Wednesday, October 31, 2012

Alkisahnya I Love U, Stupid!

Buat kaki novel, tido jam tiga pagi kerana membaca itu biasa.  Pastu mata tetiba bertukar macam Beruang Panda. Tapi tak pe lah .. kerana syok membaca, aku rela. 

Bila novel I Love U, Stupid! by Kak Melur Jelita dah keluar .. hati Misz-Ella "excited" nak baca tapi masih ada tanda tanya  ~ 1389 m/s? Uishhh .. Larat ke baca? Then bila rakan-rakan blogger terutamanya Cik Mat Gebu dok cucuk-cucuk .. Misz-Ella memang tak boleh tahan lagi. Akhirnya, pada 22/10/2012, Misz-Ella berjaya beli Novel ini di Popular Book Store, 1 Utama. Pastu Misz-Ella buh dalam handbag Misz-Ella yang besar tu kendong sana sini. Ishhh .. tak sedap hati. Betul-betul tak syok jalan sini sana sebab Misz-Ella dah 'excited' nak membaca masa ni.

Alkisahnya pada tanggal 22hb tu, Misz-Ella lunch seorang diri di Foodcourt 1U sambil layan Novel ini. Orang lalu lalang .. orang nak tumpang duduk .. Misz-Ella angguk. Tak kesah .. janji jangan kacau i. I tengah 'feeling' ni. Hihihi. Then bila dah tersegan cos terlalu lama lepak kat situ, Misz-Ella angkat kaki blah. Otw back home singgah Maybank Kota Dsara. Dah settle banking ternampak A&W. Tingggg .. *dapat idea baru*. Misz-Ella dengan senang hati menapak ke A&W bersama Novel di dalam handbag besar tu. Bukanlah lapar tapi sebab mahukan tempat duduk untuk sambung membaca sebenarnya. Tapi .. takkanlah nak buat muka seposen menumpang tempat duduk FOC je, kan .. makanya 6 pcs Chicken Nugget dan A&W Rut Bir Misz-Ella order. Hahaha .. kerana angaukan I Love You, Stupid! terbang melayang duit ku. Akhirnya .. pada hari Jumaat 26/10/2012, Novel ribuan mukasurat ini Misz-Ella habis baca dengan pelbagai emosi di dada.

Meski sudah tiada lagi helaian untuk dibaca, hati masih berat mahu berpisah dengan dia .. maka Novel ini masih menjadi teman tidur Misz-Ella untuk beberapa hari lagi. Bila teringat .. Misz-Ella bukak dan baca. Lagi dan lagi. Sampailah terima sms dari KY mahu bertukar novel dengan I Love You, Stupid! barulah Misz-Ella betul-betul berpisah dengannya. Ahhhhh .. over!!

I Love You, Stupid! adalah perjalanan hidup Iris yang penuh warna warni.  Dari seorang yang hidupnya hoo haa hoo haa .. akhirnya Iris menemui diri di Bumi Kemboja. I Love You, Stupid! di mata Misz-Ella bukan sebuah cerita cinta biasa tetapi sangat luar biasa. Novel I Love You, Stupid! hasil sentuhan Kak Melur Jelita ini penuh aksi, tragedi dan sarat dengan emosi. Sepanjang perjalanan bertemankan I Love You, Stupid! Misz-Ella senyum, ketawa dek kenakalan Iris dan teman-teman SUKSIS, Misz-Ella menangis hiba mendalami emosi Iris dan ada masanya jiwa Misz-Ella terbuai dengan dunia romantis Iris dan Firman. Betapa sabarnya Firman melayan karenah Iris yang nakal, betapa setianya seorang kawan bernama Iris sehingga sanggup melakukan pengorbanan, betapa teguhnya iman Firman menahan godaan. Dan watak-watak sampingan .. Aidan, Matt, Mai Tuan, Lara, Violet, Farina dan lain-lain melengkapkan lagi perjalanan Novel ini.

