Saturday, April 30, 2011

Jalan-jalan Hari Ahad

Pejam celik .. pejam celik ... dah hujung minggu .. dah habis suku tahun pertama. Cepat betul masa berjalan. Maknanya .. makin cepat tua la kita, kan. Jangan takut tua beb .. makin tua .. makin banyak pengalaman.

Eh .. merapu lagi. Tajuk lain, mukadimah entry lain. Sokmo ke laut. Hihi. Pagi Ahad dimulakan dengan jeritan "Cepat Aiman .. mama dah lambat".  Abahnya awal-awal dah keluar .. seperti biasalah, sokmo bizi.

Bila sume da settle, ai vroommm .. lelaju ke utk menjadi selebriti.. Meanwhile, Aiman will wait for me at the FoodCourt bertemankan si lappy. OK la tu .. takkan kebosanan dia kalau bertemankan si lappy ni. Pasni patutnya jumpa my Mak Ayam Feveret but unfortunately, she postponed our 'date'. Haih .. bakal berdua-duaan dgn Tuan Bodigard dgn lebih lama la jawabnya.

Eh .. Ahad kita camni,, Ahad korang camna? Korang Cuti-cuti Malaysia eh?? Waaa .. best .. best. Kita kalo cuti pjg sokmo tk dpt bercuti sbb banyak jemputan. It's ok .. Meraikan kenduri banyak faedah dan InsyaAllah ada ganjaran pahala. Anyway, Selamat Bercuti, Kawan-kawan.

Baik pada kita belum tentu baik pada yang lain

A kata terbaik
B kata baik
C kata tak baik

Tu la kan. Yg baik pada kita belum tentu baik pada yg lain. Sebab lain orang lain citarasa, lain cara fikirannya. Nak ikut A ke .. B ke .. C ke?? Tepuk dada tanya selera? Hmmmm.. ada masanya selera kita pun tak semestinya betul. Ekceli, yg terbaik sebelum ambil sebarang tindakan atau buat sebarang keputusan ialah .. GUNAKAN AKAL. Always remember that, my dear Mr. Bodyguard. 

Friday, April 29, 2011

Lepak dgn kwn baru

Jumpa kwn baru yg sama spesis dan sama kepala adalah antara perkara 'terbaik' dlm hidup. Betul tak korang? Ekceli dlm friendship, kalau mahu jd org yg disenangi .. petuanya 1 je ~ Treat everyone equally. Jgn ada rasa 'macam bagus' atau 'syok sendiri'. Jgn kita rasa kita lebih hebat dari yang lain dan paling penting .. senyum sokmo dan merendah diri. Senang kan. Tak la susah mana kalau mahu menjadi insan yang disenangi dan dihormati.

Lunch with new friends yg aku kenal masa belajar cantek dan mencantekkan kecuali si Yanti@Pinky. Cik Mimie yg glam dan cun, Rin, Ninie, Kak Qis dan Erma yang meletopssss!!

Murah weih makan kat sini. Set utk 4 org ~ Asam pedas ikan pari, ikan kembung + sotong+ udang bakar, kubis goreng, telur dadar, sup, nasi dan teh o ais utk 4 orang = RM19.90 sahaja. Murah, kan. Ni kat Fd Court dlm Restoran Zamzam, Seksyen 9, Shah Alam. Sapa yg dekat-dekat situ gi la terjah. J

Kak Qis - one of the teacher kat Akademi Redglow yg byk menjaga kami sepanjang belajar di sini. Walaupun memula tgk dia aku takut sbb dia nampak sombong, sebenarnya dia baikkkkk sgt. Betul ckp org .. tak kenal maka tak cinta .. dah kenal ni sokmo ber SMS sahaja. Hihi ..

Rin, Ana dah Sha ~ Diaorg ber3 pun aku kenal kat sini. Tetiba rindu saat-saat belajar selama sebulan di sini. Sapa-sapa yg berminat nak belajar mekap secara percuma boleh la baca kat sinisini dan sini. My entry sumenya berdasarkan pengalaman menjadi Student disini. 


Jumaat kita semalam

Hujan turun mencurah-curah selepas Subuh. Maka, bersusun la kereta mengantar anak ke sekolah..pastu berperang pulak di jalanraya yg sesak utk ke tmpt keja. Eeeee.. dok KL ni sokmo 'traffik jem' lah. Jom pindah*Hihi*

Tetiba teringin pakai Kebaya lama warna cokelat.

Roti setim namanya tapi lbh kpd "pau" gayanya. 
Kawin campur kot? Hihi. Roti bakar tu bkn ai punya.

Honey Lemon Tea always my choice. 
Teh tarik?? No .. no. Kurang suka.

Dari pagi sampai ke mlm semalam ditemani oleh ramai kesayangan. Kwn, keluarga, adik beradik, anak buah, mama dan abah. Terasa hidup sungguh  bahagia dan lengkap dgn kasih sayang yg tak pernah kurang. Terima Kasih Allah. Moga kekal bahagia selama-lamanya. Amin.

Barang sentimental dlm rumah

Barang bertaraf sentimental dlm rumah. Pemberian yang tersayang untuk yang disayang. Harus dan wajib dihargai. Saja ai upload kat sini utk dijadikan kenangan.

Golf set Tuan Bodigad. Dulu dia siap ambek golf class
under Professional Coach tp disebabkan study .. ai stop his class.

