Wednesday, November 30, 2011

Wedding Dinner kat PICC

Mula je Cuti sekolah, maka bermulalah Agenda "Aku Nikahkan Dikau" ... " Berderet kau. Jadual tiap hujung minggu kita dah hampir penuh untuk bulan Dua belas ni. Raikan orang membina masjid adalah antara undangan yang kita 'excited' nak pergi. Belum pergi dah berkumandang lagu "Selamat Pengantin Baru" di telinga sendiri, dah terbau harum wangi aroma Bunga rampai, dah terdengar paluan kompang yang hanya boleh didengar di rumah Kenduri, dah terbayang pelamin dan Si Pengantin yang cantik berseri. Best la. Kita suka.  Tapi "Wedding Dinner" yang kita pegi kat Putrajaya International Convention Centre aritu tak ada bunyi kompang, tak ada bunga rampai dan tak ada lagu Selamat Pengantin Baru sebab temanya "Bollywood". Dah rasa nak joget Hindustan la pulakkkk. Hihi.

OTW ke "Wedding Dinner" Siti Izaura Salleh. Mekap dan blow rambut sendiri. Tidak lah cantik pun hasil tangan kita tapi buleh ler untuk diri sendiri. 

Parking VVIP di Putrajaya International Convention Centre

Kanda Yon dan menantunya Nora. Tq Kanda Yon jemput kami bertiga. Sejak kenal Kanda Yon dua tahun yang lalu, sume kenduri yang Kanda Yon buat kami sekeluarga dijemput sama. TQVM Kanda atas ingatan pada Dinda sekeluarga.

Dewan Perdana PICC memang cantek dan gemilang. Kita duduk Meja VIP No. 33, semeja dengan mak dan ayah penyanyi Elyana, baik dan peramah diaorang berdua. Nasi Briyani nya sangat sedap hinggakan hampir semua orang makan bertambah*termasuk la kita* Hihi.

Saje letak gambar ni lagi sekali. OK. Pasni kita akan cuba senyum dengan lebih lebar supaya nampak lebih ikhlas, lebih manis, lebih berseri. Terima kasih atas teguran ikhlas itu. Jangan tanya mana asben kita eh sebab dia lah "Papparazzi" kami untuk malam itu. Beg Dinner comel atas meja tu dah lama betul berkhidmat untuk kita. Betul pepatah lama ~ Alah membeli menang memakai. Lambat lagi boleh direhatkan beg ni sebab dia molek lagi.

Tema Kahwin "Bollywood". Pengantin perempuan, Izaura cantik lengkap dengan pakaian dan perhiasan 'Bollywood' nya. Superb!! Selamat Pengantin Baru, adik. Moga berkekalan hingga akhir hayat dan bakal melahirkan zuriat yang comel dan manis seperti kedua ibu bapanya. Cantik dan hensem giteww. OK lah. Sekian sahaja Entry Mengenang "Wedding Dinner" Oya @ Siti Izaura di PICC. Bye.




Boleh berubah

Saya sentiasa percaya .. manusia boleh berubah. Dengan kesungguhan, kematangan dan izin serta restu Allah SWT, InsyaAllah.


Ni nak 'flashback' sikit. Masa umur saya sekitar 20an, saya panas baran. Pantang silap sikit, melenting. Salah sikit, marah. Susah betul nak kawal emosi.


As times goes by, saya mula berubah sikit demi sikit. Saya mula dapat mengawal emosi. Saya tak lagi kecoh, tak lagi marah-marah dan tak lagi melenting ketika dilanda krisis. Saya lebih banyak berdiam diri dan bermuhasabah. Fikir banyak kali .. timbang kanan .. timbang kiri.  Saya percaya tiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Saya lebih suka mencari "punca" dari menunding jari ke sana sini. Dan saya percaya, berdiam diri dan mengawal emosi itu lebih baik kerana dengan emosi yang lebih terkawal, saya dapat berfikir dengan tenang dan menghasilkan keputusan yang berasaskan "rasional" bukan "emosional".


Segala perubahan positif tersebut berlaku dengan sendiri, tanpa saya duga dan jangka. Mungkin dugaan demi dugaan, peristiwa demi peristiwa dalam hidup yang mendorong kepada perubahan 'positif' tersebut. Saya bersyukur dengan rahmat Allah SWT yang telah mengurniakan saya dengan kehidupan yang mencabar.


