Monday, January 31, 2011

Gi la sopink kat sini if u ols berminat ..

Suka sopink dak? I think kebanyakan perempuan suka sopink. For me, sopink is a therapy. Kalau tgh stress, tgh tension, i will go for sopink. Beli tak beli belakang kira.  Yg penting kuar opis, cuci mata. Dah tenang sikit minda, baru boleh sambung keja. Hihi ..

Tengahari semlm, i went to 1Utama, alone. Tengah tunggu traffic light tukar kaler, ternampak iklan kat tiang ni. I think this is the 3rd time i saw this iklan. 1st kat area Mont Kiara, 2nd kat area Segambut. Kali ke 3 ni kat 1Utama pulak.

Gi la visit website dia if u ols berminat. 
Luxury handbags nowadays is affordable by anyone thru instalments.
Mcm bayar ansuran barang Singer je, serius murah bayar bulan-bulan.
Eh .. aku ni suka-suka je tolong promote, kan. Bkn aku dapat apa-apa pun. Haha ..
Bkn tolong promote lah kwn, nak share dgn u ols je. hihi ..

p/s :- tetiba teringat filem 'The Devils wear Prada'. 


Kita adalah diri kita sendiri.

Kita adalah kita
tak perlu menjadi org lain
Kita adalah kita
hanya perlu berpegang pada didikan org tua sedari kecil

Kita adalah manusia
yg diberikan akal dan fikiran utk berfikir
Kita adalah kita
perlu punya prinsip yg kuat dan tak perlu terikut-ikut org lain




Sunday, January 30, 2011

Aritu ada org mintak resepi Butter Prawn

Aritu ada org mintak resepi Butter Prawn kat ai. Ai pun dah janji akan bagi resepi kat dia. So Azzey dear, this is for u ye.


Actually Butter prawn ni ada dua jenis. Yg berserdak garing (dicampur telur) pun ada, yg basah mcm yg ai buat selalu ni pun ada. So, i bagi resepi yg ai buat selalu la ye. Eleh .. tu je yg ai tau pun. Hihi ..

Potong dadu bwg putih, hiris daun kari, butter, 
susu cair dan udang yg dah digoreng separuh masak

Tumis bwg putih + daun kari menggunakan butter yg dah dicairkan,
masukkan udang, kacau-kacau, pastu masukkan susu cair. Kacau sampai kering. 
Jaga api tau. Hangit kang susah. Hihi ..

Ikan bawal suwit sour.

Ekceli pagi ni bangun lambat. 7:15 baru terjaga .. terlepas solat Subuh. Mana dan nak Subuh kalo bangunnya 'time' matahari dah tinggi. Walau terlambat bangun, sempat lagi masak 2 lauk for my Bodyguard si Aiman Yusuf. Selamat makan-makan, Aiman.




Wanna c Wanda my dear??

Finally .. selepas beberapa kali 'dating' tak menjadi, akhirnya dpt gak bertentang mata dgn Wanda ~ pemilik blog 'Metamorfosys Deanza. 

Serius manis dan comel Wanda nih. Student UNISEL in MasComunnication, baru berumur 22 tahun. Muda lagi tu weih .. tgh manis2. Hihi ..

Kita mkn, minum, cerita-cerita, gossip-gossip
Sopink-sopink .. mkn lagi .. jln lagi .. pastu kita balik.
3 jam bersama mcm 3 minit je. Len kali jumpa lagi ye dik. 

Hey ..  i want to see yg lain-lain lah. Yg suka menjerit di shoutbox ku .. pengomen tegar ku .. dan pengikut setiaku. Echewah .. mcm la hebat sgt aku ni. Sibuk nak jumpa .. korang entah sudi ke tidak ye? Hihi ..


Saya nak bagi hadiah kat awak. Contact saya boleh?

Setelah baca, review, telek, teliti, fikir, pastu baca, baca lagi, akhirnya berjaya aku ketemu winner for 1st misz-ella.blogspot contest. Seriously, aku baca sume n3 berulang-ulang kali before i choose the winner. Semua entry bagus, kreatif dan aku sgt-sgt suka. Kalau boleh nak bagi sume hadiah tapi tak aci arr kan .. bkn contest namanya kalo camtu. Hihi ... Bkn senang aku nak pilih pemenang, that's y i take a longer time ~ think and think and think many many times. 

