Masak Orang Puasa

Monday, May 28, 2012

I really dont like melayan perasaan. Bila kita terlalu ber emo-emo an, kita gagal melihat sesuatu perkara itu dengan bernas. Fikiran kita dikuasai oleh emosi. Kita tak dapat nak bermuhasabah .. kita negative .. bila dah negative .. hati macam-macam ada .. kita senyum pun nampak tak ceria. So dari melayan perasaan dengan feeling yang entah apa-apa .. yang belum tentu betul atau tidaknya ..  pastu buat my keduts berebut-rebut nak keluar .. lebih baik ai hepikan diri. Lebih baik ai gi aerodance malam ni. Fikiran fresh, badan pun healthy. Hehehe.

Eh. Jauh melalut dari Tajuk Entry. OK lah sebenarnya nak buat Entry tentang hari ni Puasa. Bangun sahur dengan segelas Air Masak pukul 5:30 pagi pastu terus Boommmm!! tidur balik. Bangun balik pukul 6:55 pagi tengok2 Huihhhh .. cerahnya kat luar tingkap tu .. dah habis Subuh ke ni? Terus kelam kabut buat itu  .. buat ini dan turun tangga menuju dapur demi melaksanakan tanggungjawab seorang Ibu yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Chewahhh!! *macam la hebat* Hehehe.

Omelette with Onion and Crabstick 

Ayam Sambal tapi disebabkan tak cukup cili mesin, kita tambah Sos Cili sikit. Nak panggil apa eh lauk ni?

Pastu panaskan Ikan Talapia Goreng Cili lebihan semalam.

In 40 minutes, siap dan selesai Agenda Masak-Masak di Dapur pagi ni. Pastu naik atas mandi dan pegi kerja dengan buru-buru. Sib baik jalan tak jem .. kalau tidak .. haruslah merah 'attendance' ku sama kaler dengan merah Blouse ku hari ini. Hehehe. Buat yang berpuasa .. Buka puasa apa harini? Kita tengah 'blur-blur .. nak makan apa eh?



You Might Also Like

20 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here