Friday, December 30, 2011

Hai .. hai .. Bye .. bye ..

Hari ke 365 di 2011 ..
Orang lain cuti bersuka ria
Tetapiiiiii ..
Kita kerja dari pukul 9 sampai 1
Macam Sabtu-Sabtu yang lalu
Tapi tak pe sebab malam nanti
bakal bersantaian dengan famili

Hebatkan hari ke 365 ini?
Bekerja .. bersantai ..
Memerah minda dan melepaskan tekanan
Aktiviti 2 dalam 1 di hari akhir 2011 ini

Hurrmmm .. malas dah nak cakap panjang-panjang .. dan amalan biasa yang dah bertahun ku amalkan menjelang akhir dan awal tahun  .. Muhasabah ~ Kesihatan .. Ekonomi .. Diri Sendiri .. makin baikkah? makin burukkah? Jom perbaiki mana yang perlu. Moga ada "improvement" di tahun 2012 nanti.

BTW .. Selamat Tahun Baru 2012 korang. Have a nice holiday.






Thursday, December 29, 2011

Jumaat Akhir Dua Ribu Sebelas

Jumaat Akhir Dua Ribu Sebelas 
dimulakan dengan ... Fuhhhh .. PENAT. Khamis akhir Dua Ribu Sebelas (semalam) kita cuti. Cuti terakhir Dua Ribu Sebelas untuk menguruskan hal-hal duniawi. Dalam pada tu, sempat kita singgah rumah Mak Mertua kita kat Taiping. Makan tengahari kat sana pastu bergegas balik ke Sg. Buloh lepas Zohor. Sibuk itu .. sibuk ini .. sempat lagi kita telefon Kakcik Seroja untuk minta tolong tentang sesuatu perkara. Tima kasih banyak Kakcik. Alhamdulillah .. berjaya kita selesaikan. Mudah-mudahan setiap amalan kita walau dengan hanya meng 'foward' no telefon kepada saya diberkatiNya.  Harap-harap 60 orang anak yatim itu bakal melangkah ke sekolah dengan rasa gembira. Amin.

Sampai Sg. Buloh lewat petang sebab Abah Aiman tak nak ikut lebuhraya.  Dia ni pelik .. suka sangat ikut jalan kampung.  Dengan lori banyak lagi .. dengan jalan 'bumpy' .. dengan orang buat jalan sana  sini .. Perlu tahap kesabaran yang tinggi untuk lalu jalan kampung ni. Kalau kita yang 'drive' .. highway je ler .. Ai tak cukup sabar u. Hihi. Sampai je kita terus ke kedai Tukang Baju untuk 'pick up' baju yang bakal di pakai malam ini. Eh .. kebaya 'purple biru' kat gambar atas tu pun baru gak tau. Cantik tau baju tu .. kerawang penuh satu badan. Paling best .. cantik + murah. Best kan kalau dapat kita pakejkan "Cantik + Murah" tu sekali. Untuk orang poket tak lebat macam kita ni, benda-benda camtu harusss diambil kira. 

Lepas Tukang Baju kita jumpa Tukang Rambut. Sepasang kepala jadi mangsa Tukang Rambut bernama Aishah hari ini. Sepatutnya 3 tapi Dr. Rozzana kesayangan saya superbizi. So, berdua je le nampaknya. Next time ai teman u ye kekanda.  Lepas tu kita  makan malam ramai-ramai. Eleh .. Berempat jer .. ramai sangat la konon ..  kedai makan tak la jauh mana .. depan kedai Tukang Rambut jer .. kecoh lebih ehh. Macam la 'grand' kan.  Pas makan kita ajak Abah Aiman keliling taman.  Dah habis keliling baru teringat rumah ... masa ni badan dan mata dah rindu tilam dan bantal. Mana taknya .. keluar pukul 8 pagi balik 10 malam.  Dari Sg. Buloh ke Utara. Dari urusan akademik, charity dan diakhiri dengan misi mencantikkan diri sendiri dan famili .. semua settle hari ini. Hasil dapat ... penat pun dapat. Berbaloi-baloi kita cuti.

Kata je penat tapi bila sampai rumah otak mula berfikir .. esok pagi nak masak apa untuk bekalkan Aiman ye? Kita pun apa lagi .. jenguk peti ais dulu sebelum buat apa-apa.  Keluarkan ayam, kupas bawang sebagai 'preparation' untuk esok pagi. Dalam pada tu dok fikir .. baju Aiman dan abahnya untuk  malam esok dah 'iron' ke belum? Nak 'iron' kat dobi dah tak sempat .. Nak suruh Aiman buat takut nanti tak berapa kemas .. Maka haruslahhhh .. berbakti kepada famili sekali lagi sebelum fikirkan diri sendiri. Hurmmm .. camtu la cerita Hari Khamis Akhir Dua Ribu Sebelas kita. Akhirnya .. pukul 12:30 malam baru dapat rehatkan diri dan bangun pagi untuk main masak-masak di Jumaat Akhir Dua Ribu Sebelas ni. Di hari Jumaat terakhir Dua Ribu Sebelas ni, kita masak Ayam Sambal Berserai untuk anak kita. Harap-harap sedap.  Harap-harap dia suka. Dah masak naik atas, kejutkan diaorang berdua*Daniel, anak buah kita tido rumah kita* suruh diaorang buat apa yang patut sebelum kita hantar diaorang ke tempat kerja.  Hari terakhir diaorang bekerja "Part Time" sempena Cuti sekolah ini.  Mudah-mudahan Aiman dan Daniel dapat pengajaran dari kerja sebulan ini ye.  Aiman should thanks Papa Ngah yang bagi peluang ni kat Aiman.  Walaupun sebulan ni kita tak dapat jalan-jalan tapi Tuhan bagi ganjaran "Pengalaman". Pengalaman berharga dalam kehidupan. It's priceless, my dear.

