Peluh Sihat Pagi Ahad, Kenduri Kawin dan Tidur Siang

Sunday, September 30, 2012

Ahad yang ceria, kita mulakan dengan bersenam se awal jam 7 pagi.  Bagus student-student ku ini.  Walau kebanyakan mereka dah 40 an, malah ada yang 60an dan walau keupayaan mereka agak terhad, tapi tetap semangat.  Tak pe .. pelan-pelan pun tak pe.  Janji kita amalkan Gaya Hidup Sihat. 

Tengahari kita pergi rumah Kenduri.  Hidangan lauk kampung yang hurmmmm .. sedapnya.  Masak Lemak Daging, Ayam Goreng Kampung .. Perghhhh .. masakan kampung memang sedap, kan. Cukup pedas .. seimbang rasa. Sayangnya kita tak makan tempoyak.  Kita tengok Siti dan suami makan Tempoyak berselera dan laju je.  Sedap kot eh?  

Masak Lemak Daging dan Ayam Goreng Kg

Berkonvoi dengan Aeida dan CT ke rumah kenduri. Pengantin ialah adik lelaki kepada Alin .. yang berdiri pakal inner tudung warna merah tu.  Alin yang manis, muka so sweet ala-ala Fasha Sanda, so gegirl macam Si Manis 17 tahun.  Jappppp .. jangan ngorat .. dah anak dua tu. Awet muda sungguh dia ni.

Lepas makan kita balik.  Sampai kat kereta, dapat surat cinta. Auww ... terkejut.  Alin, please settle this RM1.50 bill for me.  Kerja budak-budak notti la ni. Hihihi.  

Lepas tu tak gi mana-mana dah .. terus balik rumah. Cuaca panas sangat semalam .. 'mood' pun terus tenggelam.  Sampai je rumah .. rehat jap.  Memula layan novel .. sambil layan SMS .. sambil layan WatssApp .. sambil ber Viber .. last-last lena. Wahhh .. jarang-jarang Misz-Ella tidur siang. Tapi semalam  .. tiba-tiba boleh terlena. Mata la mata .. mengada-ngada kau ye .. siang pun mahu bermanja-manja. Tak pe la .. bagi chance kat mata *sekali sekala* 






You Might Also Like

12 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here