Friday, September 30, 2011

Si Nafsu Tinggi!!

Si Nafsu Tinggi ni .. memang betul-betul tinggi nafsunya pada apa saja. Tengok orang depan tukar perabot ... NAK!! Dengar kawan makan angin sana sini ... NAK JUGAK!! Tengok baju cantek kawan .. TERINGIN!! Adoi doi .. banyaknya kehendak. Mengatasi keperluan. Tinggi betul nafsu.

Thursday, September 29, 2011

Cerita jalanraya dan cerita semalam

Auw .. auww .. auwww .. ter stress sekejap. Susah sangat nak bagi 'signal' eh. Camna kita nak tau awak nak masuk simpang ke .. nak kiri ke .. kanan ke. Ishhh .. terbazir masa kita menunggu 'line clear' nak keluar simpang tau. Andai ku tahu  mana hala tujumu dengan 'signal' itu .. kan senang. Masa itu Emas .. seminit pun berharga .. nak pulak waktu pagi saat kita mengejar masa kerana enggak mau merah "Entry Card" kita. Luak kot Bateri kereta kalau guna 'signal'? Luak ke? Ce cite ..Ce info sikit kat kita. Jangan kedekutlah. Jalan raya milik bersama, jangan jual ikan*sellfish* ye. Kita pun bayar 'Road Tax' jugak, bukan awak je. Timbang rasa sikit. Baru ceria suasana di jalan raya. Betul tak?

Hai .. marah sangat sampai lupa nak bagi salam kat Readers semua. Ehem .. ehem .. *warm up suara dulu. Eh .. patut 'warm up* jari sebab jari yang bakal berterapi di entry ini suara tak da kena mengena* Hihihi.

Salam Jumaat kawan-kawan. Kita stress pagi ni tapi sekarang tidak lagi. Buat yang stress keja, i suggest u take a day break like what i did yesterday. Semalam kita cuti sebab ada urusan peribadi. Pagi kita sepi. Lepas Aiman balik dari sekolah, kita ajak dia gi hepi-hepi. Meh pollo mama gi bank, nanti mama belanja McD, pastu pollo mama pi salun. Mama belanja Aiman sekali. Camtu la "ayat menggoda" kita semalam. Luckily dia tergoda, maka the balance of the day kita berduaan, no more keseorangan*Ceriaaaa ..*

Buat rambut anak ai baik-baik ye ~ Camtu pesanan kita kat Amoi tu.

Two happy faces after the treatment. 
Pagi bersoloan, petang berduaan, malam bertigaan. Jadi Chef, Driver, managed to bersenam di siang hari (usually at night), go to the bank for money matters, berterapi di salun, malam berehat-rehatan ~ A Perfect Day for Me. Cuti yang sangat berbaloi-baloi.

Tanda-tanda kita sayang orang ..

Tanda-tanda kita sayang orang :-
  • Bila terlalu sensitif dengan dia*cepat terasa*
  • Ada rasa rindu-rinduan bila berjauhan*dalam hati ada taman la tu*
  • Rasa kosong dan sepi bila dia takda
  • Senang terluka tapi senang pula memaafkan dia*rela telan segalanya*
  • Rela berkorban apa saja termasuk renangi lautan api*jgn percaya*
  • When your money is my money too*Uuuu .. I like. mata RM sungguh!!* Hihi.
  • Bila kita prihatin kat dia*Bukan setakat perhati je tau*
OK. Enough. Ada sapa-sapa mau tambah?

p/s : To my dearest close friends especially Kak Zana, Yanti n Kak Nani, rindu kat korang. Lama tak 'get together'. Korang pelengkap hidupku other than my family, adik beradik. 

Bila keseorangan

Bila keseorangan, baru tahu erti sunyi dan sepi. Sunyi yang menyeramkan, bunyi pintu orang sebelah pun seolah ancaman untuk diri sendiri. Haih .. macamana la Aiman boleh duduk sorang-sorang kat rumah sementara tunggu mama balik kerja eh ~ Hmmm .. begitulah situasi orang cuti dari bekerja hari ini. 

Tapi sekarang tak lagi .. pukul 1:40 tadi Aiman dah balik dari sekolah dan sekarang berteman kan Aiman dan buku Sejarah di McDonald BRP selepas selesai urusan di Bank.  Sib baik ada anak, buat peneman di kala keseorangan. Indah anugerah Allah SWT, kan. Alhamdulillah ..



