Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pagi Raya Pertama di Sg. Buloh

Dah Raya ke 5. Sekejap je, kan. Alhamdulillah. Seronoknya dapat beraya dengan adik beradik, Mama dan Abah di Sg. Buloh, Mama dan Abah di Segamat, Mak Mertua dan keluarga di Taiping. Tuhan je la yang tau how i really appreciate moments spend with them. Dan sekarang, sudah kembali bergolek di rumah sendiri. Tak puas rasanya beraya di Segamat, di Taiping, di Teluk Intan. Masih banyak rumah saudara mara yang tak sempat kami ziarah tapi nak buat camna .. masa yang ada harus dibahagi sama rata.

Mama, Abah dan cucu-cucu di Raya pertama.
I wish Alop and Boy were here during the day but they have other Agenda. Harap-harap tahun depan .. 6 beradik bakal mengegarkan rumah Mama nanti.

Misz-Ella yang beraya dengan mata lebam sebab malam sebelum tu tidur hanya selepas jam 12 malam. Banyaknyaaa kerja nak buat .. sedangkan hanya sedikit masa yang ada. Aiman my son .. dah makin besar .. makin look alike his mother. Sama, kan .. muka kitorang.

My sista Aishah and husband

KY's green family.

Angah's 'big' family. Comel la warna diaorang. Cunn!!

Gorgeous Gediks!! Hehe.

Tahun ini, kami masih mengekalkan tradisi berkumpul beramai-ramai di rumah Mama selepas Solat Aidilfitri. Makan ramai-ramai .. berfotoan ramai-ramai dan bermaafan beramai-ramai mengikut 'seniority;  Dimulai dengan anak dan menantu paling tua hinggalah yang termuda. Disambung pula dengan Cucu yang paling tua hinggalah yang termuda. Selepas selesai Acara Pertama, kami berkonvoi balik kampung di Segamat selepas Solat Zohor for another Raya Celebration. Di Segamat, 10 adik beradik berkumpul di rumah Bonda Zabedah dan Ayahanda Ismail .. adding more colours on our Hari Raya. Best dan meriahnya raya. Walau penat ... yang penting bahagia. Selamat Hari Raya, readers. Hope you enjoy your raya as much as we do. 


5 comments:

Kakcik Seroja said...

Selamat hari raya Ella.

Kakcik hanya berkumpul dengan adik2 dan keluarga masing2 kerana kami dah tak ada ibubapa lagi. :(

Chekgu Azrine said...

best tgok raya kak kc..happening!!

azieazah said...

Bestnya tengok muka-muka ceria! Adik beradik pompuan semua senyum sama jerrrr...

Entah kenapa, ramai plak yang guna tema SILVER/Grey tahun ini. Dan warna tu sungguh menawan, okeh!

Sheherazade said...

selamat hari raya kc,maaf andai ade salah silap

so much fun :)

Dr K said...

gorgeous gediks! ha ha ha..

penat kan travel utara selatan..tapi berbaloi...:)