Wednesday, February 29, 2012

Kerja jadi Ibadah kalau kita ikhlas

Dulu, saya dan keluarga pernah berguru dengan seorang Ustaz yang datang ke rumah.  Ustaz mengajar kami tentang bagaimana tiap kerja yang kita lakukan akan menjadi 'satu ibadah' dan mendapat keredhaan Allah SWT hanya jika kita benar-benar ikhlas melakukannya.

Kata Ustaz, Ikhlas harus lahir dari jiwa bukan dari kata-kata. Means .. lakukan tiap kerja dengan rela dan redha tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran atau imbuhan seperti puji-pujian, kenaikan gaji atau pangkat dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain "Tangan buat kerja mulut diam sahaja." Barulah Nur atau Cahaya akan terpancar di wajahnya. Hmmm ..camtu la pesan Ustaz. Masalahnya, zaman sekarang ni, susah nak cari orang yang benar-benar "ikhlas". Kebanyakannya mengejar Duniawi. Mahu dipandang tinggi oleh Boss .. mahu dipuji .. mahu dibalas dengan imbuhan dan ganjaran .. dan akhirnya wujud lah mereka-mereka yang "buat sikit tapi bunyi lebih". Tambah sedih bila mereka sanggup menjadikan kawan sebagai lawan. Ganjaran wang, pujian dan imbuhan menjadikan mereka kelabu mata. Manusia semakin lupa nilai insani di saat mereka terlalu mengejar duniawi. Maka wujudlah situasi kawan "cucuk" kawan dan situasi  "Aku yang paling bagus .. Aku yang paling rajin .. Orang lain sume salah". Alahaiiii .. sedih.




Lecka Lecka

Good morning Friends. Selamat Datang bulan Mac. Birthday abah saya, bestfriend saya dan anak buah saya bulan ni.  OK. Meh kita mulakan pagi ni dengan menyejukkan hati yang panas gara-gara berbagai insiden di pagi ini dengan menjamu mata di Kafe Lecka Lecka. Sedap. Paling penting .. jauh lebih murah dari harga competitor dengan kualiti yang lebih kurang sama.




Satu bekas 2 scoop. Mine yg ada colourful choc rice tu ~ Ricotta Cheese + Crunchy Biscotti. Aiman ambek Ferroro Rocher + Mocha. 4 scoop ni, RM14 sahaja. Far away cheaper than the competitor, right. OK la. Sekian Entry berkongsi rasa dengan readers semua. Got to go. Time Kasih baca ye. Bye.



Rabu dengan kata

Dah habis waktu pejabat dan tersangat la penat.  Seharian memerah minda sambil jari-jari jalus tak henti mengetik 'keyboard' yang setia dan akhirnya aku sakit kepala dan mata kerana kedua-duanya terlalu lama didera.

Hmmm .. Sometimes, i wish i can tell the whole world what's in my mind. Tapi sayang, sesetengah perkara, hanya untuk diri sendiri sahaja. Tak pe lah. Kita lupakan je perkara yang sesakkan minda .. Mari hepikan diri dengan readers yang setia menjenguk blog kecil ini walaupun Tuan Belog kurang berkata-kata hari ini. Many thanks, readers.

Part of last night dinner. Aku cakap Daun Kaduk, Yanti cakap Sirih. Whatever la. Yang penting, cara makan dia macam sirih tapi intinya udang kering, kacang tanah, bawang, cili api dan mangga yang dihiris halus-halus. Pastu korang corongkan dia, buh kuah tu. Masuk mulut kunyah-kunyah terus telan. Rasa? Hmm .. Sedap tapi daun tu "maung" sikit. This food is called "Mieng Kam". 9 ketoi tu RM6.00 sahaja. 


Kalau makan di Kedai Siam, haruslah order Kerabu Mangga dan Bihun Tomyam.
Letih arr menguis serai dan daun limau purut bila makan ni.

Budak Kembar dengan Air aneka rasa dan warna. 4 gelas tak cukup derr .. pastu kita tambah lagi 2. Akak kehausan gara-gara "Toyota Aerodance" dan percayalah bahawa Hani lah Wira yang menghabiskan hidangan "Mieng Kam" itu. Hana? Dia makan 1 jer .. kurang 'adventure' rupanya dia. Hihihi.

Tuesday, February 28, 2012

Rabu Kurang Kata ~ II

Hai Toyota. Here we come.



