Tuesday, January 31, 2012

Off Rabu

Best harini ~ Rabu tanpa sebu tapi penuh dengan kaler. Rabu yang kita "OFF" dan tak "ON" di tempat kerja. Yeayy!! Appreciate the 1 day Hari Wilayah leave sebab kita tak da Sultan untuk bagi off di Hari Keputeraan. Hihihi.

Specialnya harini, pagi-pagi dah dapat kol dari Blogger, pastu ni baru balik 'lunch' dengan Blogger. Tadi berbalas SMS dengan seorang Blogger popular. Wahhh .. baru separuh hari sudah happening gitew. OK. Now take a break for 1 hour before meeting another girlfriend of mine. Buat readers yang tengah kerja, kerja baik-baik ye. Buat yang OFF mcm saya, esok jangan lupa kerja. 

Famili dan artis-artis

Hari Sabtu malam minggu ~ Kemeriahan dan kepenatan yang berterusan
tapi mengeratkan silaturrahim sesama insan. Alhamdulillah. Syukur nikmat Allah SWT kepada kita semua.


Mama dan Abah potong kek Anniversary.  Jai sengih nape?

Phewittttt .. Adik saya Aishah, Kakak Saya KY, Salina and Baby Aleesya
and Chef Cilik ~ the awesome Sarah Ardinie.

Bukti kami sopink ramai-ramai.

Sessi makan berjemaah (Round 2) pada 28.01.2012.

Ni kita punya

Sepupu-sepupu Aiman ..

Ala tomey-tomey ..

tetiba sentap ..

OK. Dah tak sentap bila berjaya jadi "Paparazzi" untuk Aiman dan Aleesya.
Ini hasil kerja Puteri The Princess ~ tanpa kepala. Kahkahkah.

Woowwoooo .. ada orang nyanyi-nyanyi. 

Mama kita minat dia. Aiman 'aim' nak body cam dia.

Kita pun enterframe gak. 
Pastu sibuk tanya "Sapa eh nama dia? My KY answered ~ Ady Putra" Dia berlakon cite apa eh? KY jwb ~ Nora Elena. Makkkkk .. malunya, tak kenal aktor berlakon dlm drama popular meletops tu. What to do .. ai bukan Minah TV. Tengok Nora Elena pun ujung-ujung je, tak penah pollo. Hihi.

Hahhhhh .. yang ni ai kenal ~  aha .. ohoo .. caramu dan caraku*sambil joget ala-ala kumpulan Elite* Ni Watie Elite ler .. zaman ai muda-muda bergetah dulu. OK. Dah malam dah penat. Jom balik. BTW, TQVM my Darling Yanti for being my Driver tolong ambek kek kat Seksyen 18 tu. Kalau tak da dia, mati la ai. "AI BUTA KAWASAN" kahkahkah.



Monday, January 30, 2012

Minum Teh

Minum Teh ~ Teh O, Teh Lemon, Teh O Limau, Teh O Halia, Teh Cina, Teh Jepun dan semestinya Teh Tarik paling popular.  Opsss .. Teh stoberi, Teh O Laici dan spesis teh yang lain pun dah wujud sekarang ni*versatile sungguh Teh sekarang ye?*

Masa kecik-kecik dulu, Teh O feveretku *tu je yg mampu* Sejak jatuh cinta dengan Cik Nescafe O, cik Teh O ku tak pandang lagi. Cissss .. sungguh kacang lupakan kulit kau ni, Ella*hihi*.

Acara "Yum Char" atau Minum Teh dihari Perkahwinan masyarakat China masih kekal hingga hari ini. Memang teh popular, kan.

Semua teh kat atas tu kita suka. Ambik gambar teh pun kita suka and this is one of them. Teh O Lemon .. i guess*lupa sudah*

**sedang sibuk merencana sesuatu sekarang ni. Dah selesai nanti kita cerita panjang ye.

Makan ramai-ramai

Makan ramai-ramai .. bayar sorang-sorang.

