Thursday, May 31, 2012

Things To Share



Jom. Kita Amalkan Ramai-Ramai.

Mahu Terbang. Ingin Terbang Seperti Helang.

Alahai Kakak .. Kakak ajak saya terbang tinggi-tinggi bulan 10 ni?

Sudah tertulis dalam Sejarah. Fakta yang tak boleh dinafikan lagi dah. Dikalangan kawan rapat, kalau  nak ke mana-mana nama saya mesti ada .. dan saya insan yang lemah .. tak ada hati kering untuk kata "Tidak" . Ini Fakta Ye Bukan Auta. Tapi hakikatnya travel dengan saya memang senang. Budget saya siapkan. Hotel saya book kan. Duit saya tukarkan. Google sana sini saya uruskan. Transport saya book kan. Tiket kapalterbang pun saya jugak. Yang lain-lain cuma uruskan diri  sendiri dan bersedia untuk terbang sahaja. Well. Well. Well ... I'm the person that you can rely on. OK Stop Ella. Jangan lebih-lebih masuk bakul angkat sendiri. Hehehe.

OK .. back to ajakan Kakak tu tadi .. saya jawab InsyaAllah. Nanti saya check Schedule dan jenguk-jenguk Bank Balance dulu. Ada ke budget? Boleh ke cuti?

*Baru balik dari Money Changer lagi*


Wednesday, May 30, 2012

Bila Good Mood Kita Shopping

Kawan baik saya Ms Wong commented recently .. U dah lama tak beli baju baru la Ella. Tak shopping ke sekarang? Aiiik? Kan tak lama lagi Boss nak kita pakai Uniform .. nak buat apa beli Baju Kerja baru? Buang duit je. Aiyeeee .. itu Uniform satu minggu dua kali saja maaaa .. bukan hari-hari pakai. Owh .. ye ke? Laaaaa .. i ingat hari-hari. Tak pe la Miss Wong, baju ai ok lagi ni .. ngam lagi .. nanti kalau dah ketat merekah ala-ala Incredible Hulk *tanda dah gemuk* i beli la baju baru ~ Dialog kitorang.

Seriously, dah lama tak beli Office Wear .. yang kerap dibeli Casual Wear untuk dipakai saat jalan-jalan dengan kesayangan. Tapi bila disound oleh Ms Wong sebegitu .. OMGGGG  is it so obvious my baju balik-balik yang tu?

Bukan baju kerja je .. SKII pun dah lama tak beli. Nak cuba skincare baru la konon .. nak try test tengok camna hasilnya dekat kulit kita ni. Tapi sayang .. setelah 4 tahun dibelai manja dengan SKII, kulit ni dah naik degil dan mengada. Dah tak serasi dengan yang lain .. hanya mahukan SKII. Rugi. Rugi. When others have more funds to save, duit kita pulak terpaksa direlakan mengalir ke SKII yang harganya tidak lah murah iteww.

Saat-saat bahagia macam ni, buat apa pun menjadi. So, di satu hari yang ceria .. tetiba 'Tinggggg" .. Nak gi beli SKII lah*tetiba*  But too bad, my first day trial to stock up my SKII failed dan hanya berjaya di hari ke 2. Dapat 3 barang asas je .. tak dapat redeem my 3,500 point cos they dont have the item that i want. Frust. Frust. Kena pergi lagi lain kali. Tak suka. Tak suka *sambil geleng kepala* 


3 Sahaja

Free Gift dapat. Sample pun dapat.

Aritu ada orang komen tanya .. Adakah SKII rahsia KC licin @ 'Flawless'? Tak dik. Ekceli my skin tak  'flawless' sangat berbanding dengan kulit Hanis Yang Manis. Betul-betul 'flawless' kulit dia ok*ouhhh .. rindukan kulit 20's ku*.