Aerodance Session at Toyota, Seksyen 15, Shah Alam ~ 28th February 2012.

Rabu kurang kata



Monday, February 27, 2012

Simpul

Orang kata .. simpul ketat-ketat supaya tak terlerai. Tapi percaya tak kalau saya berpendapat yang certain things at certain times, its good to loosen the 'simpulan'.

Bila sedikit "loose" then ada 'extra' ruang untuk lapangkan fikiran. Fikiran yang lapang menghasilkan keputusan yang tepat dan bernas kerana di buat dalam suasana yang tenang dan tidak tegang. Keputusan yang 'rasional' bukan 'emosional'.

Saya kan, selalu ingat Kata-Kata ini :~
"Dont make desicion when you are angry. Never make promise when you are happy." So, kalau tengah marah atau perlu buat satu keputusan, sebaiknya Duduk diam-diam dan berfikir dengan tenang.  InsyaAllah keputusan awak tu nanti akan lebih tepat.

Log Out

Kempen "Protect your privacy by logging out" sekarang ni sedang giat kedengaran di radio. Serius sungguh gejala ni sampai kempen besar-besaran terpaksa dijalankan. Mana tak serius .. habis gambar-gambar peribadi milik mangsa disalahguna.

Secara logiknya, kalau PC itu hak mutlak kita sendiri dan tidak berkongsi, tak perlu 'log out' pun tak apa. Tapi pernah terjadi pada teman saya .. Dalam dia ke "Ladies" sekejap, teman sekerja sempat menceroboh 'privacy' dia dengan 'browsing through' all her YM conversation. Sungguh tak patut. Siapa bagi dia hak untuk buat macamtu? Siapa kita untuk enter to her private life without permission? For me, orang begini terlebih busybody.  Melampau sungguh perbuatan "mengintip" YM orang secara diam-diam dan tersangatlah bahaya sebab kita tak tau baik atau buruk niatnya. Orang macam ni tak boleh dipercayai. Bahaya .. bahaya. So kawan-kawan, sebelum kita menjadi mangsa .. mari kita setuju dengan Kempen "Logging Out To Protect Our Privacy".

Isnin Kita dan Budaya Kerja Orang Cina

Isnin kita arini. Tak banyak beza dengan Isnin yang lalu. Pagi ni diserang virus "malas" sebab celik mata je terbayang trafik jem kat jalanraya. Tapi semangat kuat beb .. ku singkirkan perasaan malas angkara Syaiton yang direjam iteww. Yeayy .. menang!! Bangun and get ready - Kerja. OTW, entah kenapa, tetiba rasa macam kerja kat Seremban. Nak habiskan 25km terasa jauh dan lamaaaaa sangat. Apakah masalah kau wahai Ella? 


Pastu terjadi sesuatu ~ Entry Pass tetiba "shut off". No signal. Nothing. Menung 2, 3 minit depan tu tunggu orang bukak pintu. Hmm .. Selagi belum pukul 9 jangan harap ada "staff on standby". Kita kan ikut cara kerja masyarakat Cina ~ Menepati masa. Ohhh .. masa kita melawat Kilang Mark & Spencer kat China dulu, kita kagum dengan budaya kerja mereka. Diaorang buat kerja sungguh-sungguh. Diam. Tunduk. Tekun. 100% concentrate on work sahaja. Tepat pukul 1, loceng bunyi tanda dah masuk waktu rehat, baru la masing-masing angkat muka. Wah .. wah .. terus riuh rendah sapa orang sebelah. Banyak benda nak borak la tu .. lama dah simpan .. time kerja langsung tak bercakap so nak tanya atau borak apa-apa .. TUNGGU. Orang kita? Sambil kerja .. sambil gossiping mengata. Kahkahkah. Sungguh tak senonoh suka jaga tepi kain orang, kan.

By 10 am dah hepi sebab dapat "New card w/out charge". Ye la .. kad tu rosak sendiri .. len la kalau kita rosakkan atau hilangkan then baru di charge. Tak sabar nak "tap" "tap" sume pintu dalam opis ni. Hahaha .. buat la perangai jakun tak senonoh wahai Ella .. mcm tak penah jumpa. Hihihi. OK. Things goes well today sampailah Boss Anak Tan Sri masuk. Alaaa .. dia ni memang tau. Ahad semalam kan, kita main masak-masak sambil berSMS dengan dia*macam arini tak jumpa* Rindu kat aku kot dia ni? Hahaha. Bengang!! Tapi bengang bengang pun i like. Dia baik. Dia berhemah. He treated me very well. 16 tahun kerja dengan dia, tinggi suara kat kita langsung tak ada. Boss orang lain? Yang macam Tarzan hobi jerit sini sana pun ada. Apa daaa .. 