Haih .. brdebor-debor nak announce. Terfeeling cam nak announce keputusan AJL lak. Haha .. Habis la .. gerenti kontobersi. Eleh .. M. Nasir yg sifu tu pun diheret kontobersi dek keputusan AJL ni kan pulak si Kakchik@ella tu. Apa nak kesah?? Anyway korang .. since this contest dibuat for fun, hope u ols enjoy it, especially digging and reading my at least 10 entries. Tahniah buat yang menang. Yg tak menang dont worry, ada hadiah yg lebih hebat menanti ~ FRIENDSHIP FOREVER. Nak?? Dulu masa TheBlabber offer hadiah frenship forever kat aku, aku punya lah hepi, so nak 'extend' kan kat korang lak. Nak tak?? Kita kawan kan .. forever ever fren kan?? Janji eh takmo gaduh-gaduh. Aku sayang semua lah .. yg menang dan tak menang. Sumpah. Tak tipu. Hihi ..

Fuh .. pjg betul mukadimah utk hilangkan debor di dada. So, debaran dah lega, marilah kita tengok pemenangnya. Hihi ... 

2 pemenang utama yg bakal berwangi-wangian lepas ni ialah :~ 
Cik Toyol Kiut (misterikah kakchik di mata kau dik?? hihi ..)
Ady (kreatif la ~ aku pun lum tentu boleh buat n3 sekreatif ini)

Pemenang-pemenang saguhati ialah :~
El
Adik Nadia
Lady Diana
LadyZul


Hadiah saguhati range arnd RM40-RM60. OK la tu kan. I sdn. bhd. u, tak da sponsor. I bagi dgn ikhlas dan rela. Harap-harap u terima dgn hati terbuka. Hihi ..


Buat yg tak menang, u dont sad-sad eh. Nnti kita jmpa tgether-gether di alam nyata. Blh gimme five - kan kita geng?? hihi ..


Nama-nama yg aku seru kat atas tu, please email your address and phone no to kakchik_ella@yahoo.com as soon as possible. Memandangkan kita nak beraya panjang .. eh .. bercuti pjg la, i will try to post the gift on 2nd tapi gerenti sampai kat tangan korang lepas cuti pjg ni. Hmmm .. hope2 tak da problem during the mailing. 


Yg kat KL, maybe u can drop by at my office kat Jln Segambut to collect the gift frm 7th February onwards. 'Timing' problem la, sbb kebetulan kita sume nak bercuti panjang, warga KL dn Putrajaya esok dah cuti. Lambat sikit pun tak pe la ye, tak kan lari gunung dikejar, dah sah-sah hadiah tu korang punya. Anyway, remember to email me. Blh i roger2 u. 


Lega rasanya bila segala yg terpendam di minda dan hati terluah melalui n3 ini. Harap-harap tak kontrobersi. Hihi .. Sila percaya ye korang yang aku berdebar-debar nak tekan butang PUBLISH POST tu. 


Bismillahirahmannirrahim .... GO.




Saturday, January 29, 2011

Lagenda Mahsuri

Bukan tajuk drama bersiri di TV ok. Bukan juga nama glamer. Memang nama blogger ni Mahsuri. Dulu-dulu aku ingat pe hal la minah ni buh nama Mahsuri? Minat Mahsuri kot dia ni? Ke .. dia memang perasan glamer?? Haha ... Selepas diinterview memang nama dia rupa-rupanya. Hihi ..

Mahsuri juga lebih mesra dipanggil 'Mak" dikalangan rakan-rakan blogger. Pada yg tak tau, dia ni sungguh mesra alam dgn rakan-rakan blogger yang lain. Rajin BW dan bertegur sapa di blog rakan-rakan blogger melalui shoutbox. Ramai yg kenal dia. Sana sini Mak ni ada, tip top dan fofular betul lah. haha ..

Mak turun KL ari Sabtu. Memandangkan KC keja ari Sabtu tu
maka jumpa di KFC blkg opis KC je lah.
Byk dugaan Mak nk dtg opis aku ni ..dgn jln jem teruk nya ..
Seronok borak dgn mak. Dia frenly, tak sedar masa berjln.
Anytime mak turun KL roger2 KC ye mak. Kita 'dating' lgi. Hihi ..