Bukan MCD, Buku Sejarah dan Aiman je ada bersama saya .. Acuan karipap pun ada. Baru beli kat kedai tadi untuk projek minggu depan. Beli acuan sebab malas nak 'menggentel'. Pada hal masa kecik-kecik dulu memang keja kita menggentel karipap sardin yang comel. Uishhh .. Nostalgia sungguh!! Hihi.



Wednesday, September 28, 2011

Giliran Burung ..

Bila dah bosan dengan Ayam, Ikan dan Daging, giliran Burung Puyuh pulak ye. Hmmm .. orang dalam rumah ni memang suka makan Burung Puyuh. So, sekali sekala .. ku layankan aje permintaan mereka-mereka.

Burung Puyuh Masak Pedas. 
Resepi :- Goreng garing Burung Puyuh yang dah digaul garam dan kunyit pastu potong empat. Tumis cili kering yang dimesin dengan bawang sampai cili tu garing*sila 'add on' cili api hiris untuk 'extra' pedas.  Masukkan garam, gula, air asam jawa pastu rasa. Pastu bila sume dah ok, curahkan atas Burung yang dah digoreng tadi. Siap dah. Sila la  makan. Hihi.

Fish Ball Goreng dengan bawang dan cili api. Lauk kudap-kudapan buat Aiman. Sian lak tengok dia makan sejenis lauk je, kan .. udah la makannya pun sorang-sorang. Boleh la kan lauk camni. Hihi.


Tetamu Malam

Dua malam berturut-turut menerima tetamu malam dan menjadi tetamu malam. Bagus, kejirananku. Takat Oren Sunquick dan Kueh beli dari Pasar Malam pun ok aje ..

Minum, makan, bincang ~ Bermuafakat. Akhirnya mencapai kata sepakat ~ "Makan-Makan Lagi Jumaat malam ni" ~ Haihhh .. bertepek lemak.

BTW, hope Aiman will enjoy Nasi Goreng Cili Api + Ikan Bilis Kurang Lemak ni kerana digoreng menggunakan Beras Herba Ponni Taj Mahal dan Minyak SunFlower sebelum kita sama-sama membaja badan dengan makanan berlemak hari Jumaat malam ini ~ Sup Tulang, Sambal Udang, Ayam Goreng Berempah, Ikan Goreng, Kerabu Pucuk Paku ... bla .. bla .. bla ...



Mama tak masak harini

Aiman kata .. kalau Mama cakap camni .. "Mama tak masak harini" ~ Belum tentu boleh percaya. Dapur comel ku pasti akan berasap dari Isnin hingga Jumaat. Ujung minggu je kita gantung kuali*yeay ... hepi hour*Hihi.

Ikan Siakap Sweet Sour. OK. Jom kita kongsi resepi. Goreng garing Ikan Siakap yang dah digaul garam dan kunyit pastu ketepikan. Tumis bawang putih, bawah merah dan halia yang dihiris, masukkan sikit cili kering kisar .. kacau-kacau .. masukkan garam secubit .. pastu masukkan Sos Cili. Biarkan sebati dan rasa. Masukkan  sekeping nenas (beli yang dalam tin) dan tomato yang dah dipotong dadu. Kacau-kacau .. angkat. Curah kuah atas Ikan Siakap goreng tadi. Hmmmm .. feveret Aiman ni.

Baby Sawi goreng dengan Bawang Putih dan Fish Ball. Eleh .. ni pejam mata pun korang boleh buat. Tak yah bagi resepi la eh. Hihi.



Tuesday, September 27, 2011

Bakat dan Minat

Hari tu sembang dengan kawan. Kawan saya sangat berbakat dan hebat dalam bidang pilihannya. Dari hasil perbincangan dan penyembangan, kami bersetuju bahawa dalam apa pun yang kita lakukan, bakat dan minat haruslah seiring. Kalau hanya minat tapi tidak berbakat ... hancurrrr .. jadinya. Kalau berbakat tapi tidak berminat .. takkan ke mana. Betul tak korang?

