Monday, April 30, 2012

Riang Ria Seorang Pekerja

Hari ini Hari Pekerja. 
Sume pekerja gembira bercuti beriang ria. 
Termasuk lah saya yang berjoget aerodance di pagi hari ..
Selamat Hari Pekerja buat semua yang bergelar pekerja.

Sarapan seorang pekerja sambil goyang kaki dan gurau senda pagi ini.

Jom kita berehat, kawan-kawan.

Tapi ..

tapi ..

tapi ..

Esok ada tender tutup ..
betul-betul boleh rehatkah aku hari ini?????


Battleship Movie Outing

Hari minggu aku .. penuh berderet aktiviti dari pagi sampai ke tengah malam. Dari beraerobik menjaga kesihatan, pastu jadi Bibik @ Ibu kejut anak kejut laki bangun pagi, pastu gi Majlis Renjis-renjis di Pilis*auwwww .. lawo  pengantin* .. menonton wayang bersama teman sampai la ke melipat kain sambil menonton Sinetron Indo pada jam 12 malam. And i'm working today .. bukan cuti seperti sesetengah orang ye tapi sedang membanting jari dan akal fikiran demi sesuap nasi famili kecik kami. Tak pe. Tak pe. Yang penting hepi. 

Muka bosan menunggu yang lain-lain bersiap. 

Jangan tenyeh mata anda sebab Si Gedik ber fotoan syok sendiri ini memang Misz-ella. Dan rambut gulung-gulung itu sebab saya baru habis berkenduri-kendara meraikan perkahwinan si Blogger Popular. Nanti kita cerita ye.

Alalalala .. Teacher Cantik yang dari hari Rabu mengajak kita menonton bersama. Hanya Ahad petang bisa ku penuhi permintaanmu. Antara "Battleship dan Avengers" ... yang mana satu?

Akhirnya Battleship pilihan kami kerana kehabisan tempat duduk untuk filem "Avengers SuperHero" itu. Rakyat Malaysia bab-bab menghabiskan duit ni nombor satu, kan*termasuk la aku* Hahaha. Tapi zaman sekarang ni jer .. masa kita kecik dulu mana penah tonton wayang, kan. Beli CD cetak rompak pun tak merasa ... hihihi. Battleship is a very nice movie walaupun at the beginning agak blur-blur sikit. Yang paling cekap menangkap cerita ni Si Aiman*dia memang suka main Game tu* Serius cerita ni memang best and Rihanna is so cute!! Tak rugi u ols spend duit watching this movie.

Diaorang semua order ni.

Dan hanya ini untukku.

Habis movie dah dekat 10 malam. Ada hal kami ke Setia Alam .. pastu ke Meru .. pastu baru balik ke SU. Jangan ingat kita gedebuk terus tuju tilam sebab pas mandi-mandi kita sambung buat kerja melipat kain bertimbun lagi. Dekat 1 pagi baru boleh tidur dan tidurku ala-ala 'Sleeping Beauty'. Sungguh lena sampai dikejutkan oleh Azan Subuh dari suara merdu si Tukang Azan*rumah depan Masjid*. Syukur .. masih diberi peluang untuk hidup sehari lagi. Masih bisa menyumbang sesuatu untuk kesayangan. Masih boleh senyum pada mereka-mereka walau hati terluka. Alhamdulillah. Amin.

Sunday, April 29, 2012

Penunggu

Ingat tak lagi cerita tentang bunyi mengiau dalam rumah jam 2 pagi? Sejak peristiwa tu, tiap kali nak tido malam mesti kita make sure tutup tingkap bilik air. Tak kuasa nak main kejar-kejar dengan kucing pukul 2 pagi camtu. Mengganggu sangat, tidur ala-ala 'Sleeping Beauty' ku, kan.

Dan sekarang, walaupun Kucing Garek Cik Yam dah tak boleh masuk dalam rumah, tapi dia tetap setia menjadi penunggu cuma 'portnya' sekarang dah bertukar ke luar rumah. Silap-silap atas kereta kita tempat tidur dia.