Tukang bayar yang tak mau dikenali. Mekasih daun keladi .. esok2 belanja la kita lagi. Hihi.


Me, Nani Rostam & Yanti

Temujanji ke 4 di hari Jumaat yg padat ~ Dating dengan girlfriends sesekali memang la terapi paling baik buat kami yang sokmo bizi. Sayangnya Dr. Rozzana dilanda situasi superbizi. Paper Marking Marathon in progress. Subjek - Sains Kesihatan. Pening. Jangan sapa berani kacau. SMS i pun dia tak da masa nak layan. So my dear sister Kak Zana, the eating, chatting and laughing activity at Concorde Hotel, KL on Friday nite was without u.  Kalau u ada, lagi meriah lagi la gelak. Please settle down with your workload a.s.a.p cos we are sooooooo .. rindu kat u. 


Ginger Tea satu jug milik kita. Kak Nani dengan Mango Lassi dan Teh Tarik Yanti. Paling berbaloi dah tentu lah se jug Ginger Tea pilihanku itu.

Bizi-bizi diaorang ni. Disebabkan tak da orang nak layan ..  pandai-pandai la bawak diri dgn ambek gambar sendiri*sambil feeling syok sendiri*Hihi.

Tom Yam Tallay, Soto Ayam dan Ciskek. Tom Yam tu, sumpah tak sedap!!

Yanti yg selalu stress .. stress .. bizi .. bizi. Accounting Report, Management Report .. meeting@HQ ~ ayat feveret dia. Dipinang subsidiari lain DRB, Boss tak bagi pegi. Suruh dia "Up" sikit Yanti. Hihi.


Ini tidak adil .. tidak adil*ala-ala lagu Yuna* kalau gambar Kak Nani satu jer. So, haruslah letak gambar ni jugak. I kan adil dan sayang dua-dua. 

Gemuks nya diri diapit dua jelitawan tinggi lampai kurus melidi. Mak nak kurusssss .. Cehhhh .. dan dan tu semangat tapi bila makan tak hengat. Kahkahkah.

Sunday, January 29, 2012

Rezeki Kerja Tuhan.

Percayalah kawan bahawa Rezeki itu kerja Tuhan. Bukan atas tangan Boss atau sebagainya. Percayalah juga bahawa Allah SWT itu sangat adil lagi saksama pada tiap insanNya.

Percayalah juga bahawa Bahagia itu datang dengan berbagai cara .. bukan pada wang ringgit semata-mata. Percayalah kawan. 

Dont be sad. Rise and shine.

Jumaat yang padat

Jumaat lepas yang penat dan padat*walau cuti, tapi penuh aktiviti"


Temujanji pertama ~ Pukul 6:30 pagi di dapur sendiri. Orang cuti bangun lambat, tapi kita pagi-pagi dah bermesra dengan senduk dan kuali. 

Temujanji ke dua ~ 10:00 - 3:00 petang.
Urusan Money Matters*banking* dan Makan dgn teman. Mewah "lunch", kan. Alhamdulillah*orang belanja*Hihi.

Pastu buru-buru order kek ni untuk Aktiviti dengan Famili di hujung minggu. Last minit .. sib baik Ninie boleh buat. Wahhh .. meriah betul cuti 9 hari ai u.

Jap .... ada lagi. Belum habis lagi perjalanan di Hari Jumaat yang padat. Aktiviti Hari Jumaat diteruskan dengan kesayangan sehingga tengah malam. Nanti kita tulis kat sini, untuk dikenang bersama*mana la tau kot tua esok pelupa .. boleh la Flashback zaman muda dengan baca blog ni*Hihihi.


Untuk mama dan abah


Untuk Mama dan Abah.
Moga kekal bahagia selama-lamanya.