Mata, Ayam dan Ikan

Antara Ayam dan Ikan yang menjadi hidangan, Misz-ella la Chefnya. Pukul 6:30 pagi selepas Subuh dah start aktiviti main masak-masak kat dapur sorang-sorang sambil kejutkan Aiman bangun. Sambil tu curi-curi masa makan vitamin sambil berdoa "Semoga aku sehat dan kuat agar aku dapat beribadah pada Mu dan berbakti pada keluargaku. Amin". Kul 7 tepat start enjin keta anta anak gi sekolah. 7:15 sampai rumah balik, sambung apa yang tergendala sebentar tadi sebelum bersiap untuk ke pejabat pulak. What to do .. I la Boss kat rumah sendiri .. I la Kuli bukan Boss kat opis. So, rela dah redha dengan seikhlas hati, InsyaAllah dipermudahkah semua urusan. Amin.

Amboi .. Melalut betul Intro entry, kan. Hihi. Ok .. Mari kita terus ke isi sebenar entry ini. MATA siapakah ini?? Ai ler .. takkan Aiman dak? Hihi. Saje jer nak letak gambar mata hasil jari halus sendiri buat kenangan hari tua nanti. Belum cukup sempurna, kena banyak praktis lagi ni. Teringat kenangan masa belajar di Redglow dulu. Bila buat kerja berkumpulan diaorang sebolehnya takmo ai jadi model sebab diaorang kata kelopak mata ai kecik sangat .. tak cukup ruang untuk tunjuk kreativiti. Eleh .. kecik pun tak pe, janji bahagia. Hihi.

Ayam Goreng Kunyit buat anakanda ku Aiman. Aiman kata sedap. Licin dia makan.

Kita "Add On" Sambal Ikan Sardin supaya tak tercekik sebab Ayam Goreng Kunyit tak berkuah dan kering. OK lah. Sekian entry Mengenang Mata, Ayam dan Ikan buat kali ini. Tima kaseh baca. Esok-esok datang baca lagi ye kawan-kawan. 





Monday, September 26, 2011

Mana Beg Duit?

Baru balik lunch sorang-sorang. Sebelum keluar dah check segala bagai. Entry Card, Kunci kereta, Handphone .. Konfident sume ada.

OTW dok pk .. pk .. Makan apa ?? Kat mana ?? Tetiba dapat idea ~  Nasik Daun Pisang. OK .. Traffik Light depan ambek kiri pastu terus je .. lepas 'bumper' no. 2 ambek kanan. Memang 'good luck' harini, Parking betul-betul depan Restaurant. Yesszzz !!! Cantek arr. Terasa macam VVIP sekejap.

Sebelum turun, belek 'seat' sebelah, 'seat' belakang, cari suratkhabar, cari majalah .. buat peneman kot la kebosanan. OK done. Berlenggang Kak Limah kita turun menyusun langkah bertemankan Si Blink sambil mengepit Majalah Wanita Edisi Lama. 

Nasi Putih, Ikan Tenggiri Goreng, Sayur 3 Jenis, Papadom, Cili Kering Goreng Garing bersulamkan Fresh Orange. Hmmmm .. tak toleh kiri kanan dah. Habis makan, bangun, basuh tangan. Tergerak nak check handbeg. Eh .. mana beg duit?  Alamak .. Camna? Dalam bijak 'check' segala, beg duit boleh terlupa?? Nak kol Opismet suh antar ke? Aduh duh .. Camna ni? Kena basuh pinggan ke aku jap lagi?? Ishhhh!! Dalam dok panik tu. tetiba ternampak 'Envelope' putih celah-celah barang di dalam beg. Hmm .. sib baik. Envelope tu la "Hero" kita hari ini sebab dalam envelope tu ada duit yang sepatutnya kita "bank in" tapi kita tunda kerana hal-hal yang tak dapat dielakkan. Pengajarannya, jangan lupa beg duit sebelum keluar. Kalau tidak .. merasa ler basuh pinggan dengan kasut tumit tinggi. Hihihi.

Yang best minggu lepas

Hai kawan-kawan .. Kita nak tanya ni .. Apa yang best minggu lepas? Pada kita lah, rasanya "Jemputan Untuk Makan-Makan" tetap No. 1 dalam Carta.

Kerja hari Sabtu. Lepas kerja, jalan-jalan dengan kawan untuk memenuhi Jemputan Makan-Makan.  Dari Segambut-Kajang-Segambut-Sg. Buloh. Jalan jem sana sini. Kita gi dari opis so Bodyguard sume tinggal. Single sekejap kita tau. Hihi.