Basikal tua ~ Pemberian Mr. Benno, my Made in Switzerland BIL
kpd Tuan Bodigad. Ai ingat nak mekapkan dia kasi cun lah.
Blh gak ai pakai gi kedai. Eleh .. mcm la berani sgt. 
Sebenarnya .. ai ni penakut! Hihi ..

Thursday, April 28, 2011

Bila Mek Ella jumpa Mek Kak

Mek Kak sepupu ai ada Kursus kat KL dari ari Selasa. Dah dua ari kat sini baru nak kol ai. Geram ambho kat mu Mek. So, bila semalam dia SMS 'Hai Mek Ella .. mu bizi ke?' Ai pun mula la tertanya-tanya. Gapo dio Mek Kak ni tetiba bertanya. Rupa-rupanya dia dok berkursus di Seri Pacific Hotel. Ngada mu Mek. Dah nak balik baru nak cari ai. Dan disebabkan AILEBIU .. malam tu, ai vrooommm lelaju untuk bertemu.

Mek Kak sepupu ai keja kat Petronas Kerteh, Trengganu. Ce tengok betul-betul .. muka kitorg ada persamaan, kan. Nama pun Mama dia dan Abah ai adik beradik. Kitorang sebaya. Dlm byk sepupu, ai paling rapat dgn Mek Kak. Kitorg rajin main 'roger-roger'. Dia dan mama dia suka panggil dia Mek Ella @ Mek La. Hihi .. Ooppsss ..lupa nak cakap selain bekerja sebagai 'Secretary' sama mcm ai jugak, Mek Kak punya skill main masak-masak lebih dari ai ok .. jeles ai dgn u tau. Hihi .. Mek Kak my cousin pandai buat gift yg lovely. Jual murah lak tu. Ce tengok kat belog dia. Serius murah dan mengancam. Jelesss la sgt. Nak berguru dgn Mek la lepas ni. Hihi ..

Dari Legend Hotel, kitorg ke sini pulak. Bila Mek Ella bertemu Mek Kak ..  riuh rendah la jawabnya. Minum, borak dan gelak-gelak. Byk betul cerita nak share together. Gossip pasal keluarga .. cerita tentang hal-hal perempuan .. mcm-mcm lagi lah. Che' Lah kat London pun jadi bahan gossip kitorg. Tahun depan kalo rezeki murah kita gi tengok Che' Lah ye Mek. Sian mak sedara kita tu sorang kat sana. Hihi .. 

Yang berisi pun tak kurang istimewanya

Lumrah manusia, tak pernah berpuashati dan bersyukur dengan apa yg dimiliki. Yang rendah teringin nak tinggi. Yang berisi teringin nak kurus. Yang tinggi teringin nak rendahkan sikit. Yang 'flat' teringin nak bagi ketul. Itulah manusia. Kalau boleh semua nak sempurna .. nak 'perfect.' Tapi setuju tak kalau saya katakan bahawa kesempurnaan itu adakalanya makin kita cari makin tak kita temui.

Tapi percayalah bahawa sebenarnya kita semua istimewa. Jangan rasa rendah diri kalau kita berisi kerana yang berisi pun ada kelebihannya. Cukup 'otot-otot' dan isi untuk 'support' rangka badan (tulang) dibandingkan dengan yang kurus kering. Paha dan kaki yang besar ada kelebihannya dibandingkan dengan kaki kurus, kecil dan melidi. So, buat kawan-kawan saya yang berisi, jangan rasa rendah diri. Korang juga istimewa dan ada kelebihannya. Tapi awas .. kena gak jaga-jaga. Jangan sampai ter 'over'.

Kipas besar!!

Sume orang suka kipas. Bertemankan kipas .. kita takkan panas. Nak pulak yang besar. Tapi ini cerita tentang Kaki Kipas a.k.a. Kaki Bodek.

Heran la tengok org camni. Depan Boss bukan main manis mulut .. belakang dia kutuk gak boss tu. Ishhh .. bermuka-muka sungguh. Hipokrit. Munafik.

Pastu dia asyik la dok "up" kan diri. Dia la yg terbaik .. terhebat .. terbagus .. terpandai. Orang len sume tak leh lawan dia. Padahal, dari segi kelayakan .. jauh ke belakang dia ketinggalan. Syok sendiri betul. Kena bagi cermin kot kat org camni?

Pastu dok la bersyarah kat orang tentang undang-undang .. tentang halal haram wang gaji dibawa pulang .. walhal dia sendiri baca suratkhabar dan berinternet kat ofis.

Orang camni, kan .. hanya kejar dunia dan status semata-mata. Mahu dipandang tinggi oleh Boss, sampai sanggup pijak kawan sendiri .. dan lupa nak cermin diri. Hmmm .. dunia ..dunia.

Wednesday, April 27, 2011

Kotak cantek dari Kakak cantek

Hmmm .. semlm dpt Kotak cantek dari Kakak Cantek. Teruja tengok kotak cinta yang merah menyala ni. Ooo .. ada yang bertanya tentang Model 80an ni kat saya. Ha ah .. Kitorang memang berkwn baik. Bermula dari dijemput ke Majlis Harijadi Hanis Zalikha, pastu kitorang terus rapat dan mesra. Senang berkwn dengan dia .. kecuali .. Jgn SMS!! Entah bila la dia jwb sebab dia sokmo bizi.

Cantek, kan ..