Sebenarnya kat kulit KC ada tahi lalat halus .. kecik-kecik .. comel-comel*hehe* cuma KC a bit lucky sebab kulit kita tak da parut dan jerawat jarang hinggap.  Tapi .. Bukan SKII je yang bagus dalam dunia ni .. banyak lagi produk lain yang bagus dan hebat. Tinggal lagi adik kena terus cari apa produk yang sesuai untuk kulit adik. Tentang masalah parut, susah jugak KC nak komen cos i dont have that problem but probably you can try Skin Refining Treatment by SKII or why not you try skincare yang ada 'peeling affect'. Means bila kita pakai skincare tu, dia akan singkirkan sel mati di permukaan kulit kita melalui proses pengelupasan dan habis je sessi pengelupasan kulit tu, kita akan dapat kulit  baru macam 'baby'. Best kan? OK. Sekian sahaja Entry orang hepi dan berkongsi cerita kita hari ni. Terima Kasih baca ye.

*Wiken ni kawan ajak shopping, ajak belai diri. Hati kata Best. Poket cakap tak best. Hehe*


Budi Yang Baik DiKenang Jua

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang Baik Ku Kenang Jua

Pantun pusaka warisan nenek moyang kita. Walau hati tertanya .. Kat mana lah agaknya Pulau Pandan dan Gunung Daik Bercabang Tiga tu tapi memandangkan bait-bait pantun itu tersangat lah indah .. benda-benda camtu "I dont care lah".

Hrmmm .. Ada masanya, hati kecewa dengan sikap manusia yang lebih suka menjaja aib orang dari mengenang kebaikan mereka. Baik orang kita simpan .. buruk dia*ye ke buruk?* dikhabar-khabarkan. Tapi tak pe ..  I always believe in "Kun Fa Ya Kun" .. terjadinya sesuatu peristiwa hanya dengan izin dan restu Dia. Enjoy every moment .. appreciate things happened. Jauh lagi perjalanan .. banyak lagi kerja yang perlu dibereskan .. Way to go .. I got no time to kecik hati kalau orang tak kenang budi. As human .. i have done my best tapi sayangnya kebaikan kita tidak menjadikan mereka bersyukur .. sebaliknya menjadikan mereka leka dan lebih 'demand'. Mereka lupa yang "Life is Two Way Traffic .. Not One Way".

Dan saya sudahi Entry ini dengan "Senyummmmmmm."

*Sekadar sebuah Catatan Peribadi*



Tuesday, May 29, 2012

Kita Makan

Satu hari biasa. Hati mahu ke Bank Rimau tapi 'tummy' menjerit kecil minta diisi. Owhhh .. baru teringat pagi tadi tak breakfast rupanya. Tetiba rasa bersalah mengabaikan 'tummy' .. so instead of Bank Rimau .. kaki divert ke Kedai Makan. Macamana lah boleh terlupa Sarapan? *sambil merungut dalam hati*

 Limau Soda dan Laici Selaseh.

Nasi Lemak Lauk Ayam. Not mine.

Chee Cheong Fun with Fucuk and Curry ~ Yang ni Misz-Ella punya.
I love food. All kind of food ~ Malay, Chinese, Indian, Arabian, Italian, Japanese and Vietnamese.
Yang penting halal.

Well .. Kau memang lapar ye Ella? 

Hari Riang Ria

I donno how to say .. but since Monday, deep inside me .. i feel so happy ... so cool and relaxed especially after my Aero session last Monday. Bahagia dikelilingi kawan-kawan yang bila peha kiri i dicubit .. peha kanan diaorang yang lebih terasa sakit. They feel sad and bad for me. Infact i can feel that their sadness is more than mine. Haihhh .. Terima Kasih la kawan-kawan. Terus terang cakap, i dont have many friends. Sampai orang kata ~ Elehh .. balik-balik muka tu. Tapi i tak kesah .. yang penting kualiti .. bukan kuantiti. The best thing is keakraban kitorang yang dah macam adik beradik. Tegur menegur .. kena marah dan dimarah .. hari ni i 'emo' dengan dia  .. esok-esok dia 'emo' dengan i .. bila dah ok Hai .. hai .. I miss you*Hugs*

Gurauan kitorang macam adik beradik .. kutuk-kutuk manja tanpa prasangka. Gaduh kitorang pun macam adik beradik. Ingat lagi tak camna gaduh adik beradik? Hmmm .. camni .. Adik beradik kalau bergaduh, sekejap je, pastu dah OK balik .. tak berpanjangan dan tak membawa kepada perpecahan. Nama pun adik beradik .. dah tentulah menerima kekurangan dan kelebihan aku, kau dan dia. Hari ni i sentap dengan u .. Esok-esok u sentap dengan i .. pastu mengadu pun takat dengan ahli keluarga je .. bukan untuk memburukkan tapi sekadar untuk berkongsi cerita dan bermanja-manjaan. *tetiba rindu nak golek-golek atas katil dengan Adik dan KY*

