Monday, May 30, 2011

Jalan-jalan dengan kawan

Bermula esok hingga Ahad, bakal berjalan-jalan dengan kawan. Kaki bakal berpenatan dan kesakitan akibat banyak berjalan. Purse comel ai bakal kempis dan ke-pokai-an. Blog pepel ai ni bakal kesunyian tanpa bebelan ai. Pastu .. badan ai ni jugak bakal kembang kembung dan alignment nya bakal lari sebab tak exercise sebab ai terlalu bizi dengan terapi makan-makan dan jalan-jalan. Alaaaaaa .. habis la pasni makin bertambah kg. Eh .. ok la tu dak? Berisi itu seksi!! Hihi.

Eh .. dah bertunang dia

Yeay .. yeay .. kita dapat jemputan lagi. Kali ni Blogger dari Kayangan jemput kita ke Majlis Pertunangan satu-satunya Puteri kepada Kanda Yon & Abang Yon. So, lepas Meraikan si Kecil, kita gi raikan pasangan bercinta pulak. Kita sebenarnya dijemput pukul 11 pagi tapi disebabkan selepas Meraikan si kecil kita pergi menguruskan hal-hal duniawi, maka selepas Zuhur la pertemuan kami.

Oya, puteri tunggal Kak Yon dan Abg Yon. Waaaa .. siap ada pelamin lagi. Ai pun nak enterframe gak la, lama tak naik pelamin ni. Hihi.

Oya cantik dan manis di hari pertunangan. Kalo ari biasa pun dia memang cantek, ala-ala Barbie doll dia ni. Mata bulat ... rambut curly-curly. Ai yang pompuan tengok pun syok .. apa lagi lelaki, kan. Hihi.

Antara hantaran dari Boipren si Oya .. Eh .. tunanglah. Apa da ..
IPad, Cek RM_ _ _ _ _._ _, Handbeg Coach, Skincare Clinique dan set pepiyum Aigner rasanya. Ferrero Rocher pun ada jugak .. Juling mata kita tengok u .. sebab zaman kita Majelis pertunangan tak meriah camni. Barang hantaran kita pun sempoi jer. Hihi ..

Pintu masuk rumah Kak Yon yang tersangatlah menarik dan manis. Hmmm .. bakal jadi kenangan rumah ni sebab Kak Yon nak pindah ke banglo baru nya di Seksyen 7 tak lama lagi. Wahhh ..besar rumah. Tumpang duduk bolehhhhhh??? Hihi.

Deretan bunga ros yang cantek dan tersangatlah sedap mata memandang. Terjatuh cinta ai u. Ishh .. ish .. Gadis dan Bunga sungguh!! Hihi.

Cantek kan??? Cakap cantek cepat. Kalo tak .. takmo kawan. Hihi.

Seronok kita dijemput untuk meraikan Pasangan bahagia ini. Tambah seronok bila malamnya Kak Yon dan Abg Yon datang rumah menghantar Kari kambing yang tersangatlah sedap. Mekaseh Kak dan Abg Yon. Susah-susah aje dtg rumah kita. Ailebiulah kekanda. Hihi.

Sunday, May 29, 2011

Meraikan si kembar ..

Meraikan harijadi ke 7 Si kembar ~ My bestfren's dotter di Institut Latihan Perhutanan (FRIM). Si Kembar sungguh kiut dan comel. Bak kata Umminya di status FB nya ~ Amazing 7 years of double joy and happiness. Sebagai ibu yg bertuah kerana memiliki anak kembar, bila anak dah besar camni .. sure teringat susah senang menguruskan diaorg saat diaorg 'baby' dulu, kan. Ai yg menguruskan sorang baby pun penat .. camna la agaknya ibu-ibu yg ada anak kembar ye? Nak pulak ibu berkerjaya mcm Yanti ni. Kalo keja biasa-biasa cam ai ni tak pe la jugak, ni 'Management level' kat DRB tu hah. Camna la sibuk dan kalut si Yanti ni masa si kembar baby eh??

Kembar dan keknya. Dah tak sabar-sabar tu  .. senyum meleret ..

Nasi lemak, macaroni goreng, karipap, nugget, donut dan buah-buahan.

Lepas makan, jom mandi.
Air terjun kat dlm FRIM ni memang best. Dingin dan menyejukkan. Amboi Aiman .. senyum bukan main meleret eh. Mentang-mentang mandi bertemankan 'aweksss'. Hihi.

