Thursday, June 30, 2011

Off ke on?

Esok Sabtu. Korang off ke on? Kita on tak off. So, bangun pagi dan siap-siap untuk ke tempat kerja. Tak best arr .. Korang rehat kita kena keja. Kita jeles. Hihi.

Tapi .. petang dan malam esok best. Best sangat-sangat. Kita excited. Senyum sorang-sorang dah ni. Nak tau kenapa? Tak mo bagitau lah. Rahsia. Hihihi.

Jom kita makan Chilli

Sesekali jom kita makan kat Chillis. Eleh .. sesekali konon. Kita kan, kadang-kadang bila tiba waktu makan mesti bosan pikir nak makan apa. Balik-balik makan benda yang sama. Hihi.

Ice Lemon Tea

Salmon & Prawn Grill. Kita punya ni. Kita suka makan ikan
dan udang. 

Triple ~ Prawn, Beef and Chicken dimakan dengan Fajita's. Sedap gak. Hmmm .. pasni kalo gi Chilli's lagi kena tukar menu la .. asyik2 menu yg sama. Hihi.


Bakor ..

Adehhh .. Sessi membakor nampak nya tak berjaya. Hmmm .. dah banyak kali mencuba ni. Dari segar sampai lembik lesot sudah. Failed!! Hmmm .. tak per. Sok-sok cuba lagi. Kalo tak berjaya gak kita bertanya pada yang 'expert'. Tak la ai lembik dan lesot lagi. Hihi.

Sihat dan bahagia.

Saya selalu bagitau kawan-kawan rapat .. tiap kali lepas solat, jangan lupa doa dua perkara untuk diri kita  ~ Nak sihat dan bahagia.
Sihat penting. Dengan kesihatan yang baik dapat lah aku beribadah kepada Mu dan berbakti kepada keluargaku ~ Lebih kurang camtu la doa saya.
Bahagia juga penting. Bahagia beri kita ketenangan jiwa yang tak boleh dibeli di mana-mana. Ketenangan jiwa melahirkan airmuka yang bersih, hidup yang indah, tiada cebik bibir, tiada dengki, tiada iri di hati. Bila bahagia, kita akan bersyukur. Rasa syukur dengan apa yang kita ada akan membuatkan kita tidak akan mengejar dunia semata-mata .. tidak akan tunduk pada keinginan dan kehendak nafsu yang tidak akan ada penghujungnya. Kalaulah kita boleh dapat kebahagiaan ini .. mesti hidup ini indah, kan.

Tapi, nak dapat kedua-dua tu bukanlah mudah ..  sebab Allah SWT tidak pernah menjanjikan kesempurnaan tiap insan ciptaanNya. Sebab tu back to what i said just now .. Kena selalu Doa .. Doa .. dan Doa lagi.

Hmmm .. sekadar mengingatkan diri sendiri .. bukan cuba nak jadi Ustazah. Hihi.

Wednesday, June 29, 2011

My fren dan Wiranya

My fren, dia sayang sangat-sangat kat Mr. X. Dia anggap Mr. X Wira@Hero dia. Mr. X sentiasa ada .. saat suka .. saat duka. Mr. X akan tunaikan setiap permintaan dia sebab Mr. X kata sayang dia sangat-sangat. Mr. X will do anything and everything to make her happy*bole caya ke?Hihi* Mr. X kata nak dia selalu gembira  .. tak nak tengok dia sedih .. tak mau lihat dia kecewa. Dia suka, kembang hati sebab ada orang sayang. Dia letak harapan yang tinggi kat Mr. X. Cinta sampai mati la kononnya tu. 


But during rainy days, ada la hajat dia yang Mr. X tak dapat tunaikan. Terduduk dia. Baru dia sedar yang Mr. X tu manusia biasa, bukanlah Superhero yang boleh tunaikan setiap impian dia. Dia kena la terima hakikat yang Mr. X ada masanya tak boleh dijadikan tempat bergantung dan Mr. X tak  dapat buat dia sentiasa gembira. Eh .. Mr. X tu manusialah, tak perfect tau.