Tak perlu ambek pusing

Tak perlu ambek pusing dengan kata-kata dari org yang tidak mengenali dan dikenali.
They never know us. They judge us with just once sentence. Not fair, right??

So y not kita jgn ambek pusing and just say ADA AKU KESAH?? Haha ..

Friday, January 28, 2011

Bagai tebu dimesin ..

Wajarkah dia diperlakukan persis tebu yang dimesin? 
Diperah habis-habisan hingga kering dan layu?


Kesian lah aku tengok org yg dikerah habis-habisan tu.
Hmmm .. walau tidak terjadi padaku, aku tetap bersimpati.




Masak memasak ..

Masak adalah kesukaan, hidup rasa tak lengkap kalau tak masuk dapur 3, 4 kali seminggu tapi masak yg simple-simple je la. Kalo disuruh masak yg extravaganza, suh confirm aku nyerah kalah. Haha ..

Bihun goreng buat santapan anakanda di pagi Sabtu

Dalam bengang terselit nikmat

Dalam kesibukan kerja, dlm keadaan emosi yang bengang dan bingung, terselit nikmat di sana sini.  My besfren D drop by to my office and we had lunch together. Sambil tunggu dia datang, sempat berYM dgn blogger Mak the Legend dan buat entry ini.

Tak cukup berYM sambung lagi bersms dgn Mak the Legend di henfon. Dari petang berlanjutan hingga ke mejelang Isyak. Lepas solat Isyak berdating pulak dgn si Pinky ~another of my kesayangan. Borak, makan, gelak, dating and planning. Terubat sudah rinduku pada si cantek ini.

Esok? Esok keja, lepas kerja bakal bertemu dgn Mahsuri, petang ada birthday invitation by another blogger, malamnya jugak ada appointment with another blogger. Ahad kalau tak da apa-apa halangan bakal bertemu dgn dua org lagi blogger.  Wah .. berwarna warninya kehidupanku. Kalau siang tadi bengang+bingung dgn karenah kaki kipas yg suka 'ikut je', malamnya bahagia dgn gelak ketawa. Indah kan kehidupan? Dalam bengang, terselit nikmat. Alhamdulillah. Amin.


Thursday, January 27, 2011

Bengang or bingung??

Bengang or bingung? 
Eh .. bkn 'or' lah. Sepatutnya 'and'
sbb ari ni aku dipakejkan dgn dua2 situasi tu.
Bengang and bingung. 
Disebabkan bengang+bingung terus jadi biol!! haha ..

Muka org bengang + bingung
Bengang+bingung dgn sikap manusia yg takmo bersatu hati
Disebabkan nak mengipas rela jadi lembu dicucuk hidung
Main ikut je. Pikir la. Guna akal yg Tuhan bagi. Takda kualiti la ko nih


Bengang punya pasal kita cuci mata tgk makanan lagi best!! Haha ..

Dinner last Wednesday.
Nasi goreng sambal belacan + telur mata, Asam pedas ikan selar
Dessert Butter stroberi cake and Sunquick orange family favoritess ..

p/s : berjaya post  n3 during lunch hour. yesss!!

Pelan-pelan la jawabnya

Sungguh la kecewa sebab line internet memang jeles habis dengan aku. Dari malam semalam dia semput-semput, rasanya kura-kura berlari*boleh ke dia lari*hihi .. lagi cepat dari line internet kat rumah ni.

Nampaknya terpaksa la aku berblogging dengan pelan-pelan. Tak pe la kan, pelan-pelan pun tak pe .. baru tahan lama. Kalo pecut kang cepat pulak semputnya. hihi ..


Berita baik buat peserta contest misz-ella. I have chosen not less than 15 entries yg sgt menarik. Eventhough sebelum ni nak bagi 7 pemenang je tapi disebabkan banyak entry yg menarik, baik dan kreatif, so i have decided to increase the number of winners to 15 but off course lah main winners 2 org je kan. U ols tunggu eh. Disebabkan line internet sgt semput dan perlahan, maka graf kualiti kerja aku  pun jatuh gedebuk. Aduh!! ... hihi. But i think by this Sunday, i can announce the winner.


Jgn risau, jgn kuatir .. bak kata Vince AF1 ~ Semua adalah pemenang tiada pengalah. Haha ..

Sayur mentah pun sedap lah ..