Minggu lepas entah kenapa tetiba je nak mekap-mekap. Biol kah? Bosan kah? BTW, buat yang bertanya tentang rambut, sebenarnya rambut tu tetap sama cuma gaya berbeza. Yang ni "wet look' sebab tak sempat 'blow' pagi-pagi, so kita buh "Baby Oil" je kat ujung rambut tu. Gambar atas rambut siap "blow" ..

Sebelum pegi kerja pagi Sabtu tu, sempat masak Nasi Lemak dan Daging Masak Merah untuk yang tinggal di rumah. Hmmm .. camtu la rutin seorang ibu, pekerja dan blogger macam saya. Bangun tido, masak, anta anak sekolah, gi keja, balik keja, exercise, blogging, .. bla .. bla .. bla ..

Walau bizi, curi masa untuk bawak buah hatiku si Aiman beli barang kelengkapan peperiksaan. Jaga baik-baik eh. Dah besor pun sokmo barang hilang. Haih!!!

Rojak buah ni nampak sedap tapi sebenarnya tersangatla manis. Memang resepi dia camtu kot??

Nescafe, Milo Ais dan Lime with Sour Plum. Yang masam tu ai punya ye. Hmmm .. Ok lah ye. Sekian sahaja Entry mengenang Yang best minggu lepas*tak la best sangat pada korang, kan*. Hihi. BTW, Tima Kasih buat yang baca ye. Jap-jap lagi baca la lagi eh. Banyak entry "on queue" ni. Hihi. 

p/s : Minggu ni pun belum sunyi sepenuhnya dengan "Jemputan Makan-Makan". InsyaAllah ai datang. "Rejeki". Hihi.



Asam Kering

Kita kan, suka makan asam. Eh .. pembetulan .. "Suka sangat" .. bukan suka jer. Sib baik tak dapat penyakit muka masam. Hihi.

Baru-baru ni terjumpa asam kering ni kat "Baking section" kat Pasaraya CM. Kiwi, Nenas dan Jambu ~ terus borong sampai tiga. Pastu kita makan tak boleh berenti. Pastu kita dah 'suspen' sebab kita tau yang makan asam kering ni banyak-banyak tak molek untuk kesihatan. So, kita pun cepat-cepat sorok dalam "Oven" supaya kita tak nampak asam tu lagi dah. Sampai  hari ni, "dia" dok dalam tu tak keluar-keluar. Tapi tu la .. dok tengok "Draft Entry" ni ternampak dia terus angau balik. Malam ni nak cari dia la .. nak lepaskan rindu. Mmmmm .. yummy. Hihi.

Sunday, September 25, 2011

Alahai Raya

Alahai Raya. Suka dan bahagianya kita semua bila Raya tiba. Tapi yang pastinya 'suka dan bahagia' raya itu datang dengan pakej "penat dan padat". Penat badan ke sana sini .. padat jadual dan padat perut dengan makanan yang sedap kerana memenuhi jemputan demi jemputan. Dalam keadaan ni, "Perut" paling beruntung. Kaki paling merana kerana bekerja kuat menekan minyak dan brek kereta serta berjalan ke sana sini. Sib baik raya setahun sekali, kan. Oh BTW, jangan lupa hargai dan sayangi kaki yang dah kerja kuat untuk kita ye. Hihi. 

Tiap hujung minggu saya dapat sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jemputan. Keluar 12 tengahari balik sebelum 12 malam. Macam Cinderella pulak dah. Hihi. Saya seboleh-bolehnya cuba memenuhi tiap jemputan tapi ada jugak yang tak dapat dihadiri. Mana yang tak dapat saya penuhi, saya mintak maaf banyak-banyak. Bukan tak sudi tapi tak berkemampuan. 

Sepanjang Syawal ni kan, aktivit lain seperti tengok wayang, jalan-jalan kat Shopping Complex, Facial, Makan Angin dan macam-macam lagi semua di "KIV" bagi laluan untuk raya dulu. Habis raya nanti baru boleh fikir benda-benda lain. Raya setahun sekali maka sewajarnya lah kita gunakan peluang ni untuk kunjung mengunjung sesama sahabat dan saudara mara. Kalau tak raya kita tak da peluang nak kunjung mengunjung, betul tak? BTW, raya dah nak habis. Macam-macam perasaan saya dan antara perasaan yang turut serta adalah "Lega". Hihi.

