Cakap-Cakap Orang Tak Paham

Monday, December 10, 2012

Kecewa lah bila bercakap dengan orang yang susah nak faham. Buta hati dan tertutup minda agaknya orang macam ni?

I cakap A. Dia jawab B. I cakap tentang orang yang hidupnya tak ada pilihan. Dia keep on reply Hidup ada pilihan. Mungkin hidup dia banyak pilihan .. dia lupa tentang wujudnya segolongan manusia yang dalam hidupnya langsung tak ada pilihan. Mana la orang tu ada pilihan kalau pendapatan sebulan nak makan pun tak lepas? Ada pilihan ke orang camtu? Ada? 

Bila kita terlalu selesa dengan hidup kita .. kita lupa dengan yang tak berupaya.  Bila kita kaya, kita buat-buat lupa dengan kewujudan orang daif di luar sana.  Bila kita duduk rumah mewah, kita buat-buat lupa yang kat negara kita ni, masih ada orang yang rumahnya langsung tak rupa rumah. 

Sedih kan bila jumpa orang camni? Sedih lah. Misz-ella sedih sampai airmata nak menitis. Mana perginya 'sense' atau rasa yang Allah SWT bagi pada kita? Pada orang camni, kalau dah miskin memang itu je la yang layak untuk kau. Pada diaorang, orang daif dan miskin tak perlu dibantu dengan yang baik-baik. Asal bantu je dah cukup. Hmmm .. sedih.

End up i feel its a waste of time talking to orang macamni. Dia tak da 'sense', tak ada rasa. Cakap berjam-jam dengan dia pun mesej tetap tak 'deliver'. Banyak kali 'point' yang Misz-ella sampaikan hampir terbuang. Sebab dia pusing sana, pusing sini.  I agree my life ada pilihan but i'm talking about those people yang hidupnya tak ada pilihan. Pandang la hidup mereka. Kita sebagai manusia kalau nak membantu, bantulah sebaiknya. Bukan takat melepas batuk di tangga atau nak nama. Aku makan ayam, kau aku bagi ikan masin je. Aku makan Gred A kau aku bagi Gred Z, gred yang paling last. Camtu ke?

Hmmm .. tak pe la orang tak faham. Jangan kecewa sangat Ella. Bukan semua orang celik jiwa macam kau. Ramai lagi yang buta hati dalam dunia ni. Atau pun .. kalau dah susah sangat .. apa kata ko 'blacklist' terus je dia ni. Lepas ni jangan jadikan dia tempat bercerita lagi. Cool, kan. Hihihi.



You Might Also Like

7 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here