Friday, August 24, 2012

Raya ke 3 rumah Mertua

Selamat pagi Taiping ~  kata hati Misz-Ella sebaik celik mata pagi raya ke 3. I always love Taiping, bandar tersejuk dan terdingin di Malaysia. Suasana pagi yang dingin sejuk, bunyi-bunyi alam yang tenang dan damai .. buatkan Misz-Ella rasa nak sambung tido lagi. Tapi .. tak senonoh la kalo buat camtu, kann. Hehehe.




Makan tengahari di rumah Adik Ipar ~ Asam Rebus Keladi dan Kangkung Goreng Belacan yang dipetik  dari pokok belakang rumah. Ikan masin diaorang buat sendiri.  Makan dengan nasi panas-panas .. Perghhhhh!!!

Pastu kita ke Pantai Remis .. tunggu Bot Nelayan balik dari laut untuk beli ikan fresh. Bot-bot nelayan tu bawak balik ikan dari laut hasil tangkapan untuk jualan. Ikan yang dibeli di sini sedap, segar dan manis-manis. Bukan ikan dah kena airbatu macam kat KL ni. No wonder la orang kampung mertua kita ni sehat-sehat. Diaorang makan sumber alam yang segar tanpa pencemaran. Kita kat KL? Dah la bayar lebih mahal .... nampak je segar tapi dah berhari sebenarnya. *diawet supaya nampak segar*


Gulai Kari Ikan Sembilang dan Sambal Lokan + Petai. Makan dengan nasi panas-panas .. marvellous!!

2 Malam di Taiping .. rasa macam tak cukup masa. Tapi kami harus pulang ... banyak lagi Agenda .. banyak lagi tempat kaki nak pegi. WeWeWe .. syioknya raya. Hehe.





13 comments:

Chekgu Azrine said...

sakan!!!!

Huda said...

Sedapnya makan ikan segar kan..

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiii kak, menu sedap2 belaka. ikan masin buatan sendiri tu, mmg best, mak mentua saya pun slalu buat

eni said...

selamat hariraya ella..maaf zahir batin...kak eni pun suka suasana kampung...ate mam mertua teman pun orang Perak...Sungkai mari...hehe

Nanie@NMS said...

Salam Ella,

Huishhhh..pasti sedap

Nieda said...

meriahnya raya dia....kalo macm ni cuti seminggu pun tak cukup.

Nieda said...

meriahnya raya dia....kalo macm ni cuti seminggu pun tak cukup.

azieazah said...

Yeahhhh syoknya Raya..!
Yang tak tahan bab Gulai Ikan Semilang tuh..!

Qaseeh Tolia said...

Best tu KC..Kita pun balik Kamunting dekat Taiping..Tapi x sempat la nak pergi tunggu bot..makan mesti amat marvellous kan???

Kesuma Angsana said...

asam rebus keladi tu mmg best

mama aini said...

ehem MIL & FIL mama dah lama tiada..raya kat kg mama yg setengah jam je dah sampai..dekat kan?..hu2x..

Peri PiA said...

taiping,seindah maksud,damai tenang

Cik Eka said...

arghh lokan..sedapnya..

kalau pegi taiping,mesti makan lokan.dapnyerrr