Monday, July 30, 2012

Nasi Ayam Chee Meng @ Bukit Bintang

Bila Aiman cakap ... Ma, tak payah masak la arini.  Mama rehat eh .. Mama hari-hari masak. Arini Mama rest la. Jom kita berbuka kat luar. Alahaiii .. rosak plan rancangan Main masak-masak dalam kepala kita ni*tapi dlm hati suka* he he. Jom makan Nasi Ayam Bukit Bintang nak? Ok. Tapi kena  pegi awal la, takut penuh. So lepas Asar we moved from our house. 6 petang dah sampai tapi sayang .... Restoran Nasi Ayam The Best in KL depan Federal Hotel ni 'fully booked'. Hampa. Datang jauh dari Sg. Buloh, sengaja datang awal-awal rupanya org lain lagi awal dari kita. Sudahnya kita camni ~  Apa kata kita berbuka makan kueh sambil jalan-jalan dulu. Nanti malam sikit baru kita makan kat sini. Punya la nak sangat-sangat makan Nasi Ayam Chee Meng ni .. sampai sanggup makan lewat. 

I requested for Steam Chicken actually tapi habis. Roasted Chicken je yang ada.

Roasted Chicken, Sup Kacang Tanah dan Sambal Cili. Sayangnya pes halia tak da .. habis. Kalau korang nak tau .. makan Nasi Ayam bersulamkan Sup Kacang Tanah, Sambal Cili dan Pes Halia adalah sangat ohsemmm!! RM8.50 satu set. Dulu-dulu RM6.50 je tapi ye la .. zaman sekarang apa yang murah? Area Bukit Bintang lak tu .. Kalau nak beli Nasi Ayam murah beli je dari orang yang berniaga dari rumah. Konfem murah .. sebab tak payah bayar sewa, kan... Hahaha. I have been visiting this restaurant for years. Mula-mula Restoran ni pindah ke Shop Lot depan Federal Hotel ni, dia buat iklan kat Radio Era. That was many years ago. With that radio annoucement, baru la kitorang tau Restoran ni dah pindah. If not we still think that dia masih duduk kat tapak lama tepi BB Plaza tu.

Sup Wantan ni best. Kerabu Mangga kat restoran ni pun best!! Cuba la makan kat sini .. sure tak kecewa. Tapi kann .. kalau nak berbuka kat sini, make sure korang book awal-awal sebab terlalu ramai orang berbuka di sini .. sampai dia terpaksa letak meja kat kaki lima. Punnnn penuh. Just imagine .. i pegi pukul 6 meja dah tak da dah. Kalah 5 star Hotel tu beb!! Hehe.

BTW, sebagai seorang yang lahir dan membesar di KL .. terlalu banyak memori di Bukit Bintang ni. Kitorang adik beradik pernah jalan kaki dari rumah ke sini sebab tunggu punya tunggu tapi bas tak sampai-sampai*tak jauh pun*. Dulu-dulu Sg. Wang Plaza dah cukup gah dah. Tak de Pavi Pavi ni. Paling ohsemm pun waktu tu Yaohan je. Walau sekarang ni sekali sekala je jejak kaki ke sini ..  'rasa' dulu-dulu tetap ada. Nostalgia lah!!





18 comments:

pinky said...

hehehe....sy suka nasi ayam linda onn....ohsem jugak...=)

Nazirah Azeman said...

kak chik org sg buloh eh?same la kite.blh nih dtg beraye umah kak chik heheheheheheh

mama aini said...

salam ramadhan KC..ehem mama tak pernah sekali pun lagi berbuka kat luar..selalu menunjuk je & makan kat rumah..hu2x..

kakcik said...

Kakcik pernah berjalan kaki dari BB ke Kg Baru. Masa muda dululah... :)

Rai said...

dulu kerja area klcc tu tak dan nak jalan kat bukit bintang sangat.. skang ni da keja pj malas nak sesak2 dgn jam nak ke sana..

deno said...

nyum2! last 3 days deno baru mkn nasi ayam utk berbuka... :)

Kesuma Angsana said...

mmg best kat sini !

amengs88 said...

sedapnye... pergghhh.. tak leh tahan.. tergugat iman

gadisBunga™ said...

rindunye pes halia nasik ayam chee meng!!!

laskar pelangi said...

kakchik, kita terliurrrr dah ni tengok ayam tu. alahai lambat lagi ni nak bukak puasa -____-

Cik Puan Rara said...

sedapppp tp rara suka nasi ayam yg ayam dye digoreng.hehe

Qhaifa Nur said...

plan nk buat nasi ayam bln posa ni ada...
perggh..sedapnya....

Chekgu Azrine said...

saya suka snagat ke bukit bintang since kawen dengan mr hubby..sebab dia mmg kaki jalan bukit bintang..hahaha..

Kak yon said...

tingin nak makan..nntilah senang2 nak ajak papa gi sana..

diana said...

masuk blog kakchik ni kalau tak telan aur liur tak sahla..
hahhaah

Alin Marlini said...

teringat zaman anak dara dedelu...memang tak pernah pi Bukit Bintang..sekali member bawak cam haprak..jakun..hehehehe...

QA's ~ mamapapa said...

nampak saannnggggatttt sedapppp...nk g tryla...eheheh!!jmput follow kmbali,ye :))

SURIA AMANDA said...

kak cik...terliur i tgok ayam first pic tu...aduhai...