Hmmmm .. Tu la pasal ai selalu cakap, sebagai perempuan, nak tak nak jangan terlalu bergantung sangat dengan lelaki. Sebab ada masa-masanya .. 'Before and After' tak sama. Perlu ada kerja .. perlu ada duit sendiri dan jangan harap sangat Mr. X ke .. Mr. Y ke .. Mr. Z ke tunaikan impian kita. Ai donno la about other woman but for me, "Independent/Berdikari" adalah yang terbaik buat wanita zaman millenium ni. Lain la macam perempuan zaman dulu, duk rumah jaga anak, masak, kemas rumah .. asben kuar keja, balik bagi duit, beli barang kemas. Zaman dah berubah, kan. Hihi.




Bistro Q

One fine sunny afternoon, layan Q Bistro dengan kesayangan. Best gak sesekali dapat kuar berdua camni.

Maggi Goreng pilihan dia.

Ni ai punya. Sikit jer timun dan tauge dia. Kedekut!! Hihi.

Dengan air sorang segelas = RM12.50. Maggi Goreng dengan Rojak Mamak je weih. Tempat biasa-bias jer ni tau, bukan 5 bintang. Haiyoo .. Eksyen la Mamak sejak upgrade ke Bistro sekarang ni. 

Tuesday, June 28, 2011

Berani kah Si Suami jawab begini?

Tetiba teringat dialog antara kami satu ketika dahulu. Echewah .. skemanya ayat!!!
Seorang isteri .. kalo berkata begini ~ I tak leh pegi la .. husband tak bagi. Bangga. Terasa mcm Isteri Mithali je. Dah nampak bayang pintu syurga.
Kalo suami pulak? Berani tak dia jwb camni ~ I cant join u la .. wife i tak bagi. Rasa bangga mcm kitorang gak ke?? Ke .. terfeeling 'queen control' or dengar cakap isteri?? Hihihi.

Chocolate lovers ..

Delicious mouth watering chocolate for chocolate lovers. Sumpah sedap. Sekali ngap 3, 4 ketui. Aihhhh .. susahnya nak benti. Nape la sedap sangat ni?? Tak leh jadik ni .. mau naik ber kg's kalo ngap sebalang ni. Sudahnya hampir separuh balang i share it with my colleagues masa  keja hari Ahad aritu. Jom kita gemuks sama-sama. Meh rasa. Hihihi.


Almond filling. 
Serius sedap nak pulak bila gigit kacang 
badam tu. Yg tak tahannya pas satu nak dua, pas
dua nak tiga. Sudahnya 4 bijik sekali ngap.
Mak aihhh .. terbongkar rahsia buruk makan ai. Hihi.

Rice bubbles. Punnn sedap. 
Yg ni kita bawak balik mkn dgn Mr. Bodyguard

This Homemad choc is from Fayyedh Choco ~ made from Bery'ls .. confirm ada Halal from Jakim. Order for Hari Raya is now open. U ols boleh la jenguk kat FB Cik Puan CT ni. Ada macam-macam kat FB dia. Boleh gak kol Cik Puan CT @ 017-3709437 or email her at prinzenma@hotmail.com. Sapa-sapa yg suka chocolate boleh la cuba. Ai dah repeat order dah .. Hihi.


Terlalu ..

Setuju tak kalau saya katakan yang adakalanya .. bila kita terlalu ikutkan kemahuan hati .. kita lupa nak melihat diri sendiri. Kita terlalu ikutkan kata hati dan terlupa bahawa pada waktu itu menarik 'hand brake' adalah perlu. Kita lupa yang kita keterlaluan.  Kita lupa yang kita disuruh mengamalkan sikap 'berpada-pada'. Kita nak buat semua .. nak jadi semua.  Sudahnya kita menjadi seperti  "JACK OF ALL TRADE BUT MASTER OF NONE'.