Nak tengok apa di dalam??
Jeng .. jeng .. jeng ..
*
*
*

Red velvet  cupcake dari Kak Nani. Seriously, Red velvet Kak Nani adalah antara yg terbaik yg saya dah cuba. Bkn sebab dia kwn saya tp sebab memang sedap dan best. Tak percaya? Cuba order. Gerenti tak menyesal punya. Hihi.

Nak tau cerita tentang kami lagi? Boleh la baca kat sini .. sinisini dan banyak lagi sebenarnya dalam belog ni. Kalo rajin, cari la sendiri. Hihi ..


Bukan makan Nasik Ayam

Pembaca blog kita mcm-mcm. Ada yg suka entry makan & makanan ... ada yg suka entry kecantikan .. ada yg suka tips kesihatan. Ada jugak sekadar suka dgr kita membebel. Comel kot gaya kita membebel?? Hihi .. perasan tak sudah!! Tapi sebenarnya .. tujuan kita menulis untuk dijadikan kenangan .. so tiap kejadian atau luah fikiran yang kita rasa nak share dengan 'readers' kita tulislah kat sini. Esok-esok bila kita dah tua boleh la anak cucu kita baca pastu diaorg ckp camni ..Ooooo .. camni rupanya 'granny ai' dulu. Hihi ..

Wahhhh .. Mukadimah entry ... haih!! Entah apa-apa 'mood' kita kali ni eh. Hihi. Oklah .. back to the 'main topic which is makan-makan'. Kali ni nama je kita makan kat Kedai Nasi Ayam .. tapi kita tak order pun Nasi Ayam tu. Kita pilih yang lain.

Tengah tunggu makanan sampai. Pucatnya muka kita, kan. Kita tak suka 'Lipstick merah menyala'. Kita rasa kan, kalo pakai kaler camtu .. mcm nak tarik perhatian dan goda orang je. Itu 'rasa' kita tapi kalo korang selesa dan suka, pe salahnya pakai warna camtu. Kita suka 'brown-brown' .. 'pale-pale'. Eh .. ni entry makanan ke entry make up ni?? Ya Rabbi Ella .. Ko ni memang sokmo merapu lah!! Ishhhh ..

Kita pilih Ladies Good Lunch ~ Penang Rojak dan Gado-Gado. Walaupun hidangan bersaiz (S), aduhai .. termengah-mengah kita nak habiskan. Len kali korang teman kita makan tau. Boleh share-share. Eh ... tetiba!! Hihi ..

Kita tukar air sebab kita tak suka 'Coke'. Tambah RM1 dah dpt Limau Asam Boi. Pastu kita order makanan tepi-tepi lagi*side order*hihi. Dengan tekak yang masih 'miang-miang' manja kerana selsema, kita teringin nak makan 'Dumpling soup' tu. Sudahnya kita bungkus je sebab kita dah 'overfull'. Hihi ..

Ni kawan kita punya. 'Hainanese Chicken Chop Set ~ served with rice, soup & beansprout'.  Dia pun tukar air gak. Dia ambek Soya bean with cincau. Mcm sedap je, kan. Len kali kita nak order camtu jugaklah. Jeles!! Hihi ..

Arah dan tujuan hidup kita

Alangkah baiknya jika semuanya boleh mengikut kata hati. Tidak perlu terburu-buru .. mengejar 'dateline' .. memburu waktu. Tiada tekanan. Tapi itu mustahil .. kerana hidup kita ada panduan .. ada 'guideline' .. ada undang-undang .. ada komitmen dan ada arah tujuan.  Banyak yang perlu kita patuhi dan ikuti .. samada sebagai pelajar, sebagai pekerja, sebagai ibu dan bapa, sebagai kakak, sebagai anak dan sebagainya. Sesungguhnya, hidup ini serius, tidak ada istilah 'main-main' dalam mengejar impian dan matlamat hidup. Setiap seorang dari kita punya arah dan hala tuju hidup yang tersendiri. Kejarlah impian .. ikutlah arah dan hala tuju yang betul. Jangan tersasar dan tersalah arah kerana akibatnya adalah 'buruk padah'.



Take a break. Penat!!

Take a break jap. Lari kan diri jap dari 'paperwork' yang menunggu sentuhan jari-jari halusku. Haihhh .. pagi ni terpaksa jauhkan diri dari tugas opis untuk buat suatu tugas persahabatan. Tengok-tengok tak jadi. Hmmm .. tak pe lah,, nak wat camna. Ada la hikmah yang kita tak nampak hari ni. Yang penting kita ikhlas. Ganjaran Tuhan dtg dgn bermacam cara dan ada kalanya kita tak terduga. Tuhan Maha Kaya. Dia mengetahui segala-galanya. Penatlah. Dah la seminggu dua ni asyik fikirkan huruf E dan A. Masing-masing mengejar 'dateline' utk failkan 'incometax' masing-masing. Sume nak borang EA. Walau cuma 20 orang di bawah tanganku tapi dengan kerja-kerja lain lagi ....dgn tak sehat lagi. Aduhhhh. Berjalan maya pun da kurang sangat sekarang ni. Bukan tak ingat kawan-kawan tapi masalah MASA. Ni pun dah cuba buat yang terbaik. Untuk diri sendiri .. untuk keluarga .. untuk teman-teman.

Tuesday, April 26, 2011

Pegi Jepun lagi

Sekali sekala, teringin nak makan kat Jepun. Korang suka dak? Kita suka. Ekceli ... sume jenis makanan kita layan. Asalkan sedap dan halal. Paling penting .. tiada bau yang tidak menyenangkan. Bau 'best' mcm durian takpe. Menggoda!! Ishhh .. teringinnya nak makan durian. 