Saya percaya, tiap dugaan itu mematangkan. Tiap kesusahan itu mendewasakan. I believe that u have to go through a hard way to be a better person. Perlu lalu jalan sukar untuk menjadi insan yang lebih berkualiti. 


Kita boleh berubah ke arah yang lebih positif. Asalkan ada kemahuan dan kesungguhan, pasti ada jalan.


Tuesday, November 29, 2011

Tempat tinggal dan Jalan-jalan di Bandung

Actually, antara Jakarta dan Bandung, i prefer Jakarta. Jakarta full of fun, entertainment, dining and 'traffic jem'*haha* Lots of activity can be done at Jakarta. But most Malaysian prefer Bandung, rite? Maybe cos of the Factory outlet kot? For me .. terlebih itu merimaskan. Keluar masuk satu demi satu kedai mengempiskan dompet dan memenatkan badan. Jalan Riau, Jalan Dago, Cihampelas, Paris Van Java, Setiabudi, Cibaduyut .. banyak sangat derrrr. Kaki pun menjerit mintak rehat babe. Hihi.

Buat first timer, ribuan RM bisa dihabiskan disini dalam masa hanya beberapa hari. Tak percaya? Cuba lah pergi. Mesti balik teringat-ingat dan mahu pergi lagi. Tapi buat yang setahun 2, 3 kali macam ai ni, sopink ai biasa-biasa jer .. tak over. Dah la kat tempat sendiri sopink, kalau kat tempat orang pun tak sedar diri .. camna tu? 

Travellya Homestay ~ Our home in Buah Batu, Bandung. Tq Red Ribbon and Family yang sudi menerima kami sebagai tetamu. This house is huge, sangat sesuai untuk yang travel berkumpulan. Rumah ni sangat sejuk di waktu malam till we feel like want to jalan sambil jengket kaki. 3 bedrooms, all room furnished with Queen Bed. Ada sofa bed kat hall. Boleh masak simple food*kalau rajin*. Recommended for those who want to experience the local people life*ala-ala balik kg gitew* and looking for budget accomodation. Kalau gi melancong sefamili, apa kelas duduk dlm bilik sorang-sorang dan buat hal sendiri, betul tak? Lebih baik duduk serumah, bergolek dan berguling sama sambil bergurau mesra. Rasa seperti di rumah sendiri walaupun di tempat orang gitew. 

Kedai untuk beli barang kelengkapan macam ubat gigi, tepung teligu*kak nani beli ni*, pun ada dekat-dekat sini. Kedai makan pun ada. Aiman cuba makan kat situ. OK dia kata. Bersih dan selesa paling penting tak sakit perut selepas tu. Haaa .. camtu la cerita dia, 'detail' dari kita gitew*memang dasar suka bercakap*Hihi.

BTW, ubat gigi, sabun, dan tuala mandi disediakan oleh Tuan rumah yang baik hati ini. Tergoda tak? Tergoda tak dengan cerita kita? Kalau tergoda, sila runding lebih-lebih lagi dengan Cik Puan Nelly 

With Ibu Yulli ~ mama kepada Nelly yang sedia menunggu ketibaan kami. 

Bilik saya dan Kak Nani. Alisya at the 1st hall. Imran and Aiman tengok TV kat 2nd hall dan Kak Nani sedang basuh tangan di dapur, kita lak sibuk suruh dia pandang kamera.



Paling suka letak gambar makanan kat blog. Tengok gambar makanan ~ Terapi!! Hihi.

The next morning at Tangkuban Parahu. I have been here many times first time jumpa hujan lebat camni. Kerana sehati sejiwa, kami rela basah bersama. Auwww .. Sweet. Actually, nak bawak anak-anak comel dan manis ni berjalan ke banyak tempat lagi tapi masa tak cukup. Nak gi Kg Daun, nak gi Sapu Lidi, nak gi sana sini .. kita KIV till the next trip ye anak-anak ku sayang.

Siang penat berjalan, malamnya udah kena berkemas ~ moment paling malas. OK lah. That's all Entry Mengenang Dua Famili Pergi Bercuti*walau tak cukup korumn* Versi 2011.  Got to go. C u all in Next Entry. Bye.