Buat mereka yang bakal sepi kerana akan ditinggalkan pasangan kerana ada yang ke Tanah Suci Mekah, dont be sad ok. Percayalah yang Sepi itu ada indahnya. OK lah. Tak boleh cakap banyak-banyak lagi. Bye my dear readers. See u in my next entry ye*kalau sudi*Hihi.



Friday, September 23, 2011

Lepas rindu ..

Ini entry Kenangan. Kita ni jenis yang sayang kawan-kawan. Kita anggap kawan rapat sebagai kesayangan, rela bersusah payah untuk mereka.  Ni entry kenangan 'dating' dengan salah seorang kesayangan. Lama sungguh sudah usia 'friendship' kami. Dari Cik Zah muda dan single sampai sudah ada anak dara. Last pertemuan kami masa pi kenduri kawin Adik Cik Zah bulan Jun tahun lepas. Rindunya kat dia .. Tuhan sahaja yang tau. U busy .. I busy too .. What to do.


Rela ambek cuti untuk jumpa Cik Zah kesayanganku. Breakfast kat Old Town White Coffee hari Khamis minggu lepas. Cik Zah ni asal turun KL je duk Hotel kat Sri Gombak. So, terpaksa la ai mencemar duli ke Sri Gombak tak pe lah .. Cik Zah punya pasal ai rela. Chewah .. Hihi

Cik Zah datang dengan bodyguard ~ Anak dara dia dan adik perempuan dia. Amboi .. hang pasang 2 bodyguard sekaligus!!

Alalalala .. kalo dah mak .. kat mana-mana pun sempat. Aishah anak bongsu Cik Zah ni dari kecik suka cakap "Aishah suka Auntie Ella. Dia hebat!!". Hanya dia yang tahu jawapan dan sebab musabab statement itu. Hihi.

Kami kawan lama dah. Dari Cik Zah single sampai dah ber 'couple' .. dari Cik Zah "haluih" sampai berdouble triple. Cik Zah tukang "massage" muka dan badan saya. She got magic touch u know. Sedih saya bila dia mula-mula kawin dan pindah Kedah. Merajuk saya dgn dia sekejap. Cik Zah jugak penah jadi Penolong Mekap Artist. Satu lagi, Cik Zah suka masak. Masa dia duk kat Tmn Cemerlang, saya suka p "lunch" kat rumah dia. Walau masak rebus-rebus, tetap ada rasa. Walau masak Garlic Bread dan Mushroom Soup, tetap membuka selera. Weih .. Zah, masak utk aku lagi sekali boleh?? Hihi. Dia terror masak korang. Tak caya gi tengok kat blog dia.

Mek Yah .. (Adik Cik Zah) hang ambek gambaq Kak Ella ka gambaq bag SKII tu? Cuba habaq kat cheq sat. Hihi ..

Walaupun dapat jumpa Cik Zah dan 'Bodyguard' nya sekejap cuma, cukup lah untuk melepas rindu. Setelah setahun tiga bulan tak bersua .. Cik Zah cakap 'Pasaiapa muka hang makin kecik tapi badan hang makin besaq" Hahaha .. Statement paling jujur dan ikhlas dari seorang kawan. At least cik Zah tak curi intai. Ailebiu lah Cik Zah. Hihi.

p/s :-badan cheq besaq pasai cheq tinggai workout sebulan lebih sebab menghormati bulan posa dan bulan raya. Ni cheq tengah kerja kuat utk kecikkan balik. Hang suka aku kecik kan Cik Zah? Hihi.






Sepi

Bakal sepi. Ego lah kita kalau tak sedih bila tinggal sendirian. Tapi sebenarnya Sepi itu ada indahnya. Sepi bakal membuka banyak ruang dan peluang yang tak kita miliki sebelum ini. So, let's enjoy the "Sepi".

Thursday, September 22, 2011

Hai Friday ~ 23.9.2011

Apa yang best hari ini? Sebab esok cuti eh? Oh tidak .. Esok ai kerja. Sebab Boss outstation eh? Oh tidak jugak .. Ada dia dalam bilik dia. Tak da apa-apa yang best sebenarnya, malah pagi Jumaat dimulakan dengan insiden main masak-masak di dapur sendiri dan sesampai nya di ofis kena marah gara-gara "Lupa". Padan muka. Nampak sangat tanda-tanda penuaan dah makin ketara ye? Hihihi .. Sib baik marahnya tak terlalu kuat. Kalau tidak .. bergegar opis kerana ai harini. Glamer sekejap ai u. Hihi.