Kembar dan sepupunya. Selesai sudah aktiviti pagi Ahad ~ meraikan si Kecil. Balik dan rehat sekejap, sambung pulak dengan aktiviti 'meraikan pasangan bahagia' versi tengahari. Two invitations in a day ~ I like ... tak yah masak u. Hihi.




Meeting, brainstorming and eating

Gambar-gambar aktiviti Meeting, brainstorming and eating-eating minggu lepas. Dua hari yang sungguh memenatkan. Penat minda lebih dasyat kesannya dari dibandingkan dengan penat fizikal. Exercise 2 jam pun tak sepenat ni tau. Fuhhhhh ..




Lega sume dah settle. Pasni boleh la back to normal routine .. menghadap komputer 8 jam sehari, driving here and there, 'dating and eating here and there' .. gedik sana .. angkat besi kat sini. Tapi penat-penat pun, 2 kali jugak la minggu lepas kita sempat 'dating' dengan Kakak cantek, Mama Hanis Zalikha. Macam-macam hal .. banyak betul urusan kami berdua. Dan semestinya setiap pertemuan tidak pernah membosankan. 

Sun .. sun ... Sunday ..

Sunday yang 'phewwwwwww ... penat'. Pagi-pagi dah keluar untuk urusan meraikan anak kecil di kawasan perhutanan. Lepas tu, bergegas pulak ke hutan batu untuk satu lagi urusan duniawi.

Pastu, balik .. rehat sekejap dan keluar balik sejam kemudian untuk menghadiri satu undangan meraikan pasangan bahagia. Pastu .. balik .. rehat sejam .. pergi pulak menjalankan urusan menjaga kesihatan dan kekuatan badan. Pastu .. balik .. ambil Tuan Bodigad dan sekarang sedang menjamu selera bersama-sama. Phewwwwww .. sib baik Tuhan bagi kekuatan. Alhamdulillah.

Eh .. nape cam karangan budak darjah 5 je entry ni eh??? Ek eleh .... mcm la sebelum ni entry ko hebat-hebat. Perasan!! Hihi.

Friday, May 27, 2011

Ke Kotak merah dgn famili

Ahad petang minggu lepas, berrombongan Cik Nab kami ke Kotak Merah (Red Box). 3 generasi oke .. dari Opah, anak dan cucu. Best gak sesekali ber riang ria cara begini. Yg tak bestnya berebut microphone dan lagu dengan anak-anak belasan tahun. Almaklumlah .. budak-budak muda, lagu sume nak tip top and latest je. Yang versi tengah-tengah (tak tua dan masih boleh consider muda .. hahaha) pulak nakkan 80's .. 90's .. ha ambek kau .. rebut-rebut terus kitorang.



Makan, Minum dan Nyanyi togeter-gether. Sebelum pukul 10 malam .. balik .. balik .. sok anak-anak harus ke sekolah .. ibu-ibu harus bekerja. Anyway .. it's Fun .. fun .. and fun.


Thursday, May 26, 2011

Lagi dan lagi ..

Hari ini lagi dan lagi meeting. Sume stress mengejar 'dateline', Tuan Pengerusi dah lahirkan rasa tak puashati dengan 'output' ... Hasrat nak bawak balik dokumen siap berjilid hari ini seperti tak kesampaian. Paper work projek puluhan juta nak disiapkan dalam masa 2 hari?? Hmmmmm ..pukul 3 pagi cik puan dan encik tuan berkenaan tidur semalam tau .. Dah kerja .. nak wat camna?? Penat dan stress pun layan je lah.

Tak pernah boring

Heran bila sesetengah orang merungut tak sudah tentang boring dengan kehidupan dia. Ai heran sebab ai tak pernah boring. Bersyukur sgt-sgt dgn apa yg kita ada dan perolehi hari ni.

Punya keluarga .. walau tak besar tapi dah ada
Punya harta .. walau tak berada tapi seadanya
Punya sahabat .. walau tak ramai tapi 'sentiasa bersedia'
Punya kesihatan .. walau tak 'perfect' tapi Alhamdulillah kepada 'Dia'
Punya kerja .. walau penat dan stress tapi rela dan redha.

