Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Masak Tengahari Terakhir Sebelum Puasa

Rasanya ini Lauk makan tengahari yang terakhir kita masak sebelum puasa. Pasni masak untuk makan malam dan sahur je. No more masak untuk makan tengahari sebab esok dah start puasa, kan. Eh .. korang dah 'stock up' barang-barang dalam Peti Ais ke? Nanti nak masak senang. Tapi tak kesah .. tak masak pun tak pe sebab kedai jual makanan banyak .. macam-macam makanan ada. Tapi kannn .. kita lebih suka masak sendiri. Kueh je kita beli. Tu pun kalau ada masa kita buat jugak 'Cokodok Bilis'. Cokodok Bilis yang kita buat sendiri sedap tau. Cehhh ... sempat lagi Syok Sendiri kau ni Ella. Perasan!! Haha.

Ikan Gelama Masak Taucu ni memang feveret Si Aiman. Lajuuuuuu dia makan.

Haaaaa .. Sambal Kentang dan Ikan Bilis ni feveret Mama Aiman a.k.a Misz-Ella iaitu Puan punya Belog ini yang tersangatlah suka membebel sorang-sorang di sini. Tapi tak pe .. cakap sorang-sorang .. baca ramai-ramai, kannn. Hehe. OK .. kalau buat sambal kentang kan, kita suka potong 'wedges' .. baru la terasa kentang dia. Kalau hiris nipis-nipis kang rasa cam makan Mister Potato perisa sambal lak. Hehe. Eh OK lah. Memandangkan esok kita bakal berpuasa sulung .. kita nak cakap ... Awakkk .. Selamat Berpuasa eh. Jangan lupa bangun sahur tau. Malam ni jom la kita Solat Tarawikh berjemaah. Pastu nanti buka puasa jangan makan sampai kenyang sangat eh. Tak baik tau .. sian 'tummy'. Hehe. OK la ye. Got to go. Nanti-nanti kita sambung cerita lagi. Mekaseh baca ye. Bye.

22 comments:

Puan Ira said...

sambal kentang feveret menu sahur ;)

Eye_nee said...

Sambal kentang tu betul2 mengoda..makan dgn nasik panas dan kicap manis sedapppnya...

Kakcik Seroja said...

Tetiba kakcik rasa balik nanti nak buat masak taucu jugalah. :)

Selamat menyambut Ramadhan Ella.

Anonymous said...

kc, sedapnya sambal ikan bilis kentang tu, rasa mcm nak masak tu lah pulak untuk sahur hehe

selamat berpuasa untuk kc sekeluarga

kasihibu said...

sedapnya ikan masak taucu ;p
memang sedaplah cekodok bilis tu kalau kita sendiri yb buat kan? ;p

selamat berpuasa KC

pena rozie said...

Salam Ramadan & Selamat Berpuase...

Anonymous said...

KA pown suka wat masak taucu cuma anak2 pulak x gemar. neway selamat berpuasa ye

Mat Gebu said...

Salam kak chik...ayoo itu kentang sambal very the mengancamm..lahh. Ubat sakit tekak tu..Selamat menyambut Ramadan untuk kak chik sekeluarga...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

nasib baik dah pekena taucu malam tadi..hehe

Hanis Azla said...

cekodok bilis, masak tauchu dan sambal kentang mmg feveret saya.. bila baca dan tgk gambar kat entry niu treus rasa lapar.. he..he..

Salam ramadhan buat kakchik dan keluarga.. selamat berpuasa kak...

Rina Rahamat said...

rajinnya KC macak walaupon ibu bekerja..mmg supermom la KC ni..


selamat berpuasa ya KC :)))

mrs gold said...

berbuka nmpak gayanya kena beli la..sampai umah pon lam kol 7 dah...sahur mungkin masak

selamat berpuasa kakcik!

Unknown said...

kita buat masak taucu mesti tak sedap macam beli kat kedai..kenapa entah..

Ardini Humaira said...

asben belanja dni makan lalapan tadi :D

el said...

dua2 tu febret el huhuhu sodapnye

Unknown said...

As salam kak cik Ella,

Salam Ramadhan! Kita tak heran masak taucu tu sb baru buat aritu tp sgt melelh air liur tgk sambal tu...tgh puasa ni... kami posa awal sehari...hehehe...ade ke yg bertanya...ahaks! :))

hOtMaMa said...

sedapnyer nampak sambal kentang tu kak cik.. harus try nanti nih..

selamat berpuasa kak chik & family..

eiela said...

selamat berpuasa kak cik

Unknown said...

salam ramadhan kakchik..selamat berpuasa buat akak sekeluarga:)

suri solehah said...

sedapnya masak taucu..kegemaran suri tu,,,tapi anak2 n suami kurang..tu yg jarang masak tu..terliurlah KC

Sheherazade said...

pia pon suke msk tauchu kc,letak cili hijau perhhhh

Melati Qistyna's Mummy said...

Ken tang bilis tu fav ohhh, kecur lak tgk taim2 pose, hehehehe