Apa pun .. hari ni memang macam-macam. Pagi bestfriend ku Ms Wong bagi sebungkus Biskut manis feveret*hepi* Se mug Nescafe tak abis-abis dari pagi sampai petang which is not me yang "Hantu Kopi".  Tak pe. It's ok. Malam ni nak tido senyum sebab Assistant ku Kak Senah janji sok nak masakkan Sup Ayam feveret ku. Yeayy!! tapi sebelum tido, haruslah penatkan badan ber 'aerodance'. Bila penat .. baru berbaloi rehat. Betul tak? Betul kan. Eh .. cakap betul cepat. If not ..tak nak kawan. Hihi. OK. Sekian sahaja Entry orang sewel di satu hari Isnin yang tah apa-apa. TQ baca ye.





Sunday, February 26, 2012

BMW dan CRV


Tangan kat CRV .. hati kat BMW*macam mampu* 
Tetiba datang 'owner' dia. Seorang lelaki berjubah putih baru selesai berjemaah di Masjid.
Kagum ~ Melayu kita ramai yang kaya. 
Paling penting "Kejar dunia , akhirat tak lupa"


Semalam ~ Dari pagi sampai malam


Sarapan pagi di Kg. Budiman

Juadah tengahari masak sendiri makan dengan famili

Sessi Adinda Kekanda sebelah petang 

Malam? Repeat sejemput nasi dan sambal udang bersulamkan kerepek Jack n Jill. Fuhhhh .. penat jugak ye makan-makan. Hihihi.

Friday, February 24, 2012

Alarm Clock yang sesakkan jiwa dan telinga

Patutnya hari Sabtu ni hari rehat. Bukan senang nak dapat "off Saturday" ni. Sepanjang bulan Februari ni, tiap-tiap Sabtu ada je "task" menunggu. So, today is my off replacement day. Memandangkan tido pun dah hampir jam 2 pagi, arini konon nak bangun lambat lah. Jangan harap. "Alarm Clock" dari selang dua rumah betul-betul menyesakkan telinga dan jiwa. Dia tengah buat kerja-kerja pecah dinding (renovation). Dah lama kerja-kerja besarkan rumah dia ni terbengkalai dan mendatangkan ketidakselesaan pada jiran tetangga. Rasanya dah dekat setahun kot? Dengarnya orang-orang sebelah dan orang belakang dah ramai yang komplen kat Majlis Daerah. Rumah teres kan dekat-dekat so sedikit sebanyak menganggu ketenteraman dan kebersihan jiran tetangga gak la.

Bayangkan dia bukak "owning" pastu diaorang sandarkan "owning" tu kat pagar belakang rumah kita. Dah kita tak boleh bukak pagar belakang. Means, i have only one exit now which is pagar depan. Kalau jadi apa-apa camna? Tuan punya rumah tau bukan tak tau but seems like they doesn't do anything. So, what should i do? Submit compalint to Majlis? Seriously, i do not have time to do that and i do not want to create any conflict with neighbours. Nak tak nak .. SABAR. Hmmm .. OK lah. Got to go. Nak bersiap untuk gi Makan Kenduri. Yeayyy .. tak yah masak tengahari ni. Hihihi.

Eh BTW ... Selamat Berhujung Minggu, korang. Jaga diri ye.

Thursday, February 23, 2012

Tengahari Jumaat

Tengahari Jumaat yang panas. Sesuai untuk memerap bawah gebar atas katil dengan "aircond" berkelajuan maksimum. Tapi sayangnya kita kat opis .. mimpi je la benda-benda camtu. Hihi. Hajat hati mahu gunakan tengahari ini dengan manjakan diri di salun sambil rambut dicuci dan diurut ubun-ubun*salun depan opis je* tapi Kak Senah dan Sanisah Ruslin "insist" on "makan .. makan .. dan makan". OK lah .. demi sahabat tercinta, i kerah tapak kaki ikut jejak mereka. Dari opis ke resto, ke Supermarket, ke resto balik .. ai lalu depan salun tu dgn telan air liur je le. Hihihi.