Yg penting ialah kita ada positif mind. Jangan cakap la tak penat. Mana ada hidup yg senang? Memang tu perjanjian kita dgn Tuhan, kan? Menjadi hambaNya untuk diduga. Penat, stress, susah, sedih ..  tu sume warna warni kehidupan, memang tak boleh nak elak dah. Tapi .. with positif mind, sume benda-benda ni boleh kita atasi. Watever challenge in life .. take it positif. Rela, redha dan redah aje. 

Meeting bukan 'dating'

Fuhhh ... seharian dok kat hotel arini. Mesyuarat ke arah penyelesaian Akaun Muktamad Projek Kuantan. Esok sambung lagi sehari .. dari pagi sampai petang. Bila 'meeting' ni kan, yang paling tak tahan sekali ialah dia punya 'eating'. 8 pagi sarapan, 10 coffee break, pukul 1 tengahari lunch, kul 4 coffee break.  Hmmm .. So,  misteri kehilangan*ecewah .. hilang sangat la tu* ai hari ni ialah pegi 'meeting and eating-eating' bukan 'dating'. Hihi ..

One of the benda yg ai makan ari ni. Sedap u ols especially chocolate tart & kek stroberi tu.
Esok 'repeat' ah*mcm la ada*hihi



Wednesday, May 25, 2011

Kek Lapis Coklat Cadbury

My sister, KY once commented ~ Kakchik ni pandai cari makanan yg sedap-sedap. Hahaha .. memang dasar kaki makan ai ni gamaknya ye?? Tak pe .. tak pe .. kaki ai bukan pandai makan je .. kaki ai pandai exercise gak. So, balance la kan. Hihi ..



Selain dari Sweetie Cheese,  Ketua Geng Gebu Gebas ada produk lain jugak iaitu Kek Lapis Coklat Cadbury. Ai dah try, cuba dan rasa. Hmmm .. delicious!!

Kasi 'post' besar sikit .. baru clear. Kek lapis kelapa+nestum dan coklat Cadbury. Coklat Cadbury yg kecik tu susun rapat-rapat pastu diselangselikan dgn adunan berkelapa+nestum. Nak tau rasanya? Fuhhhh .. heaven ... sumpah sedap. Tak manis sgt mcm Kek Lapis Sarawak yg biasa tu.  

Setelah dipotong nipis-nipis. Setengah hari .. habis separuh. Tu pun ai control-control. Kalo tidak .. tak merasa la ai nampaknya. Hihi. End of this week, i'm getting my 2nd and 3rd order of Cadbury Chocolate Layer Cake ni sbb My Bodyguard dah sound 'Bila mama nak order lagi? Aiman teringat-ingat dah'. Amboi kau .. pasal makan ... sokmo teringat. Well .. wat to do .. Like mother like son. Dua2 suka makan!! Haha. Nak tak? Tergoda tak? Senang je .. Contact En. Curly kita kat sini



Jom main tabur-tabur ...

Seumur hidup kita, tak penah lagi kita minum Milo Tabur ... sampai la satu aritu, bestfren kita si Yanti@Pinky suggest kita order Milo Tabur nih. Kita sebenarnya hantu Nescafe O, bukan Milo tapi pe la salahnya cuba, kan. So, here we go .. Milo Tabur ..

Oohh .. gini. Camna nak minum ni Yanti? Gitu la soklan kita kat dia.

Kita tak reti .. so kita kacau-kacau biar sebati.

Pastu kita suh Yanti@Pinky buat 'demo' kat kita. Oooo ..  ratah milo tu dulu, pastu baru minum guna 'straw'. Baru ku tahu. Eeee .. jakun!! Hihi. Watever .. still Nescafe O*my opismet called it Ayer Hitam* is my favorite no. 1. Milo tabur ni manehhhhh la sangat. Mana tak maneh, milonya 'double'. Ishhh .. ai dah cukup manis, tak perlu 'double' .. single aje cukup. Hahaha ..

Tuesday, May 24, 2011

Minum petang tapi nak layan pagi pun boleh jugak ..

Minum petang bukanlah wajib dibandingkan dengan sarapan pagi. Sarapan penting sebab ia pemula hari kita. 'Booster' kata Omputeh. Hihi. Tapi buat yang rajin .. sesekali buat juadah minum petang utk keluarga tercinta, besar ganjaran pahalanya, kan. Buat yang tak bape rajin macam ai .. jom kita minum kat kedai je. Eeeee .. pemalas nya kau Ella. Hihi ..