Monday, November 28, 2011

Terbang tinggi-tinggi ~ Jakarta lagi

Hai. Kita terbang lagi. Lagi dan lagi. Ulang perkataan lagi sebab ke sana lagi*mcm tak da tmpt lain dlm dunia nak pegi*. Wait. Tungggu.  Ke sana lagi kali ini untuk menemani teman baik kita Kak Nani dan famili bersopink kelengkapan perkahwinan Liana Ezzana. Dah banyak kali kita ke sana. Tiap kali kita pegi kerana motif dan tujuan yang berbeza. Tiap kali pergi dan balik dengan rasa istimewa. 

KLM terbangkan kami ~ bertujuh semuanya. KL-Amsterdam. Tapi bukanlah Amsterdam destinasi kami kerana "This Fly Blue" singgah turunkan (transit) kami di Jakarta dulu*umpama naik bas stop jap turunkan orang tapi tak yah tekan loceng*Hahaha.

Terima Kasih kepada Kak Nani dan famili yang sabar menanti saya 'Free'. Kesabaran Kak Nani menunggu dari Oktober ke November sangat berbaloi sebab 95% dari "Things to Buy List" berjaya diperolehi.  Seperti biasa, bulan 11 saya terlalu bizi. Famili mertua datang bertandang beberapa hari sebelum terbang. Pagi sebelum terbang dan malam sebelumnya, saya masih bertungkus lumus berjuang dengan rakan menyiapkan Tender sampai ke malam. Penat jangan la cerita tapi saya tetap percaya .. Kalau niat kita ikhlas, InsyaAllah kekuatan akan datang dengan sendirinya. 

Sentiasa suka makan di awan biru. Habis licin*which i seldom did*

Agenda pertama selepas menjejak tanah bumi Indonesia ~ 'Dinner' di Restoran D'Bandara, Ancol*kali ke 3 ke sini* Harus dan wajib meski 'tummy' masih belum mahu diisi. Ter feeling sebaya Hanis yang manis*sweet 21 gitew* bila tengok gambar ni sebab Alisya kata Untie Ella nampak mcm adik kepada Baim and Kak Nani kata we looks like adik beradik. Wehh .. perasan i sekejap*tak sedar umur dah dekat 40*Hihi.

Liana dan Alisya ~ Anak Kak Nani sume cantek-cantek.

Agenda ke 2 lepas 'dinner' ~ Check In di Batavia Apartment, Jakarta. Cantik, luas dan sangat selesa buat kami bertujuh tetapi masih ada yang tak menepati citarasa saya. Too high expectations, perhaps? The journey from Ancol to Kuningan took almost 2 hours kerana perlu melalui Stadium Bung Karno yang sesak sebab diaorang baru habis tengok bola lawan Malaysia. Gila sesak. Gila ramai punya manusia pakai baju warna merah. 

Agenda Pertama di Hari Ke 2 ~ Mencari 'Suitable material' di Kompleks Tanah Abang ~ Gila besar punya Kompleks mengalahkan Louhu Commercial City di Shenzen, China. I've been here many-many times. Macam-macam ada, 'happening' tapi bisa bikin 'head pening'. One tiring day for us tapi the next day kami ke sini lagi. Have to .. bukan saja-saja meredah kota Jakarta yang 'listed' antara 20 kota tersesak di dunia.

Makan dan jalan-jalan ~ Agenda wajib tiap kali ke Jakarta. 

Relaxing while waiting for Supir yang lewat 2 jam. "Maaf bangat Bu', saya kesiangan". Haipp .. Patut belasah ramai-ramai aritu. Hihi. BTW, seronok jalan dengan Model  yang sentiasa bersedia depan kamera.

Qoran ~ nama pengganti buat suratkhabar di Indonesia.

3 orang budak comel!! Aiman returned to Jakarta after two years. Happy gila sebab this trip kita bawak dia. Extra happy sebab bertemankan rakan hampir sebaya. Apasal Aiman looks like their adik beradik?

Hanis yang manis bought some Indo Jajan for our long journey to Bandung. Tak perlu bermekap sebab Hanis cantek semulajadi. Bangun tido cantek, berkaca mata cantek, berlemuih pun cantek. Till then, Aiman dah jadi peminat No. 1 Keknis. OK. Cukup sampai sini. Bakal kembali lagi dengan bahagian ke 2 dan seterusnya. Tunggu ye.


Laluan belakang ~ Scary!!

