Monday, December 17, 2012

Cerita Dia. Tentang Kita.

Bila cerita dari dia tapi tentang kita, Hmmm .. jangan la kita 100% percaya.  Tanya pihak ke dua, ke tiga atau seterusnya.

Kalau masih ragu-ragu .. tanya terus 'subjek utama' topik itu. Jangan percaya bulat-bulat kata-kata dia. Pertama .. kita tak tau motif si Penyampai cerita. Kedua .. Cerita yang disampaikan kadangkala ditambah perisa. Ketiga .. alaaa .. buat apa tanya orang tu orang ni .. bukankah lebih baik tanya tuan punya diri sendiri. Ke empat .. If you are not sure and want to be sure .. Ask. Make it clear. Tukang cerita perhaps misjudge. Tukang cerita maybe ada Agendanya yang tersendiri.  Kerap terjadi Cerita yang sampai ditokok tambah mengikut citarasa orang yang bercerita. Siapa yang sengsara? Siapa jadi mangsa? "Subjek utama", kan. Kesian. Kita yang percaya pulak, kena kelentong je dengan Si Penyampai Cerita. Kesian jugak la kat kita ni, kan. Si Penyampai Cerita? Elehh .. dia pedulik apa.

Life is Easy. Why make it Complicated? I dont understand why people like to make it complicated when it is suppose to be straight forward.  I dont understand why people choose to fight when they can choose other way instead. Mungkin sebab kita lupa nak muhasabah. Mungkin sebab kita hanya tengok 'surface'. Kita 'judge' apa yang kita nampak tanpa fikir guna akal fikiran yang kita ada. Atau mungkinkah sebab kita memang suka menambah serabut?

1 comment:

L said...

senang cerita tak pyh cerita. L meluat bila org duk cerita mcm2 pasai L. hermm.