Contoh Gaduh Manja Adik Beradik berdasarkan pengalaman :-
Dalam adik beradik kita, kakak saya KY paling garang dan tegas. Dia kalau nak marah dia marah je .. tak da cover-cover .. sampai terasa dan merajuk kita. Masa tengah 'emo' dengan dia, harusss la 2, 3 hari takmo cakap dengan dia .. tapi bila rasional berjaya menyingkirkan emosional ... mula terbayang kenangan indah ..mula timbul rasa kasih sayang melimpah ruah pada kekanda yang hanya seorang. Pastu baru sedar .. Elehhh .. aku memang salah  .. memang patut aku kena marah. Kita tak sempurna .. kita buat silap sini sana .. dan orang yang kita sayang adalah umpama 'Corrector' yang tujuan menegur bukan untuk menjatuhkan tapi untuk membetul kan. Maka hilanglah segala kecil hati, rajuk dan timbul lah rasa kasih sayang tiada sempadan.

Hmmmm .. Bila buat entry camni tiba-tiba teringat kata-kata my bestfriend Ms Wong. Dia kata .. hanya seorang sahabat yang baik akan berani menegur kekurangan, memarahi kesilapan .. takkan pura-pura mengiakan atau memaniskan muka dihadapan tapi memendam rasa tak puas hati lantas mengata di belakang. Hmmm .. betul jugak cakap Ms Wong tu, kan.

Hati berbunga-bunga .. riang ria ... bila bercakap tentang kasih sayang sesama insan.

Friends, i love you so much.
Adik Beradikku .. Kasih sayang kita dunia dan akhirat*Miss you all*
Mama dan Abah .. Terima Kasih atas didikan. Tak terbalas dengan wang ringgit atau apa jua.

And for Misz-Ella's blog readers ... Tqvm. Appreciate your visit doesn't matter who you are. 

Monday, May 28, 2012

Tipu Ke Betul Ni?

Ni cerita minggu lepas. Terima email dari sebuah syarikat beroperasi di luar negara yang mahu berbisnes di blog kecil ku. Hurmmm .. boleh tahan lumayan 'offer' dia. Belum setuju .. belum buat apa-apa dah mintak No. Akaun kita. 

Entahkan betul entahkan tidak .. Hati ada tanda tanya. Tapi terus terang cakaplah .. sebagai seorang manusia biasa .. Hati dah tentulah hepi bila dapat good offer .. So hati kata Yesss!! but the other part of me say No. No. No. Jangan cepat tergoda.

Kepala pun tiba-tiba 'ting .. tong' fikirkan offer .. pastukan tiba-tiba boleh senyum sorang-sorang terima SMS dari Darling. Terus tanya pendapat Darling. Darling cakap Bagi je Account No .. dengan syarat No. akaun yang tak berapa aktif.

Pastu dah sibuk buat itu ini. So cerita Email itu ku biarkan sahaja sampai hari ini. Soalnya .. Genuine kah? Benar kah? Tipu kah? Boleh percayakah?

Kenangan Hari Sabtu Malam Minggu


Tangan-tangan mereka


Kaki aku dan dia.

Akhirnya, tragedi Jakarta dan Vietnam berulang lagi tapi kali ini dengan orang yang berbeza. They always like what i like and i 100 times like the situation. Tahun ni baju kita sama .. warna je berbeza .. beg kita sama .. kasut kita pun sama. Sukalah!! Hehe.

Masak Orang Puasa

I really dont like melayan perasaan. Bila kita terlalu ber emo-emo an, kita gagal melihat sesuatu perkara itu dengan bernas. Fikiran kita dikuasai oleh emosi. Kita tak dapat nak bermuhasabah .. kita negative .. bila dah negative .. hati macam-macam ada .. kita senyum pun nampak tak ceria. So dari melayan perasaan dengan feeling yang entah apa-apa .. yang belum tentu betul atau tidaknya ..  pastu buat my keduts berebut-rebut nak keluar .. lebih baik ai hepikan diri. Lebih baik ai gi aerodance malam ni. Fikiran fresh, badan pun healthy. Hehehe.