Walaupun kena marah, ai tetap good mood. Ce tengok gambar ai .. bkn main berhias .. datang rajin la tu. Kalau datang malas, ibarat "pengkalan tak sudah" mama ai kata. Hihi. Owh .. hiasan-hiasan di atas muka adalah diconteng sendiri oleh jari-jari halus ai ye. Idak la molek sangat tapi ok la kot buat orang tak suka mekap cam ai ni kannnn .. Hihi.

Hmmmm .. esok petang ada Solat Hajat kat Sekolah Aiman sempena dengan PMR yang bermula 4hb Oktober ni. All the best Anakku. Mama love u so much. I know u have shown a great effort, ulangkaji sorang diri, buat latih tubi berkumpulan, buat revision dengan Kak Wani but don't push yourself too much .. nanti stress dan sakit susah. Exam dah dekat sangat tu. Kita berusaha dan berdoa tapi segala-galanya ketentuanNya. Ingat pesan mama sayang .. Untung orang lain-lain. Jangan sesekali berduka dengan kekurangan kita, jadikan kekurangan itu sebagai kekuatan untuk menghadapi tiap dugaan. Tuhan maha kaya, maha adil pada hambaNya. Tuhan sayang semua. Jangan mengalah dengan kelebihan orang lain. Work on your capacity.

Haih .. sebak pulak bila menyampaikan amanat buat anak di alam maya. Sentimental lebih la ai ni. Hihi. Got to go lah. Dah pukul 2. Kerja .. kerja .. Kak Senah dan Yati MC. Sib baik tak bape bizi arini. Eh .. Korang ber2 len kali nak sakit bagitau la ai ye .. boleh MC together-gether. Hihihi.




Jangan simpan dalam hati

Jangan simpan dalam hati ~ Nanti timbul satu titik hitam.  Sebagai manusia biasa, kita tak sempurna.  Walau bagaimana kita cuba menjadi baik, menjadi positif .. tetap akan tercela di sana sini.

Andai ada terguris, terluka atau kecil hati, jangan disimpan dalam hati. Cari peluang untuk luahkan apa yang kita rasa. Bila dah terluah ,, "Lega". Hapus sudah sebuah titik hitam dalam hati. Hilang sudah segala "rasa tak enak" pada dia. Moga-moga dengan segala penjelasan, akan terbuka lebih ruang untuk perbaiki kelemahan.  Moga-moga juga akan lebih mengeratkan sebuah hubungan. Bak kata seorang Ustaz kepada saya satu ketika dahulu .. Perbincangan, penjelasan .. haruslah diniatkan untuk kebaikan dan jangan sampai membawa kepada perpecahan.







Wednesday, September 21, 2011

Taman Cheras Utama ..

Bukan Taman Rashidah Utama beb tapi Taman Cheras Utama ~ camtu la nama dia. Hihi. Ok .. Jom sambung cerita. Eh .. cam Penglipurlara lak kita eh. Hihihi. Selesai sudah acara "Bertunang dan Beraya 2 dalam 1" kita gi ke Majelis lagi satu. Dari Bandar Baru Selayang ke Taman Cheras Utama ~ Hujung ke hujung you. Jalannya macamana? Mak aihhh .. jemnya tak yah la cite. Kalau tak kuat semangat, mau 'cancel' segala agenda. Tapi demi jemputan dan makanan, kita gagah meredah halangan*patut bertepek lemak*Hihihi.

Bangunan Dayabumi yang penuh nostalgia. I worked here when i was young. Sejak dah tak 'young' ni, Dayabumi yang putih suci dan gagah ku tinggalkan sudah.Tengok la trafik dari Jalan Kuching ke Jalan Kinabalu. Entah bila sepi tanpa kereta?

Dah lepas satu halangan .. ada lagi halangan yang harus ditempuhi. Camni le jalan nak ke Cheras. Camna orang Cheras gi keja? Sebelum Subuh udah keluar ye? Hihihi.

Sampai sekarang kita tak paham apa motif Anakanda ku Aiman ambek gambar tissue ni. Boring kot? Layan jer ler .. Hihi.

Tuan rumah Opismet kita, Cik Safiah. Kat sini kita makan Soto, Lemang, Rendang, Kek dan Kueh mueh segala bagai. Sedap-sedap belaka .. automatik terbuka selera. "Selamat Datang Lemak". Hihihi ..

