Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Peluh Sihat Pagi Ahad, Kenduri Kawin dan Tidur Siang

Ahad yang ceria, kita mulakan dengan bersenam se awal jam 7 pagi.  Bagus student-student ku ini.  Walau kebanyakan mereka dah 40 an, malah ada yang 60an dan walau keupayaan mereka agak terhad, tapi tetap semangat.  Tak pe .. pelan-pelan pun tak pe.  Janji kita amalkan Gaya Hidup Sihat. 

Tengahari kita pergi rumah Kenduri.  Hidangan lauk kampung yang hurmmmm .. sedapnya.  Masak Lemak Daging, Ayam Goreng Kampung .. Perghhhh .. masakan kampung memang sedap, kan. Cukup pedas .. seimbang rasa. Sayangnya kita tak makan tempoyak.  Kita tengok Siti dan suami makan Tempoyak berselera dan laju je.  Sedap kot eh?  

Masak Lemak Daging dan Ayam Goreng Kg

Berkonvoi dengan Aeida dan CT ke rumah kenduri. Pengantin ialah adik lelaki kepada Alin .. yang berdiri pakal inner tudung warna merah tu.  Alin yang manis, muka so sweet ala-ala Fasha Sanda, so gegirl macam Si Manis 17 tahun.  Jappppp .. jangan ngorat .. dah anak dua tu. Awet muda sungguh dia ni.

Lepas makan kita balik.  Sampai kat kereta, dapat surat cinta. Auww ... terkejut.  Alin, please settle this RM1.50 bill for me.  Kerja budak-budak notti la ni. Hihihi.  

Lepas tu tak gi mana-mana dah .. terus balik rumah. Cuaca panas sangat semalam .. 'mood' pun terus tenggelam.  Sampai je rumah .. rehat jap.  Memula layan novel .. sambil layan SMS .. sambil layan WatssApp .. sambil ber Viber .. last-last lena. Wahhh .. jarang-jarang Misz-Ella tidur siang. Tapi semalam  .. tiba-tiba boleh terlena. Mata la mata .. mengada-ngada kau ye .. siang pun mahu bermanja-manja. Tak pe la .. bagi chance kat mata *sekali sekala* 






12 comments:

Lyaa Suriany said...

Kalau p kenduri, lauk kampung lak
memng trbaik lah akk
rasa mcm nk p tambahh je
hehe

pinky said...

huhuhu....p kenduri pun kena byr parking....=P

Kakcik Seroja said...

Kakcik makan tempoyak, tapi sekarang kakcik cuba elakkan sebab lepas makan kepala kakcik jadi 'nenong'... ;-)

sudipVSsenduk said...

ya la... kembar fasha sanda!

Anonymous said...

haha notinya

bestnya kc, tina tak berkesempatan nak pergi

jarang org kawin hidang lauk kg

faraherda.razalan said...

Peh! Suke sy klu kenduri kawen lauk kmpg ni. Yummeh!

Dr K said...

tempoyak adalah ohsem tau KC..rugi tak makan! :p

mak encik | SZ said...

ehh betul la muka kawan KC tu cam FS ... hehee

Unknown said...

sedap betul nampak ayam goreng kampung tu...

-Sara- said...

haha comel jee bil parking cmtu ;P

Anonymous said...

bestlah tu kenyang perut sedaplah tidur kan! hehe

♥MAMASYAZA♥ said...

mahalnye parking kat tempat kenduri...hehehehehe