Botox ker?

Apasal nampak cam kena inject dengan botox eh? Tang pipi tu .. kembang kembung semacam jer. Hihihi.

Gambar passpot ~
Sokmo kita tak puashati dengan hasilnya, kan?

Monday, June 27, 2011

With Love ..

Hai .. i Misz-ella and i Biggiemonster

We just want to wish Thank you for reading us. We appreciate readers, visitors, followers and all comments received. Terima Kasih and buat yang baru, Welcome ~ With Lots of love from misz-ella & biggiemonster*entah bila la biggiemonster nak updet yer*Hihi.


Against!!!

Pelik ah. Nape ye ada segelintir manusia yg suka 'against' apa yg dia tak buat? Just because u are not into it you against what other's did. Susah agaknya nak terima hakikat yg 'Rambut sama hitam .. Hati lain-lain.' 

Julai datang.

Julai datang .. Julai datang. Kita suka Julai datang. Julai paling istimewa dalam hidup kita selain bulan-bulan ni. Julai paling dinanti sebab ini. Bersusun aktiviti Julai ni, semuanya melibatkan yang tersayang dan kesayangan. Ada dua BBQ dinner, 1 Famili kenduri dan mungkin juga bakal terbang tinggi-tinggi lagi. Insyallah. Hmmm .. Moga segala yang dirancang berjalan mengikut jadual.

Pukul 8 malam ~ 27hb Jun

Masih di opis lagi. 
Entah pukul berapa baliknya nanti. 
Ustaz kata .. Kerja itu ibadah. 
Redha jer la. 

Korang ... tengah bersantai kat rumah eh?
Best .. Best. Kita jeles.
Kita rindu kat Aiman, kita rindu rumah kita
Kita nak 'hot shower' 
Wahhhh .. demand!!
Dah tau tak ada mcm-mcm lak mintaknya yer?
Sebenarnya bosan. Menunggu 'final task' tak kuar lagi
Finale part .. yg paling kritikal sekali
Kena concentrate 110% .. tak leh silap 
Cepatlah sikit. Dah la sejuk 'aircond' ni.
Eh .. ok lah. Dah kena panggil by 'Committee'.
Chaoo.




Me and my new Aigner

Cerita best lagi. Best kat ai la .. kat korang tak tau la cerita ni best ke tidak, kan. Hihihi. Ingat tak lagi aritu kita menang Pertandingan Review Blog milik Datin Ummi? Haaaa .. buat yg tak tau, boleh la baca kat sini.

Hadiah yang dijanjikan dah tiba awal bulan aritu. Maaf, saya lambat buat entry sebab kebizian tahap maxima melanda. Tapi walau apa pun, janji tetap harus dikotakan. So, Here we go ~ Special entry with the lovely gift. Tqvm again for chosing me, Datin.





Subjek utama di dalam entry ini ~ My latest Designer's handbag collection. I got it free cos i'm the winner for the Contest*Suka* Berkobar-kobar semangat ai nak masuk Contest pasni. Hihihi. Besar dan cantik. Ada banyak compartment kat dalam tu. Sangat sesuai utk org yg kalau berjalan, satu rumah kalau boleh nak dibawak sama macam ai. Hihi. 








Tengok .. tengok .. 
Tengok beg lah, bukan ai*malu*Hihi.

My new bag and me. Cantekkan? TQVM again, Datin.

Keras mcm tiang!! Memang tak da gaya model langsung!!
Hihi.

Bukan ini sahaja, ada banyak lagi yang cantek dan molek di iluvbaginc. Ai pun dah terbekenan kat 1 or 2. Jom kita sopink on line jom. Tak susah, Senang jer. Tekan sini.