They said its haunted. They heard a scary sound. They saw 'something'. And they told this scary stories at 12 midnight!! 12 midnight .. i repeat .. 12 midnight .. bukan 12 tengahari. And i was at the back room at that time.

Meremang sekejap. Pack. Off and Go. Bertemankan Minyak Serai Wangi, AlFatihah dan sedikit Doa, Alhamdulillah .. dapat tidur dengan lena. Mudah-mudahan Allah SWT melindungi kami semua. Amin.

Esok paginya .. aku suruh En. Somi cari Ikan Puyu ~ Buat pendinding rumah, mengikut petua orang lama.

Makanan dan Kehidupan

Orang kata dalam hidup kita kena "seimbang". Oleh kerana telah memewahkan perut dengan makanan yang mewah di pagi Jumaat yang indah, maka tengaharinya, perut kena dera dan tidak boleh dimanjakan lagi. Hanya yang berkhasiat dan ala-ala diet sahaja buat perut tengahari ini.


Hi Fibre Cheese Cake and Hazelnut Latte sahaja buat perut yang masih kenyang-kenyang manja.

Tapi kita cuit gak Cord Fish with Lemon Sauce milik teman kita sebab tidak mahu perut dan nafsu terlalu terdera.

One of the day, kita makan Chee Cheong Fun sahaja during lunch.

My Partner makan Roti Jala sahaja. Sahaja? Sahaja? Kalau sampai 5 keping dan dimakan dengan Rendang Daging, that's equal too one plate of rice. So, rasanya the word 'Sahaja' is not suitable here. Hihi.




Friday, November 25, 2011

Hi Weekend

'Weekend' datang lagi with lots of fun and activity. Fuhhh .. tiup kanan tiup kiri. Moga berjaya dipenuhi semuanya nanti.

26hb malam ~ Visit a friend's Banglo at Seksyen 7
27hb ~ Sunday morning at mom's, Axfar's wedding kat PJ  & Wedding dinner at PICC, Putrajaya
28hb ~ Movie out with nieces and nephews and Birthday party at SA

Wohhh .. berderet jemputans. Tak pe .. tak pe. Instead of fikirkan penat .. lebih baik kita tempuhi semuanya dengan "semangat"*positive thinking*

Jom kita mulakan dengan kalimah Bismillah .. Moga diberkati tiap langkah kita di hujung minggu ini. Amin.



Bahagia datang dengan berbagai cara

Aduhai .. Lagi cerita duka berkaitan cinta. Cinta yang dipertahankan, cinta yang diperjuangkan.  Hati kata sayang .. tapi di sana langsung tak terkenang.

Aku sedih la bila teman dilanda situasi sebegini.  Percayalah temanku yang bahagia itu datang dengan berbagai cara. Kita tak tau apa yang tertulis untuk kita. Kita mengharap bahagia dari dia sedangkan mungkin bukan dia orangnya?

Kalaulah bahagia itu hanya tinggal setipis kulit bawang ... Berani lah berubah. Berani lah mengambil langkah. Jangan diharap pada yang 'macam tak sudi'. Once upon a time, someone told me .. Cari lah orang yang sayang dan perihatin pada kita .. bukan yang hanya mahu kita membahagiakan dia tanpa sedikit pun dia peduli dan perihatin akan nasib dan perasaan kita. Penat dik, lama-lama. After all .. each and everyone of us di muka bumi ini deserve happiness. Hidup tanpa bahagia .. MERANA. Hari ini kita rela merana kerana dia .. kita telan pahit manis walau pahitnya lebih ketara. Kita rela demi cinta. Tapi hidup tak boleh bersandarkan pada rasa cinta sehala semata-mata dan cinta tak bermakna tanpa rasa perihatin dan ambil berat antara satu sama lain.

I agreed. I even hats off dengan mereka-mereka yang rela bersusah payah mempertahankan cinta selagi boleh tapi kalau penat, lelah dan usaha tak berbayar akhirnya ... LET GO. Mungkin Bahagia yang kau cari bukan dengan dia. Afterall, bukankah bahagia itu datang dengan berbagai cara?

Ini hanyalah pandangan dari seorang teman yang memandang temannya yang lain seperti seorang adik. At the end of the day, It's your life, you decide. Kita hanya boleh memberi pandangan dan pendapat. Timbang kanan .. timbang kiri, pastu buat keputusan sendiri. Sebagai seorang teman, aku hanya mau kau "BAHAGIA."