Sesekali, jom kita makan sayur mentah. Melayu panggil ulam. Omputeh panggil salad. Melayu  cicah sambal belacan, Omputeh cicah sos Thousand Island la .. Mayonis la .. bla .. bla .. bla. Hihi ..

Mkn tengahari dgn ulam omputeh ~ Salad
Dah tak da idea nak makan apa.

Yg ni bkn ulam tapi tukang makan ulam Omputeh tu. Hihi ..


Wednesday, January 26, 2011

Kita sebenarnya tak kurang dgn kasih sayang

Pernah rasa mcm org tak sayang kita tak? Masa kecik dulu, selalu rasa mcm mama tak sayang aku. Mama selalu lebihkan adik. Sikit-sikit adik (my adik perempuan muda setahun dari aku). Aku tak faham kenapa sampailah aku besar.

Bila usia kian meningkat, aku tanya mama apa sebabnya. Lebih baik bertanya dari terus berprasangka, nak pulak pada mak sendiri. Kan dia Syurga kita.


~ Mama jawab mcm ni ~ 
Mama syg semua anak mama termasuklah KC (kakchik) dan antara semua anak mama, KC yg paling baik, paling tak menyusahkan mama, paling berdikari dan paling pandai jaga diri. Adik masa kecik ada sawan tangis. Mama terpaksa lebihkan perhatian pada dia. Walaupun masa tu umur KC baru setahun, KC seolah faham yg mama susah hati dan penat menguruskan adik, KC tak byk kerenah. KC cuma akan berbunyi kalau lapar dan buang air. KC anak yg paling kurang kena marah dan kena pukul sebab KC memang baik dari kecik dibandingkan dgn anak-anak yg lain. KC tak nakal dan tak buat hal. Memang KC anak yg paling menyenangkan mama dari kecik sampai besar. 

Aku terdiam dgr jwpn mama. Baru tersedar yg aku dianugerahkan Allah SWT dgn sikap positif seperti itu ~ anak yang taat dan menyayangi kedua org tuanya, menyenang dan membahagiakan kedua org tuanya sedari 'baby' lagi. Alhamdulillah. 


Sikap berdikari dan tak suka menyusahkan org aku bwk sampai skrg. Aku jaga sendiri anak aku, uruskan sendiri kehidupan kami tanpa sedikit pun berharap pada org lain. Biar penat, biar menangis, aku tetap cekal mengharung tiap dugaan dan cabaran kehidupan. Hingga sekarang, ada lagi adik beradik aku yg masih bergantung pada org tua, masih ada lagi yg sering menyusahkan hati mama dan abah tapi tidak aku.

Bila usia kian meningkat, aku makin matang, aku makin faham. Aku makin mensyukuri anugerah Allah pada hambanya. Aku makin sedar yang kita sebenarnya tak kurang dgn kasih sayang. Walau di sini kita 'rasa terkurang', tapi Allah lebihkan di sana ~ punya bonda tiri  dan arwah ayah mertua yg sangat menyayangi ku. Bersyukur kerana dikelilingi sahabat-sahabat yg menyayangi, dikelilingi org yg baik-baik, yg sudi dan ikhlas menghulurkan bantuan tanpa perlu aku meminta-minta. Sentiasa ada yg sudi menghulur salam persahabatan dan aku sambut dgn penuh keikhlasan. Tuhan maha kaya, maha adil dan saksama pada tiap hambanya. 


Bila toleh ke belakang, rasa bersyukur dgn pengalaman lampau ~ kerana ianya menjadikan aku insan yang lebih kuat pada hari ini. 





Butter prawn

Favorite Aiman. 
Paling mudah, paling senang.
Yg penting masak apa yg org nk mkn tu suka,
bkn kita suka. Tu syok sendiri namanya. Hihi ..

Senang sgt nak membuatnya. Bahan pun tak banyak. Make sure makan
sampai licin Aiman. Hihi ..


Kejora dan Bintang?

Kejora dan bintang? Bukankah Kejora itu sebutir bintang? Tetiba je terjebak menonton drama Indon ni.

Time-time mata tak ngantuk lagi, tekan remote sana sini, terstop lak kat sini. Bila pulak la drama ni start? Aku biasala .. benda-benda camni selalu sgt tertinggal keretapi, mak aku lain arr .. sume cite dia follow. Hihi .. Aku lama sungguh tak layan Sinetron.