Fried Wanton, Peach Lime Juice n Cucur Udang. Layan benda-benda ni waktu pagi pun boleh gak .. pe salahnya, kan. Ishhh .. ishhh .. lamanya kita tak buat Cucur udang sendiri. Tepung gandum ... tunggu aku .. petang ni kita bakal bercanda bersama. Hihi ..

Tukang makan, tukang membebel, tukang taip .. tapi bukan tukang bayar.
Ada orang banjer masa ni. Hihi ..

Monday, May 23, 2011

Cantek tak 'Coach' ai?

Cantek tak coach ai? Muda dia tau .. baru 25 tahun. Rambut panjang hitam berkilat, body padat-padat, 'single n available'. Orangnya lembut tapi tegas. Pernah dia suruh ai buat lompat bintang 100 kali x 2 set = 200 kali. Tarik 'kabel' untuk bahu dan lengan 100 kali. Yang len-len jangan citelah. So far ai ok .. sume tugasan yang dia bagi ai boleh buat. But now .. i really miss her .. sebab sessi ai dengan dia dah habis. So, sekarang ni, sessi mengangkat besi sangat sepi keseorangan. Mekaseh 'coach' ..Banyak ilmu dan pelajaran yang ai dapat selama bergurukan u. AILEBIU lah Coach. Hihi. 

'Coach Shu' ~  
Betul cakap coach .. mendaki bukit lebih baik dari berlari cos we gonna work on more and more muscle semasa mendaki. Kalau dgn dia, 'inclination' ai mesti maximum - 15!! Tak pe .. tak pe .. it's good untuk otot-otot kaki. Lagipun, we burn more calories masa mendaki dibandingkan dengan berlari.

Yang kat bawah ni pulak .. bakal 'coach' ai jugak. Tengah pk-pk ni. Jadi or tak jadi  nak 'adopt' dia ni. Murah beb .. sebab my fren beli kat Coach's warehouse kat US.

Merah menyala .. i like!! Pastu dia ada dua tali. Boleh 'sling' dan sangkut kat bahu je. Tengah pk-pk lagi nih.  Kalo tengok harga dia .. rugi besar kalo tak ambek beb. Hmmm .. camna?

Bihun goreng apa yg ada ..

Sarapan pagi hari Ahad adalah 'Bihun Goreng Apa yang ada'.  Kita bagi nama tu sebab kita guna apa yang ada dalam Peti Es je. Malas nak keluar membeli belah. Hihi

Rezeki pagi Ahad ~ Bihun yang digoreng dengan Crabstick, daging kisar Ramly, sayur kobis dan kuchai. OK la tu. Habis sekuali kami bertiga makan. Hihi ..

Ego!!

Apa baiknya menentang suatu yang terang dan nyata yang mana akhirnya merugikan diri sendiri? Sudah terang lagi bersuluh tapi disebabkan 'keegoan' menguasai diri, yang bersuluh terang bak limpahan lampu 'spotlight'  tetap gelap dan tidak nampak di mata. Akibatnya?? Bukan setakat huru hara ... rugi besar juga.

Bukan A & B .. mungkin kah C?

Setelah 'reject' permintaan A & B, datang pulak offer dari 'C'. Tak sangka .. banyak betul 'demand' sampai terpinga-pinga kita dibuatnya. Nanti la kita timbang-timbangkan dulu. Ada sapa-sapa nak tolong timbang? Kot la bila timbang secara berjemaah nanti keputusannya lebih 'Superb'. Hihi.

Sunday, May 22, 2011

Hampir Separuh sudah ..

Hampir separuh sudah perjalanan tahun ini. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Separuh tahun yang agak  memenatkan. Dari segi pencapaian, bukanlah terbaik .. tapi sekurang-kurangnya 'memuaskan'. Banyak belajar benda baru .. jumpa orang baru .. tanpa meminggirkan yang lama.

Separuh tahun yang pertama ini juga, Selatan dan Timur udah ku jejaki dan bakal terbang tinggi-tinggi  tak lama lagi. Lagi 3 bulan Aiman bakal ber PMR, lagi 3 bulan jugak kita nak sambut hari raya. Persiapan?? Aiman nampaknya sibuk dengan tution dan study. Raya? Ai 'zero', tak da apa-apa lagi. Eh .. posa dah habis ganti belum? Amboi .. raya je nampak dulu ye. Hihi.