Sementara tunggu "Main meal' kita sampai, kita layan kacang sepet ni dulu. Sedap.

Pastu layan Kulit Ikan Salmon disira gula dan cili ni pulak. Sedap gak tapi manis sikit.

Sushi Udang ni kita punya

Japanese Tea

Salmon Steak served with white rice, Miso Soup, Dessert Cawan Moshi 
& sebotol Yakult. Kita tak suka Cawan Moshi tu .. sebab terasa sgt telur putih dia.

Kalau makan sushi atau set lunch di sini, jgn lupa makan dengan Jeruk Halia 
dan Wasabe+Kicap ni tau. Jeruk Halia dia sedap sangat. Kita suka!!

Yang ni kita punya ~ Tempura. Hmmm .. I love Tempura. Baik untuk kesihatan.


KEJORA DAN BINTANG

Dah terjebak, tak leh pulak nak patah balik. Sinetron Kejora dan Bintang ni bakal berakhir tak lama lagi dan akan digantikan dengan Sinetron lain pulak. Tak nak follow .. nanti kita susah. Hihi ..

Sapa tengok Sinetron ni? Jom kongsi cerita. Dalam banyak-banyak watak dan pelakon Sinetron ni kan, sapa yang korang paling suka? Kita suka watak Baim Wong. Tang lakonan pun kita suka lakonan Baim Wong jugak. Watak' Erlangga' cucu kepada Usahawan berjaya yang asalnya bongkak dan sombong akhirnya berubah menjadi seorang yang pemurah, baik hati dan rendah diri hanya kerana "Kuasa Cinta". Hmmmm .. Indah kan cinta? Agak-agak ada tak orang camni di alam realiti?

Tak habis-habis menangis ..

Dari semalam sampai arini, tak habis-habis menangis. Eeee .. cengeng betul la. Sikit-sikit meleleh .. sikit-sikit cari tissue. Tak cukup dgn tu, siap ada 'side effect' lagi. Screeeetttt .. Wahhhh  bunyi mengalahkan tiupan 'saksofon'. Tu tak kira yang 'Ha coummmmm !! Hah .. terpelanting kertas atas meja kita. Eh .. jaga sikit .. tempias tu. Hihi .. Hidung  pun dah ala-ala 'Clown' dah ni. OK la tu, kan. Bukan senang nak dapat hidung cenggitu. Hihi ..

Haih .. rimas lah bila kena virus selsema ni. Musim eh sekarang?? Dengar kata ramai se spesis dengan kita sekarang ni. Korang .. Jgn lupa makan ubat tau. Anggap je la ubat tu Chocolate Cadbury yg sedap .. nyumm .. nyumm*sambil berangan makan coklat*Hihi ..

Monday, April 25, 2011

Biskut baru

Biskut baru .. jumpa kat Pasaraya Central Mart aritu. Aiman cakap sedap. Ada dua perisa. Dua-dua kita beli pastu balik kita cuba, try dan test. Hmmmmm .. lebih sesuai utk budak-budaklah .. baik dari segi packaging, rupa dan rasa. Budak-budak gerenti suka.

Dalam 1 peket besar, ada byk peket kecik. Dlm 1 peket kecik, ada 5 ketul biskut comel kecik-kecik. Dlm tiap biskut, ada 'filling' stoberi atau coklat. Cubalah korang. Sedap tau. 

Antara ragam Suami Isteri

"Husband and wife" ~ Suami Isteri
Perlu ke berkira?
Perlu ke amalkan sikap camni ~ Balik kg u .. u la kuar duit.
Keluar dgn adik beradik u .. U la bayar.

Kalo isteri tak bekerja camna?
Tak yah balik kg dia la ye? 
Tak yah kuar dgn adik beradik dia la ye?

Bukankah perkahwinan itu satu perkongsian hidup?
Ada juga yang berkira ye?
Ish .. pelik.
Tapi bukan semua. Segelintir je yg amalkan sikap camni.

Pandai-pandai la ye .. Janji Bahagia.


Colour!! colour!! Warna!!

Life is full of colours. Banyak warna. Cerah, kusam, terang, gelap dan lebam. Kalo warna tengah cerah  ... haih!! sokmo ceria. Sana gelak,, sini suka, sinun lawak jenaka. Gedik sampai terover!!

Kalo tengah gelap tu, huih .. ibarat langit yang sarat dan berat .. tunggu masa nak berderai. Hmmm ..  ber emo-emo an .. silap-silap nangis sampai guling-guling la kita. Eh .. bukan ai oke. Ai nangis tak penah berguling .. bergulung je. Hihi ..

Apa-apa pun ... redha je lah. Dah memang itu perjanjian kita dan 'Dia' ~ menjadi hambaNya untuk diduga. Telan je lah tiap pahit manis kehidupan tu ye. Cabaran mematangkan, dugaan mendewasakan. Tanpa cabaran dan dugaan .. you end up no where. Betul tak? Setuju tak? Kalo tak setuju pun tak pe lah .. ai oke aje. Hihi ..


Minggu ke 4 di Akademi Redglow ~ Day 1

Minggu ke 4 di Akademi Redglow. Kelas hari ni 'lead' by Teacher Amy Ameera. Baru 25 tahun .. mudanya dia, teringat zaman kita umur camtu. Kulit tegang, cantek*ewah .. perasannya aku* Ishhhh!! STOP!! Ni bukan entry 'up' dirilah. Kalau buat entry, sokmo ke laut. Hihi ..

