim said...

Semoga Aiman terus menjadi anak yang baik buat kak Ella....ameennn..

Hanis Azla said...

Tahniah utk aiman dan mamanya juga.. sebagai ibu, apa pun pencapaian anak kita, ianya tetap membanggakan kerana kita tahu kesungguhan dan kemampuan mereka.. semoga persoalan yg difikirkan mendapat jawapan dan keputusan yg terbaik... insyaAllah..

MamaYatie said...

walau apa pun resultnya, tahniah tuk Aiman..yg penting dah usaha sehabis baik..perjalanan masih jauh & masih byk ruang utk berusaha...perjuangan utk berjaya menjadi insan berguna itu lebih besar ertinya..

faraherda.razalan said...

KC,

Apalah sgt PMR. Perjalanan masih jauh. Even A berderet, belum masanya lagi untuk buktikan kejayaan!

Mentaliti manusia, yang hebat saja mahu dikenang. Bila selesa diulit pujian, baru tahu langit itu tinggi atau rendah.

=D

el said...

congrat aiman
mcm tu lah kalo dah anak besar ni..byk lg pengorbanan yg perlu dibuat oleh ibubapa...semoga yg terbaik tu adalah yg terbaik dlm hidup mereka

Ztee_Azwanis said...

tahniah aiman :)

mama aini said...

Tahniah dr mama buat aiman..KC ank mama pun seorg sahaja..ank tunggal ni juga ada mcm2 kerenahnya..he2x..masa masih panjang utk aiman berusaha & mendapat yg lbh terbaik..doa ibubapa adalah ubat yg paling mujarab utk ank2 meneruskan kehidupan yg semakin mencabar ni..hu2x..

Anonymous said...

aiman dpat brape A's nk thu ples..

kakrose said...

tahniah buat Aiman dan mamanya yang berjaya mendidik dengan baik.Aiman berjaya melepasi fasa kehidupan yg mencabar.ada beberapa fasa lagi yg perlu di tempuhi.semuga Aiman berjaya melepasi fasa seterusnya dan menjadi kebangaan mama dan papanya..Amin..

Anaasuria said...

Tahniah Aiman dan KCE.. apa pun keputusannya, he has tried his best.. semoga Aiman menjadi anak yang soleh..

Unknown said...

apa pun tahniah untuk aiman..)