Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Ke 4 Kita Rehat

Ramadhan ke 4 kita rehat ataupun nak lebih tepat lagi 'dipaksa rehat' oleh orang-orang dalam rumah ini. Sebabnya ialah symptom kepala ting tong tak baik-baik lagi. So daripada memaksa diri bekerja lebih baik kita MC dan duduk di rumah je. Ya Allah .. heavennya duduk rehat-rehat di rumah. Tak perlu buru-buru .. tiada deringan bunyi telefon .. tak terikat dengan symptom 9 to 5. Suka suka akak je nak bangun .. nak tido .. nak online .. nak tengok TV. Best jugak ye Ibu-Ibu Rumahtangga ye? *Impian yang belum jadi kenyataan*

Lepas pukul 3 petang baru kuar .. Gi Klinik .. pastu gi Hospital ziarah Asben kawan yang baru lepas operate kepala. Terkedu sekejap .. bergenang airmata tengok keadaan asben dia. Pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di kepala tak berjaya mencapai matlamat sepenuhnya maka pembedahan ke dua dijalankan dan ketiga bakal menyusul lewat malam nanti ~ macam tu la berita yang dikhabarkan pada kami. Moga Allah SWT memudahkan setiap urusan kalian. InsyaAllah. Amin.


Pastu tak balik sebab awal-awal Aiman cakap .. Hari ni Mama tak payah masaklah. Mama rehat. Kita berbuka kat luar eh. So, ayam ikan yang dah di defrost kita masukkan balik dalam tempat beku sebelum keluar. Destinasi :~ Off course 1 Utama .. tempat faveret kami semua. Roger Adikku Aishah yang tinggal di Bdr Utama .. Jom la join kitorang. OK. See u at 7:15 @ Restoran Old Asia .. sebelah Kenny Rogers, 1U Old Wing.  Hmmmm .. Set Berbuka Puasa kat atas tu RM69.90 untuk 4 orang tapi memandangkan kami ber lima, tambah 1 air dan 1 nasi je la lagi. RM81 semuanya.  Air Sirap Bandung dalam Menu kitorang tukar ke Ice Lemon Tea without additional Charge. Nak tanya korang sikit lah .. nape ye Sirap Bandung sangat sinonim dengan Bulan Puasa? Kenapa? Akak pikir-pikir tak dapat jawabla. Korang tolong bagi jawapan bole? Hehehe.




11 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kakcik..br sempat nk ucapkn Slmt berpuasa & slmt menyambut bulan Ramadhan kpd kakcik sekluarga.

Anak bujang k.cik yg masuk wad aritu dah sihat ke?.Ada trbaca kisahnya...

kakcik said...

5 orang makan = RM81.00. Sangat berpatutan rasanya.

Masa Ella ke Bandung, ada jumpa tak sirap bandung kat sana? :)

cheqna said...

KC
cheqna tanya balik..nape erk air tebu memang kena ada waktu bulan poser..
kikikikiki

Hanis Azla said...

berpatutanlah harganya KC.. byk juga menunya.. knp air bandung sinonim dgn bulan puasa ye KC.. sebab ianya sedap dan mengiurkan kut.. he..he.. selamat berpuasa..

Kesuma Angsana said...

harganyer oklah utk 5 orang makan, kalau style buffet lagi mahal kot!.. Sebab dia sweet kot, bulan pose kan kena minum air2 yg manis hehehe

♥MAMASYAZA♥ said...

waktu bulan puasa camni, tengok sirap bandung aje dah cukup terliur...perghhhhhhh terus dahaga

wahida said...

betul kata KC, betul kata cheqna...dua2 air tu glemer di bulan puasa...ekekek...

faraherda. razalan said...

Ntahlah KC. Tapi sy tak biase pun minum air tu. Balik2 sunquick. Balik2 teh o. Hahahah. Dasar pemalas.

kasihibu said...

betul lah kc, nape sirap bandung pilihan utama bulan posa? ;p
mari kita mencari jawapan bersama sama

Ardini Humaira said...

sedapnye KC..
dni hajat hari ni nak beli ikan keli masak merah :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

harga berpatutan sgt2