Eh. Jauh melalut dari Tajuk Entry. OK lah sebenarnya nak buat Entry tentang hari ni Puasa. Bangun sahur dengan segelas Air Masak pukul 5:30 pagi pastu terus Boommmm!! tidur balik. Bangun balik pukul 6:55 pagi tengok2 Huihhhh .. cerahnya kat luar tingkap tu .. dah habis Subuh ke ni? Terus kelam kabut buat itu  .. buat ini dan turun tangga menuju dapur demi melaksanakan tanggungjawab seorang Ibu yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Chewahhh!! *macam la hebat* Hehehe.

Omelette with Onion and Crabstick 

Ayam Sambal tapi disebabkan tak cukup cili mesin, kita tambah Sos Cili sikit. Nak panggil apa eh lauk ni?

Pastu panaskan Ikan Talapia Goreng Cili lebihan semalam.

In 40 minutes, siap dan selesai Agenda Masak-Masak di Dapur pagi ni. Pastu naik atas mandi dan pegi kerja dengan buru-buru. Sib baik jalan tak jem .. kalau tidak .. haruslah merah 'attendance' ku sama kaler dengan merah Blouse ku hari ini. Hehehe. Buat yang berpuasa .. Buka puasa apa harini? Kita tengah 'blur-blur .. nak makan apa eh?



Sunday, May 27, 2012

Jalan-Jalan di Ho Chi Minh City ~ Day 3

Hari ke 3 ~ Hari terakhir di HCMC. Rasanya sume sudah kami beli kecuali Baju Kurung Moden Lip Lap Lip Lap yang meriah untuk dipakai di Hari Raya nanti. So, target hari ini adalah beli Baju Kurung dan ke Andong Market. Kali ni Edisi Jalan-Jalan kami lebih meriah sebab ditemani En Fazil dari Vietnam Delights yang bawak Azizah bersama. Terima Kasih banyak-banyak Fazil dan Azizah. Jasamu dikenang, adik.

Ingatkan topi .. rupanya Topi Keledar.

Bukan untuk penunggang basikal



Haaa .. dah sangkut satu. Jom merempit. Ahahahaha .. macam berani sangat la kau ni, Ella.
*Survey dan ambek gambar di hari ke 2, beli hari ke 3*

Pas beli Topi tu, kita balik ke Hotel untuk bertemu yang lain-lain. Masa ni Azizah dan Fazil dah menunggu di lobi. Alahaiii .. Segannya kita bila orang yang nak bawak berjalan sampai lebih awal .. tapi tak pe .. dah cakap "SORRY" haritu kan, Fazil. Lepas tu kita ke Mery Boutique di 156 Bui Vien Street, District 1  untuk shopping Baju Kurung Moden Lip Lap .. Lip Lap yang meriah dan harganya tersangatlah murah*compare beli kat tempat kita*. Tapi sayang, kerana terlalu asyik cuba baju itu cuba baju ini .. sekeping gambar pun kami tak ambek. Bila buat Entry ni baru terasa ruginyaaaaa  tak ada kenangan di situ.

Dari Bui Vien Street, kami ke Andong Market di District 5, HCMC. Agak jauh jugak la perjalanan, tambang teksi pun dalam 150,000 Viet Dong. Andong Market ni lebih kurang Tanah Abang di Jakarta tapi kan disebabkan Penjual-penjual di sini dah target 'jual borong' so agak susah jugak la nak dapat harga murah kalau beli sehelai dua. Lepas dah puas beli itu ini di sini, kami kembali ke Vietnam Delights untuk Makan-Makan kami yang terakhir di HCMC.

Kak Nani dengan Azizah, Tour Guide Orang Melayu Champa yang teman kami ke sana sini di hari terakhir kami di HCMC. She is willing to bring us here and there doesn't matter berapa orang pun group kita at a reasonable charge. Means, duit teksi atau apa sahaja kos kita bayar sendiri. Kita bayar upah servis dia je. Upah dia pun kira per day .. bukan per head so if you travel in a group, memang jimat lah, kan. My advise, kalau korang berani buat macam kitorang .. jalan sendiri maka tak perlu guna Tour Guide. But make sure u google here and there .. like me .. berbulan-bulan jugak i google tentang Makanan Halal, Hotel, Teksi and whatsoever and Alhamdulillah .. puashati dengan Makan-makan dan tempat tinggal di sini. Tapi if you travel with families, bawak anak .. bawak mak dan lain-lain famili .. i suggest u get Azizah to help you. Dia akan carikan teksi .. dia akan tawarkan harga barang ... dia akan bawak kita ke mana sahaja yang kita mahu dan her charges cuma 35USD per day = RM110*lebih kurang*  .. Kalau nak guna servis dia email me, ye.





