Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Lepat Pisang

Antara banyak-banyak Pasar Malam, Pasar Malam Paya Jaras yang terbaik. Dari sayur dan ulam-ulaman kampung sampai ke sayur moden lagi mahal seperti Brocolli, Asparagus dan Cauliflower ada jual di situ. Harga pun sangat berpatutan. Tak sedar sekeping demi sekeping duit kertas keluar. Hihihi.


Lepat Pisang, Lepat Ubi dan Pulut Panggang yang dibeli di Pasar Malam Paya Jaras. Tiap kali nak beli lepat mesti tanya "Ada inti tak?" Kalau ada baru kita beli .. sebab kita tak suka lepat kosong. Tapi sayangnya, lepat yang kita beli ni intinya kelapa manis. Kalau kelapa bergaram yang sikit-sikit masin tu lagi best, kan. Alahaiiii .. bila tak puas hati mula la rasa nak buat sendiri. Kita pandai tau buat Lepat. Eh .. bukan setakat lepat, pulut panggang tu pun kita boleh buat. Tapi tu la .. setakat nak makan 2, 3 orang .. berbaloi ke?

15 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik pun suka lepat yang ada inti. Bila tak ada inti, rasa macam bukan makan lepat je. :)

Anonymous said...

kite pun suke lepat pisang dan lepat labu...selalu buat sendiri. Kat sini pulut panggang selalunya inti ikan....TAK SUKA...sebab tu x pernah beli. kite suka pulut panggang inti serondeng....waaa...panjang lebar penceritaan...

Unknown said...

memang ada kakchik yang jual lepat tak de inti...cemana rasanya tu..kan??saya pun suka lepat yang ada inti kelapa masin2 manis tu..

Anonymous said...

lepat pisang mmg favourite, tapi tak pernah beli pun, dulu2 mak buat makan, nak beli mcm takde feeling je, takut tak sedap kot

qemaishak said...

Sedapnya lepat..buat je kakchik, janji puas hati makan hehe

Izan Ishak said...

izan pun suka lepat. kalau setakat nak makan sendiri... beli jelah kan. yg lain tak layan pun lepat2 ni...

faraherda.razalan said...

Sy pun suke lepat pisang inti kelapa masin. Yummeh! Lagi satu, suke sgt dgn lepat liat! Arghhh! Sedap!

Akak Kembang said...

itu pasar malam kg ALin Kak Chik...mmg best...hehehehehe..bawak 50 hengget boleh habih satu malam..

Alin pun peminat setia lepat pisang..tak kisah ada inti atau tak..mak buat lagi terbaik..hehehe

mama maman aka yana said...

kita pun suka lepat pisang... hehehe.. sedap..:)

Munn Jaafar said...

ahha kalau xde inti tu mmg namanya lepat gak ke? hehe

suka lepat pisang ngan lepat liat....tp lama sungguh dah tak makan

eiela said...

sedap nih.. tapi saya suka yang takde inti.

Liza Razak said...

saya pon suka lepat inti kelapa bergaram jugak...lagi sedap! x penah lg pegi pasar malam paya jaras..teringin pulak

Melati Qistyna's Mummy said...

Xpe, kalau kc buat, kat Pandan ni Ada 3mulut lg nak suap...muahahaha

ZalinZalina said...

Buat aje KC..kalau tak habis, buat frozen :)

Ztee_Azwanis said...

blh laaa bt byk2 pastu kasi malikha cikit yerrr auntie eyya hiksss