OK. Sambung cerita. Lepas hantar diaorang ke tempat kerja kita terus ke Putrajaya atas urusan kerja.  Banyaknya kereta kat jalanraya di Jumaat terakhir Dua Ribu Sebelas ni ye? OTW back kita singgah kat Restoran Jaring dan bungkus 'lunch'. Pastu kita balik ofis. Masa ni baru terasa penat. Masa sibuk-sibuk buat kerja tak pulak rasa apa-apa, kan.

Kita pilih Bubur Jagung + Beras  untuk lunch sebab Bubur ni mengingatkan kita pada Bubur Jagung mama kita. Camni la rupa dia. Ekcelikan, perkara yang paling kita rindu walaupun dah 16 tahun kahwin ni kan ialah masakan Mama kita. Kita tak tau la orang lain yang da kawin tu camana tapi kita walaupun dah lama pegang 'title' isteri .. tetap rindu masakan ibu. Rindu sangat-sangat u .. sob .. sob .. Eh .. sentimental la pulak tetiba. Hishh!!

OK. Dah nak habis pun bubur semangkuk dan lunch hour kita. Malam ni kita ada plan .. malam esok pun ada. Dua-dua plan tu melibatkan aktiviti dengan kesayangan-kesayangan kita. Best. Tak sabar dah kita ni.

OKlah. Got to go.  BTW, kita nak bagitau .. Sebenarnya kita tak pernah malas buat entry.  Pertama sebab minat dan suka .. Kedua sebab tujuan kita buat blog untuk Kenangan Hari Tua.  Mana la tau .. kot-kot cucu cicit kita tak sempat kenal kita .. boleh la tengok "Granny" diaorang kat Blog  ni. Masa tu mesti diaorang cakap .. Oooo .. camni rupanya "Granny" kita ... Hihi.

Kita ada banyak "Unfinish Drafted Entry."  Nanti kita cari masa untuk siapkan ye. 



Hujung tahun 2011

Bye Bye 2011. Welcome 2012. Camna korang rasa ? Best tak korang? Suka tak? Satisfied with your 2011 achievement? Dah mula pasang azam, impian dan angan-angan untuk 2012?

As for me .. Biarlah ku simpan untuk diri sendiri tetapi sejujurnya .. masih banyak yang perlu diperbaiki. Almaklumlah .. kita insan yang tak sempurna .. banyak kurang sana sini. Tapi kalau kita ikhlas nak berkawan, maka terimalah 'each other' seadanya dan dalam waktu yang sama keep on improving and upgrading. Chewah .. mcm la kau Pakar Motivasi, Ella oiii. Hihihi

A lot of interesting things happened during the last week of 2011. A lot .. dan semuanya melibatkan my kesayangan. Nanti kita updet kat sini agar boleh dijadikan kenangan me and my kesayangan di masa tua nanti. Buat masa sekarang ni rasa yang ada hanyalah PENAT sebab semalam kita ke Utara menguruskan hal-hal duniawi dan pagi tadi ke Putrajaya untuk menguruskan satu misi. BTW, thank you readers yang tetap datang ke Blog kita walaupun kita tak da entry seharian semalam. Keluar pagi pukul 8 balik pukul 10 malam. Pastu line internet tersangatlah sengal. Wahai UNIFI .. cepatlah sampai area rumah ai. Hihi. Eh .. go to go lah. Jap-jap lagi jumpa lagi ye. Bye.



Tuesday, December 27, 2011

Kenduri Kawin Liana

24/12/2011 ~ Hari yang dinanti oleh Kak Nani dan famili. Sebagai kawan rapat Kak Nani, saya tau betapa dia ingin buat yang terbaik buat Puteri Sulungnya. Saya jugak tau suka duka yang dilalui  Kak Nani  demi menjayakan Majlis ini.