Novel ini  sarat dengan pengetahuan ~ menyingkap Misteri Kemboja dan cara hidup Melayu Champa yang ditindas kekejaman dunia. Walau miskin harta dunia tapi mereka tetap bahagia, kaya dengan kasih sayang kerana hidup berasaskan Agama. Kaya, miskin .. semua sama. Tiada perbezaan darjat atau "class" bila Firman dan keluarga sanggup meninggalkan kesenangan dunia untuk bersama yang kurang berupaya. Betapa penindasan dan kekejaman menjadikan mereka bangsa yang mempunyai semangat juang yang sangat tinggi. Punyalah berkesan gaya penyampaian Kak Melur Jelita sampai Misz-Ella sempat berangan ~ Bestnya kalau dapat pasangan hidup Melayu Champa seperti Firman. Cehhhhh .. lupa diri sekejap yang anak den dah bosar!! Hahaha.

Definasi cinta di dalam I Love You Stupid! terlalu besar.  Cinta pada diri sendiri, cinta pada rakan dan keluarga dan paling penting, cinta pada Allah SWT sehingga sanggup berkorban apa saja. Pengajaran di dalam Novel ini terlalu menginsafkan bila dalam sekelip mata kita bisa kehilangan segalanya, menyedarkan kita bahawa segala yang didunia ini hanyalah pinjaman. Hari ini Dia beri tanpa kita minta .. esok-esok Dia berkuasa mengambil semula semuanya ~ Menitis airmata Misz-Ella di m.s. 1228-1331.

Jarang ada penulis yang boleh mengupas isu cinta, kehidupan dan agama dalam satu novel dengan cara yang sungguh berseni dan membuai emosi sepertimana yang kak Melur Jelita lakukan. Misz-Ella tak teragak nak gelarkan Kak Melur Jelita sebagai "Novelis Terbaik" Di Era Millenium ni dan Kak Melur, Kc tak sabar menunggu Novel seterusnya. Kepada peminat novel, beli dan jadikanlah Novel I Love You Stupid! sebagai Koleksi. Ikuti lah perjalanan kisah mereka berdua dan bersedialah untuk dibuai emosi dalam dunia mereka yang penuh aksi dan tragedi. 

Bait-bait ayat menyentuh emosi dalam I Love You Stupid!

"Real man wears pink!!"
"Firman .. kalau saya panggil .. awak mesti datang" 
"Hidup Mulia. Mati pun mulia"
"Cukuplah Allah ada. Dia sentiasa ada untukku"







35 comments:

sisdee said...

serius dah lama tak baca novel hahahaha..mgkin ni boleh jadi pmbuka nak baca hihi

mummy_ayu said...

wah...sorang lagi peminta ILUS...best kan? Ayu pun dah baca...Ella, dah baca Awak Suka Saya Tak..hasil karya pertama kak Melur...pun best bangat...
kalau ILUS angau ngan Firman kan? dlam ASST plak..angau giler ngan Hilman..kalau lum baca try cari plak..Awak Suka Saya Tak? confirm nak lelaki mcm Hilmanku plak..
Kak Melur memang best!!

SURIA AMANDA said...

i hantu novel..nak beli...x leh tahan nak beli jgk ni....

faraherda.razalan said...

Wow! Blogger eh penulisnya? Cool! Novel tebal, cerita bagus....berbaloi beli!

Daddy Ziyyad said...

amboiiii..minat punya pasal kan...takpe lah makan naget A&W pun makan lah...janji dpt baca..ekekekeke

ainwaheeda said...

baru je beli, serius best tapi blm habis lg baca, ye lah tebal kot!

Nadia Abdullah said...

bape hinggit? nk cari gak ler.. buhsan xde mende nk bt

munna said...

munna baru je berjinak2 kembali dgn aktiviti baca novel ni.... baru je smlm beli novel ... tapi beli citer lain.... lepas ni nak beli yg ni pula...

♥MAMASYAZA♥ said...

macam kena beli jugak ni

yana halim said...

macam wajib je kena beli ni...hehe

eLL said...

boleh terjah ni...

pinky said...

blh try ni....tp sedihnya sy tgh mencari novel Aisya Sofea...xdpt2 lagi....

kakchik@ella said...

SisDee .. cuba lah membaca. best.

kakchik@ella said...

@MummyAyu .. Ella dah baca dua2 tapi lebih suka I Love U Stupid!

kakchik@ella said...