Hai Azizah. Tengok belakang tu .. orang kita, kan. Dua hari berulang ke Restoran ni, i can say that Restoran ni dah semakin dikenali. Sentiasa ada orang .. tak penah lagi la kita tengok restoran ni sunyi sepi tanpa pelancong macam kita.

Nasi Goreng Ikan Masin. Ikan Masin nya datang dari Cambodia.


Antara masakan Vietnam yang paling sedap sekali yang kami dah cuba ~ Thousand Miles Flower with Beef. Wajib dirasa oleh korang kalau ke Vietnam Delights ye.


Dan yang paling harus dicuba disini adalah Vietnamese Coffee. 

Claypot CatFish ~ Tapi sebenarnya ikan baung *i guess* sebab texture dia .. tulang dia ..langsung tak seperti ikan keli.

Sambal Belacan Vietnam ~ I dont really like it cos rasa tak sama macam kita. Kurang pedas sikit dan kalau berani, gigitlah cili padi diaorang. OK lah. Nothing much on the 3rd day sebab tak banyak masa untuk kami hari ini sebab hari ini kita pulang. We have to leave the hotel by 4:30 to catch the Chek In process at 5:30. So, by 3pm semua harus berada di bilik hotel untuk bersiap, packing and depart to the airport.

OK. Dah habis cerita tentang Aktiviti kami di sana .. mari kita lihat "Warna Warni Vietnam" dari Kacamata dan Jiwa Misz-Ella.

The Wrap up or Post Mortem about HCMC from my point of view :-

Yang best tentang Vietnam ialah "No Traffik Jem" so kita tak buang masa kat jalan. Tapi sayang, kitorang tak sempat nak follow any trip so tak dapat la nak tengok gambaran sebenar tentang gaya hidup rakyat Vietnam yang lama sengsara kerana dijajah. Kalau baca balik Sejarah Vietnam ... Kesian diaorang, kan .. tapi bak kata En. Azmi*orang Singapura yang bekerja sebagai Director di New World Hotel* ~ In 5 years diaorang akan setanding Malaysia .. give them another 10 years .. diaorang akan setaraf Singapura.  Lagi pulak sekarang ni pelabur asing sedang berlumba-lumba 'invest' kat sana .. Hotel Ritz Carlton yang gah tu pun dalam pembinaan di sana.

My  tips for those who want to  travel to Vietnam .. hati-hati bila naik Teksi. Sila berkeras dengan Driver Taxi agar guna meter dan kalau dia tak nak guna Meter, bukak pintu .. turun je. Tapi benda-benda camni biasalah .. bukan di Vietnam je .. kat mana pun sama, kan. Di tempat kita pun pernah Driver Taxi mintak RM10 kat saya untuk perjalanan 6km .. saya bayar je sebab malas nak bergaduh .. lagipun kita hormat Pakcik Driver Taxi tu sebab lebih kurang sebaya abah saya umurnya  .... pastu kalau dapat customer Mat Salleh lagi la diaorang nak letak harga .. sampai jadi kes Mahkamah sekarang ni. So far kitorang kat sana ok. Sebagai Ketua Rombongan .. saya la Tukang Cakap bila masuk je dalam Teksi .. sebelum pegi saya dah 'study' serba sedikit tentang HCMC .. so our experience there is not that bad like others. My friend ada yang kena bayar duit teksi dekat RM200 lebih tapi kitorang so far ok .. tak da terlebih bayar. Banyak kali jugak i told my Girlfriends .. "I suka la Driver Taxi ni ... Dia Cool" .. cuma yang sorang tu je but finally i berjaya buat dia setuju dengan i untuk ikut meter. Its our right as Customer, kan. 