Sayur labu masak lemak, Kubis goreng, Rendang Ayam dan Sirap Bandung = RM6.00.
OK ke harga tu? Saja tak ambek nasi sebab pagi tadi dah makan Nasi Goreng Sardin yang meletop hasil tangan Kak Rosnah. OK. Panas sudah bertukar hujan. Harap-harap jalan tak "jem" petang ni hendaknya.

OK. Bandung sudah bertukar warna setelah digaul seenaknya. BTW, Bandung soda "the best", kan. And FYI, Sirap Bandung dan Mee Bandung milik orang Malaysia .. bukan resepi dari Bandung, Indonesia. Hihi.


Lepat Pisang

Antara banyak-banyak Pasar Malam, Pasar Malam Paya Jaras yang terbaik. Dari sayur dan ulam-ulaman kampung sampai ke sayur moden lagi mahal seperti Brocolli, Asparagus dan Cauliflower ada jual di situ. Harga pun sangat berpatutan. Tak sedar sekeping demi sekeping duit kertas keluar. Hihihi.


Lepat Pisang, Lepat Ubi dan Pulut Panggang yang dibeli di Pasar Malam Paya Jaras. Tiap kali nak beli lepat mesti tanya "Ada inti tak?" Kalau ada baru kita beli .. sebab kita tak suka lepat kosong. Tapi sayangnya, lepat yang kita beli ni intinya kelapa manis. Kalau kelapa bergaram yang sikit-sikit masin tu lagi best, kan. Alahaiiii .. bila tak puas hati mula la rasa nak buat sendiri. Kita pandai tau buat Lepat. Eh .. bukan setakat lepat, pulut panggang tu pun kita boleh buat. Tapi tu la .. setakat nak makan 2, 3 orang .. berbaloi ke?

Wednesday, February 22, 2012

Happy Birthday Ms. Wong. Happy Birthday Dr. Rozzana


Happy Birthday my friend Ms Wong. TQ for being such a wonderful friend for me. Tima kasih sudi pinjamkan telinga utk tiap luahan rasa tiap kali ai perlukan telinga tu. Hihihi.

Happy Birthday my friend Kak Zana. This 2012 is another year full of "boom boom bang" for you. 
Moga sentiasa berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah SWT. 
* Cant wait for the day, kak .. jangan sampai sakit tekak. Hihi.



Perjalanan Mencari Cinta

Buat kawan-kawan yang menghadapi kesukaran mencari cinta .. bersabarlah. Kalau dengan A tak heppi .. dengan B tak serasi .. mungkin C, D atau seterusnya kita bakal bahagia.

Perjalanan Mencari Cinta itu tidak sama buat setiap orang. Ada yang mudah .. ada yang 'tough' tapi percayalah kawan bahawa bahagia itu tetap ada dan bahagia itu datang dengan berbagai cara. Tuhan sayang tiap hambaNya, kan. Owhh BTW, buat yang putus cinta .. "Kecewa jangan lama"  ye. Dari kau "down" gila-gila, lebih baik kau cari bahagia. Hihihi.




Warna

Perasan tak ada sesetengah warna memang tak kena dengan peribadi dan diri kita. Kalau pakai je warna tu, nampak 'gloomy' tak berseri. For me, sungguh tak sesuai dan tak naik seri kalau pakai kelabu. Tak tau la kenapa. Korang camna?

Antara baju-baju yang kalau kita pakai macam 'tak kena'. Tak tau la kenapa.

Tuesday, February 21, 2012

Lepak Jap

Sebenarnya kan, at the moment kepala tengah ting tong. Tido malam jap-jap lena .. jap-jap jaga. Tu la akibatnya kalau dalam kepala ada tanda tanya, kan. Tapi kan .. walaupun ting tong, aktiviti Mak-Mak tetap berjalan seperti biasa. So, di Hari Selasa Malam Rabu di Puncak Alam kami berempat bertemu ~ Myself, Pinky @ Yanti, Dr. Rozzana dan Mardiana ... untuk sama-sama berterapi badan dan minda sambil hepi-hepi. Really fun .. really happy. Seronok tengok kepuasan di wajah kawan-awan.