Thursday, November 24, 2011

Japang!!

Japang!! Gitew ler nama panggilan untuk Jepun atau 'Japan' oleh rakan-rakan Indo kita. Depa tambah "g" kat belakang,,, cam orang Pantai Timur di tempat kita gitew.

Ini feveret tiap kali ke sini walaupun kita tak makan terung tu.Tersangatla "marvellous" bila dicicah kicap 


Sedap. Tapi tiap kali makan Bento Set ni mesti tak abis. Kalau dah tau perut tu  kecik, selera tu usah le sebesar tangki BMW. Hihi.

Jangan selalu dongak ke atas

Tadi borak dengan kawan. Tentang seorang kawan. Di penghujung borak, kita buat kesimpulan. 
"Jangan selalu mendongak ke atas, nanti tersungkur di bumi sendiri". 

Tuhan tak menjanjikan hidup kita ini indah selamanya. Kata-kata yang bersifat mendongak  dan 'up' diri ~ "Aku lah yang paling hebat, paling bagus, paling perfect, punya suami paling baik, famili paling bahagia dari yang orang lain" .. haruslah dielakkan dalam hidup kita kerana hidup ini ada pasang surut nya. Walau cuma setitik wujudnya sifat bongkak, angkuh dan takbur dalam hati ... maka Tuhan tidak akan perkenankan doa-doa kita. Dalam hidup, berpijaklah di bumi nyata.


Takdir Tuhan kita tak boleh lawan. Akhirnya .. Hilang sudah yang manis dan indah. Yang tinggal hanyalah kehidupan yang suram kurang warna. Mana pegi kata-kata yang digemburkan dahulu? Salah siapa? Haihh .. Ini pengajaran buat kita-kita juga.


BTW, My Nasik Lemak Kerang breakfast is so delicious. What about U?






Wednesday, November 23, 2011

Budget!!

Sapa kata Ella suka makan tempat mahal-mahal jer? Tak kenal maka tak cinta.  Tak tau jangan mengata*dosa* Hihi. Meh tengok ni.

I noticed this lorry since October. Since then, i always aimed to support this man's business. Banyak kali pasang niat dan hajat .. 1 hari nanti, aku mesti nak beli Nasik dari dia. Nak support dia. Hoping that my small contribution will make other people happy and hoping for some 'pahala' from Allah SWT*InsyaAllah*.

Satu hari di tengahari, kita singgah sini. Beli nasi dan mintak izin untuk ambil gambar dari Pakcik ni. Till then, i'm so happy. Tunai sudah impian dan hajat untuk sokong bisnes kecilan seperti ini. Eh .. over ke kita?

Si Pemakan Sayur - Bhg 2

Masih ingat tentang Si Pemakan Sayur yang lemah lembut gemalai orangnya? We are related. Hampir tiap hari bersua either suka or tak suka.

Lately Si Pemakan Sayur takmau bertentang mata dengan kita. We talked, we discussed tapi dia hanya menunduk sahaja. Kita heran dan tertanya-tanya. Akhirnya, Si Pemakan Sayur bagitau kenapa .. Sorry Ella, i cant look at your eyes cause i puasa. Puasa tak boleh tengok perempuan cantek.

Owhhhh .. Now i know why you change suddenly. Sungguh beriman Si Pemakan Sayur ini kerana puasanya bukan hanya menahan lapar dan dahaga tapi juga menahan mata. Dia boleh. Kita? Korang-korang? Puasa lapar jer .. mata tetap pandang merata. Eeee .. gatai!! Hihi. 


Tuesday, November 22, 2011

Gila dan gila lagi

Ada masanya, kita suka buat kerja gila. Menggilakan diri dengan sengaja adalah satu terapi. 


Gila-gila ~ walaupun kadang kala nampak bodoh dan syok sendiri tapi boleh menyumbang kepada rasa geli-geli dan gelihati. Jom gelak seolah dunia ni kita yang punya, tiada sesiapa.

Gila-gila BUKAN GILA. 


Sessi menggilakan diri hari ini bukan seorang diri, turut disertai Geng Makan. Lawak bodoh + gila-gila yang akhirnya buatkan aku gelak besar hari ini. Nak tau apa? Nanti kita cerita.