Lagi satu, bila bershopping di Pasar Malam .. Bargain hard with them because once diaorang tengok kita 'Tourist' harga pun jadi gila-gila. Tawarlah at least separuh dari harga yang dia letak. Dia nak bagi .. dia bagi .. dia tak nak bagi jalanlah kita dengan muka tak kesah*Hihihi*  But still benda ni biasa for me sebab i dah rasa pengalaman yang sama masa shopping di Shenzen dulu. Kat Petaling Street tempat kita pun i pernah berpengalaman macam tu .. so for me benda-benda camni biasa. Ada sekali tu kan, i berkenan kat T-Shirt Vietnam .. that girl letak harga 480,000 Viet dong. Tawar-tawar i dapat beli 120,000 Viet dong sahaja. That girl garang pulak tu.  Tu la dia .... Asalkan dia tengok je kita pelancong .. orang luar .. harga dia jadi gila-gila dan tak masuk akal. Hrmmm .. Nasib pelancong atau Orang Luar, kan. Masa kat China dulukan, beli Ice Lemon Tea pun kita pernah kena tipu. Ehehehee ..  kelakar. Pastu peniaga-peniaga pasar malam kat sini ada yang 'kind and unkind'. Yang tak baik mcm yang kita kena haritu lah. Kita beli barang kedai ni ..tak beli kedai Auntie tu walhal kedai diaorang sebelah-sebelah .. tapi bila badan kita termasuk sempadan kita .. dia tolak-tolak badan kita. Ahahahah .. kelakar .... Kita siap gelak-gelak dengan Mama kita .. 'Selfish' betul Auntie tu.  And dont be surprised .. their pushing power is very hard. Seboleh-bolehnya dia nak kita beli jugak .. tak nak lepaskan kita. I suggest you all hanya tanya dan tawar barang yang u all suka je .. jangan la nak mengada saja-saja nak tau harga berapa or dah dapat harga yang ditawar pastu tak nak beli .. nanti dia marah tau. But still i rasa benda-benda camtu biasa .. Warna-warna kehidupan. Tak buat kita serik pun untuk terus berkelana ke sana sini di muka bumi Allah SWT yang luas ini. Lagipun orang jahat dan orang baik ni kat mana-mana pun ada .. bukan kat Vietnam je, kan. 

Lagi satu, jangan beli makanan dari peniaga tepi jalan. Tapi biasanya yang beli makanan tepi jalan tu Orang Puteh dan bangsa asing. Orang Melayu memang takkan beli makanan dari tepi jalan lah, kan .. sebab yang menjual tepi jalan tu sume kaum dia (Kaum Dai-Viet) .. bukan orang kita .. sah tak halal. Kalau terdahaga masa sedang jalan-jalan tu, beli lah Ice Lemon Tea yang dalam tin (14,000 Viet Dong) jangan beli Drinking Water dia sebab rasanya sangatlah tak sedap walau pun dari brand yang terbaik iaitu AquaFina. Aqua kat Jakarta best .. kat Malaysia pun best. Kat sana langsung tak best. Diaorang belum 'explore' teknologi menghasilkan air terbaik kot?

Masa kat Imigresen Kaunter di Airpot, jangan terkejut kalau tak disambut dengan senyuman oleh pekerja  kaunter. Diaorang tak ramah dan friendly dengan kita mungkin sebab dia orang tak mahir bahasa Inggeris *kebanyakan pekerja di Kaunter Imigresen berumur 40 ke atas* atau maybe mentality diaorang memang camtu or perhaps etika kerja sebagai Pegawai Imigresen memerlukan diaorang menjadi begitu. Di Vietnam jugak, tak perlu isi 'Arrival & Departure Card' .. tak perlu 'standby' duit untuk 'Airport Tax' dan kalau book hotel,i sugggest  tak perlu guna agent like Agoda, DirectRooms, Asiarooms or whatsoever. Email the hotel direct is cheaper cos u can save the15% service tax.

Lagi satu kan, sepanjang 3H/2M di Vietnam, sekali je kita jumpa Peminta Sedekah. Kalau kat Tanah Abang Jakarta tu depan pintu masuk .. mak aihh .. ramainyaaa. Rimas akak. Tapi i tak kondem Jakarta tau .. sebab for me ..  both Jakarta and Vietnam ada keistimewaannya yang tersendiri.