Selamat minggu baru, korang. 

Makan dan minum adalah keperluan ..

Bukan kehendak .. tapi keperluan. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari kita akan fikirkan makan dan minum kita .. sebab kita bukan unta yg boleh stok kan makanan kat bonggol dia. Betul tak ??

Feveret kita kalo gi Kedai Resepi Rahsia

Bukan feveret tapi terbeli aritu. Takmo 'repeat' dah. Hihi.

Hmmmmm .. boleh tahan la rasa dia.

Yang ni kita suka!! Sedap!!

Home made pizza by my sister, Kak Yang. Sedap!!

Tofu with mix vege feveret ai & Chocolate blended feveret Aiman

Ikan kembung masak tiga rasa. Kedai buat .. bukan yg kita buat. Boleh tahan sedap!! Sekian entry mengenang makan-makan sepanjang bulan. Hihi.

Seharian berkasih sayang ..

Bangun pagi, masak Bihun Goreng feveret kesayangan. Pukul 11 pagi keluar rumah dengan kesayangan berjumpa kesayangan. Pukul 1 menjalankan aktiviti kesayangan. Pukul 3:30 dah sampai rumah balik. Pastu pukul 5 petang keluar balik menuju ke The Curve untuk bertemu lebih ramai kesayangan. Seharian aku memadu kasih menyulam cinta dengan kesayangan. Segala-galanya manis dan indah hari ini. Tiada masam. Tiada pahit. Tiada kelat. Tiada kata-kata lain selain 'Terima Kasih Tuhan dan Alhamdulillah' atas segala-galanya.

Saturday, May 21, 2011

Maximum!!

'Maximum' habis hari ni. Sekarang adalah masa utk santai dan rehat. Tapi .... pesal bila rehat rasa penat eh?? Tadi tak rasa penat pun .. syok lagi ada. Hihi ..

Friday, May 20, 2011

Hadiah ..

Hmmm .. hati berbunga-bunga. Ada rasa mcm nak bagi hadiah kat seseorang tapi tak tau sapa gerangannya. Sapa eh? Kalo kita pilih salah sorang dari pengikut kita*ecewah .. * ada tak yg nak? Jap eh .... kita kena plan betul-betul .. pastu kena tunggu bila kita betul-betul free*entah bila?*Hihi.

Hari tu, kita bagi hadiah ni kat seseorang. Very lucky la u. Hihi.

Reject!!

Sesudah bermesyuarah .. bertanya pendapat bukan berbalah, akhirnya hari ini saya mendapat kata putus bagi persoalan yang bermain di fikiran selama ini ~ REJECT. Jawapan saya tetap. Muktamad. Tiada talian hayat  atau bantuan diperlukan lagi. Terima Kasih Kakak kerana sudi menjadi pendengar dan membuka minda saya seluas-luasnya. Saya lega. Ringan bahu .. lega kepala. Thanks so much Kak. AILEBIU lah. Cayang akak. Hihi.

Celup, celur ..

Jom kita amalkan pemakanan sehat dengan kaedah celup, celur, cicah dan .. ngappp.  Ai pun pestime try menda nih. Oke gak. Pasni boleh la kita 'repeat'. Hihi ..

Pilih je yg mana kita suka. Harga lain-lain ye .. ikut warna lidi.


Nak bakar dan goreng pun boleh ... Sotong sedap ni baru RM3.50 secucuk.
Murah!!

Boleh la kol Bestari Celur kalau nak buat makan-makan kat rumah ye ..


Thursday, May 19, 2011

Bila ibu-ibu kuar bergebang ..

Ai tak da problem nak 'dating' dgn kwn-kwn .. tapi make sure anta Aiman gi tution dulu. Pastu make sure jemput dia balik dari tution. That is what i did last Wednesday nite. Tapi ai pandai. Ai anta je .. ai suruh la abah dia jemput balik. Gitu la situasi bila ibu-ibu kuar bergebang. Walau 'dating' sana .. 'dating' sini ... famili tetap no. 1. Betul tak ibu-ibu? Bapak-bapak tak perlu la jawab ye. Ini soklan utk ibu-ibu sahaja. Hihi.