Masak-masak pagi Rabu

Antara terapi pagi paling 'best' ialah main masak sorang-sorang kat dapur. Lebih sentimental dan bermakna bila yang dimasak itu adalah hidangan buat kesayangan. Trust me that being a mother is the greatest gift in the world. Penat pun kita tak rasa, luka pun tetap bahagia. Alhamdulillah .. walaupun banyak kali kehilangan, yang ada satu tetap rezeki Allah SWT. Syukur.

Ikan Siakap Masak Kicap

Segenggam isi ayam yang tak tau nak buat apa. Last-last buat Ayam Goreng Kunyit. Secukup rasa walau bahannya banyak yang tak ada dan rupa dia pucat gila. Hihi.

Monday, November 21, 2011

Hilang

Kalau kau tahu betapa sakitnya kehilangan itu
pasti kau tak akan mahu merasainya ...
Bertemankan titis airmata ..
luka ini hanya untuk diri sendiri.


Redha ~ Itu penyelesaiannya. 
Doa ~ Moga esok masih ada.

Rindu

OK. 
Assalamualaikum. Hello .. Good morning dan Selamat Pagi
Kita mulakan Entry ini dengan jari kanan dan kalimah Bismillah
Pastu tiup-tiup hembus-hembus .. hurmmm .. bersawang blog
Puan blog teramatlah bizi dan tak ambil peduli
Bizi terlampau yang menyebabkan blog bukan lagi 'priority'

Rindu? 
Owhhh .. Semestinya tersangatlah rindu
I miss all the online fun

Ke mana kita? Di mana kita? Dengan siapa kita?
At the moment biarlah rahsia. 
Later-later kita cerita

Tq readers yang tetap datang even kita tak da updet 5 hari ni. Tahniah Harimau Malaya kerana berjaya makan Garuda. Not easy dowh .. mental kena kuat. Bangga jadi anak Malaysia walau tak pakai Jersi Hitam Kuning semalam. OK. Berakhir sudah entry bersifat stress release. Mari sambung kerja dengan semangat "Malaysia Boleh". Bye.

Tuesday, November 15, 2011

Buat laju-Laju dan tak mabuk attention

Tak da pilihan. Kena buat laju-laju jugak sebab masa 'is rushing'. Hihihi. Even the start of the day is very good because laluan ku adalah sangat 'clear', ada agenda peribadi yang terpaksa di batalkan sebab saya buru-buru sangat harini. Kena dulukan yang betul-betul perlu. Yang kurang perlu kita letak tepi dulu, esok-esok kita tengok balik eh.

Ada orang kata kita 'sombong' sebab muka tau nak senyum*Uncle Gedek lagi masam mencuka tapi tak sombong pun*

Ada orang kata susah nak 'approach' kita sebab kita suka buat tak tau je. Hurmm .. tak kenal tak cinta .. kalau dah kenal terjatuh cinta nasib ko le. Hihihi. Actually, kita kurang masa untuk sessi berbual mesra. Serius. If u are new here and your job are not related to me, memang payah ler nak bermesra dengan kita. Tak kuasa kita nak pegi kat dia semata-mata nak tanya duduk kat mana? umur bape? ada boyfriend ke? Eh .. aku bukan Polis Pencen dan bukan Busybody. Sori.

Lagipun, knowing my character, kita ni jenis yang akan ambek tau hal-hal sekeliling kita jer. Kalau duduk rumah, kita duk diam-diam. Tutup pintu tutup tingkap .. senyap. Selalu jiran komplen .. Kereta ada, orangnya macam tak ada. Mungkin stress kerja, stress kat jalanraya buat kita kalau dah sampai rumah, nak rehat je, malas nak bersosial.

But that doesn't mean kita tak mix around, kan. Sekali sekala, minum petang makan 'Cokodok' kat rumah jiran. Selalu gak tukar-tukar hidangan dengan jiran. Setakat berbalas SMS dengan jiran .. eleh .. aku memang Ratu SMS pun.

Lagi muka sombong. 