Wah .. ada Baim Wong. Assistant aku, Kak Senah suka ni. Hihi ..
Amboi .. heroin cun. 

Korang layan? Aku belum tentu. Tapi lagu rock kumpulan Search yg 'Kejora' tu gerenti aku layan .. dari muda dulu lagi. Hihi ..


Tuesday, January 25, 2011

Turap jalan mcm tampal baju koyak

Kerja-kerja penurapan jalan sedang dijalankan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Bagus. Diaorg naiktaraf jalan utk kemudahan kita. U like? I like. Sapa yg tak like, kan. Nama pun utk kemudahan kita. Yg i dislike ialah .. ada sesetengah tu, dia org turap jalan mcm tampal baju koyak. Tak lama lepas turap, dah berlubang balik. Mana yg buat betul-betul ok lah. Siap dgn 'patching and milling' sekali. Tapi mana2 yg mcm melepaskan batuk di tangga, haiyo .. cannot tahan lah. Hari ni resurface, tak lama pastu dah mcm 'roller coaster' balik.


Kalau 'pothole' lagi teruk. Diaorg curah 'premix' kat tempat berlubang tu je. Tak buat 'base' dia betul-betul. Lalu je 2, 3 lori berat, mendap balik jln tu. Benda camni jadi kat byk tempat tau, termasuk la kat area bertaraf '5 star'. Depan Kensington Park, dekat Sunway Damansara .. byk tempat lagi lah. Dah byk kali kan kita baca kat suratkabar, tengok kat TV. Boringkan? Mula-mula bahagia .. pastu derita. Haha ..

 ~ Gambar hiasan semata-mata ~

U see .. u see .. My car bill.  Pasal jalan rosak la ni. Hihi ..

So, korang lebih kan tumpuan di jalan raya ye, nak pulak yg naik moto. Kesian korang  kalo tetiba masuk lubang. Dah 1 hal kena kuar duit utk repair moto tu. Jalan sekarang ni dah tak 'cun' mcm dulu lagi lah. Hati-hati ye korang. Banyak lagi duit nak ke lain, kan. Cuba tengok bil aku tu .. dkt RM1500, buat sopink lagi bagus, hilang stress i u. Hihi ..






Nak kembar !!

Pernah berimpian nak anak kembar tapi tak dapat. Tak pe .. tak pe .. Aku redha. Hihi .. Tapi kwn-kwn aku ramai yg kembar.


Mek Yah dan Mek Yan. Masa wedding Mek Yan ni.
Sekali tgk mcm sama.

Dua kali tengok sbnrnya tak serupa. Hihi ..
Aku tgk 'depa' suka gaduh2 manja. 
Tapi 'depa' ckp bkn gaduh manja Kak Ella .. gaduh betoi. Haha ..
Ujung taun ni Mek Yah nak nikah. Yeay .. ke Utara lagi nmpknya.
Hang sefamili punya pasai, 10 kali pun tak pe. 
Kak Ella kan syg hang sefamili. Hihi ..

My fren's dotter ~ baru 7 tahun umurnya. Comel, kan.

Yg putih pink tu umi nya. 
Lawo kan dia. Eh, lari topik lak. Hihi ..

One thing i learn about kembar ialah, walaupun diaorg nampak sama tapi karekter diaorg berbeza rupanya. Dulu-dulu aku ingat kembar ni kamceng habis, mcm isi dan kuku. Rupa-rupanya diaorg pun ada gaduh-gaduh gak eh, cam adik beradik lain jugak. Terpikir la, camna agaknya menguruskan anak kembar ni ye. Mesti kalut habis. Tak sempat bersosial aku kot? Haha ..



Gelap tapi bersuluh

Hilang gelap diterangi cahaya lampu suluh
atau diterangi api lilin
atau dari sinaran lampu minyak tanah
atau dari lampu gasoline
atau dari lilin beraromaterapi
atau dari 'rechargeable lamp'

Hilang kebosanan malam yang gelap
bila ditemani gurau senda gelak ketawa jiran tetangga

Dan akhirnya pabila bekalan elektrik datang lagi
'lappy' ini jugak yg ku cari ..
Blog ini jugak yg mendpt sentuhan jari-jari halusku
(lagi 10 tahun tukar jari-jari kecutku. Haha ..)