Ni la Teacher Amy. Cantek kan dia. Kepala dia pun best tau, gile-gile gitu. Class dia fun!!


Ni hasil kerja tangan Teacher Amy. Cantek la mekap 'smokey eyes' dia. Harap-harap one day kita boleh buat secantek ini*sambil kedip-kedip mata berangan*hihi. Gambar pinjam dari sini.

Pagi Teacher buat 'demo,' petangnya masa utk praktikal. Reen kami pilih utk dijadikan
'mangsa'. Hihi ..

Tu dia ~ Bestnya Reen .. dibelai oleh dua org sekali. Nama pun 'teamwork' kan. Haruslah kita bekerjasama dan bahagikan seraut wajah tu sama rata. Mana leh 'control' sorang je. Tak acii!! Hihi ..

Tengah 'blend' kan warna. Dulu kita ingat main masak-masak je ada perkataan 'blender' rupanya sessi conteng menconteng pun ada gak .. tapi 'blend' nya 'by hand' tak pakai mesin. Hihi .. Gambar kanan tu kita tengah 'touch up' lipstick Pinky. Dia ni sokmo suka pakai warna pucat. Udahlah tudung putih. Meh kita buh warna pink so that tak nampak cam orang sakit. Hihi ..

Bila dah siap .. marilah kita bergambar berkumpulan bersama. Teacher kata kerja kitorg ok tapi terlebih putih sikit. Tak pe .. tak pe .. sok-sok kita 'improve' lagi eh.

Eh .. ni gambar sebelum. Camna boleh bawah sekali eh?? Ish .. ish. Kiut la Teacher Amy. Eh .. tak habis-habis puji Teacher. Yg len-len pun kiut lah.Hihi .. Gambar ni pun kita pinjam dari sini gak.

All in .. all in .. we have a wonderful time together. Banyak yg kami belajar kat sini.. Mekap sebenarnya adalah satu cabang seni. Lain teacher, lain caranya, lain stailnya. Menarik sangat. Ada yg suka pakai berus, ada yg suka pakai 'sponge' .. ada yg cakap "Guna Jari pun Boleh". Hihi .. Banyak jugak pertanyaan kita terima dari pembaca blog ni.  Ye u ols, Kelas ini diadakan percuma selama sebulan. U ols tak yah bawak apa-apa, cuma bawak buku nota, sekeping gambar passport, salinan surat beranak, salinan kad pengenalan u ols dan salinan kad pengenalan ibu bapa. Tu je. Tiap-tiap bulan ada kelas. Ramai yang nak join kelas ni, so make sure u ols contact Akademi Redglow dulu. Jangan tetiba je tau. Hmmmm .. sekarang ni kelas dah habis. Kita tetiba rindu kat kawan-kawan yg riuh dan happening tu. Bertemu dan berpisah .. adat dunia, kan. 



Sunday, April 24, 2011

'Dating' dgn Kakak Cantek lagi ..

Jumpa kakak cantek lagi. Janji pukul 7:30  kat rumah dia tapi jam 8:00 malam Sabtu tu baru kita sampai. Sib baik Kak Nani pun ada 'delay' sikit. So, tak la rasa bersalah sgt.

Liana dan Kak Nani sedang tengok-tengok .. pikir-pikir ..

Sub Bodigad ai ambek gambar kita. Sgt blurr la without flash. Jejaka handsom macho tu ialah Rizal ~ 'one of my fren' yg bersentuhan emas. Dia boleh merubah rupa kita yg comot kepada comel, cantek dan menawan. Hihi

Liana, Kak Nani, Allisya, Rizal dan Jazz. Seronok jumpa diaorg. Riuh dan kecoh!! Byk idea dpt kat sini. Tenggsss a lot friend. InsyaAllah kita akan ber 'dating' di sini lagi.

Dari Butik Rizal dan Jazz di Kajang pun dah dkt 10:00 malam, on the way back kita dinner kat USJ. Sebelum ni kita biasa kuar berdua dgn Kak Nani je, kali ni disertai Aiman dan Liana dan Allisya pulak. Riuh rendah gak la kereta kita.  Mcm-mcm cerita, mcm-mcm lawak. Alahai .. teringat-ingat kat Melur. Kak Nani .. when next? Nak gi sendiri takut sesat. Ella ni, ada masa-masanya 'buta kawasan'. Hihi.

Terkena symtom air meleleh

Sungguh la mengantuk bawak kereta pagi ni. Rasa nak tongkat mata dengan apa-apa yang boleh. Akibat makan ubat selsema la ni. Nat wat camna .. kalo tak makan kang meleleh lak air hidung, gatal-gatal tekak dan mata. Hmmm .. Owh .. By the way, Selamat Bekerja, korang.

Minggu ke 3 di Akademi Redglow & Tq Ben Ashaari

Ni entry tertunda utk agenda minggu lepas ~ Minggu ke 3 di Akademi .. rasa mcm dah makin pandai je. Ecece .. perasan!! Makin lama belajar makin sedar, yg sebenarnya nak 'shading muka dan hidung' lebih susah dari buat mekap mata. Senang sebenarnya nak buat 'smoked eyes', 'multiple layer eyes'. Echewah .. mcm la pandai sgt dah!!


Cara-cara memusing rambut ala-ala karipap pusing turut diajar di Akademi.