Saturday, January 28, 2012

Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

2 Hari 1 Malam di Pantai Teluk Cempedak. Pantai ni best!! Tenang, damai, cantik .. macam-macam ada. Orang meniaga ada .. orang melukis ada .. orang 'dating' ada .. yang berpiket pun ada. Hihi. Boleh pulak diaorang berpiket tepi pantai ni ye?

Yang tak best cuma satu je .. Harga makanan kat sini mengalahkan harga makanan kat KL. Nasi Goreng Kampung RM5.00, Mee Goreng RM4.00. Kedai makan biasa-biasa je tu .. bukan restoran besar.


Model "metallic" berkilat untuk Nasi Kukus Ayam berharga RM6.50.

Nasi Kukus + Ikan Pari Bakar lebih kurang tu rega dia.

Dah .. dah .. Duit dah habis bersuka ria. 
Jom balik dengan segera. 

Dan melayan keinginan tekak yang mahukan Bihun Sup Campur di Ani Sup Utara. Makan 3 orang di sini sama harganya dengan di Pantai Teluk Cempedak tengahari tadi. Phewwwww ..



Friday, January 27, 2012

Bukan Cuti Rehat

Kalau dicampur Sabtu, Ahad, Cuti CNY, cuti rela dan cuti paksa rela ~ 9  hari semuanya. Macam panjang .. macam lama .. tapi percayalah .. tak cukup sebenarnya.

Tiap-tiap hari ada aktiviti .. tiap-tiap hari kat rumah tak lekat .. banyak yang dah dibuat dan masih banyak yang belum dibuat. Hrmmm .. tak cukup sebenarnya 9 hari buat orang yang sentiasa bizi-bizi macam kita ni. Bizi-bizi tak pe .. jangan bizi bodi .. nanti orang benci, kannnn .. 

Walau sudah menghampiri tempoh 9 hari bercuti rehat .. sebenarnya sampai ke hari ini, aku masih belum merasakan "rehat". Mak penat ahh .. tapi mak hepi melenjan diri ke sana sini. So, kau diam-diam je jgn komplen ye Ella dear*misi memujuk diri*

Dan hari ini, 28 Januari 2012 .. masih ada beberapa aktiviti yang perlu dipenuhi .. Dari acara di rumah berbunyi kompang .. mengambil kek di rumah orang .. Bertemu adik beradik untuk sessi bersama famili. On all the activities surrounding me .. I have only one wish .. May Allah SWT bless me with good health and strength so that i can contribute to all my "Kesayangan". Insyallah. Amin.

BTW, Selamat Berhujung Minggu, kawan-kawan. Harap korang hepi wiken ni.

Thursday, January 26, 2012

Bukit Gambang Water Park

Memandangkan check in pun dah dekat pukul 5:30 petang, pastu by 6:30 dah nak leave the hotel untuk aktiviti Makan Seafood di Tjg Lumpur with The Aziz's Family, makanya segala aktiviti mandi manda kita buat esok aje la ye. Waterpark close at 6:30 .. sah-sah tak sempat dah derrr. OK. In this entry kita nak cerita tentang Bukit Gambang Water Park .. tempat orang mandi-mandi menghepi dan menggelapkan diri.

If u stay at the Resort, u can either drive or ambek this trem. But its not free .. RM2 pegi balik ye. Kitorang nak senang, so we drove there. Elehhh .. 300 meter je, bukan jauh pun. Sila beli tiket dekat Kaunter berdekatan dengan Kaunter Chek In untuk elakkan beratur berbaris di pintu masuk Water Park nanti. RM21.90 untuk Dewasa, RM14.90 untuk Kanak-Kanak. Student jgn lupa ask for Student rate .. RM18 sahaja.


Dah macam DisneyLand Hongkong yang ku visit tahun 2007 dulu ..

Lagi lagi long que. Pukul 9:30 pagi dah beratur panjang camni. Nak sewa Cabana dan pelampung jer pun .. bukan nak buat apa. Apa la salahnya kalau diaorang bukak lebih kaunter, kan.

