Monday, December 19, 2011

Kenapa?

Kenapa ..
Kalau dia tak datang rumah kita .. kita berat hati nak pergi rumah dia?
Kalau dia tak senyum kat kita .. kita pun tak nak senyum kat dia?
Kalau dia tak 'approach' kita dulu .. kita pun takkan memulakan kata?


Kenapa tidak kita terlebih dahulu memulakannya?
Ego kah kita? Sombong kah kita?


Kenapa ..
Kita suka buat 'judgement' sendiri?
Adakah kerana wujudnya rasa "jangan-jangan" .. "entah-entah" .. ??
Adakah kerana kita tak menilai sesuatu perkara sedalam-dalamnya belum kita buat sesuatu kesimpulan?


Kenapa?

13 comments:

LidaRahim said...

mungkin SEGAN dan TAKUT ke atas penerimaan dia..

pinky said...

betullh KC...kiterpun sll rasa mcm tu..mmmm...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sbb MALU..

Pok Amai-Amai said...

Manusia KC...sy pun tak lps dr prasangka yg bkn2!

=(

qemaishak said...

kadang-kadang ada gak rasa camtu hehe

AzNuRuL AzMaN said...

saya rasa sebab wujud rasa ingin balas membalas dalam diri tanpa kita tahu alasan kenapa dia begitu..

kadang2 kita taknak pergi rumah orang sebab takut wujud rasa dengki & iri hati..

yela rumah org besar kete besar hiasan dalaman mewah..sedangkan kita rumah kecik kete kecik dalam rumah ada barang basic saja..bila org dtg rumah asyik dikomen perabot segala..mmg stress..kalau tanya khabar berita ok la juga..

org muka kelat mungkin sebab dia ada masalah r/tangga, ada keluarga sakit, duit untuk keperluan rumah takde nak makan pun bercatu..mampu ke dia nak senyum sokmo masa ni..

setuju dengan kak chik jangan la kita suka judge org..tapi bila kita berurusan dengan org mesti cuba untuk layan sehabis baik..takkan marah nyamuk sekor kita nak bakar rumah kan..

el said...

benda ni yg sllu el fikirkan..adakah el terlalu ego juga huhuhu

Melati Qistyna's Mummy said...

Apa kata Kita mulakan langkah pertama.... "senyum..... X perlu kata apa2....senyum....." :)

kakcik said...

Kerana...

kita manusia yang penuh dengan prasangka...

Kerana...

kita tak yakin dengan keupayaan kita...

Kerana...

kita suka menilai sesuatu buku sebelum kita mula membacanya...


:)

MamaYatie said...

nak pegi umah org tp segan unless mmg dijemput hihi..

tp kalo bab senyum & menegur, insyaallah pemurah lagi ni..sbb free kan...hahaa

Anonymous said...

Sebab anda bersifat passif, not aktif. Pasif tu tunggu orang buat dulu. Aktif tu ambik inisiatif sendiri. Simple.

Cik Ina Do Do Cheng said...

InsyaAllah cik ina selalu yang mulakan dulu, tapi kalau orang tu de respon, lepas tu tak de dah nak tegur : )

Mama Likha said...

btul gak tu.. kdg2 zte ada gak sifat ni....knp erh?? bukan sombong.. tp ntah lah huuuu