Nak flashback sikit lah aktiviti di Redglow Akademi sepanjang 4 minggu ni. Jom ikut kita mengenang tragedi indah*echewah* di sini. Opss ... akan menyusul 1 lagi entry selepas ini. Later-later eh.

Minggu pertama di Akademi ~ telah di 'transform' menjadi Kris Dayanti. Sapa yg belum baca, boleh la tgk kat sini.

Minggu ke 2 ~ Giliran kita pulak 'test skill'. Yeszzz!! Suka lah ai!! dpt cuba, try dan test. Boleh baca cerita tentang pengalaman pertama disini. Not bad kan sentuhan jari-jari halusku and the geng. 

Minggu ke 3 ~ Sessi dgn Teacher Apple, Professional Mekap Artist. Superblah 'presentation' dia. Very professional, penuh aksi menarik dan banyak tips. Rugi lah kalau u ols tak grab peluang belajar dari org-org camni. Kalau u ols tengok 'Set brush' dia, Fuhhh .. telan air liur u. Sumpah tergoda. Ribu-ribu reganya beb. Barang mekap dia je satu luggage. Kalo kita 'kidnap' dia, .. make sure kita 'cilok' beg mekap dia dulu tau. Hihi .. Ampun Teacher Apple.

Lepas 'demo' by Teacher Apple petangnya kena la buat 'practical'. Ni la org-org bertanggungjwb merubah rupa ai dari comot ke comel. Hihi .. Terror la u ols ni. Hebat!! 

Without fake eyelashes. Takmo pakai!! Beria-ia ai dont want. Sib baik Tukang mekap dgr cakap ai. Menjadi la 'Smoked eye versi natural' diaorg. Guna 2 warna je tau - Hitam dan bronze. Kitorg tiru sebijik konsep Teacher Apple. Tapi kan .. Teacher Apple cakap kelopak mata ai kecik .. so dia suh diaorg 'touch up' lelebih kat kelopak mata tu. Nak wat camna Teacher .. dah ai mmg kecik kalo tetiba mata besor .. se geng dgn "Garfiled" lak kang. Comel tak ai?? Cakap comel cepat!! Ek eleh .. tak habis-habis perasan. Hihi ..

Petang tadi berakhirlah sudah Sessi Pengajian selama 4 minggu di Akademi Redglow. Happening habis kelas tadi which was lead by Ayang Kamil, The Makeup Artist. Rasanya dalam empat minggu ni, kelas tadi yg terpanjang dan terlama sehingga menyebabkan perut ai bergoyang inul kerana lapar. Tapi kan, walaupun lama dan panjang kelas tetap tak boring, tak da yg tertido kat kelas tadi. Hihi. Sungguh la padat aktiviti ai dua hari ni. Semalam lepas kelas berjalan sampai lewat malam dengan Kak Nani and famili. Hari ni ke kelas lagi. Tak pe lah ,, yg penting 'ai' dah grade ni. Anyone want sentuhan my jari halus?? Meh .. meh. Hihi ..

Alamak, lupa nak ucap thank you kat adik blogger ai, Ben Ashaari yg melayan Tuan Bodigad sepanjang ai kat kelas tadi. Bagus Ben ni, pandai dia mengasuh anak ai. Len kali boleh la mintak tolong lagi. Hihihi. And for Mrs Ben and the rest of friend, gonna miss u ols so much cos the class is oredi over. But still .. sgt-sgt lega sebab berakhir sudah perjalanan panjang kami menjadi student di Redglow Akademi. Buat cikgu-cikgu yg baik budi melayani karenah budak baru belajar mcm kami ni, Terima Kasih ye. Budi baik Cikgu-cikgu akan kami kenang sampai bila-bila. Pasni, ajaklah kitorg lagi. Eh ... tak malunya ai!! Hihi ..


Saturday, April 23, 2011

Dari pagi sampai petang

9:00 pagi ~ Sarapan pagi sebungkus kecil oat dan Nescafe O panas. Tgh mood malas masuk dapur camtu la kita.

9:30 pagi ~ Gi klinik. Tekak dah gatal-gatal, sakit-sakit. Rasa mcm nak garu je. Camna eh nak garu tekak? Boleh tolong ajar tak? Hihi ... Tekanan darah 125/85. Cantek tu walaupun kepala ada ting tong sikit. Tekak ada merah, sore da mcm Rock star sikit. Balik dari klinik dapat la kita sebungkus plastik beg putih penuh  berisi ubat. 

10:30 pagi ~ Pinky dtg jemput utk ke Akademi. Sakit-sakit pun tetap ada hati nak gi kelas. Minggu ni minggu last. Takmo miss the fun.

4:15 petang ~ Gerak balik dari Akademi. Otw tu, sibuk kol Kak Nani ~ Mama Hanis Zalikha yg gorgeous menawan tu sambil borak-borak dgn Pinky. Haih .. tak jawab pulak Kak Nani ni. Bizi bebenor Kakak Cantek kita ni tau.

4:45 petang ~ Dah sampai SU tapi tak balik terus, singgah kedai gambar dulu. Akademi nak gambar saiz passport. RM10 =  4 keping. OK la tu, tak mahal sgt. Eeee .. kita tak suka la gambar kita,, mcm gemuk je. Nape eh gambar passport sokmo tak lawa. Ke perasaan kita je?? Sebab Pinky kata ok. Entahlah.