Sebaik je Liana bertunang bulan April haritu, Kak Nani dah mula merancang Majlis Perkahwinan nya.  Bermula dari Kad Kawin yang kami beli di Bandung dan terpaksa ditukar sebab Liana tak suka dengan pilihan pertama, maka kami dengan rela meredah traffik jem Kota Bandung untuk ke Jalan Astana Anyar bagi mendapatkan pilihan kedua. Berbaloi. Sangat berbaloi sebab pilihan kedua lebih baik dan cantik dari yang pertama. Tukang Inai yang saya rekomen berbulan-bulan sebelum kenduri entah macam mana membatalkan niatnya sebulan dua sebelum majlis. Baju kawin dari Butik pengantin yang saya rekomen dari bulan 5 lagi 2 minggu sebelum majlis baru siap .. baru nak 'fitting'. Itu baru sikit .. macam-macam lagi. Nak tau apa? Kita tunggu Entry Kak Nani ye.

Pilihan Katering Kak Nani memang terbaik. Nasi ... nasi apa eh? Lupa nak tanya so apa-apa je lah .. yang  penting nasi ni sedap, berasnya panjang dan cantik. Lauk Ikan Keli, Ayam Golek, Sambal Sotong, Kurma Daging dan Pajeri Nenas. Kita curik gambar dari pinggan kawan kita Kak CT sebab makanan dalam pinggan dia lebih menggoda dari pinggan kita. Auwww .. Kelassss kau kak bab-bab makan ni. Hihihi.

Tukang panggang Kambing Golek paling hensem saya pernah jumpa. Tihihihi*Jgn marah Kak Zana*


Owhhh .. walau perut penuh, tak rela "Say No" to "Roasted Lamb" yang lembut dan "juicy" ini.  Satu pinggan kita sama-sama kongsi*tapi saya makan lebih* Hihi. Serius sedap korang ..

 Rojak Pasembor, Sate, Bubur Pulut Hitam, Air Sirap dan Teh Tarik. Hurmmmm .. marvellous!!

Carrot cake, Talam Cendol, Talam Suji, Pulut Seri Muka, Kek lapis, Kueh Lapis, Kueh Talam Ubi, Bingka Ubi, Cream Puff berinti durian, Jem Tart, Mashmallow dan Buah-buahan bersalut coklat. Macam Buffet kat hotel, kan. Kak Nani bab-bab makanan memang kelasssss .. tak berkira dia dengan tetamu semua. 


Yeahhhh .. mereka-mereka yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Aku kalau ambek gambar dengan diaorang berdua, memang terasa macam berdiri sebelah KLCC. Tihihihihi.

* Sian muka kita selebet sebab kita buru-buru. Pukul 11 gerak dari ofis sampai rumah pkl 12 and i have only 15 minutes to get ready. Haaaa .. ambek kau ~ muka tak sempat nak siap. Hihihi.

Pengantin lelaki dah tiba .. Flower Girl tinggal seorang sebab Demok buat hal.

Liana yang lawa 

Hanis yang manis mengiringi Liana yang lawa 

Sweet smile. Aiman kata inilah harinya Kekna paling banyak senyum."Bahagia"



OK. Cukup. Nanti kita sambung lagi di Bahagian ke 2 dan seterusnya ye. Meanwhile, boleh juga layan gambar dan cerita di blog kawan-kawan kita Kanda YonKak Zana dan Ztee.

Busybody ~ Entah apa-apa ..

I think naturally each and everyone of us mesti ada sikap atau ciri-ciri 'busybody' dalam diri.  It's ok. A friend of mine said busybody sikit-sikit itu biasa. Tapi .. cuba korang bayangkan kalau korang ditemani atau berkawan dengan orang yang terlebih 'busybody'? Cuba .. cuba .. cuba bayangkan. Rimas? suka? 

Cuba bayangkan .. kalau gi rumah korang segala ceruk sampaikan ke bilik tidur korang dia nak masuk.  Se kecik-kecik benda dia nak tanya. Kalau kau nak berborak dengan dia dengan niat bercerita ... habis luar dalam dia nak korek. Sampai  kau rasa tak boleh bernafas. OK. Dah boleh bayangkan? Menyesal der .. Kawan aku kata menyesal pilih dia sebagai tempat bercerita.

From my observation la kan, sikap terlebih 'busy body' ni memang mengundang rasa ketidak sukaan di hati orang lain pada kita. Ye la .. kalau orang bagitau "A" dia nak tau sampai "Z". Walhal,, logiknya yang kau perlu tau "A" sahaja .. yang kau tanya sampai ke "Z" tu kenapa?

Aku rasa dalam persahabatan ni mudah je .. Kita perlu sayang dan hormat kawan kita. Bila ada rasa sayang dan hormat pada kawan, automatik kita akan 'respect our friend's privacy'. Kalau dia tak nak cerita, tak perlu tanya. Adalah sebab-sebab kenapa dia tak nak cerita, kan dan sebagai kawan yang memahami, kita perlu hormat pendirian dia.

Lagi satu .. No  matter how close our friendship is .. there must be a border between us. Perlu ada sempadan yang kita tak boleh 'enter'. Takkan kau nak redah semua? Luar dalam ko nak ambek tau? Come on la .. everyone deserve their own privacy.

