Wednesday, December 19, 2012

Sayang Suami Tinggal-Tinggalkan

Kawan saya nak berhijrah.  Dari bandar ke kampung halaman. Ohhh .. saya sedih.  Anak saya pun turut sedih.  Semalam jumpa Suami dia kat Pasar Malam.  Katanya .. barang-barang dah hantar ke Kluang.  Orang rumah (kawan saya) juga sudah di sana.  Budak-budak mungkin hujung minggu ni baru gerak.  Saya tengok asben dia bercerita macam nak bergenang airmata. Mana taknya .. lepas ni dia bakal berjauhan dengan isteri dan anak-anak. Dia kerja di Klang .. isteri dan anak-anak di Kluang.

Kawan saya isteri pertama. Walaupun dia bermadu, saya tengok diaorg laki-bini very the loving. Sesekali diaorang pergi Karaoke satu famili, Aiman diaorang bawak sekali.  Sesekali diaorg berdua laki-bini gi tempat dangdut joget-joget.  Saya suka tengok Couple ni sampai kadang-kadang saya fikir .. bila asben dia balik rumah No. 2 ye? Tapi saya tak pernah tanya.  Saya rasa soalan tu terlalu peribadi.  Saya tak sanggup lukakan hati kawan saya hanya kerana ikutkan hati yang teringin sangat nak tau.  Certain things tak yah la kita tanya eh .. biar dia 'reserve' untuk diri sendiri.

Kawan saya orang Kluang. Tujuan dia berhijrah pulang ke kampung sebab katanya dia dah dua tahun bina Gerai makan di Kluang. Dia minat berniaga .. sama macam asben dia yang asal dari Kelantan. So katanya dia nak teruskan hajat dia berniaga .. dapat la bantu suami sikit-sikit ~ kata dia.

Saya ok dengan keputusan dia .. asalkan dia bahagia .. tapi dalam waktu yang sama saya kesian kat asben dia.  Hari tu kan .. masa diaorang dah 'decide' nak berhijrah, dah 'settle' urusan pindah sekolah .. tiba-tiba asben dia tanya .. Boleh tak kalau cancel pindah? Tak sanggup pulak rasanya nak berjauhan dengan anak-anak ... dah biasa riuh dengan gurau senda 6 orang anak .. tetiba jauh dimata .. sunyi pulak rasanya. Eh .. lupa nak cakap ... dengan isteri pertama anak dia 6 .. dengan isteri ke dua i'm not sure. I think this guy must be a good husband sebab walau ada yang ke dua, saya tengok dia sayang gila dengan anak-anak dan isteri pertama. Caring gila dan saya tengok kawan saya ni pun sayang gila kat asben dia. Dia redha kot eh kena madu? Or mungkin pada dia tak da beza pun asben dia kawin 2 sebab asben dia hari-hari balik rumah.  Tak balik malam dia balik time lunch.

Saya sedih lah dia 'decide' nak pindah. Saya bayangkan anak-anak dia .. asben dia. Serius cakap .. saya suka tengok famili ni. Kalau datang rumah saya, riuh rendah rumah saya dengan gurau senda diaorg laki-bini berdua. Saya betul-betul sedih membayangkan situasi kawan saya kat sini .. laki dia kat sana. Memang la betul kawan saya cakap ~ dia tak risau sebab Madu dia boleh jaga laki dia tapi saya tetap sedih nak pulak bila tengok muka sayu asben dia malam semalam.

Walau saya sedih, saya tetap doakan yang terbaik.  I'm sure sebelum buat keputusan, kawan saya dah fikir habis-habis.  I'm sure dia ada alasan dia yang tersendiri. All The Best To You, Ana. Terima Kasih atas segala budi baik selama kita berjiran.  Masih terbayang merah mata Ana bila dapat tau Aiman kemalangan.  Masih Ella ingat saat kita sama-sama menunggu Aiman keluar dari Dewan Bedah. Akan Ella kenang budi baik dan jasa Ana sampai bila-bila. Ella doakan yang terbaik untuk Ana dan keluarga. In Sha Allah. Amin. 

~Sayang Suami Tinggal-Tinggalkan ~

13 comments:

pinky said...

ssh nak cari teman yang baik skrg... byk yg ptgkan diri...=(

faraherda.razalan said...

Wow! Sy ade experience tentang kenalan yg bermadu. Tapi, tak pnh ade kisah mcm yg ni. Heee~ Sweet!

Mama Likha said...

erk ! pepatah baru erkkk..

Rai Ourkizuna said...

bagusnya kalau suami yg boleh adil begini..walau pun kita tau on the surface je kan..tapi at least dia banyak luang masa dengan isteri dan anak2 nya..

:: Mrs.Eady :: said...

tak sanggup nak berjauhannn....

misza said...

Lagi jauh mungkin lagi sayang, jadi couple hujung minggu. Banyak pasangan macam ni sekarang.

Daddy Ziyyad said...

Sorang di Klang, sorang di Kluang..alahai...

So, bakal jadi weekend husband atau sebulan sekali jumpa?

Aku Ibu Muda said...

mcm wani plak tinggal2kan suami ni....huhuu..

tp rasanya setahun ni da cukup lama...mcm x sanggup lg nk teruskan kc... :((

Kniedaz said...

semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat..susah nak jumpa isteri yang betul2 ikhlas bermadu..tabik kat jiran kakchik ni

Mama Zharfan said...

jrg psgn bermadu yg bahagia...very rare gitu...

diana said...

tak sangguop nak jauh dengan suami..walaupun kadang2 kami banyak gaduh..'eh!!hahah

Irfa said...

bila jd macam ni nak kesian pun ada w,pun dlm hati tertanya2 'kalau sayang kenapa kasih boleh beralih arah'hehe

mereka je yg tahu kenapa.senang citer dah jodoh..

apa2pun saya rasa kawan akak tu baik dan tabah orgnya.smoga mereka gembira dgn jalan yg dipilih

pena rozie said...

Memang susah cr family yg mcm ni. Ape tah lg kawan susah & senang.....