Tiap-tiap pagi, Si Gebu ni tak sabar menunggu Cik Yam bukak pintu. Ada masanya, Si Gebu ni berkenyit pagi dengan kita di pagi yang sunyi. Elehhhh .. mengada. Sib baik ko comel. Hehehe. Tapi kucing memang comel, kan. Kiut, miut, penyayang, manja ~ Semuanya ada dalam diri seekor kucing yang comel .. nak pulak yang gebu camni.

Thursday, April 26, 2012

Ayam Masak Lemak & Sup Sawi Bersos Tiram

Ayam Masak Lemak Cili Api bukan feveret dalam rumah ni tapi kalau Asam Pedas Ayam .. memang layan. Tapi disebabkan prinsip hidup kita kena ajar anak makan je sume benda jangan jadi macam Mama dia yang petai tak makan .. jering tak layan .. so sekali-sekala*setahun dua tahun sekali kot* kita masak jugak la Ayam Masak Lemak nih.



Sedap tak Aiman? Sedap. Habis 3 ketul Aiman makan. Good. Aiman kena cuba dan makan semua .. jangan cerewet. Nanti susah bawak diri ~ Camtu la dialog kami. 

Misi Kecikkan Pinggang

Perempuan kalau dapat pinggang ramping ala-ala kerengga .. Wahhh!! ditambah lak dengan bentuk badan macam biola .. Hmmm .. lagilah. Tapi kan .. saat umur lagi setapak melangkah ke 40an, anak pun dah umur belasan, jangan mimpi la nak badan cam biola .. gedabak cam piano adalah. Hahaha. Tak pe. Tak pe. yang penting sehat. Tu yang paling penting sebenarnya. Bersenam untuk jaga kesihatan bukan nak kurus semata-mata. Kalau kurus la 'target' korang .. takut nanti tak dapat apa yang didamkan .. kecewa.  Dalam exercise, yang penting 'have fun' dan enjoy. Jangan stress-stress eh. Selalu-selalu la tambah senyuman dalam ber exercise. Bila kita enjoy nanti akan timbul rasa nak lagi dan lagi. Baru kita boleh kekal dan bertahan.

Me and Dr. Rozzana. T-shirt Elle Active kitorang sama ~ Beli kat The Curve masa Bertemujanji dengan Cermin haritu. Kebetulan ada sale dan saiz pun ada. I beli S, dia beli M. Sesekali bersedondon .... glamer kena tegur dengan kawan-kawan gitewww. Kelas Rabu di Dewan M3 berlangsung dalam suasana romantis bertemankan 2 biji 'emergency lamp' sebab 'switchboard' letrik ada masalah. Walau sedikit berbahang sebab almost 20 persons turn up that night but i'm sure the result is superb. Mana taknya ber exercise dan bersauna dalam masa yang sama, kann.

Tengok tu .. Teacher Tini 'blink .. blink' dengan Kasut Glow In the Dark dia. Satu persamaan kelas Teacher Tini dan kelas saya ialah .. banyak buat exercise pinggang. Walau sedikit mendera otot pinggang tapi kalau cukup 'warm up', kesakitan otot boleh dielakkan dan kalau diamalkan dengan konsisten .. hasilnya pinggang 26" macam i*weeee .. suka*.

Nampaknya Dewan M3 tempat kitorang ber aerodance bakal bertukar rupa menjadi Bilik Gerakan Pilihanraya. Banyak jalanraya dah semakin cantek dan rata ..tak da lubang sana sini dah. Hmmmm .. kalau tak da pilihanraya, tak merasa la kita jalan baru ye.  

BTW, Selamat Datang Rafeah, my blog reader who joined our class 3 weeks ago. She emailed me and ask details and i directed her to Teacher Tini. Selamat Datang ke Kelas Aerodance yang mana Teachernya sangat prihatin dan studentnya mesra belaka. Harap-harap Rafeah dapat bersenam dengan konsisten.


Mee Kari Udang

Tengah-tengah buat kerja .. tetiba teringin kan Mee Kari Udang. Pastu nak dan-dan tu jugak. Tak nak esok-esok. Tak nak nanti-nanti. Tak nak jap-jap lagi. Bangun .. terus tuju Pantry.