Ramai kawan-kawan menjauhkan diri. Malas nak dekat-dekat atau rapat-rapat. Rimas dan tak suka sebab dia tu suka tanya-tanya ... katanya. Ada benda, cakap. Nak terlebih mesra, tak ada. Hurmmm .. camtu la cerita dia. Aku rasa .. orang camni entah apa-apa. Terlebih 'memory space' kot? Atau memang 'life' dia sendiri ada problem so to cover up the lackness, go and busybody other person's life. Entah. Aku pun tak tau .. sebab aku tak camtu.

OK lah. Sekian sahaja Entry mengenang Pelik-Pelik perangai orang to  be share together. Entry bergambar dan meriah akan menyusul lepas-lepas ni. Jap eh.

Kata putus ~ Ringan sudah kepala

Sesudah berbincang-bincang .. fikir-fikir dan timbang-timbang .. kata putus dicapai.Walau baru langkah pertama, bila satu keputusan telah dicapai .. ringan sudah kepala.

Dia anak yang setia menemani ke mana sahaja langkah kaki mama nya ini. Kalau remaja seusia dia tidak mahu atau malu bergandingan dengan makcik-makcik seperti kami, tetapi tidak anak ku ini. Selesa dia bergandingan dengan teman-teman rapatku seperti Kak NaniKak Zana, Yanti dan rakan blogger seperti Ben Ashaari dan isteri.

Moga impian Aiman untuk ke Sekolah Teknik tercapai. Kita berusaha .. mudah-mudahan dirahmati. Amin.

Monday, December 26, 2011

Makan pagi Sabtu

Lagi entry tentang makan. Alalalalala ... bukanlah tak tau nak tulis apa sebenarnya. Malah, entry dalam Draft Box berderet tapi ... tapi .. alaaaa .. nanti-nanti la ye. Nak kena selesaikan yang mana patut dulu then baru boleh fokus betul-betul. At the moment gambar sarapan pagi Sabtu paling melekat di minda.

Low calorie Tosei Rawa. Pedas, lemak dan berkhasiat.
Ye ke berkhasiat? Ye la kot? Hihihi.

Memang la paginya low calorie tapi tengahari dan petangnyaaaaaa ???? Wah .. wah .. wah .. Hepi gila perut dijamu dengan makanan yang sedap dan enak di Kenduri kawin Liana. Nak tau pe ceritanya? Jap-jap eh. Nanti i cerita. Happening habis beb!!

Sesekali Tukar Selera ..

Sesekali menukar selera. Itupun setelah beberapa kali diminta oleh Aiman. Sabar. Nanti Mama usahakan ~ Hmmm .. camtu la janji kita. Akhirnya malam semalam, berjaya jugak kita tunaikan hasrat dan permintaan Aiman.  Walaupun penat sebab siangnya terpaksa menguruskan itu dan ini, 'drive' situ dan sini tapi mengenangkan itu sahaja masa yang ada, maka ku gagahi juga.

Beef Steak with Salad and French Fries ~ Dinner family kami malam semalam.
Licin diaorang makan.

Cemburu

Bencinya aku dengan line tenet yang sangat cemburu denganku. Nak upload satu gambar pun tersangat lah susah. Poyo. Tersangatlah poyo.

Oleh kerana line cemburu dan tidak sebulu dengan keinginanku, mari la kita ber riang ria dengan ber 'dance' robik bersama-sama. Ada sapa-sapa mau follow?

5, 6, 7, 8 

Jom!!



Friday, December 23, 2011

Hujung Minggu Aktiviti Berderet

Saturday. Wahh .. kemain lagi yang tak kerja hari Sabtu guling-guling and  'lepaking.' Santai habis. No rushing ,, No hurry. Unlike me, i have to go to work. Nak ambek cuti, cuti udah berjaya ku habiskan. Yeay!! Pecah rekod tahun ni cuti habis lebih awal, menunjukkan betapa 'happening'nya tahun 2011 ini.

So, pasni nak meraikan pengantin di rumah Kakak Cantek.  Nak bersama-sama meraikan Hari Bahagia Puteri Sulung Kak Nani. Perancangan awal pagi-pagi mahu ke sana tapi alahaiii .. merancang dan kejadian sebenar selalu tak sama, kan. Tak pe .. biar lambat asal selamat ~ Kata orang. I believe my Kakak Cantek sangat memahami. Hihihi. 

Hujung minggu di hujung tahun biasanya orang gunakan peluang untuk bercuti. Unlike me, i have done with  activity "Cuti-Cuti" earlier. Udah tiga kali Terbang tinggi-tinggi tahun ini. Lagipun tiap-tiap tahun hujung tahun mesti cuaca tersangat la "unfriendly", pastu aktiviti Aku Nikahkan Dikau berderet. Every weekend booked. So, carry forward sahaja aktiviti Cuti-cuti kita or .. plan smarter by do it earlier like what i did. Ecece .. nak jugak puji diri sendiri. Hihi. OK lah. Got to go. Happy long Holiday, friends. Eleh .. cuti dua hari pun nak kecoh!! Hihi.