Tak boleh guna cash dalam Water Park tu ye. Beli makanan, sewa pelampung, sewa locker, sewa pondol @ cabana, beli makanan semuanya menggunakan E-Value system. Means kita kena purchase E-Value at the price of RM50, RM100 atau RM200. Dia activate kan dekat Wristband. Segala duit yang tak pakai kita boleh tebus balik kat Refund Counter. Systematic and computerised sangat la kononnnn .. tapi .. jap eh .. jap lagi kita cerita.

Sewa Pondok @ Cabana RM35. Kalau tak nak sewa pun tak pe .. banyak kerusi meja awam ada tapi kena berebut dan share-share la, kan ..

Kita tak paham kenapa Cabana tu pun ada deposit .. macam la nak bawak balik sehelai dua daun bumbung tu. Apa daaa .. Kalau pelampung tu logik la kan, kot la ada yg notty-notty buang angin kempiskan masuk dalam beg bawak balik dengan niat nak swim dalam bilik air. Hahaha ..

Systematic dan computerised la sangat konon. System pun ada masanya sakit gak, kan. Dekat 40 minit beratur nak beli Tiket konon nak tunggu IT Dept repair the system .. padahal kita orang no. 3 je dari hadapan. After 40 minit, last-last diaorang issue tiket secara manual. Kalau boleh manual, patut kau buat la awal-awal .. apa kes biar customer menunggu? Sian pakcik dan makcik-makcik belakang kita tau. Servis kelembapan betul la diaorang nih .. Bengangggg sangat tapi kerana anak kita kuat semangat. Lagipun, "What the hell" nak bising-bising, kan. Hilang vogues akak kang. *Haha ... perasan* Sabar ~ macam tu la kita pujuk hati.

Cabana @ Pondok yang kita sewa ~ RM45 + deposit untuk sepanjang hari. Haihhh .. benda camni pun diaorang boleh terfikir nak buat duit, ye?  Pe salah kalau bagi kemudahan free untuk visitors .. they give u business, right. Buat sekali dan kutip duit sepanjang tahun .. Money matters betul.

And the Pizza + Mineral water comes free with the Cabana. 

Lagi Cabana sepanjang Coco Beach

Best kan kalau datang ber rombongan ~ boleh main Bola Tampar Pantai kat Coco Beach mcm famili ni dengan syarat .. Bola bawak sendiri.

Teringin nak main gelongsor air nih 

Dan yang ni

Tapiiiii ... Adoiiii .. pinjam anak korang boleh? Hihihi.


Sg. Glazier di  Penguin Island yang sejukkkkkk .. sangat. Gigil ok.


Main shock wave kat Coco Beach ~ Ce carik mana Aiman dengan Abah dia? Jangan harap nak jumpa sebab Tukang Foto cuma berani ambek gambar dari jauh sahaja. 

Yang ni pun best ..

Ekspedisi menyusur Sungai Glazier bermula disini ..

Shower ni kita ulang banyak kali. Nampak sangat suka yang safe-safe je, kan. Tak adventure langsung!! Kahkahkah.

Food Court banyak. Yang ni Penguin Express. Banyak pilihan makanan kat sini. Tapiiiii ... 

RM9.80. Automatik teringat Nasik Budget RM2.50 kat SU. Aduiiiii .. jauh beza dari segi harga dan rasa sebab rasa Nasi Kukus RM9.80 ni tersangatlah entah apa-apa walau bau dia tersangatlah menggoda. Adussss .. Tipah tertipu dengan aroma nya. 

All in kita rasa harga masuk iaitu RM21.90 untuk Dewasa tu sangat berpatutanlah. Water Park ni besar, selesa tapi servis dia memang sangat very bad .. benci sangat-sangat tau. Diaorang ni tak pentingkan keselesaan customer yang support business dia. Apa daa .. Bukankah keselesaan customer itu penting supaya dia datang lagi .. lagi dan lagi? Dan repeat visits means good business for u?