Pastu kita ke Jelutong Hill berjumpa dengan Kakak Cantek kesayangan kita untuk 1 urusan duniawi. Pastu kita balik. Pastu kita kuar balik gi rumah sepupu kita untuk urusan makan-makan lagi. Balik rumah kita 'Flat' disebabkan kepenatan dan kekenyangan. "Perut" untung lagi harini. Hihihi ..


** Entry penutup dah mcm karangan budak darjah 4!! Hahaha .





Bertunang dan beraya

Bertunang dan beraya sekaligus ~  2 dalam 1. Molek sangat la tu. Sangat sesuai untuk orang yang mempunyai jadual yang padat dan sokmo bizi macam kami.

Anak buah yang pantang jumpa "Mama Uda" ..

Yang bertunang tu anak buah kita, Fifi. Selamat Bertunang anak ku ..

Bila terjumpa lauk pauk kampung di musim raya .. TERUJA!! Lauk pauk kampung sedap dan membuka selera. 

Ulam-ulam .. Sambal belacan. Feverettttt ..

Dua orang budak comel. AILEBIU darlingsss ..

Ini baru rumah pertama. Pastu kita bergegas ke rumah ke 2, ke 3 dan ke 4. Hujung ke hujung you .. bukan sebelah menyebelah tau .. dengan traffik yang 'jem' lagi. Alahai Kolumpo .. sudah 38 tahun aku disini .. masih belum selesai masalah 'traffik jem' nya ye? Pindah kampung jom. Hihihi ..






Tuesday, September 20, 2011

Girlfriends ..

Si Cantek ni .. yang sokmo mukanya dalam blog cumil ku ini .. tak lain tak bukan ialah Ismayanti @ Pinky, Accountant kat DRB berkelulusan Master in Forencis Accounting and Financial Criminology ni 'dating' dengan kita hari Rabu malam tu. Jangan marah eh Yanti Kak Ella 'reveal' your job and qualification kat sini. I know you are low profile .. tapi .. blog ai ... suka hati ai lah nak tulis apa. Hihihi ... 

Lepas gi 'Open House' rumah one of our friend, kita sambung minum air panas kat kedai. Tak lengkap makan dan minum without the finale part which is 'Air panas'. Kita borak .. gossip .. gelak .. cerita tentang impian .. masa depan. Echewah .. cam serius jer. Hihi.

Pastu kita balik berbekalkan "Bread Butter Pudding" yang Yanti buat sendiri. Resepi dia dapat hasil dari skodeng blog Kakak cantek. Sayang betul Yanti kat kita eh .. sokmo tabur 'baja' supaya lebih subur dan gebu dari dia. Hahaha.


Meriahnya raya ..

Meriahnya raya. Riuh rendah .. gurau senda .. gelak ketawa. Happy .. ceria .. "Perut" paling beruntung hari ini. Selamat Datang Lemak. Hihihi ..

Grup ..

'Jelitawans' di sebalik 'partition'

"Ringan-ringan Corner" ~ Mee Goreng Mamak,  Pavlova, Bread Butter Pudding and Tahu Sumbat.  Sume sedap-sedap.

Strawberry Moist Chocolate Cake, Anggur merah, hijau, hitam dan stoberi (tembikai tak main ler .. ), Agar-Agar Gula Melaka dan Agar-Agar Sirap Bandung. 

Main Dish ~ Nasi Beriyani, Kari Kepala Ikan, Kurma Kambing, Ayam Masak Merah, Kubis Goreng, Papadom. Semuanya dari Nasi Beriyani Fareed Line Clear yang masuk JJCM tu. Tetamu suma cakap "Best". 

Sate Ayam  ~ BBQ kebanggaan rakyat Malaysia dan Rendang Ayam Kampung Cili Padi. Mahal Rendang Ayam tu tapi sangat berkualiti. Marvellous!!

Boss kata Raya mestilah ada Lemang .. Baik Boss!!

Jus Oren Sunquick ~ Only quality food served ..

Ms Wong, Ah Heong, Mugilan from Kuala Sawah Site and Ms Hau

Posing gediks ..

Posing 'friendly' and ceria ..

Posing 'gatai' kot??

Bila tetamu dah bersurai .. Kari Kepala Ikan ni kita kerjakan.  Fuhhh .. 'heaven'

Ikin dan Kak Madi. Ikin yang ayu .. tetamu paling 'last' datang ..