Thursday, December 22, 2011

Khamis malam Jumaat di rumah Kak Nani

Hari Khamis malam Jumaat ~ Bertemankan wanita cantik yang saya sayangi, kita pegi rumah Kak Nani. Meninjau dan memeriahkan persiapan terakhir Liana, bakal pengantin yang sedang berdebar-debar membilang saat dan detik yang tak sampai 24jam lagi bakal bergelar isteri. Merah inai di jari tapi kurang seri, maka saya lah 'despatch' yang datang dengan utusan membawa 2 tiub inai untuk memerahkan lagi jari.  Sib baik Butik Tukang Inai depan rumah ai. Hihi ..

Kita pun teringin gak, kan Yantiiii ...

Pelamin manis ala-ala "Inggeris". Bak kata my kesayangan Yanti ~ Pelamin yang sangat suci .. serba putih. Cantik dan Menarik. Saya gembira bila dapat menyumbang sedikit sebanyak untuk majlis ini dan antaranya ialah 'recommend my friend' untuk mendapatkan pelamin yang cantik dengan harga yang tersangatlah 'affordable' ini. Teruja tak korang? Kalau teruja, jom serbu rumah Kak Nani esok hari.

Sebelum Liana rasmikan, meh kita ambek gambar ramai-ramai. Kanda Yon pun turut serta. Memang dah berjanji untuk jumpa di sana bersama-sama. Mak pengantin a.k.a Kakak Cantek kesayangan saya walaupun penat tetap senyum dan bergelak ketawa ala-ala 'Kanak-Kanak Ribena' versi "Mak". Hihi.

Bilik pengantin tinggal tunggu sentuhan terakhir. Nak tau apa dia? Rahsia ...

Kalau u ols nak tau, ada banyak lagi yang cantik dan menarik di sana. Kita tak nak cerita banyak-banyak nanti tak 'surprise' ... So, sesiapa yang dah dapat jemputan, jumpa di sanaaaa ... Kalau ternampak muka comot ai esok hari, usah malu bertegur sapa ye.

Emosi Khamis Kami

Yesterday was a very tiring and exciting Thursday. Bermula dengan aktiviti mencergaskan diri dan melegakan minda di pagi hari diteruskan dengan ke sekolah Aiman untuk mengambil keputusan PMR.  Walau bukanlah terlalu cemerlang dengan mendapat 'straight A' tetap kami bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah. As a mom, i know segala rintangan, tekanan dan kesulitan yang Aiman hadapi dalam menghadapi hari-harinya. It's not easy for him. Aiman was raised by us tanpa sokongan atau bantuan dari orang luar walaupun saudara mara sendiri. Kami sangat-sangat berdikari. Susah senang kami tanggung dan telan sendiri. Ditambah lagi dengan keadaannya sebagai anak tunggal .. aku mengerti ada kalanya dia sepi.  Kesepian dan kesunyian yang jika tersalah langkah bakal menyebabkan anasir-anasir luar yang negatif dan bahaya datang menerpa. 

I also know that there are times where Aiman rasa terluka dan jauh hati dengan sikap 'double standard' atau pilih kasih yang dihadapinya. Aku selalu berpesan ~ Aiman .. Percayalah yang Bahagia itu datang dengan berbagai cara. Allah SWT sayang semua hambaNya. Redhalah dengan tiap ujian dan dugaan.  Percayalah yang jika kita redha dan ikhlas dengan setiap dugaan, ganjaran akan datang dengan sendirinya. Rise and Shine, my Dear. 

Moga Aiman sentiasa berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah SWT.  Moga Aiman dijauhkan dari sebarang kejahatan.  Moga Aiman terus membesar menjadi insan yang berkualiti dan disayangi ~ Itu doa ku tiap kali lepas solat.

Dengan keputusan PMR, it's time for Aiman untuk melangkah setapak lagi. Boarding school, maybe? Bercampur baur rasa hati kami ~ Antara mahu dan tidak ..  And we do not have much time to think.  Moga Allah SWT buka pintu hati untuk segala persoalan kami. Amin.

Wednesday, December 21, 2011

Marah dan Benci

Someone told me two days ago that dia takut saya marah dan benci pada dia. Hurmmm .. So touching. Ada jugak orang yang peduli dan mahu perhatian serta kasih sayang dari aku, ye. 

Dalam 24 jam sehari kita ada berbagai emosi. Ada marah, ada suka, ada senyum, ada airmata. 


Marah dan benci adalah dua emosi berbeza. Nak sampai ke emosi MARAH .. senang. Nak sampai ke emosi BENCI  .. susah dan bukan senang. Perlukan kelukaan tahap mendalam, maxima, situasi simpan dalam hati and uncured pain in order to hate someone. Mungkin elemen "dendam" juga penambah rasa untuk sampai ke peringkat benci itu. 


Knowing me, i dont like to keep in my heart. Uncleared heart or unfinish matters makes me feel uncomfortable. Bagaikan membawa luka sakit ke mana sahaja kalau kita berdendam atau simpan dalam hati.  So, jawapannya .. marah itu pasti tapi tidak membenci. Marah dan sudah. Noktah. 


