Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ayam Goreng Paprik

Kadang-kadang kan, kita menung depan pintu peti ais .. serius tak da idea .. tak tau nak masak apa. Memandang Profession Chef saya bermula selepas Subuh tiap-tiap hari, malam sebelumnya memang dah kena start planning la. Kalau tanya asben dia cakap .. Sukati U lah. Kalau tanya Aiman pulak .. Apa-apa je la Maaa. Wahhh .. nampaknya kuasa "Veto" di dapur jatuh kepada Misz-Ella. Yeahhhh .. Dapur Wilayah saya. Saya yang paling berkuasa. Yang lain duk diam-diam ye. Hehehe.

Ayam Goreng Paprik.
Kita goreng dulu ayam tu sebab ayam tu dah 'not so fresh' kerana telah bersemadi di dalam Peti Ais dari awal minggu ni lagi. OK. Meh tengok Resepi kita. Goreng garing ayam dan susun dalam pinggan . Tumis cili  kering + bawang merah yang kisar sampai garing. Masukkan serai dah kena ketuk. Pastu  masukkan cili sos dan sos tiram serta daun limau purut. Kacau-kacau pastu sebatikan lah rasanya. Dah agak-agak ok masukkan sayur yang korang suka .. carrot ke, baby jagung ke, cauliflower ke, kacang panjang ke .. Apa-apa je lah sayur yang ada dalam peti ais korang. Pastu nak bagi lengkap lagi masukkan bawang besar hiris dan cili api. Hmmmmm .. sedap. Eh .. masuk bakul angkat sendiri  lak kita ni. Hehehe.


14 comments:

Unknown said...

sedap ni

ainul.zmrs said...

kte suka makan paprik:DDDD

Elin said...

Mcam sedap.. Pandai nye masak =))

Filla said...

wuwuwwww sedapnye.. menitik air lio den ni ha ;) nak masak paprik tapi daun limau purut takde.. kang tak sedap! huhu

Kakcik Seroja said...

Kakcik kalau buat paprik, ayam tu kakcik potong kecik2. Yang penting kena ada daun limau purut, baru teserlah rasa papriknya. :)

Yatie said...

uwaaaa sungguh menyelerakan..mmng mudah dan semestinya sedapkan ayam goreng paprik ni...menu kegemaran keluarga akak ni..harum je bau daun limau purut tu...

Cik Diana said...

huh! fav nie. lapO!!!!

Hidayah said...

adoii..nampak sangat sedap le..

Dayang Deno said...

boleh cuba nie, deno nak gtau ma deno, nak minta ma buat... hehe.. thanks akak! sedap nie

Izan Ishak said...

alahai kak chik ni... lapar plak ptg2 ni tgk lauk ayam grg paprik ni!

Mama Zharfan said...

siyes sedap!!

Melati Qistyna's Mummy said...

Bila kc Nk pindh sbelah Umah kite, hr2 boleh mkn best :D

siti nur atieqah said...

nyum2.. yummy !

MasZuber said...

Petang ni mas nk masak ayam paprik, gugel terus smpai blog kakchik hehehee

S3muge misi petang ini berjaya!