Sunday, June 26, 2011

Celebrating the best father in the world


Celebrating the best father in the world ~ My Abah. Thanks abah atas semua didikan, bebelan dan kasih sayang. Tanpa jemu, tanpa penat membesarkan kami walau berdepan dengan seribu kepayahan. Tapi, walau beribu kesusahan dan kepayahan, kami tak pernah kurang dengan kasih sayang. Hanya Tuhan yang bisa membalas semua budi baik Abah kepada kami selama ini. May God Bless U, Abah.

Dah sampai dah dia.

Sabtu pagi, sampai sudah buah hati terbaru yang ditunggu-tunggu. Bali keychain from Eqbalzack.com for the fabulous follower.

Merah memang feveretku*suka*

Bertambah koleksi merah kita.

Sama kaler dengan baju kita aritu. Till now, the nice red Bali keychain was nicely placed in my Keychain Bowl. Penuh sudah. Harus ke SSF mencari bowl yg lebih besar selepas ini. Again .. Thank you, Eq.

No more play-play

August ~ Big thing coming to you. U like it or not u have to face it. October, bigger things on the way. Serius la weih. No more play-play. Peluang datang sekali, not two or three. Opah dulu selalu cakap .... Tak pass .. 'kawin'. Hahhhhh ... Nak ke?

Saturday, June 25, 2011

Santai Ahad ..

This Sunday, if u are at 1Utama area and looking for good restaurant for lunch, y not you try Restaurant Olde Asia. Banyak kali dah ai makan kat sini. Nice food. Cubalah.


Cucumber juice. Cooling n refresing

Softshell Crab forever favorites

Vietnamese Grill Chicken ~ worth the price. Berbaloi-baloi ..

Beef noodles. Sedap jugak kot??
 Kot?? Cos it's not mine, tu pasal 'kot'. Hihi.

Hmmmm .. baru balik aerobik ni. Rehat-rehat jap. Petang nak keluar lagi dgn ayahanda, bonda dan kekanda. U ols buat apa eh ari Ahad camni??

Merapu jer ..

Keluar rumah hari Sabtu balik ke rumah balik dah Ahad. Fullamak ... seumpama memasuki mesin pencepat masa 'Doraemon' pulak ye. Hihihi.

Hmmmm .. santai malam arini. Siang keja, petang baru duk rumah. Pas Maghrib keluar makan malam bertiga. Memandangkan tempat makan ialah di Restoran Gulam Mee di Kota Damansara, kita 'round-round' kat Uptown la pas makan tu. Fullamakkk .. my mekap MAC, my skincare SKII, my Estee night cream sume jual kat situ. Aduhai .. nak nangis ke nak tepuk tangan suka ni? Nak nangis sebab ai beli menda-menda tu tersangatlah mahal tapi disini .... very much lower. Nak tepuk tangan ke sebab dah terjumpa yang lebih murah so pasni dapatlah ai bijak berbelanja semasa membeli belah?? Hmmmm .. mungkin tidak sebab keasliannya diragui. Mustahil semurah itu. Ai takut beli barang palsu .. nak pulak untuk letak kat muka, kan? Keluar jerawat batu kerikil kang?? Mati la ai. Nak jimat sangat .. bala yang dapat. 

Eh .. jauhnya ai merapu ye? Nak tido lah. Sok pagi my bestfriend nak jemput gi aerobik dan Agenda hari Ahad bertindih padat. Hmmmm ... Have a good Sunday, korang.

Friday, June 24, 2011

Positif

Susah agaknya kita nak mendidik diri supaya menjadi positif.  Belum buat atau mencuba sudah terbayang 'Susahnya.' Teringat kata-kata Kakak Cantek masa di Jakarta haritu .. "Cuba lah think positive sikit". Hanya dengan fikiran yang positif sahajalah yang susah menjadi mudah, yang tak tercapai dek akal menjadi kenyataan dan hilang penat timbul semangat. That is the secret of sucess sebenarnya ~ THINK POSITIVE. Never say no .. never give up before u give yourself a try. Minda yang positif menghasilkan insan yang sihat dan sentiasa bersemangat.  Say no to negative and say Welcome to positive.