Di hari Khamis yang manis ini, jom kita sama-sama amalkan sikap "Marah dan Sudah" dan "Jangan Membenci". Moga lebih manis lagi hari-hari kita selepas ini.  



Serabut!!

Rabu yang serabut. Macam-macam. Sepatutnya pukul 2 petang aku ada meeting dengan satu company. Tapi disebabkan pukul 5 petang semalam ada orang bagi Special Task kat aku and to be ready by today, appointment yang dah diatur seminggu yang lalu terpaksa ku tunda. Kecewa. Patutnya aku sambung kerja dengan jari-jari halusku tapi fikiran yang melayang buat aku "pause" banyak kali dan curi-curi datang sini.

Aku ni, nampak je macam mak-mak Ribena riang ria but actually inside got "macam-macam". Aku ada banyak "decision" nak kena buat .. cuaca sejuk dingin beku sejak kebelakangan ni pulak buat badan aku sakit-sakit. Aku memang alah sejuk tapi tak boleh nak buat apa sebab 'aircond' kat ofis ni betul-betul atas kepala. Jap-jap aku on .. sejuk sangat aku off. Nasib la Boss kalau bil tinggi. Water Heater kat rumah pulak time-time iklim sejuk beku ni rosak lak dia. Mandi air sejuk la gayanya kami bertiga. Pastu baru-baru ni badan rasa tak enak  badan. Aku dah jumpa Doktor. Buat masa ni ubat rileks otot je yang boleh ditawarkan kat aku. Kalau tak baik jugak, X-Ray katanya. Alahaiii .. aku ni dah la penakut pastu alah kat 'certain-certain' ubat lak tu. Aduh ... duh .. duh ..

Pastu kan, baru-baru ni aku mimpi. Elehhh .. mimpi jer .. apalah sangat, kan. Aku sebenarnya jarang mimpi so bila mimpi .. I believe that show's how unstable i am at the moment. Nak kata bulan nak datang, dia baru je berlalu pergi. Tak la besar sangat sebenarnya masalah aku ni tapi memandangkan aku ni seorang yang suka berfikir dan jenis yang tak suka simpan 'semak' dalam kepala, sikit sebanyak benda-benda camni selagi tak settle mengganggu jiwa. Dear butterfly and bugs in my head .. please go away. Let me free .. let me free .. Hihihi.

Kerana dah bengang sebab tak boleh fokus dengan kerja, aku ambek Mekap Kit, gi toilet dan start to brush up muka tak sudah aku ni. Itu cara terbaru aku untuk 'stress release'. Hihi.

Ini muka orang serabut hari Rabu. 

Hasil jari-jari halus bantuan minda serabut. Make up is an art. The result can be better if you do it in happy and joy mood. So, this is not a good one, ya.

Ini tanda aku serabut!! Tak dan nak kemas. Main campak je sume atas meja. Kalau la Boss aku nampak meja  camni .. sure dia tanya U kerja ke mekap Ella? Tapi bagus dan professionalnya boss aku yang dah 16 tahun aku berkhidmat dengannya ialah .. dia tak kacau orang asalkan keja kau siap. 

I skip my lunch because of the loads of work. Minum petang dengan ni jer. Waaaa .. kalau hari-hari camni .. harus kurus aku, kan. XS .. XS .. wait for me .. wait for me *sambil kenyit mata dekat baju bersaiz  XS * Berangan la kau Ella ...  Dapat maintain size S pun aku dah bersyukur. Hihi. OK lah. Aku nak sambung kerja buat Highway ni. Hope to see u again in next entry. Bye.




Tuesday, December 20, 2011

Lagi 2 hari ~ Majlis Kahwin Liana

Lagi 2 hari. Dah terdengar-dengar bunyi Kompang .. dah terbau harum wangi si bunga rampai .. dah terbayang sedap dan enak si Nasi Minyak .. dah ternyanyi-nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru sambil senyum bahagia seorang diri. Best kan suasana di rumah kenduri?


Buat yang bertanya-tanya ~ Adakah saya akan berada di Majlis Perkahwinan Kakak Selebriti Blogger popular anak kepada kawan baik saya Kakak Cantek @ Kak Nani itu, jawapannya YA. I will be there. Ada antara kawan-kawan saya, my blog readers who has been invited by Kak Nani and family, jumpa di sana Sabtu ini.


Cantik kan kad kahwin Liana yang kami beli di Bandung masa Trip ke Jakarta bulan Mei yang lalu. Cantik + murah = worth!! Buat yang mahu melangsungkan perkahwinan, saya sangat-sangat 'sugget' agar terbang ke sana. Sangat berbaloi.

Masak-masak pagi Rabu

Good morning Frens. Blogger lain hari Rabu sibuk buat Entry Tanpa Kata ~ Wordless Wednesday. But for me .. never. Ai mana boleh tak berkata-kata .. mesti nak bercakap jugak. Memang dasar suka bercakap!! Hihi.