@Suria Amanda .. Sila la beli n join the Club like me. Hihihi.

kakchik@ella said...

@faraherda.razalan, ye kak Melur ni Blogger. Dulu Kc selalu gi Blog dia dia pun selalu dtg blog kc. sekarang kc dah jarang2 dpt BW. Rindu blog2 tu sume.

kakchik@ella said...

@DaddyZiyyad, tu la psl. Sambil tggu aiman keluar sekolah, dpan pintu pagar school tu pun Kc baca. Syiok oooo membaca novel I Love You Stupid! ni. Y not you beli dan hadiahkan kat Mommy ZZ? Mesti dia suka. hihi.

kakchik@ella said...

@ainwahida .. bacalah. krn mmbaca itu amalan mulia.

kakchik@ella said...

@munna, mamasyaza, yana halim .. beli la. Best dan puashati. Gelak ketawa dan gugur airmata ku. Huhuhu.

kakchik@ella said...

@eLL .. jgn lupa beli eh. gerenti best.

kakchik@ella said...

@pinky, Karya Aisya sofea pun best. Kc baca semua .. Adam dan Hawa, Jauh, Sehangat Asmara, Cinta Pertama, Kau Untukku. Semua Kc dah khatam dah. But karya Kak Melur Jelita lain dari yang lain. Worth my journey reading. Nanti pinky cuba ye.

JunAina said...

Bersemangat betul KC...

Aina dah lama tak membeli novel2 sejak kena bertolak ansur denga kehendak anak2...:(

Anonymous said...

Wow nanti balik malaya nak pergi cari novel nie , Kc sila tengok cite rahsia hati kat youtube atau kat tv ,best giler- kakngat lin .:)

nyanyisunyi said...

Akak antara yg terawal dapat novel ILUS ni dgn tandatangan penulisnya Melur Jelita..akak dah jumpa MJ berpelukan dan laga2 pp dan dok sembang2 dalam bilik hotel kat Kajang...
tapi sampai la ni plastik cover ILUS pun tk bukak lagi...tak tahu lah kenapa lom ada mood banding dgn buku AWAK SUKA SAYA TAK..TU 2 hari je habis baca..bila baca entry Ella ni rasa berkobar2 lak nk baca..tp skrg tgh baca Adam dan Hawa...
akak tk baca pun sinopsis Ella sebab tak nak tahu jalan citer heheheh

Aku Ibu Muda said...

k.chik... u make me wanna run to bookshop now! :)

shafa said...

Mcm menarik jer... Kena pulak maid org kemboja...blh tahu psl org kemboja jgk...

Melur Jelita said...

Salam KC jelita,
terima kasih....

Melur Jelita said...

Alhamdulillah9999999999999x, semuanya dari Allah. Sangat terharu membaca review ini. KC jelita sangat memahami ILUS.

Citarasa Rinduan said...

amboiiii
nak gelak bila kc gambarkan saat kc sanggup bt apa shj u mmbaca i love u stupid.

ayu dh 3kali ulang baca.. tamo brenggang langsung..
hahhahaha..

best2..
kak melur mmg bbakat. lain dr y lain

!eNa PnG said...

ala... ina baru nak p beli... ari tue da baca awak suka saya tak?..sangat best... tapi novel nie sure lagi bombastik kan kan kan...

Peri PiA said...

alamak,terbako ni.belum sambar ILUS lagi :)

Anonymous said...

hy kakcik..ILUS belum sambar lagi.tapi Awak Suka Saya Tak memang berbaloi2..i loikeeee :)


-MDT-

momnsofea said...

cayalah akak...sy pu dh beli bln lalu tp x baca2 lg he he tgh curi masa nak baca klu dh baca x leh berhenti la pulak he he..nnt ada org kat umah jeling2..

Irfa said...

saya suka novel tebal,sbb lambat abis
hehe..nak beli jugaklah nanti

Tina Othman said...

kc

im in love with abang pedas, seriously kisah cinta yg sangat mengasyikkan tapi sangat terjaga batas pergaulan kan

sampai sekarang buku ni sentiasa nak dibaca, rasa mcm miss out kalau tak baca, oh abg pedas keke