Two hours beb, without electricity. Donno y .. bekalan elektrik terputus sementara. Nak pasang 'generator' kesian pulak kat jiran tetangga. Rumah diaorg gelap, kita pulak terang benderang. Tak patut la sangat, kan. So, marilah kita bergelap bersama. Moga-moga hidup kita rukun dan damai. Hihi ..

Boring kan bila tiba-tiba tak da api. Nak tido pun 'feel' tak da mari. Mcm mana nak ada feel, mata nak pejam, tangan nak berkipas. Tak sefahaman langsung!! Hihi .. So, i went to closed neighbour house and chat with them. Sama-sama gelak ketawa bergurau senda dlm gelap. 

Kalau diberi pilihan, korang pilih yg mana? Takda api or takda air? Aku tak nak pilih. Aku nak dua-dua. Hihi ..


Tak sombong lah.

~ Org ckp kita sombong ~
Penah tak mengalami situasi camni?

Tak sombong lah. I make friends with all kinds of people. I enjoy meeting people, talking to people at all levels .. doesn't matter who u are. Langsung tak memilih darjat dan pangkat dalam persahabatan. Yg susah aku terima, yg senang pun boleh juga. Yg penting keikhlasan kita dlm persahabatan, betul tak? Kecewa sgt-sgt bila org labelkan aku 'sombong'.


Kwn2 sume aku syg. Baik yg lama, mahupun yg baru. Tak da sebab utk jadi sombong ~ masih ingat asal usul, masih segar kenangan zaman susah masa kecik-kecik dulu. Masih ingat susah payah membina kehidupan. Semuanya masih dalam ingatan*tetiba sebak*

Muka sombong ke?


Takkan nak senyum camni kat 'crowd' yg aku tak mesra?
Aku bkn selebriti. Aku org biasa.

Tak kenal maka tak cinta. Kalau lah kau mengenali ku, mungkin kau akan menyesali kata-kata itu. Terluka lah. Sedih sgt. 

Monday, January 24, 2011

Berdiam lebih baik

Ada benda boleh luah. 
Ada benda tak terluah.
Ada kalanya berdiam lebih baik, kan.

Jemputan utk semua ~ terutamanya blogger Johor

Two more weeks before the big event. Apa eventnya? 

Dlm carta anak-anak Haji Ismail Bin Haji Hamzah, Norizah Bt Ismail anak ke 6. Aku anak ke 4. Ek eleh ... nak gak 'enterframe' padahal subjek utama dlm n3 ni pengantin, bkn engko la Ella. Haha ..

Kenduri kawin ~ walaupun nak buat kecil-kecilan, persiapannya tetap memenatkan.  Entry Kotak-kotak cinta dan entry ini aku buat khas utk mengenang detik-detik menjelang perkahwinan adikku, Norizah.


Too make this n3 short dan utk mengelakkan korang boring sebab aku suka sgt ke laut .. ehem .. ehem .. Kita sound test dulu eh. Hihi ..

Bagi pihak keluarga saya, saya kakchik@ella nak jemput kawan-kawan blogger di Johor terutamanya sekitar kampung saya di Jementah, untuk  hadir ke majlis kawin adik saya pada 5hb Februari ni. 

For further detail please email me at kakchik_ella@yahoo.com supaya jemputan boleh lebih 'personalised'. Boleh la kita berhubung dgn cara lain. Almaklumlah, rumah kg ni bkn senang nak cari tau, tak mcm rmh teres kat KL ni. Org kg kaya tanah weih .. banglo lot sorang berekar-ekar. Hihi ..



Mamak bosan. Eh .. mama bosan lah. Mamak pulak. Hihi ..

Lamanya menunggu Tosei garing aku sampai.
Bosan lah. Snap .. snap gmbr sndri guna henfon takda flash.
Gelap gelita. Haha ..


Akhirnya yg ditunggu muncul jua. Awal2 dah warning mamak tu. 
Mesti garing tau. Kalau tak garing saya 'reject'
Sudahnya, senipis Roti tissue rupanya*takut kot mamak tu dgn aku*Hihi ..

Suka dak makan tosei dgn sambal kelapa? Kalo suka kita geng. Give me 5 cepat*pap*tampo skrin sendiri je la ye. Hihi ..

p/s :- sapa pandai buat tosei? yg ni tak leh give me 5 sebab aku tak pandai. haha ..

Melayu tetap Melayu lah.