Bestfriend ku Si Pinky @ Yanti.
Lepas aerodance, kita lepak minum kejap. One thing about friendship, belajarlah terima each other seadanya. Yanti dah macam adik sendiri. Tegur menegur .. marah-marah manja, perkara biasa. Tak penah gaduh .. tak simpan dalam hati .. tiada benci. 

Another bestfriend Dr. Rozzana and her daughter, Fathihah.
Kak Zana yang selalu busy. Harini pun dia outstation. Lagi tinggi pangkat ... lagi banyak tanggungjawab dan kerja menanti sentuhannya. Tapi bagusnya Kak Zana .. dia mengamalkan resmi padi. Makin berisi .. makin tunduk ke bumi. Mari contohi Yanti dan Kak Zana ~ Sudi mereka berkawan dengan org biasa-biasa macam saya yang tidak berpendidikan tinggi. Alalalala .. tetiba mood sentimental. Hihihi.

Monday, February 20, 2012

Suatu waktu dahulu ..

Suatu waktu dahulu ..
Misz-Ella kecik keding je orangnya. Berat badan ada la dalam 38-40kg je masa kawin. Underweight, kurus sangat-sangat. Mama sampai bawak kita jumpa Doktor mintak penawar untuk naikkan berat badan tapi Tuan Doktor kata kita normal .. so tak apa.

Sekarang? Berat badan 52kg. Kalau boleh nak jumpa Doktor mintak penawar untuk kurangkan berat badan. Hahaha .. Mak dah membesar lepas kawin. Nak kata kuat makan tak jugak .. biasa aje. Perubahan hormon kot? Rasanya masalah naik turun berat badan ni adalah situasi biasa untuk perempuan lepas kawin, kan. Sapa sama spesis dengan kita?  Sapa? Sapa? Angkat keyboard tu cepat*mcm la boleh nampak*Hihi.

Tapi kan .. ada gak yang walaupun anak berderet tapi badan tetap maintain macam anak dara gitewww. Lain orang lain, kan. Tak sama. Apa pun bersyukur lah dengan tiap kurniaan Allah. Asalkan sehat .. asalkan berpada-pada dan sederhana, cukuplah.


Both photos taken almost 20 years ago. Masa ni i kerja kat MPC. Gambar bawah masa "New Members Cocktail Reception". Kerja kat Sales & PR Dept .. entertaining to potential and new members was part of my job specification. Lepas kawin kita jadi 'low profile'. Lebih suka keja belakang-belakang dari ke depan. Hmmm .. camtu la cerita Suatu Waktu Dahulu. Tima kaseh baca ye.

Kejadian dan Sebab

Tidak akan terjadi setiap kejadian itu tanpa izin dan restu Allah SWT ~ Susah sangat kah kita sebagai manusia untuk menerima?

Bila tengok lelaki lembut .. kita mencemuh dan menghina. Kesian. Bukan kesian kat dia tapi kesian kat diri kita sebab tanpa disedari kita menghina ciptaan Allah SWT. Kita ingat kita hebat, kita sempurna tapi sebenarnya lebih rendah darjat kita di sisi Dia bila kita menghina dia.

Bila terjadi sesuatu peristiwa, kita mengutuk, membenci malah mencaci. Kesian. Bukan kesian dekat mereka tapi kesian kat diri kita sendiri yang lupa bawah takkan berlaku kejadian itu tanpa izin dan restu Allah SWT.

Kita lupa Allah SWT itu Maha Mengetahui. Dia tau apa yang terbaik untuk tiap hambaNya. Dan kita? Kita siapa nak menghukum mereka? Kita pun banyak cacat cela. Tak sempurna.

Adab-adab Dalam Persahabatan

  • Hormat menghormati
  • Bantu membantu
  • Prihatin
  • Jujur ~ Bukan musuh dalam selimut @ Gunting dalam lipatan. Bukan bermuka-muka.
  • Setia @ Bukan lalang
  • Sentiasa ada @ Good listener
  • Respect @ hormat 'privacy' kawan. Don't cross the border. 
Paling penting, elakkan berkawan rapat dengan 'pretender' yang suka bermuka-muka. Elakkan juga Si Busybody. Elakkan jugak orang yang sentiasa ada perasaan dengki .. yang tak suka lihat kita bahagia walaupun kita tak kacau dia. Elakkan berkawan dengan orang yang kerjanya hanya lah nak menjatuhkan kita. Well, tak kesah la kalau tak ramai kawan atau tidak popular kerana yang penting kualiti seseorang kawan itu. Bukan kuantiti. Betul tak?