Jangan terkejut jugak bila kat tepi-tepi jalan tu ternampak kucing panggang ke .. katak jadi Superman tengah dipanggang ke .. Almaklumlah kaum Dai-Viet ni terkenal dengan makanan Eksotik .. lagipun  bukan Negara Islam, kan .. Apa je boleh makan sume dia nak jadikan hidangan. Eeeee .. Seram.

Well i hope i have covered everything. Penat sebenarnya buat Entry panjang-panjang camni sebab i  kena ingat betul-betul .. recall balik Day 1 pegi mana .. Day 2 pegi mana .. Jalan apa kita lalu .. berapa tambang kita bayar ... berapa duit makan .. tapi disebabkan i want to share my knowledge and experience with readers .. penat penat pun i gigih habiskan jugak. Percaya tak nak buat Entry macam ni mengambil masa lebih dari sehari disebabkan my rutin yang bizi. Hari ni i upload gambar .. esok i buat caption sikit-sikit .. pastu kalau tiba-tiba tengah buat sesuatu tetiba i teringat sesuatu about HCMC dan nak kongi dgn readers semua terus i buat simple notes dalam Buku Nota then transfer back to this Entry. I nak ingatkan lagi sekali ye that what i wrote here is based on my true experience. Tak pernah lagi berniat nak tipu Readers .. kalau tak percaya .. tanya lah Ahli Rombongan Misz-Ella yang menyertai Trip ini.

Secara keseluruhannya .. we had a good time shopping di Vietnam. Kitorang shopping banyak barang but for me, tak boleh lawan shopping di Jakarta lah sebab di Vietnam ni yang 'happening and worth' dibeli ialah Baju Kurung, Telekung, Blouse Sutera dan kain-kain sahaja. Unlike Jakarta .. tiap kali pegi mesti tak cukup duit .. mesti i kena cari Maybank keluarkan duit lagi .. pastu tiap kali balik mesti tiap-tiap hari pakai Office Wear baru*Hehehe*... tapi kat Vietnam ni masing-masing duit tak habis. Tshirt dan Blouse pun boleh kira berapa helai je.. infact my luggage tak penuh dan boleh kongsi 1 beg dengan Yanti ... dan kalau korang nak tau .. baju kaum lelaki paling tak 'fancy'. Kita cuma berkenan dan beli sehelai kemeja kotak-kotak je untuk Aiman .. dan Ratu Shopping untuk Rombongan Misz-Ella ke HCMC ini jatuh kepada ... Kak Nani .. Hehehe. Paling meriah dan seronok bershopping ialah Kak Nani. Penuh 2 beg .. macam-macam ada. Bab-bab shopping ni Kak Nani memang hebat. Misz-Ella memang 'surrender' kat dia lah. Hehehe.

For those of you who plan to go to HCMC .. All the best. I hope you will enjoy HCMC. Kalau ada yang pahit, alaaaaa .. tu kan pengalaman. Macam kitorang Alhamdulillah .. banyak yang manis dari yang pahit sepanjang 3H/2M disini. But again, dont put high expectation cos this is Vietnam, ok.

Dan saya tutup Entry ini dengan Terima Kasih yang tak terhingga kepada kawan saya Shema yang banyak membantu bagi Kad hotel, bagi Kad Restoran, bagi Shopping Tips, bagi Nota-Nota .. bagi gambaran tentang HCMC kepada saya sebelum saya buat keputusan untuk setuju terbang ke HCMC dan bila tiba di sana 'everything as i expected'. Saya pun banyak 'google' sana sini sebelum pergi so tak kena kejutan budaya pun dengan ragam orang-orang Vietnam malah menerima Vietnam itu seadanya. Afterall, this is Vietnam .. what do you expect, kann. Terima Kasih jugak kepada Abg Eddie husband Kak Zana yang menghantar dan menjemput kitorang di KLIA. Kitorang Jiran Setaman .. nak masuk ke rumah Kak Zana kena lalu rumah i dulu so kesudian mereka menumpangkan saya yang kecil ini sangat-sangat saya 'appreciate' dan hargai. Nanti bila-bila free Ella belanja Kak Na dan Abg Eddie eh.  Terima Kasih kepada Fazil dan Azizah yang sudi menemani kami di Hari Terakhir di HCMC. Alhamdulillah .. dipertemukan dengan Warga Vietnam yang baik macam Azizah dan kawan baru yang banyak membantu seperti Fazil.

