Cerita Abang Teksi No. 1

Monday, October 22, 2012

Hari tu saya naik Teksi. To be exact .. naik MPV .. dari individu yang buat 'part time' di KLIA.  Kenapa saya pilih dia? Sebab harga Teksi @ Van kat KLIA adalah tersangat melampau i.e. dua kali ganda dari harga yang Abang tu offer. Well .. sebagai Customer, Best Offer Win. Buat apa bayar mahal-mahal sedangkan servisnya sama, kan.

Peramah pulak Abang Teksi tu. Dari KLIA ke Sg Buloh .. tak jemu dengar cerita dia. Menarik, tertarik dan sangat "da boom" cerita-cerita dia. 

Kisah tentang pengalaman dia selama mencari rezeki di KLIA.  Kisah keperitan hidup dia di KL .. mempunyai anak seorang menuntut di 'oversea' .. seorang di local university .. dan dua orang yang masih bersekolah rendah lagi. Kalau tak rajin buat 'part time' macam ni .. mana nak cukup duit? Malaysia Bumi bertuah .. Allah beri banyak hasil bumi.  Ada kelapa sawit, getah, minyak dan sawah tapi masih ada rakyat yang hidup susah. Misz-Ella biasa tengok orang geledah tong sampah belakang ofis demi sesuap nasi. Kesian, kan. Kata Abg Teksi .. gaji dua laki bini kalau dicampur berdua cuma RM5,000 sebulan.  Dengan harga barang yang makin meningkat .. dengan duit minyak duit tol ulang alik ke tempat kerja .. dengan tarif elektrik dan air yang agak besar angkanya untuk seisi rumah .. dengan ansuran rumah yang perlu dibayar tiap bulan berserta dengan bunganya ..  bil telefon, IWK, cukai tanah, cukai pintu, dengan duit belanja sekolah anak .. yuran tution dan sebagainya .. kalau saya tak buat part time .. famili saya tak cukup makan. RM5,000 sebulan masih tak cukup? Aduhaiii .. tinggi betul kos sara hidup di Bandar Kuala Lumpur.

So, kesimpulannya saya harus rajin demi famili.  Tak boleh harap duit gaji je sebab duit gaji yang dia dan isteri dapat sebulan .. tak padan dengan jumlah yang dia dan isteri perlu keluarkan. Siang saya kerja .. malam kereta saya saya jadikan Teksi.  Saya kena rajin. Saya ketepikan penat demi sayangkan famili. Mileage kereta abang berapa sebulan agaknya ye ~ Misz-Ella tanya. Huhhh .. Kalau nak tau .. kereta saya ni minyak hitam perlu diservis sebulan sekali. Wahhhh .. banyak tu bang ~ kata Misz-Ella lagi.

OK. Ini baru Bahagian Pertama ~ Kenapa saya bawak Teksi. Lepas ini akan menyusul beberapa Entry Tentang Pemandu Teksi lagi.  Misz-Ella terpaksa buat bersiri-siri sebab terlalu panjang dan banyak kisah Si Pemandu Teksi ni. Tunggu ye. 

You Might Also Like

14 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here