Kalau dilahirkan sebagai Melayu, akan kekal sebagai Melayu sampai ke akhir hayat. Walau jauh kita berkelana di bumi Tuhan, walau dengan siapa kita berkawan, walau tinggi manapun darjat dan pangkat, kita tetap Melayu yang kaya dengan adab dan adat. Jangan sesekali kita lupa asal usul, adat dan adab kita sebagai Melayu. Bebanggalah kita menjadi Melayu yang kaya dengan adat dan budaya. Melayu yang penuh dengan adab dan sopan, berbudi pekerti, hormat menghormati antara satu sama lain. Darah Melayu tetap mengalir dalam diri kita ~ takkan jadi Orang Putih walau itu yang kau mahu. 


p/s :~ ni utk org Melayu yg tetiba rasa setaraf Omputeh, nak lifestyle cam Omputeh ~ pastu hina bangsa sendiri. Tak sukalah!!





Sunday, January 23, 2011

Wiken lepas kat rumah Mama no. 2

Aku rasa beruntung sangat sebab datang dari keluarga yang besar. Kalau wiken yang lalu aku balik rumah mama no. 1, wiken ni aku balik  rmh mama no. 2. Dua-dua mama aku sayang sgt-sgt. Sebagai anak, aku cuba sebaik mungkin utk buat dua2 mama hepi. Takmo ada yg terasa hati, tak nak lukakan perasaan diaorg. 

Jadi 'delivery girl' utk kotak-kotak cinta.

Duduk belakang sorang-sorang sambil 
baca pandangan korang tentang entry aku. 
Rasa mcm 'mem besaq' pulak bila duduk camni. Hihi ..

Dinner sudah menanti ~ Mee Bandung Muo. 
Eh .. Mee Bandung Jementah lah. 
Bila pulak mama org Muo? Hihi ..

Lepas mandi pagi Ahad.
Ya Rabbi .. pucat nya muka tak mekap,
rambut tak bersikat. Serabai!! Hihi ..

Mama memang hebat di dapur.
Sayur bayam, Ayam goreng berlada, Ikan selar swit sour,
Ikan cencaru sumbat goreng, Ikan keli goreng,
Ayam lemak cili api, Telur masin dan sambal belacan.
Kalo tgh berdiet, mau terkuis 'diet' kita kan. Hihi ..

Minum petang sebelum pulang
Kueh bakar berlauk (sedap sgt) dan Karipap Ayam

Sudahnya pukul 9 malam baru sampai KL. Hampir pkl 1 pagi baru tido. 6:30 pagi bangun dan hari ni keja. Sempat lagi aku upload gambar sambil bersiap nak gi keja*time ni line tenet adalah sgt cantek* Lunch hour ni aku tinggal masukkan text je. Kalau dah suka, pandai-pandai la menyusun masa, kan. I'm a very organised person u know, that's y i'm an Executive Secretary. Jaga boss, jaga projek, jaga company, jaga anak, jaga mama dan mcm-mcm lagi la. Eh .. sempat lagi masuk bakul angkat sendiri. Haha ..

By the way, buat yg join contest ni, aku dah review entry korang last Saturday sebelum balik kg*sempat lagi tu*hihi. Hampir 3/4 blog aku jelajah ari Sabtu tu. So, the result will be out soon. Korang tunggu tau. Tunggu ...




Kotak-kotak cinta

Minggu baru datang lagi. Kalau nak diikutkan, 2, 3 minggu ni memang penat. Tapi walau bagaimana penat, aku rela dan redha demi org-org tersayang.  Selalu aku berpesan pada Aiman ~ Penat sikit tak apa, untung-untung dapat pahala. InsyaAllah kalau kita rela dan redha, Tuhan akan permudahkan semua urusan kita. Mudah-mudahan Aiman jadikan kata-kata itu sebagai pegangan dalam kehidupan. Amin.

Sibuk menguruskan kotak-kotak yg byk ni bagi pihak mama di kampung.
Aku panggil kotak-kotak ni Kotak-kotak Cinta.
Kerana demi cinta aku rela bersusah dan berpenatan.
It's ok. Kakchik rela. Demi cinta kita kan mama? Hihi ..

Duduk di celah kotak-kotak cinta.
Serabut betul rumah masa ni. Skrg dah half clear.