Sunday, February 19, 2012

Lepak Ahad

Mogok sangat la konon. Kita ni mana la tau nak merajuk lama-lama. Bak kata Aiman ... "Mama tak simpan dalam hati .. Marah sekejap je pastu ok". Betul la tu. Apa gunanya membina "sawang" dalam hati kalau akhirnya memakan diri. Cepat tua nanti, kan. Memang dah stail kita camtu .. "Tak puas hati .. cakap". "Dah cakap .. lega". OK .. dah boleh senyum to each other.

Hari Ahad .. konon tak nak pegi mana-mana. Konon nak rehat .. lepak kat rumah je. Ye la tu .. Lepak sangat la konon .. tak lepak langsung sebenarnya sebab dari pagi sampai malam, "macam-macam ada" .. tak berhenti kita buat kerja. Pagi masak Bihun Goreng untuk sarapan. Pastu siap-siap keluar untuk aktiviti cergaskan badan dengan 'aerodance'. Dah selesai gi minum dengan kawan-kawan balik singgah kedai beli itu ini untuk masak tengahari. Sampai rumah, ai terus pegang title "Chef" u.

Sotong Goreng Kunyit

Ikan Sardin Goreng Garing dan Ulam

Sayur Campur dengan Udang

Sup Ayam dengan Carrot dan Kentang

Sambal Kicap buat pelengkap 

Makan malam ialah Nasi Goreng Cili Api yang pedas lagi berasap. 

Hmmm .. camtu la cerita satu hari di hari Ahad bila Misz-Ella duduk rumah. Macam-macam nak buat. Lepas "lunch", angkat kain, lipat kain, mop lantai. Tu pun nasib baik petang tu gi kedai cari Udang tak ada, kalau tidak, mahu bercucur udang kita petang tu. Sebenarnya duduk rumah lagi penat, kan. Kerja rumah tak penah habis. Orang lelaki lain la .. diaorang rilek je, kannn. Kita nak kena buat macam-macam kerja. Itu la istimewanya perempuan, kan. Kalau kita tak ada mesti hidup diaorang huru hara. Bangga lah jadi perempuan. Hihihi.





Friday, February 17, 2012

Mogok

Hari ni nak mogok.
Tak nak masak.
Tak nak cakap.
Tak nak pegi mana-mana.
Tak nak kawan.
Semua tak nak. Apa pun Tak nak.

Tak nak tulis Blog.
Ehhh .....

tertulis.

Thursday, February 16, 2012

Kerana Masa ..

Maka wajib lah kita menghargai tiap detik dan ketika
Harus kita 'berkira' dengan masa
supaya tiap masa yang ada tak sia-sia.

Beli Red Morgan ni tahun lepas, pakainya baru beberapa kali.
Suka? tak? Suka? tak?
Eh .. suka. Sebab tu beli. Hihi.





Membaca ~ Ilmu dan Guru

Orang kata Membaca jambatan ilmu .. tapi tengok jugak bahan bacaan yang kita baca. Kalau membaca yang bukan-bukan .. ilmu tah apa-apa la yang kita dapat nanti. Betul tak?

As for me, hobi membaca bermula dari umur belasan tahun lagi. I enjoy reading. Ada masanya bila  semangat berkobar-kobar nak membaca tapi bahan bacaan tak ada, suratkhabar 5 tahun lepas pun jadilah. Gila, kan. Hihi. Saya jadikan hobi Membaca itu untuk menambah ilmu. Membaca membuka ruang minda .. mengubah cara saya berfikir .. membuat saya melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza. Kalau dulu saya macam ni, membaca buat saya jadi macam tu. Saya rasa, selain dari pengalaman dan kejadian, membaca turut menjadi penyumbang besar dalam kehidupan. Tapi tak tau la pulak saya kalau ada orang yang suka membaca tapi tak membawa apa-apa makna dan perubahan dalam hidup dia. Means, sekadar hobi, suka-suka tapi tak dapat pengisian jiwa. Ada kot yang macam ni?  Tak kesahlah .. lain orang lain cara dan penerimaannya, kan. Seiring dengan peningkatan usia dan tahap kematangan, rentak bacaan saya juga mula berubah tapi jiwa penyayang saya tetap memilih tema 'cinta' dan kasih sayang.