Sukati korang ler nak cakap apa, nak berprasangka ke. Manusia ni pelik, kan*macam la aku ni 'alien' Haha*

Macam ada sorang tu, selalu kat belakang cakap 'admire' kita, suka tengok kulit kita, suka kalau dapat tips dari kita .. tapi depan-depan dia Ego. Dia ni karakter pelik sikit .. dia takkan puji dan kalau orang puji kita dia mencebik. Paling ketara dia akan jeling sekilas. Motif? Entah. Kita tak mintak dipuji pun tapi heran bila dia sakit hati bila kita dipuji. Pegi la marah orang yang puji tu. Marah dan sakit hati dengan kita buat apa. Apa da ..

Kita tak kemaruk 'attention' dan pujian pun. Apa yang ada semua kejadian atau ciptaan Allah SWT. Kita tak buat apa-apa 'renovation' .. tak da botox .. tak da plastik. Sume ori. Hihihi. Eh .. terlebih lak meluah kat sini. Kang ada lak yang menyampah baca. Jangan menyampah ye. Saya tak berniat menyindir sesiapa. Sekadar sebuah Entry mengenang satu peristiwa di waktu muda untuk kenangan di hari tua nanti. Eh ... muda ke? jangan nak perasan Ella .. kau tu lagi 2 tahun "Life Begins at Forty". Hihihi.

Got to go lah. Tender .. tender .. tender .. Letters .. Site Visit .. tender ..




Kuala Lumpur petang Jumaat

Meredah jalanraya yang sesak petang Jumaat lepas kerja untuk bertemu kesayangan bagi membincangkan urusan-urusan duniawi terutamanya yang melibatkan 'money matters'. Eleh .. bukan jauh pun KLCC tu dari pejabat ku tapi kesesakannya ... Sib baik Highway tu tak da U-turn. Kalau tidak .. 'Aku dulu'. Hihihi.


KLCC yang dekat tapi jauh gara-gara 'traffik jem' ini ..

Sepinggan makan berdua kerana perut kenyang-kenyang manja.

Main cak cak pulak dia. Malu la tu ..

Ooooo .. Kakak cantek @ Nani Rostam rupanya. Ramai tanya tentang Nani Rostam dan familinya kat kita. Soalan yang selalu ditanya .. Ok tak diaorang? Cantek tak Hanis? OK. Kalau tak ok, lama sudah ku 'Say GoodBye'. Hanis Cantek. Sedap mata memandang.Alisya lagi la comel. Kita dengan Kakak cantek ni memang serasi bersama. Ada je benda nak cerita, ada je soalan nak tanya dan ada je 'joke' nak dikongsi bersama. Cerita bengang, cerita gembira all can be shared together. Sebenarnya dalam persahabatan yang penting ialah kejujuran, keikhlasan 'and respect each other'. Kalau motif persahabatan ada udang sebalik batu, hurmmm .. tak lama le.

So, sapa-sapa yang ada 3 ciri-ciri tersebut, meh salam meh. Meh kita jadi kawan. Hihihi.




Bukan Dongeng Cinderella hendaknya



I never bother about following any "Drama Bersiri". Bukan tak da langsung tapi jarang-jarang. Betapa gah dan meletopnya Nur Kasih dulu tapi aku tak pernah ikut. Perhaps i'm not stereotype. Tapi tak ikut tak bermakna i know nothing. I know A to Z about the story.

Sampai ke Cinta Elysa yang tengah meletop kat TV sekarang. Tengok sesekali sahaja, to be exact .. "tertengok". I actually like this song more than the series. So, i started to watch Kisah Dongeng in Youtube. Terharu dan terkedu.

Lets watch and start hoping ~ Moga-moga kesayangan kita boleh dan akan menerima apa sahaja keadaan kita 'now and future' sepertimana di dalam video klip ini. Harap-harap cinta mereka bukanlah sekadar dongeng Cinderella tapi terbukti nyata saat kita benar-benar mahukan sokongannya.


Monday, November 14, 2011

Tips dan Rahsia Perniagaan Orang Cina Hingga Kaya Raya

This is Interesting. Jom baca. Mana yang baik jadikan panduan yang tak baik kita abaikan.


Apa kata hati ..

Betul kata Kakak Cantek ~ Rahsia hati .. kalau terluah boleh jadi kontroversi. Sebab tu ada kalanya seperti Tak terluah dengan Kata-Kata. Tak mahu terheret Kontroversi yang dicipta sendiri. Lebih selesa duduk diam-diam .. simpan sendiri .. atau dalam bahasa glamernya 'Low Profile'.
Kata Hati .. kita tak boleh ikutkan sangat. Kena timbang-timbang .. fikir banyak-banyak kali. Terlalu ikut hati, boleh 'mati'.  Ikut kata akal fikiran yang waras, bernas dan rasional, aman sejahtera la hendaknya. Hihi.