Tu dia .. Mee Kari Udang jenama Maggi penyelamat 'tummy' hari ini. Daripada tak dapat .. boleh la, kan. Sib baik memang ada stok Sawi Hong Kong + Udang kat pantry. Sib baik Mee Maggi Cepat Dimasak 2 minit siap. Sib baik boleh makan sambil buat kerja. Tak la Boss tertanya-tanya .. Ella mana?

Bila bulan nak datang, selera makan dan minum 'boleh tahan'. Tengok tu nak. Tengok ni teringin. Pastu layan. Kalau minum, harus 2 gelas. Pastu komplen naik se kilo.  Bila bulan datang turun balik se kilo tu. Ehhh .. cam yo-yo. Jap-jap naik. Jap-jap turun. Untung 'tummy' kan .. dimanja-manja .. dibelai-belai. Yang menangis poket. Sebab duit banyak keluar beli itu ini.

Dah penat melayan 'tummy' yang nak itu ini .. malam bersenam. Kita bakor. Kita bakor sume kalori. Tu pasal kita 'S'. Aritu masa shopping dengan Dr. Rozzana kawan baik kita, kita beli baju saiz budak-budak kat Poney dan Hush Puppies untuk diri sendiri. Tapi 'S' kita dah nak sampai 'border' dah. Jaga-jaga Ella. Jangan manjakan sangat  'tummy'. Karang 'tummy' hepi jiwa emosi. Camna tak emosi .. duit kena keluar sebab dari S bertukar ke M.Hah .. tu la pasal dari sekarang kena beringat. Kena jaga-jaga. Tak mau jiwa emosi duit keluar laju kerana baju baru. Kita sayang baju-baju "S" tu. Ada yang dari anak dara sampai sekarang anak kita dah teruna. So ingat ye Misz-Ella .. 'Jaga-jaga".

Wednesday, April 25, 2012

Sessi Lepas Rindu

Beberapa hari sebelum Ahad, my sister Kak Yang (KY) ajak buat "Pot Luck Gathering" kat rumah mama.  Molek sangat la tu. Macam tau je dengan kehendak hatiku yang rindu sangat pada famili. So, i sms everyone and tunggu reply. Alop jauh kat Taiping, Aishah kat Kuching .. so kita on je dengan yang lain-lain. Dok congak-congak .. dok fikir-fikir last-last buat keputusan nak bawak Daging Masak Merah dan Kueh Kasturi.

Tapi kan .. Meehoon Goreng lebihan sarapan pagi ada juga dalam Beg besar terlebih muatan saya. Hehehe.

Daging Masak Merah

Dah buh dalam "Tupperware" ~ Ready to mom's

Sempat jugak buat Kueh Kasturi atau Kueh Kacang Hijau di pagi yang sama. Bayangkan camna saya bersilat berkung fu bertai chi kat dapur sorang-sorang .. Hehehe.

Angah bawak Salad Crunchy

KY bawak Ayam Masak Tauchu. Ayam Masak Tauchu? Suka-suka dia cipta resepi sendiri. Tapi sedaps gila dia masak. Pasni kita cuba ye.

Ikan Pacu Goreng ni Angah yang bawak.


Laksa dari Jai dan Sarina ~ Adik angkat kitorang yang rumahnya atas rumah Mama.

Fresh Mango Juice yang dikisar sendiri oleh Angah ~ Meleleh siot tengok titisan air dingin kat bekas tu. 


Bittersweet dessert by my sister KY. Makin panjang "Resume KY" di dapur ye.
Dia dah pandai buat Redvelvet Cake, Butter Cake, Pizza dan macam-macam lagi. Kita jelessss sebab kita pandai makan je. Hehehe.

Apam Polkadot ni beli dari rakan blogger kesayangan, MDT. KC rindu awak, MDT.

Sehari sebelum tu ialah Harijadi Kak Ngah. Dah beramai-ramai ni, marilah kita raikan bersama. 

Happy Birthday To You Kak Ngah (My Sister In Law). Moga sentiasa ceria .. moga kekal bahagia selama-lamanya.. Fuhhh ..fuhh .. fuhhh*sib baik tak tempias* Hehehe.

Alalalala .. Sarah Ardinie buat muka comel. Sayang my other angel Puteri The Princess tak ada. Rindu gila kat budak comel tu. Kiranya misi Melepaskan Rindu dengan kesayangan ni tak berjaya la ye .. sebab ada yang tak ada. Masing-masing busy .. nak buat camna?