BTW, pagi ni ai masak ni ~
 Ayam Masak Halia buat bekalan anakanda tercinta ke tempat kerja.

Telur Dadar berinti Kacang Panjang, Cili dan Bawang buat pelengkap makan tengahari dia.

Monday, December 19, 2011

Rindu masakan Malaysia di Bandung?

Just nak share dengan readers yang mahu terbang ke Bandung atau berimpian nak ke Bandung dalam waktu terdekat ni. Kalau agak-agak dah rindu dengan masakan Malaysia, sila lah ke Paris Van Java dan makan di Restoran ini.


Kuetiaw Goreng Penang

Nasi Goreng Kari ..

Set Tomyam dan Telur Dadar ~ Makan bertiga bersama Hanis dan Kak Nani

Allisya pilih Choco Fantasy
Lepas minum Nata De Choco ini bolehlah berfantasi .. Hihi.

Choco Delight ~ Dibuat dari Choco Crunch
Indonesian are very creative in food presentation and food ideas. 
Don't forget to enjoy 'makan-makan' if u are there.

Haipp .. Jangan lupa guna Sedotan tau. 
Buruk sangat kalau gogok terus dari gelas, kan. 

Kalau mahu tempat tinggal yang selesa dan boleh lepak golek-golek ramai-ramai, jangan lupa baca kat sini.



Kenapa?

Kenapa ..
Kalau dia tak datang rumah kita .. kita berat hati nak pergi rumah dia?
Kalau dia tak senyum kat kita .. kita pun tak nak senyum kat dia?
Kalau dia tak 'approach' kita dulu .. kita pun takkan memulakan kata?


Kenapa tidak kita terlebih dahulu memulakannya?
Ego kah kita? Sombong kah kita?


Kenapa ..
Kita suka buat 'judgement' sendiri?
Adakah kerana wujudnya rasa "jangan-jangan" .. "entah-entah" .. ??
Adakah kerana kita tak menilai sesuatu perkara sedalam-dalamnya belum kita buat sesuatu kesimpulan?


Kenapa?

Chocolate Oreo

OK. Kalau ada sapa-sapa nak order chocolate dengan Oreo filling ni, sila email saya. Saya Duta Chocolate tak berbayar bagi pihak kawan saya. Saja-saja dan suka-suka nak tolong dia.
Luar dia camni

Dalam dia camni ~ ada Biskut Oreo

Chocolate with Oreo Biscuit Filling ni sudah pasti membuat anak-anak kecil melompat suka hati. Eh .. yang besar macam saya ni pun boleh 'enterframe' suka hati sekali tau. Sebab saya peminat coklat. Makan coklat adalah satu terapi .. bagi ketenangan kat diri sendiri. Lagi banyak order, lagi murah harganya. Nak tau berapa? Email kita kat sini ye ~ kakchik_ella@yahoo.com

Sunday, December 18, 2011

Malay Pancake @ Lempeng

Sesekali melayan Pancake Melayu @ Lempeng
Best.
Memang best.

Aiman kata "Ini lempeng ke Roti Canai?" Budak sekarang lebih kenal
McD dibandingkan Lempeng.

Cicah Kari Ikan Kembung. 
2 cawan Tepung Gandum + 2 Ekor Ikan Kembung ~ korban buat 'dinner' kami.
Ringkas dan kenyang!!

Hari Sabtu ~ Working and Rocking


Siang kita kat sini ~ 
Tanpa jemu, 5 setengah hari seminggu berkhidmat untuk Company.

Malam kita 'rocking' kat sini. Dari zaman berjalan kaki dari San Peng Flat ke Stadium Negara, Amy dan Search tak pernah menghampakan kami semua. Konsert best .. tapi ada 2, 3 kejadian yang tak best. Entah apa-apa. Nak tau apa? Hurmm .. jap-jap lagi kita cerita. At the moment .. kepala macam-macam ada. Tunggu eh.

Friday, December 16, 2011

Keliru ..

Aku yang terguris .. engkau yang terluka. 
Keliru.
Sungguh keliru.

Dua Hari, Dua Berita, Dua Emosi

Dua Hari Dua Berita Dan Dua Emosi ~ Paling best sebab dua-dua itu berita gembira. Tambah best sebab rasa gembira itu datang selepas duka. Tiba-tiba rasa bagaikan melihat pelangi selepas hujan waktu kecik dulu. Melompat-lompat gembira. Tapi buat masa ni cukuplah sekadar melompat dalam hati sahaja sebab dah tua-tua ni, melompat bukan keupayaanku lagi.  BTW, look forward for January, walaupun tibanya Januari bermakna tambah 'tua' lagi. Tua pun tua lah .. bangga apa jadi tua. 

Yang lebih muda patut belajar dan dekatkan diri dengan yang lebih tua. Sebab makin tua umur kita  .. makin "berharga". After all .. Aku memang taste tua. Melalut!! Jauh betul melalut. OK lah. Nanti kita cerita lagi. At the moment mood hepi. Lalalala ..