Kak Qis ~ 1 of our Teacher kat Redglow AcademyKakak Cantek , Yanti@Pinky @ Mak Jah Cafe, Bkt Jelutong.

Minum itu .. minum ini .... gossip sana .. gossip sini .. makan tu .. makan ni. Tiba masa utk 'goodbye hug n kissess' rasa tak best je. Mana de perpisahan yang best, betul tak? Tak pe la geng, ai bagi u ols serangkap pantun camni :-

Daun selasih daun keladi, ada masa kita 'dating' lagi. 

Janji kita dan ketentuan "Dia"

Janji kita ..
Nak sehidup semati
Nak happily ever after
Nak ke mana pun bersama-sama
Nak menyayangi tanpa menyakiti

Ketentuan "Dia" ...
Ajal itu milikku
Bahagia bukan untuk selamanya
Perpisahan itu pasti
Mana mungkin hidup ini selamanya indah

Percayalah pada takdir dan ketentuan Ilahi. Walau sekuat bagaimana kita menyayangi dan ingin disayangi segala-galanya tetap di tangan "Dia". Jodoh, rezeki dan ajal di tangan Tuhan. Andai cinta dan jodoh kita tak panjang, pasrahlah. Andai sudah berusaha tapi ganjaran tidak seperti dihajati ... pasrahlah dan andai antara kita pergi dulu ...redhalah. Sesungguhnya kita adalah hambaNya yang dipilih untuk diduga. Segala-galanya dari "Dia" ..  ketentuan "Dia".

Al-Fatihah buat Telor ~ Abdul Hakim Bin Kamal

Al-Fatihah buat rakan blogger kita, arwah Abdul Hakim Bin Kamal,Pemilik blog Telordibasuh. Arwah yg hampir setiap hari datang ke blog saya dgn menyapa saya "Kakchik" dengan nada ceria .. pernah mengajak lepak bersama tapi .. Tuhan lebih sayang dia. Hampir semua blog yang tulis tentang pemergian dia saya baca hari ini. Rasa macam tak percaya yg dia dah tak ada. Saya sedih .. kehilangan seorang teman yg sentiasa dtg dgn komen ceria. Moga roh Arwah ditempatkan dikalangan org-org yg beriman. Amin.

One .. Two .. Go!! Ooppssss ..

Sudah 80% sedia. Tinggal siapkan beg dan tunggu masa untuk terbang tinggi-tinggi je. So, kwn-kwn .. u ols camna? Dah ready? U lambat ai say babai. Hihi..

Hotel Voucher, E-Tiket dan Duit belanja. 
One ... Two .. Go!! Eh .. nanti-nanti. Traffic controller cakap belum lagi!! Lagi 2 minggu la .. apa da ..Hihi ..

Wednesday, May 18, 2011

Cerita tentang Bank

Minggu lepas .. dua hari berturut-turut kita pegi bank. Kita heranlah ... Kenapa ye staff yg bertugas kat servis kaunter bank-bank kat Malaysia ni sumenya tersangatlah tidak mesra pengguna? Susah eh nak senyum kat pelanggan?? Bukan kah pelanggan tu sumber pendapatan diaorg? Gaji pekerja-pekerja Bank bukan datang dari pelanggan ke? Heranlah. Kita penah berurusan dengan staff di Kaunter Bank di Jakarta. Sungguh berbeza layanan yang kita terima. Kita dilayan sangat baik .. disambut dengan senyum. Kita boleh rasa keikhlasan pekerja Bank di BRI Jakarta melayan pelanggan-pelanggannya. Kat tempat sendiri? Alahai ... Camna tu ye?
Ada org tertinggal kad ATM kat Cash withdrawal machine. Atas rasa prihatin, kita amek kad ni, beri pada staff kat kaunter. Layanan yang kita terima?? Hmmm .. nak tak nak je dia layan kita. Bukan suh layan cam Raja pun .. tapi pe la salahnya senyum dan ucap Terima Kasih? Padahal kita cuma nak amanahkan kad tu kat pekerja kaunter, mana la tau kot-kot pemilik kad  tu datang balik carik kad dia .. Pelanggan tak da harga dan tak penting kot kat mata staff-staff kaunter nih. Heranlah tengok sikap diaorg. Tapi kan, bukan semua,. Kita pernah berurusan dengan Citibank. Servisnya sangat tip top. Betul-betul puashati. 