Mekaseh Atiq

Walau jauh terbang beribu batu menjadi tetamu Allah SWT,  tetap dia ingat kepada Kakak "maya" dia ni. Mekaseh Atiq sebab tetap ingat pada KC. 

Atiq ingat kat ai tau .. Once dia 'touch down' from the flight, dia terus SMS ai bagitau on the way home. So sweetttt .. Itu lah seronoknya berblogging ni, kan. Boleh dapat ramai 'adik maya'. Seronok dengar pengalaman Atiq dalam mengerjakan ibadah Umrah. Sib baik tak terkawin dengan Mamat Arab eh. Hihihi.

By the way Atiq, All The Best for next week. Go as far as you can, dear. Menuntut ilmu, tiada had dan batasannya. Selagi terdaya .. teruskan. 

This is from Atiq. Thanks so much, Atiq. 
Tak puas jumpa Atiq hari tu. Sekejap sangat.

Taken from Atiq's blog ~ photo taken during one of our dating & eating.
Muka ai sememeh weih. Masa ni baru balik kerja, terus singgah Mamak's shop to have dinner with Atiq.

Pelan-pelan pun tak per ..

Dalam menyusun atur kehidupan ni, pelan-pelan pun tak pe sebenarnya. Tak semestinya laju dan cepat itu baik .. tak semestinya perlahan itu menjengkelkan.

Kalau bawak kereta, laju boleh mendatangkan kecelakaan. Kalau menaip, laju boleh menimbulkan banyak kesilapan. Kalau bersenam, laju menyebabkan 'tak hit the muscle' sekadar dapat buang lebihan air dalam badan.

Dalam apa pun jua keadaan, tak semestinya kena laju. Yang penting ialah keberkesanan amalan/perbuatan tersebut. At times, slow is good but remember, Not too slow.

Thursday, June 23, 2011

Sesekali bercinta

Cite minggu lepas. Kalau malam Sabtu nya kita layan Kotak Merah dengan kesayangan, tengahari Ahad kita punch kad kat ofis manakala paginya sempat lagi berkungfu taichi di dapur sendiri, malam Ahad tu pulak kita dinner sefamili. Hmmm .. bertungkus lumus ai bahagikan masa sana sini. Walau bagaimana bizi, famili jangan sesekali dilupa, kannnn ... Hihi. Kali ni kami pilih untuk makan dalam kapal. OK la .. Boleh tahan sedap.


Black Pepper Sirlion Steak. Ai punya tau .. sedap sgt2.

Grilled Black Cod Fish

Sizzling lamb chop

3 scoops Banana Split ~ Makan 3 org. Hihi.

One of the Tukang Makan. Lagi 2 orang tak da gambar sebab diaorg tak sawan kamera mcm ai. Hahaha.


Ku lihat Hijau

Bukak je pintu rumah, nampak Gold. Pandang kiri ..pandang depan .. pandang bawah .. Ku lihat hijau. Bagus, kan. Sejuk mata.

Sirih bertemu urat ~ Katanya baik untuk yang mahu bertemu jodoh. Terlebih subur sampai merayap gi rumah sebelah. Sib baik Mat dan Lin oke aje. 


Dah berbunga. Wangi sangat bila lalu sebelah dia. Nanti dah berbuah ari-ari minum air limau le kita. Wahhh .. boleh selim. Hihi.



Korang datang ai sambut dengan karpet hijau. Yang merah lum mampu lagi. Hihi.

Tinggi bebenor dah pokok daun kari ni. Melangut kita memandangnya.

Kurang vitamin Daun Tomyam ai ni. Siannn .. Tuannya terlebih. Hihi.

