Mana Orang Kita?

Sunday, September 30, 2012

Masuk Kedai Mamak untuk makan tengahari.  Order Maggi Sup sebab katanya hanya 300 kalori.  Hmmmm .. tak sedap.  Betul-betul tak sedap.  Telan jugak lah memaksa diri.  Girlfren ku order Roti Canai kosong.  Nak makan ringan-ringan kononnya.  Ringan la sangat Si Roti Canai tu, kan.

Sambil makan sambil borak dengan pembuat Roti Canai.  Berkulit putih, memang Melayu kalau sekali pandang. Borak punya borak, laaa ... Warga Nepal rupanya dia.

Lepas makan, singgah 24 hours Mart beli Prepaid. Hmmmm .. Bangla En. Cashier. Uikkkk .. eksyennya dia. *tak suka*

Otw back dari kerja, singgah Shell isi petrol SUV kita. Hmmmmm .. Bangla lagi pekerja disini.  Tapi yang ni PR Skill tip top. Senyum ramah dan ringan mulut melayan Customer.

Sebelum sampai rumah, singgah Shida Tomyam bungkus makanan untuk Aiman.  Aku dah jual Roti Canai petang-petang dah La. Cuba tengok ni .. Roti Canai Nepal. Laaaaaaa .. lagi? *dalam hati*

Nak sampai simpang rumah, kena lalu depan Security.  Assalamualaikum .. *sambil angkat tangan tanda hormat*.  Security Guard warga Palestin kat sini memang cekap, amanah dan boleh dipercayai.  Soalnya, mana pergi orang kita?   Dari pagi sampai ke malam .. hanya ketemu muka-muka asing terutamanya di 'Service Industry'.  Mana eh anak muda kita? Kerja ada ..bukan tak ada ... tapi bukan untuk mereka.  Mana diaorang? Jadi Despatch? Kerja kilang? Atau sekadar jadi Penganggur .. meneguk liur melihat 'diaorang' ada kerja .. sedangkan kita?

Terlalu memilihkah anak muda kita? Atau Tauke-tauke zaman sekarang yang memilih? Mahu yang bisa dibayar murah ...  supaya kos operasi lebih rendah.  Almaklumlah .. ekonomi kan sedang 'tenat'.


You Might Also Like

18 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here