5:00 petang ~ Sampai rumah dah. Baring-baring .. lepak-lepak. Tetiba nampak 'lappy'. Pe lagi,, on line jap lah, buat entry ni.

6:00 petang dan .... ~ Patutnya kuar dgn Kakak Cantek ni tapi .. jadi ke tidak ni eh? Kat luar dah mcm nak ujan tu. Hmmmmm .. nak tau tak jadi tak jadi? Nak tau tak kitorg nak ke mana? Kalo nak tau .. Jumpa lagi di next entry.



Friday, April 22, 2011

Minat, suka dan cinta

Sampai sekarang, aku masih berpegang pada kata-kata "Buat apa yang kita minat, suka dan cinta". InsyaAllah kita akan bertahan lama". Kalau buat separuh hati atau sekadar memaksa diri, sekejap atau separuh jalan je la jawabnya. Pastu "sure give up". Betul tak korang?

Aku rasa, sebab tu la aku masih boleh buat banyak kerja dalam satu masa ~ Masak, kerja, bersosial, beriadah dan berblog. Sebab sume yg aku lakukan tu berasaskan pada rasa minat, suka dan cinta. Tambah satu lagi .. Rela dan ikhlas. InsyaAllah .. Tuhan bagi kekuatan kat kita.

Hahhh .. 7 perkara tentang kita??

Ada kawan blogger bagi kita 'award'. Ingatkan kat dunia realiti je boleh dpt hadiah rupanya kat dunia maya ni pun ada jugak ye. Kita suka. Mekaceh la ye .. lambat lagi birthday kita sebenarnya. Eh ..tetiba lari skrip. Hihi ..

"One Lovely Blog Award". Lovely, loveable bermakna Disayangi, dicintai. Ada gak org lain yg sudi berkasih syg di blog kita ni, ingatkan kita sorang je. Hihi ...

Hahhh .. Kena kongsi 7 perkara tentang diri sendiri? OMG .. byk tu. Nak tulis ke tak nak eh? Dh byk kita tulis dlm blog ni sbnrnya. Tak pe lah .. sebagai tanda hormat kat award ni, kita tulis gak la sikit-sikit. Nak tau byk lagi cari sendiri kat blog ni eh. 


  • Kita penyayang. Nak pulak kat anak-anak dan org tua. Tak tau nape. 
  • Masa muda dulu, dlm 20an gitu umur kita, kita pemarah. Skrg tak lagi dah. Byk 'cool' dah kita skrg ni. 
  • Kita tak suka tanya org soklan yg terlalu peribadi. Soklan paling kita tak suka di tanya dn tanya org ialah :- Nape ko tak kawin lagi? Nape ko tak da anak lagi? Nape anak ko satu je? Haiyooo .. pelislah. Org kita sokmo suka tanya soklan atas katil a.k.a. soklan yg terlalu peribadi. Respek org lain boleh tak weih? Byk lagi soklan lain boleh tanya, kan. Apa da ..
  • Kita suka jaga kesihatan. Eleh .. org len pun sama gak la. Tu pun nak cite. Kecoh!! hihi ..
  • Walaupun kita suka hepi-hepi*sebab tu entry kita byk hihihi* kita sebenarnya sensitif & cepat sentap. Bila kita membisu tanpa kata, tu tanda tengah sentap. Main jauh-jauh, jgn kacau. Bahaya!! Hihi ..
  • Kita suka bercakap, suka berkawan, tak suka gaduh. Ada masanya kita kelakar, kdg-kdg serius. Ikut la angin apa hinggap kat kita masa tu. Anak kita sorang. Mak & Abah kita dua. Adik beradik kita ramai. Special kan kita? Hihihi
  • Kita suka makan. Kalau buat makan-makan jangan lupa ajak kita tau*Eh .. tetiba* hihi
Yeay .. cukup sudah 7 point tentang kita. MamaYatie, kita harap awak suka. MamaYatie kata kena tag org lain. Ala .. takmo arr camtu. Kang kita tag yg ni, yg tu kecik ati. OK lah .. to be fair .. kita 'tag' sume org yg baca entry ni. Adil kan kita. Hihihi ..


Thursday, April 21, 2011

Katakan saja kau suka

Hari tu telefon teman tapi mesra. Sampai panas telinga kita bercerita,  lenguh leher kita sebab kita borak sambil senget sebelah kepala. Sib baik blh tegak balik. Kalau tak leh tegak .. OKU la ai sekejap u. Dia cakap "Hei beb .. i enjoy reading your blog. Aku sukalah". Hmmm ... kembang la ai sekejap masa tu. Pastu ai jwb camni "Kalo suka, dtg dan baca lah lagi. Kot la boleh buat ko tersenyum saat hati berduka lara, dapat ai sikit pahala*kalau ada*hihi .."


Baru-baru ni pulak dpt sms dari Isteri seorg blogger popular. Blogger tu tersgtlah popular tp isterinya low profile dan penyegan sgt-sgt. Blogger popular ni ala-ala Rosyam Noor .. sokmo rahsiakan identiti isteri. Molek sgt la tu. Ai sokong 100%  sbb ai pun camtu ~ "kedekut suami". Hihi. 


SMS dia camni ~ "Kehadapan KC yg disygi. Merujuk kpd entry terbaru anda, telah berjaya membuatkan saya hilang stress kerja arini" Kahkahkah ..  mcm 'official letter' SMS dia. Ai tau la u Oppicer!! Hihi. Dia kata .. dia kena sorok muka blkg komputer sbb dia baca blog ai sambil senyum sorang2. La .. pe slhnya senyum sorang-sorang dik. Comel apa. Hihi ..