Mulakan hari dengan makanan

Hari-hari mesti nak kena fikir pasal makan. Makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kalau kita bijak menyusun waktu makan kita, InsyaAllah sehat sejahtera. Tak da masalah angin banyak dalam badan dan asyik 'burrrrrpppp' je. Hihi. 

Ni entry tentang makan tengahari minggu lepas dengan Kak Senah, my assistant kat Madam Lim Restaurant, Tesco Menjalara. Dia half day. Elok dia nak parking keta, ai pulak tengah 'on' kan engine keta. Moh le kita makan Kak Senah, tak yah la rajin sangat 'lunch hour' pun nak keja ~ Lebih kurang gitu la kata-kata kita kat dia. So, marilah kita pegi makan ber 'driver' kan ai. Hihi.

Mix Paprik Set Lunch ~ Kak Senah punya. Licin dia makan tau. Hihi ..

Air apa entah Kak Senah minum tapi tersangatlah sedap rasanya

Kak Senah, my assistant. Waaaa .. Kak Senah udah kurus. Dari 80 lebih ke .... sekarang. Dia menurunkan berat badan dengan mengambil pendekatan yang ai selalu pesan ~ Berpada-pada, jgn over. Good job Kak Senah!! Hihi.

Ginger Chicken Lunch Set - yg ni ai punya. 

Ice Blended Lime with Grape jelly kot rasanya ni. Ai punya ni tapi udah lupa namanya. Alahai .. cepat beno lupa. Sah dah tua!! Hahaha ..



To give, Not give up

Keep on giving. Dont give up. Giving in a way of guiding. Guiding in a way of talking.
Hmmmm .. pe benda aku tulis ni eh?

Harus terus membimbing dan memimpin. 
Jgn harus ada rasa penat dan jemu.
Harus terus bercakap bukan berleter. 
Harus terus dan terus dan terus ..  
Jgn 'pause'. Jgn 'give up'.
Kena kuat .. kuat dan terus kuat.


Kakak cantek dan Jem Tartnya ...

Hari Khamis minggu lepas, kita 'dinner' dgn Kakak Cantek. Dia sms kita ari Selasa tapi sebab kebizian melanda ...tak terjawab sms dia. Eeee ... sungguh tak sopan, kan. Sib baik dia paham kita. Hihi. So, i plan to meet her on Wednesday. Rabu dia lak tak da .. Hanis je yg ada kat rumah katanya. Postpone agenda 'dating-dating' to the next day. Hari Khamis, wahhh .. kita dengan selambanya ke gym. Habis gym dpt sms dari Kakak cantek. Haiyooo .. byk sgt benda dlm kepala .. boleh pulak terlupa 'dating' kita. Sib baik kakak cantek anta reminder. So, vrooomm lelaju. Sampai rumah mandi manda dan suh Aiman temankan. Kita penakut malam. Hihi ..
Dinner kat Show Ru, Kelana Jaya. Cam tu kot ejaan dia?? Hihi. Wah .. terasa diri sungguh rendah dan gebu bila bergandingan dengan Model 80an yang tinggi lampai. Hihi ..

Alisya comel, manja, mesra kamera dan malu-malu tapi mahu. Hihi. Anak-anak Kak Nani sume pemalu sebenarnya. Kalo org tak kenal, mesti ingat diaorg sombong, sebenarnya 'pemalu' bukan sombong. 

Jeng .. jeng .. jeng ... Tujuan jumpa sebab nak ambek dia ni. Jgn jeles ... Kak Nani buat special for me. Mekaseh byk-byk kak. AILEBIU lah. Hihi. Khamis malam Kak Nani bagi, sok paginya kita senyap-senyap bawak gi opis. Ingatkan Aiman tak minat, tetiba dia kol tanya. Sib baik ada lagi. Hihi. Kita ngap sebijik demi sebijik. Sekali ngap 3, 4 bijik. Sedap korang.. Pastry nya lembut dan gebu, inti banyak dan yg penting sedap. Memang tak kedekut dan save cost punya lah cara Kak Nani ni. Nak?? Tak da dah .. licin sudah. Nak order? Ce tanya Kak Nani sendiri. Hihi 

Alisya dan Mamanya. Ecece ... Alisya. Sampai terlentok dia. Hihi.