Novels of the month :~ 
Novel-novel impian dari penulis-penulis hebat seperti Tan Sri A. Samad Said, Habiburrahman dan Ismad Astar .. pertama kali baca Novel dia bertajuk Antara Safa dan Marwah. Dah mula baca malam semalam .. menarik jugak cerita dia tentang seorang Ahli Perniagaan bernama Syed yang berpengkalan di Jeddah membesarkan anak perempuannya tanpa isteri. Walau tanpa isteri, anak dia lengkap ilmu agama .. bisnes berkembang maju hingga ke peringkat antarabangsa atas niat jihad dan harta untuk sedekah jariah. Novel ni tinggi nilai murni, sarat dengan nasihat dan pengajaran. Tenang jiwa baca novel ni.

Dan cabaran seterusnya dah tentulah menghabiskan satu lagi novel pembangun minda yang popular bertajuk Ketika Cinta Bertasbih ni. Jangan sampai tak tidur malam sudah la ye Ella. 

Wednesday, February 15, 2012

California Roll dan Idaman Hati


Lunch California Roll hari ini setelah berjaya membeli idaman hati.

Desert @ kudapan ~ Sugar craze will definitely love this.


Rabu penuh emosi

Kerana tragedi marah petang Selasa, selera makan malam tak ada dan tidur malam bertemankan tampal koyok sebab sakit kepala. Haihhh .. tu sebab teman tak suka marah-marah. Sebab teman lepas marah, mula la pastu teringat-ingat. Menyesal pun ada sebab gagal kontrol emosi tapi teman manusia biasa, kan. Tahap kesabaran ada had. Bila dah marah ~ 'buruk' .. hilang 'vouge' *ecece .. perasan* yang ada cuma muka sebu sebal dan layu ala-ala Hantu Kak Limah Balik Rumah .. tapi sebu-sebu pun .. teman tetap masak malam buat famili tauuuu .. walaupun hanya Nasi Goreng Biasa-biasa.

Hari Rabu pulak ofis ni jap-jap terang .. jap-jap gelap sebab TNB buat kerja repair substation kat belakang ofis. Komputer jap-jap on .. jap-jap off. Bengang tak? Bengang, kan. OK. Tengah bangang .. eh .. bengang .. sori *hihi*  mari pujuk hati dengan ambek gambar sendiri. Hahaha .. tu la dia muka mak budak tak suka pakai Lipstick. Pakai pagi sekali je pastu buat-buat buta walaupun lipstick tu dah tak da. Masa ni mula la berangan .. bestnya kalau bibir i kemerahan bak delima merkah. Boleh drop one item in the shopping list which is lipstick. Best, kan. Ekcelikan, masa ni emosi masih tak stabil. Dok pikir 'assignment' atas meja yang kena submit harini juga. Life or Dead ~ kena hantar harini. Paling tak best, before submit dah tau that all my effort bakal dibalas dengan 'query' by the local authority. Mana taknya .. kita mintak Civil Engineer dia bagi budak Building Technology. Bengang, kan. Mesti la bengang kalau benda yang patutnya 'straight forward' akhirnya menjadi 'double work'. Biasalah .. sesetengah orang kat sini memang suka 'workhard' dari 'worksmart'. Mangsanya kita. Sabor je la Ella .. What to do. So, pukul 2:30 i walked out from the office ke PJ submit document yang bakal di query. Bila dokumen bertukar tangan .. Fuhhh .. lega .. ringan bahu. OTW balik teman singgah minum kat Bukit Tunku. Alaaa .. dah memang laluan balik ke ofis pun.

Ubi Kayu rebus dengan Kelapa. Ini tanda teman berjiwa dan selera Melayu.

Ubi Kayu rebus bersira Gula. Perghhhhh .. licin teman makan. Sikit pun tak berlebih. Mahal dowhh makan kat sini .. Teh Tarik segelas RM4.  But seriously, i like this place. Dah lama Restoran ni wujud kat sini and i have been visiting this restaurant since 12 years ago. Nama Restoran ~ Restoran Pinang Masak. Area ~ Bukit Tunku. Kalau tergoda pandai-pandai google sendiri ye. Hihi. Hari Rabu yang penuh emosi dan warna warni ni teman akhiri dengan "Aerodance" dengan kawan-kawan. Today i learn new dance steps. Ilmu .. untuk bekalan masa depan. Tak salah belajar dan terus belajar, kan. Asalkan rajin, asalkan ada minat dan sanggup ketepikan penat, InsyaAllah ada berkat. Amin.