Bagus kan org camni. Tak ego. Dia tak kesah luah apa yg dia rasa. Sebenarnya itu yg terbaik. Luahkan saja apa yg kita rasa asalkan kita jujur, ikhlas dan kena pada cara dan tempatnya. Baru la tak terseksa jiwa raga. So pasni buat sapa-sapa yg belum mula .. pe kata ucapkan AILEBIU or AI LIKE U ari-ari kat kesayangan kita. Biar dia ingat dan rasa sampai bila-bila. Harap-harap live happily ever after. Hihi ..

Bila stress je ingat makanan.

Kerana bosan dengan karenah manusia yg entah apa-apa dlm opis pagi ni, ai post Entry makan2 ni. Nak kasi 'up' sikit. Hihihi .. Asal tengok gmbr makanan je hepi. Memang dasar kuat makan la ko ni Ella!! Hihi ..  Padahal dah dua hari n3 ni duduk dlm 'Draft'.
.
Yang ni ai punya

Not mine. Tapi set ni tersgtlah sedap. Later-later ai order. Hihi ..

Ni ai punya. Very pure the vege taste u know. 

Jeng .. jeng .. jeng. Ce teka .. mana 1 ai punya?


Tertutup pintu rezeki kalau kita lupakan ibu bapa

Tertutup pintu rezeki kalau kita lupakan ibu bapa. Jangan lupakan dia walau dia jauh di mata. Doakan dia tiap kali lepas solat. Tak berjumpa, tak bermakna kita tak ingat, kan. Kalau dia dah tiada .. Kirimkan pahala dengan bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran.

Moga Ayah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan org-org beriman. Amin. Sayu rasa hati bila baca semula entry tentang Ayah. Rindukah aku??

Rindu

Tetiba rindu. Rindu kat kawan-kawan sekolah. Rindu jugak kat kak Yati yg dah pindah jauh ke Beranang. Rindu kat kawan-kawan blogger yang dah pernah jumpa dan bertentang mata. Tetiba rindu kat semua .. Mama, Abah, Adik Beradik. Tapi tu la ..kebizian membuatkan aku tak da masa nak fikir dan 'feeling-feeling'. That's y i under control.

Bizi sgt aku sepanjang April ni - Padat sungguh jadual dengan Agenda menuntut ilmu tiap Sahtu dan Ahad sampaikan masa utk diri sendiri pun hampir tak ada.  Penat?? Hmmm .... Tipu la kalau kata tak penat. Minggu ni last class. Pasni, mesti rindu kat kwn-kwn. Pastu pasni ada la waktu terluang utk keluarga dan diri sendiri. Eh .. "Graduation Night" nanti kita buat kat mana ye cikgu?? Hishhhhh .. mcm la Cikgu Najwa dengar!! hahaha ..

"Fussy not "bossy"

Kdg-kdg bosan. Ada aje. 
Layan je lah. Nak wat camna.
*Cerita tntg Boss besar anak Tan Sri*
Eeeee .. He is so fussy not bossy. 

Bersama Si Gebu ..

My blogger friend and An Actor to be, En. Curly@Keli has updated and entry about out 'date' that day. Camna ai boleh terlepas eh?? Nampak sgt da kurang BW sekarang ni. Sori .. Hihi. Nice entry. Ai like sgt-sgt. Kalau u ols nak tahu sapakah Geng Gebu Gebas,  baca lah tentang diaorg kat sini.  Eh, kat sini pun ada gak tau. Pe kata u ols baca dua-dua. Wah .. promot!! Haha ..

Gambar-gambar dari belog En. curly. Lagi cerita-cerita pertemuan kami kat sini. Jgn lupa visit tempat dia eh.   Serius cakap .. geng ni memang happening. Fun habis. Gerenti gelak sampai nangis punya lah beb. Kalo tak caya, jom kita Get Together. Nak tak?? Ramai yang ai nak jumpa ni. Tunggu ...

Wednesday, April 20, 2011

Yeay .. yeay .. jap gi waktu makan

Baru-baru ni ada org cakap kat ai .. buat apa nak susahkan diri? Aiman kan dah besar .. suruh je dia cari makan tengahari dia sendiri. Ai kata .. Pe salahnya ai masak? Bukan susah pun. Percaya tak ai masuk dapur pukul 6:45 pagi ..by 7:10 siap!! Terus vvrooommm lelaju antar anak ai ke sekolah. Ai rasa kan, ai mewarisi sifat rajin memasak mama ai lah. Mama ai, masa muda dulu dia keja. Balik keja, walau penat camna, dia mesti masak utk anak-anak. Kiranya kan, Mama ai lebih dulu jadi Bionic Woman dari ai lah. Wah .. like mother like dotter!! Hihi ..

Ayam Goreng Kunyit dan Sambal Sardin. Saje je tak goreng garing sangat Ayam tu ..takut nanti bila nak makan "too dry, keras dan tak juicy". OMG .. Sardin feveretku. Hopefully malam nanti ada lagi. Hihi ..

* Fuhh .. Sepantas kilat la ai buat entry ni. Foto dah upload kat rmh pagi tadi. Skrip*ecece ..skrip la pulak* on the spot. Fuhhh .. laju sungguh!! Zmn skrg ni sume kena cepat .. sapa lambat kena tinggal. Babai ..Hihi ..