I have to turn down 2 jobs this week. Tak pe, aku tak ralat pun. Dalam hidup ni kdg-kdg kita tak boleh terlalu fikirkan duit sgt. Kena set which is priority. Dalam sibuk ke sana ke mari, sempat lagi aku pegi ke 1Utama during lunch hour to buy my skincare. Alahai .. 1Utama old wings will be close for renovation after Chinese New Yearlah. Barang tak byk, they just maintain apa yg ada je. Sedih la sebab tu tempat favorite aku mencari barang dapur. Pasni ke My Mydin depan rumah je la nampaknya. Hihi .. Eh, pasaraya Mydin tu uncle aku punya tau. Hihi .. Sebab arwah pak sedara aku nama dia Mydin .. kan sama tu. Haha ..













Tak perlu aku berkata-kata di sini.

Hihihi .. Sampai dah tak da idea nak buat mukadimah entry.
Tak perlu kot aku berkata-kata ~ Enjoy je la santapan mata hari ni. 

Slice of red velvet cake from her.

Tak lengkap hidup Ella kalo tak minum Ayer hitam (Nescafe O) pagi-pagi 
~ kata-kata  My Tealady. Hihi ..

Friday, January 21, 2011

Rumah idaman

Planning to build my own banglo two years from now. Sementara tu, berangan la dulu kan. Tengok-tengok design banglo kawan-kawan dan banglo mama kat kampung. Kot la boleh muncul idea. Hihi ..

Cantek tak? I like the green.
Eh, banglo tu pun i like lah. Hihi ..

Romantik, kan.

Main entrance. Nice kan.

Kolam ikan kat ruang rehat keluarga.
3 foto diatas adalah banglo teman baik saya.
She is the Architect for her own banglo tau.

Banglo mama dan abah kat kampung.
Eh, petang Sabtu kita balik sini tau. Nak ikut kita tak? 
Kg kita best tau, dkt je dgn Gng. Ledang.
Untung2 dpt jmpa Puteri Gunung. Hihi ..

Terima Kasih Adik.

Terima Kasih Adik. Terima Kasih byk-byk.
Akan akak kenang sampai bila-bila.

Ini entry penghargaan yg aku buat khas untuk Adik Gayah Spears yg telah 'mendesign header' baru aku. Dia buat dgn ikhlas ~ tanpa aku minta. Terharu sungguh aku dgn kebaikan dia. Ailebiu la dik. Buruk sgt kot 'header' lama akak tu?? Hihi .. Dah la dia offer buatkan 'header' utk aku, aku punya la cerewet sampai 3 kali tukar kaler. Ni pun still nak tukar itu ini tapi ... hihihi. Tq adik sebab bersabar dgn akak yg cerewet. 


Lama dah nak buat entry ni tapi sebab bz ... Pastu bila dah upload gambar tetiba je terbz lagi, maka bertapa lagi lah entry ni di dalam Kotak Draf. Akhirnya, brjaya jgak entry ini aku siapkan walaupun se slow kura-kura. Hihi ..

Adik Gayah, misz-ella dan Cik Shara Bunga
Nak tau kitorg buat apa masa ni? Baca kat sini eh.

EdHardy is my favorite brand. Eh .. lari topik lak. Hihi ..

At Pavillion. Seronok tau masa ni.

Time-time camni, teringat entry ini. Syukur Alhamdullilah. Semuanya ketentuan Allah S.W.T, kan. Yang penting dalam persahabatan atau sesuatu perhubungan ialah keikhlasan.




Yang lama jangan dilupa

Walau suka sgt dgn ciskek, choc moist kek, red velvet kek dan lain-lain makanan yg se 'geng' dengannya, kueh lama tetap tak dilupa.

Jari-jari halus aku gelisah kalo tak masuk dapur.
Cucur badak buat sendiri masa cuti hari Khamis.
Kalau cucur udang ada udangnya. Cucur badak mana badaknya? Hihihi ..

Blender sume2 tu pastu campurkan dgn kelapa. Masukkan garam, kunyit dan gula
secukup rasa. Kacau sampai kering dan garing. 

Tengah rebus keledek. Guna rice cooker sebab gas mcm dh nak habis. Hihi ..

p/s :- Masih dlm proses review entry contest ni. Korang sabar ye. Line jap-jap ada. Jap-jap takda. But dont worry. I'm doing the best that i can for you, frensss.