Thursday, December 15, 2011

Tunjuk dan Menunjuk-nunjuk

I think sebagai manusia kita seharusnya bijak menafsirkan setiap kata-kata.

Tunjuk dan Menunjuk-nunjuk ada beza ye kawan. Menunjuk-nunjuk atau 'show off' datang dengan niat dan rasa takbur dan bangga diri samada disedari atau tidak disedari oleh si pembuatnya. Adakalanya menunjuk-nunjuk datang pakej dengan intonasi suara yang tinggi dengan harapan didengar semua. Dalam berblog menunjuk-nunjuk boleh dikenalpasti dengan gaya bahasa yang digunakan penulisnya.



Tunjuk pula datang dengan niat dan rasa ingin berkongsi oleh si pembuatnya. Tunjuk datang dengan emosi yang lebih stabil iaitu 'humble' atau rendah diri dari yang menunjuk-nunjuk.


Saya tak rasa blogger yang upload gambar makanan di blog itu mahu menunjuk-nunjuk kehebatannya memasak di dapur. Saya juga tak rasa blogger yang menyeru yang lain ke arah kebaikan juga mahu menunjuk-nunjuk seolah-olah dia lah yang paling baik di dunia tanpa dosa. Rasanya lebih baik kita ketepikan prasangka dan berblog dengan gembira. Buat yang tak suka, lebih baik diam sahaja dari berkata-kata yang mana akhirnya menimbulkan sengketa. After all, Life Is Easy .. Why Make It Complicated? BTW, Selamat Hari Jumaat, korang. Buat yang bercuti esok, Enjoy la ye. Saya kerja separuh hari. Hopefully will enjoy it. Hihihi.

Lonely & Norhalia

Terlalu banyak dalam kepala sampai tak terluah dengan kata-kata. Yang pasti .. aku tiba-tiba rasa 'lonely even being accompanied'. 

BTW, mari teman Norhalia makan Biskut Halia yang rangup serta mahal harganya. 

Wednesday, December 14, 2011

Lupakan Sahaja

Sedang belajar lupakan sahaja kata-kata mereka yang tegar merobek hati dan 'feeling' ku berulang kali minggu ini.

I seriously think that as a human we should learn to be more sensitive on how others feel. 
Tidak peka @ tidak sensitif pada sesuatu perkara membuatkan kita bersikap acuh tak acuh atau sambil lewa. In result, hurt others.

Sebaliknya, peka atau sensitif kita atas sesuatu perkara akan membuat kita lebih berhati-hati agar tidak lewa. Dan jika tak bernasib baik bakal disembur dengan dengan kata-kata seperti ini "Apasal u sensitif sangat ni?"



Kehilangan .. Pemergian Arwah Embah

Pagi Isnin yang tenang. Belum sempat buat apa-apa di pagi itu telah kejutkan dengan panggilan telefon dari Mama .. Atok Batu 4 meninggal. Jom le balik Teluk Intan ~ katanya. 


Inalillahiwainalillahirajiun .. Dari dia kita datang, kepada Dia kita kembali. 

Kami adik beradik were so proud because we came from a big family. The way we were brought up were so unique. Abah orang Kelantan, Mama orang Teluk Intan tapi kami dibesarkan dalam masyarakat Jawa. Kenapa? Oohhh .. its a very long story. Aiman, i hope u will always remember the story, dear.


Masa kecik, tiap tahun kami pulang ke Batu 3, Kg Selabak untuk berhari raya. Biasa sangat kami dengan budaya dan amalan masyarakat Jawa termasuklah makan Kenduri dalam Talam (Nasi Ambang).


We arrived Teluk Intan at 10 am. Jenazah arwah Embah dah dibawa ke pusara ~ tempat persemadian Arwah buat selama-lamanya. Maka kami seramai 14 orang terus ke tanah perkuburan. Selesai urusan di sana, kami beramai-ramai pulang ke rumah Embah.

Photos taken at Rumah Embah after the Funeral. 

With Puteri ~ One of my kesayangan yang sentiasa manis.  Jangan betulkan mata anda sebab yang bertudung litup itu memang Misz-Ella.Nama pun menziarah orang meninggal haruslah kita bertudung, kan. Cantek tak? Kita rasa kita cantek walaupun mama kita cakap kita macam Minah Indo bila bertudung macam ni. Hihihi.

Makan Nasi berjemaah ~ Nasi putih, Sayur Lemak Kobis, Ikan Goreng, Ulam dan Sambal Belacan. Berselera kami makan.

Mari jamah Durian dari pokok belakang rumah Embah.

Aiman dan Amir ~ Model durian Kg. Selabak, Teluk Intan.

Puteri dan Sarah Ardini yang sentiasa manis-manis manja.

My sista Aishah looks like Mualaf with her tudung.

Dua orang budak comel main guling-guling.

We went back only after visiting two more houses in Teluk Intan. Moga roh Arwah Embah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin. 

** Hepi bila dapat jejakkan kaki ke tempat kami bergurau senda bersama sepupu dan saudara mara di waktu kecil dahulu. Nostalgia sungguh!!