Tuesday, February 14, 2012

Spa kaki dgn Zana, Nani dan Yanti

Misi rehat dan cantikkan diri sempena cuti 3 hari berakhir dengan aktiviti memanjakan kaki yang banyak jasanya membawa kita ke sana sini. Amboii Kau Ella .. Mula-mula stim rambut, pastu facial dan aromatherapy masage dan last sekali ber Foot Spa. Wahhh .. Lengkap!! Dompet tu pun makin tipis ok .... Hihihi. Owh .. BTW, tiga org bestfren iaitu Kak Zana, Yanti dan Kak Nani ada bersama saya untuk acara manjakan kaki.

Kita makan dulu. We went to HOMST for lunch before start. Pastu jalan-jalan. Area Dataran Sunway ni memang best!! Banyak Butik baju cun-cun ada kat sini. Kak Zana dan Yanti did some shopping.  I? Tumpang gembira tengok kawan-kawan bawak paperbag dengan rasa riang ria. Hepi eh Kak Zana dan Yanti.

Masa untuk 'Foot Spa.' Enjoy kami bersandar berlima atas sofa sambil kaki direndam dalam sinki yang airnya beraromaterapi.

Foot scrub ~ untuk buang daki yg tak terlihat dek mata kasar

Bungkus kaki lepas sapu "Lavender lotion." Kalau harapkan diri sendiri, memang tak terbuat benda-benda camni, kan. 

Alat-alat operasi.

Sempat pejam. Sempat sebab staff sorang, kaki yang nak cantik 4. Bergilir le kita. Kak Zana siap dulu sebab tapak kaki dia paling cantik, tak da 'callus' atau kulit keras tak macam tapak kaki kami bertiga. Nampak sangat yg kaki kami bertiga kuat kerja dan kaki Kak Zana sangat manja. Hihi.

Gurau  ... gelak. Kami ber empat memang serasi bersama.

Ini Alisya. Alisya!! Budak comel dengan senyum menawan yang .... Alaaa .. sapa la tak kenal si Yaya dalam cerita Boboboi ni, kan. Beauty with shining smile. Seriously, bab senyuman Keknis dan Kekna kalah. Eh .. jgn marah.

Kak Zana 'add on' with Manicure. Pasni result exam student mesti cantek, sebab di 'mark' oleh jari dan kuku yang molek. Hihihi.

Yeahhh .. itu dia Professor Dr. Rozzana kesayangan saya

Dah siap semua, kami pulang dengan kulit kaki lebih gebu dari pipi. Dan kita makan dulu di Fullhouse dengan mood tersangatlah hepi dan puashati.

Yanti with Iced Korea Lemon Citron Tea. Serius sedap. Len kali datang boleh order lagi.

Chicken Chop with Raisin Sauce ~ Agak manis tapi still ok lah. Korean Xin Noodle ~ Sama macam Mee Maggi tapi harganya .. RM10.90. Kahkahkah. Mahal sungguh harga semangkuk maggi buatan Korea ye.

Alisya tak sabar nak makan "Lamp Chop" but Untie Ella said .. SMILEEEE. 

All in .. all in .. we were very happy with the moments that we spend together since we are always busy with the hectic job specs, family commitments .. etc. And for me, i'm very happy with my life dimana i belajar untuk seimbangkan kehidupan. Kalau cuti panjang CNY haritu i spend quality time with my parents, adik beradik dan famili, cuti kali ni i cuba luangkan masa dengan kawan-kawan. I believe kita harus bijak bahagikan masa yang ada untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk anak, untuk kawan-kawan so that we appreciate every moments of our life. Lagipun i ni bukanlah ramai kawan sebenarnya but if you read my blog, u know that i'm a very loyal friend. I loves people surrounding me so much. Tak kesahlah kalau ada yang kutuk "Eleh .. balik-balik orang tu". Nak buat camna, i ni jenis yang kalau serasi berkawan, i pegang tali persahabatan tu ketat-ketat dan berdoa agar berkekalan. I think i have only one wish .. I want to make my 'kesayangan' happy cos when they happy, i'm happy too. Bahagia datang dengan berbagai cara, kan.

BTW, ada banyak lagi cara untuk manjakan kaki ~ Di sinisini dan juga sini. Korang baca la ye.