Tuesday, April 24, 2012

You Doesn't Look Your Age

"You Doesn't Look Your Age"
Bila diberi 'statement' begini oleh seorang Amoi Comel di satu Event yang lalu ... it makes me think. Betul ke aku awet muda? Do i really doesn't look my age? Weeeeee .. kadang-kadang hepi .. kadang-kadang kerut dahi. Kerut dahi sebab Ishhh .. diaorang ni tak nampak ke 'my keduts' sana sini?

Kadang-kadang terfikir tak .. Kenapa yang tu nampak muda .. yang ni pulak nampak biasa-biasa sedangkan  kita sebaya? Mungkin tekanan dan kekangan kehidupan .. mungkin kerana kita sendiri tidak peduli atau perihatin dari awal lagi ... mungkin keadaan yang tidak mengizinkan. Tapi sebenarnya .. saya pun biasa-biasa je. Ada jugak keduts di sini sana. Penuaan tu kan proses semulajadi yang mana setiap dari kita kena hadapi. So, jangan takut tua eh. Hadapi je dengan senyuman. OK lah. Got to go. Mekaseh baca. Bye.






Sepetang Bersama Blogger

15 April 2012 ~ i attended Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network. Actually, being seorang yang pemalu, tersangat lah susah saya nak attend Majlis sebegini. Almaklumlah .. blog Misz-ella biasa-biasa sahaja, Follower pun tak ramai, Traffik pun biasa-biasa jugak so sedikit sebanyak ia menyumbang kepada rasa kekerdilan diri saya di dunia Blogging ini. Tetapi e-mail jemputan dari En. Amir whom i met personally during Honda Insight Awareness Campaign tersangatlah susah untuk ditolak. So, i was there that Sunday afternoon .. menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati sebagai memberi sokongan kepada Rakan Blogger.

The Banner.
I sampai awal .. among the earliest rasanya? "Menepati dan Menghormati Masa" adalah antara ciri-ciri orang yang berkualiti. Hehehe. BTW, pihak Denaihati juga menganjurkan Seminar Wordpress dalam waktu yang sama and the response was good.

The Stage

Tuan Pengerusi membuka Majlis dengan Kata-kata Aluan Selamat Datang




Perkongsian Ilmu Blogging oleh Encik Amir dan Blogger-blogger lain.

Cenderahati dari pihak Denaihati



Cenderahati dari pihak P1 who also sponsored the Event. Well, memilih pihak P1 sebagai Sponsor majlis ini adalah sangat bertepatan kerana  internet dan blogger bagai laut dan pantai - tidak dapat dipisahkan. Andai terpisah .. pincanglah dunia blogging kita. Kan blogger-blogger kannnn. And once the Wireless connection with the password announced on screen, i can see most of the bloggers started to online. First i saw Becky on her laptop .. then more and more bloggers online via their handphone. And i tell you .. the line was superb!!! Well done, P1.

1051 my Lucky Draw no for that afternoon. I sebenarnya jarang bertuah dalam Acara camni. 

Tapi kali ni i menang.Weeeee ..*hepi*

Inside the Goodies bag.

Sedang mencari masa untuk membaca buku ini.

This is interesting. Something yang i selalu baca di suratkhabar. Hari ini semakin luas pengetahuan saya tentang apa itu E-Qurban.


Entertaintment time by Zarul Umbrella. A singer cum blogger. Blog dia best. Korang pegi la tengok. On Stage are Abang ensem and one of the peserta seminar .. sedang melakonkan Adegan "Ombak Rindu". Kelakar. Sporting sangat diaorang berdua.

Puan Bee - My blog reader's*ada jugak yang kenal saya ye*

Bro Framestone, Puan Bee, Fazreen dan kawan Fazreen. Kali ke 2 jumpa Fazreen. Pertama kali masa Event bersama Honda haritu.

Dengan Cik Lilyputih.

All in .. all in .. i can say that with more than 100 bloggers attended the event, nice food, good entertainment, information and knowledge gained .. it was a Cool Event. Good job Encik Amir and the team. Terima Kasih atas jemputan.