Wednesday, June 22, 2011

Tak boleh nak jerit

Kecewa. Kerja upgrading Talian TM untuk projek High Speed Broad Band telah buat line internet sengal dan eeeee ..tak tau nak cakap macamana. Nak bukak 1 tab pun susah. Bila dah boleh bukak, tang imej tu, sume 'x'. 'Shoutbox', 'Nuff', pun 'x'. Nak bagi salam kat Kotak Jerit pun tak boleh. Kalau nak komen kena try banyak-banyak kali baru boleh. Akibatnya, aktiviti berjalan maya amatlah terhad sekarang ni. Kat mana-mana tempat yang korang ternampak kita, tu kira nasib baik la tu. Mana-mana yang kita tak ada, Maaf ye .. sudah berusaha sedaya upaya dan akan terus mencuba, cuba dan cuba lagi. 

Satu .. Dua .. Tiga ..

Malam semalam, lepas buat aktiviti lompat-lompat .. goyang-goyang dengan kawan, macam biasalah .. kita minum dulu sebelum say 'Goodbye'. Memula order air panas satu .. habis segelas masih tak puas .., kita order lagi satu. Ingatkan lega dah, tak jugak rupanya. Last-last bila Bodigad kita join kita for dinner lepas dia habis tution, Nescafe O ais segelas dia kita minum sampai licin. Fuhhhh .. dahaga sungguh. Banyak hilang cecair badan masa lompat-lompat .. goyang-goyang tadi kot?? Hihihi.

Mesej untuk hari ini ~ Jangan lupa minum banyak air. Nanti kulit cantek, macam ai. Cehhhh .. perasan!! Hahaha.

Terlalu mahu

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
* Lirik lagu Pokok oleh MUH featuring Hazama *

Tu la manusia, kan. Ada kalanya terlalu mengikut hati dan perasaan.  Terlalu mengikut kehendak dan kemahuan  .. bukan keperluan. Pantang dengar sesuatu terus nak .. nak .. nak. Terlupa nak timbang adakah itu keperluan atau kehendak? 

Tuesday, June 21, 2011

Moments ..

Moments with friends that i want to remember. Kenangan ... Mungkinkah berulang?Sekarang dah tak macam dulu lagi. Watever, All the Best buat mereka-mereka.


Mother's Day Celebration @ Rozza Studio, Saujana Utama Branch

Pandanglah lihatlah .. Pinggangku yg ramping*Ala-ala Puan Sri Saloma* ~ Photoshoot by Rapi Magazine. 

With 'Coach Leen' and Yanti after Aerobic session 
@ Rozza Studio, Puncak Alam Branch.

Miss this moment. 

Reebok ladies. Ce teka ai yang mana?

Zuraita from Rapi magazine. Rindu kau, beb.

Coach Shu yg bertanggungjawab mengoyak tisu dan membentuk otot badan ai semasa di tempat "Celebrity". Miss my moments with her. Walaupun sessi dengan dia sangat 'tough' tapi Alhamdulillah .. I boleh buat semua. Macam-macam exercise ai buat, kan. Aerobik .. Weight training. No wonder misz-ella's blog was listed under Blog Kesihatan by the search engine*Suka* 

Coming soon .. Entry bagaimana nak dapat 'flat tummy' mcm ai. Nanti dulu eh .. buat yg bertanya tu. Draft box penuh ni, byk entry on queue, kena lepaskan satu persatu.















Hey .. ai menang

Ai menang u. Kali ni ai menang exclusive Key chain for Fabulous Follower  ~ GA by Eqbalzack. Wah .. tetiba 'feeling' macam Kimora Lee dalam Siri Realiti "Kimora Lee ~ Life in a Fab Lane". Hihi.

Ek Eleh ... kecoh je lebih kan .. menang Keychain jer .. tapi dia punya suka macam menang loteri!! Hihi. Off course la korang .. kan i keychain collector, dapat barang idaman dah tentu ai suka. Thanks so much Eq for choosing me. 


OK. Jom tengok one more time.

Cantek kan? Jawab cantek cepat. 
Kalo tak .. taknak kawan. Hihi.