Kalau ikut kata hati, macam-macam mahu dan kehendaknya. Nafsu kontrol hati kot? Jangan layan kehendak hati tu sebelum fikir 10 kali. Untuk orang yg 'slow pick up' macam aku ni .. fikir 20 kali. Hihihi. 

Kalau ikut kata hati .. Aku mahu jadi seperti Angelina Jolie. Dia cantek, menawan paling penting dia suka dan enjoy buat kebajikan. Aku mahu jadi seperti Beyonce yang berhati mulia. Aku mahu jadi seperti Kimora Lee yang gigih berusaha. Eh .. awat sample-sample ku sume yang glamorous je ? Haruslah kan .. ambil yang berjaya sebagai sample. Hihi. Tapi aku bukan si Jolie yang punya waktu untuk berkebajikan mengeliling dunia. Aku bukan Beyonce yang punya banyak wang untuk ditabur kepada penduduk kampungnya dan aku bukan lah Kimora yang punya 10, 20 malah berpuluh-puluh orang assistant yang sedia membantu merealisasikan impiannya. 

Tapi .. walaupun aku bukan mereka-mereka yang aku 'admire', aku tetap akan berusaha mencapai impian dengan caraku sendiri. Aku bangga menjadi seorang anak, seorang mak, seorang kakak, seorang adik, seorang sahabat, seorang staff. Di rumah aku bangga menjadi  seorang driver, bibik dan Chef. Aku SUPERMAK. Aku nak buat tu, aku kena buat ni. Aku kena buat semua bukan macam dorang-dorang yang ku 'admire' tu. Tak pe .. yang penting aku BAHAGIA. Bahagia membahagiakan diriku dan kesayanganku. BAHAGIA itu penting. Kalau kurang bahagia, bahaya. Harap-harap Bahagia kurniaan Allah SWT ini kekal selamanya. Amin.



Sunday, November 13, 2011

Impian dan Harapan

Impian dan Harapan ~ Perkataannya berbeza maksudnya sama, kan.

My impian dan harapan .. Satu hari nanti, bakal dapat berkongsi rasa dengan mereka-mereka. Kesusahan, kesakitan, kesengsaraan, jerit perih dan pedih. Suka, duka, ketawa dan airmata.

Sedar tak sedar, dah lebih 5 tahun i contributed to MAKNA ~ An organisation set for those who have Cancer and surviving Cancer patients. Tak banyak pun .. sikit jer. A very small monthly contribution with hope 'Moga mereka mendapat manfaat darinya'.

My impian dan harapan .. One day my contribution will become bigger ~  Bukan sahaja dengan wang ringgit malah dapat berganding bahu menyertai aktiviti bersama mereka-mereka. Menyelami suka duka mereka. Nak jadi salah seorang SUKARELAWAN MAKNA. Moga diberkati dan dirahmati impian dan harapan ku ini. InsyaAllah.

Tak ada yang murah sekarang ni

Tak ada RM10.00 dalam 'purse' jangan cuba-cuba makan tengahari kat luar. Tak macam 20 tahun dulu .. masa kita mula-mula kerja. Nasi dan air RM3.00 sahaja.

Taraf hidup sudah makin naik kah?  Ekonomi sudah semakin baik kah? "Earnings" sudah bertambahkah? *Sila check Penyata Gaji anda sekarang* Hihi.

Wantan Mee ~ RM5.50 sekarang. Dulu RM3.50 - RM4.00 sahaja.

Nasi separuh .. sayur kacang botol, telur dadar nipis dan sikit sotong ~ RM6.50.

Friday, November 11, 2011

Suka Duka Minggu Ini

Suka duka minggu ini ~ telan sahaja semua tanpa mampu ku luahkan segalanya. Terlalu peribadi untuk dikongsi. Banyak juga rutin yang tertinggal. To be exact .. "terpaksa ditinggalkan". Harus beri yang terbaik untuk diri sendiri.  Harus jaga diri sebaiknya sehingga 'recover'. 
Have a good wiken, kawan-kawan

Saje buh gambar lama sebab i rasa i lawa dalam gambar*Perasan tahap melampau*Hihi.