Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Orang-orang Puncak

Hari Sabtu .. saat rakyat Malaysia berbilang bangsa bersatu berhimpun untuk membersih .. i was at home atas katil guling-guling menyambut kedatangan bulan. Tapi gulingnya tak boleh lama-lama sebab ada 2 tempat menunggu kedatangan saya. Petang Sabtu kita ke MidValley. Sabtu? Hari ni Khamis. Ya Rabbi .. lately ni updet blog memang macam siput lah. Ke siput tu berjalan lagi laju dari kelajuan 'updating' aku? Selalu je sibuk .. selalu je tak cukup masa. Tapi kerana cinta dan sayang pada blog yang melimpah ruah, takkan ku biarkan blog ini berkepuk berhabuk. Selalu ingatkan diri sendiri .. rugi tak updet blog .. nanti tak da kenangan masa tua untuk dikongsi dengan anak cucu kita. Mak aihhhh ..  baru 40 an dah feeling ala-ala 60an, kan. Jauhnya ko berangan, Misz-Ella. Hahaha. 


'Dating with Aida dan orang-orang dari Puncak. Aida is my schoolmate. Sama-sama sekolah kat PESS dulu dari Form 1 sampai Form 5 tapi masa sekolah .. i never like her. Aida and her gang .. 'grup budak hot' yang suka buat kecoh kat sekolah. Sampai sekolah kecoh, waktu rehat kecoh, nak balik pun kecoh. Diaorang ni kan, spesis yang gi sekolah pakai kain banjir, lengan gulung-gulung lipat-lipat .. beg 'sling' pastu jerit-jerit main tarik-tarik beg bawah pokok kat padang sekolah. 'Attention seeker' betul. Serius masa tu aku menyampah gila kat diaorang .. grup budak perempuan yang gi sekolah bukan nak belajar tapi nak berpoya-poya .. berbeza dengan myself who have clean image. I budak baik u. Hehehe. 

Tapi kesedaran manusia itu datang berbagai cara, after SPM Aida bina hidupnya belajar tinggi-tinggi and now she is the Executive Secretary in one of the well known company in Malaysia - Puncak Niaga. Bila kita duduk berdua dan kenang cerita lama .. kita gelak kahkahkah*gelak besar*. I'm proud with u, Aida. Jue and Muiz .. nice meeting you. Sok-sok kita jumpa cerita cerita lagi eh.



Dan seharus nya lah setiap pertemuan itu dimulai dengan peluk cium kasih sayang sesama sahabat, pastu makan-makan dan disudahi dengan peluk cium saat perpisahan. Sedih. Tapi kalau ada jodoh, bakal bertemu lagi kita, Aida dear. Hmmm .. camtu lah Entry pertemuan dua sahabat lama di hari Sabtu yang mana the road is so clear dan matahari menyinari hidup kita semua. Panas gila temperature kat MidValley petang tu. Eh .. ok lah. Got to go. Mekaseh baca cerita saya ye. Bye.

11 comments:

gadisBunga™ said...

bye. tapi nak komen ni. hihi~

sebenarnya kdg2 mmg kite tekejut tgk member sklah kita kan. dulu samseng, sekarang ayu. comot, sekarang lawa. dulu malas, sekarang keje bagus.

ini contoh aje la. :D

Faten Rosli said...

fatin suka ayat KC yang cakap 'rugi tak update blog, nanti tak da kenangan masa tua untuk dikongsi dengan anak cucu kita'.. hehe

*terus rasa mcm nak update blog selalu..hehe

miloaiskurangmanis said...

masa sekolah - sekali tengok macam tak de harapan :-(
now dah dewasa - memang berubah - malah lebih berjaya....

faraherda.razalan said...

KC, sy sendiri dah lama tak reunion dgn kwn2 sekolah dulu. Mst kekok.

Hanis Azla said...

mmg byk kwn2 yg berbeza penampilannya waktu disekolah dengan waktu skrg.. ada yg tampil semakin hebat.. ada pula yg down grade.. aduhai kakchik.. laparnya tgk gambar makanan tu..

Unknown said...

saya kadang2 malas nak jmumpa kawan lama sebab masa sekolah dulu saya ni tak menonjol langsung.kat facebook pun ramai yang tak kenal saya sapa.walaupun dah letak gambar sendiri.bila bagitau saya siapa ayat depa.."ooo...ko nampak lain sangt la.."
errggggg!!!

Kakcik Seroja said...

Kakcik pun teringin sangat nak jumpa kawan masa sekolah dulu. Ada dua yang kakcik dapat jejak, tapi masih belum tahu bila dapat berjumpa. :(

aDisH.sHidA said...

tu la kan kakchik...kadang2 yang kita tak suka zaman stdy..last2 yg tu yang jadi kawan baik kita...

rindu kawan2 belajar dlu


alamak perut tetapi lapar nampak pizza..nak skit

Chekgu Azrine said...

dah lama tak jumpa and gather dgn member sekolah.. rindu je kat dorang..

Akak Kembang said...

dah lama tak buat gathering..ada gak kawan2 mintak buat tp masa x mengizinkan..

Sheherazade said...

kc,fruit salad tu ade tips nay cara susun...blh dpt menggunung..hihi

ntah2 kc tau kot