Buat Fazil dan Azizah ..
Kalau ada sumur di ladang .. boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang .. boleh kita berjumpa lagi.

Ewahhhh .. berpantun lak aku *sambil senyum hepi*

Friday, May 25, 2012

Dari Bumi Anbia

Tahun ni, paling ramai orang yang dikenali berangkat menunaikan Umrah di Tanah Suci dan bila pulang, semestinya ada 'Ole-Ole' untuk  kitorang.

Sedap. Sedap. Misz-Ella bukan boleh tengok benda-benda camni. Selagi tak habis, selagi tu kita ngap .. ngap .. dan ngap.

Thursday, May 24, 2012

Hujan pagi, Black Pepper Meatball & Puding Jagung

Hujan pagi Jumaat jam 4:30 pagi ... masa paling sesuai untuk tarik 'Comforter .. Gebar .. Selimut' sambil melayan kehendak mata. Syokkknyaaaa sambung tidur lagi ... malasnyaaaaaa .. nak bangun pagi. Tepat jam 6:15 .. seruan 'alarm' dari handphone cap Ayam berbunyi. Kalau ikut kan hati .. mahu melayan bisikan Syaiton yang direjam .. 'Tidurlah .. tidur lagi' tapi  'oh tidakkkkk ...' harus segera bangun untuk menjalankan rutin pagi.


Black Pepper Beef Meatball kegemaran anak kesayangan. Budak sekarang suka betul makan ball .. ball .. kan. Berbeza dengan Mama dia yang lebih suka makan Freshmeat. Tapi kerana masak untuk anak dan bukan untuk diri sendiri ... "Layannn ... "

Sempat masak Puding Jagung feveret one of the night this week. Suka. Suka sangat-sangat makan Puding Jagung ni dan suka sangat buat sendiri ... walau makannya hanya sepotong dua dan selebihnya untuk jiran-jiran sebelah.

Last but not least .. hari ni nak senyum kat pembaca blog Misz-Ella. Walau orang kata senyum Misz-Ella tak manis and doesn't matter yang datang itu samada baik atau buruk niatnya .. i still want to smile to you. Senyum itu sedekah  ... Jangan emo emo eh. Jom senyum.

*Esok keja .. tak suka .. tak suka*


Becuti di Desa Balqis, Kuala Linggi

Hai .. Hai .. hai .. I have a lot of Drafted Entry on queue. Banyak sangat sampai tak tau nak keluarkan yang mana satu. Tetapii .. memandangkan Cuti sekolah bakal bermula minggu depan, kita bagi laluan kepada Entry Cuti-Cuti Malaysia dulu.

Kalau mahu ke Melaka dan sedang mencari Hotel .. Chalet .. Rumah Rehat dan sebagainya .. pastu berhajat nak duduk jauh dari hiruk pikuk Kota Melaka yang sokmo traffik jem,  apa kata cuba 'idea' ni ~ Berehat, bersantai di Desa Balqis @ Kuala Linggi, Melaka. Tenang dan damai. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tidur malam di dalam rumah tradisional yang dibuat dari kayu .. bertemankan bunyi alam yang tenang lagi mendamaikan dan bangun pagi dikejutkan oleh bunyi kokokan ayam dan menghirup udara segar tanpa pencemaran. Best. Best. Best = Best sangat-sangat.

Deretan rumah tradisional yang dibuat dari kayu.

Yang ni muat untuk satu famili ~ 8 orang

Padang rumput hijau sesuai untuk Acara santai dengan keluarga. Bayangkan kalau datang 3, 4 keluarga ramai-ramai .. ibu-ibu duduk tepi pangkin sambil minum kopi secawan .. bapak-bapak dan anak-anak berlarian bermesra-mesraan di padang .. Wahwahwah ... sah-sah la padang ini kita yang punya, kan. Bahagianyaaaa ..

Yang ni pun cantek, kannnn. Petang-petang .. malam-malam  .. jom la kita berkain batik bersila bersama sambil bergurau senda. Auwww .. bestnya.
Yang ni pun best!!

Kita dulu duduk yang bawah. 

Dewan Makan

Swimming Pool mengadap laut. Sambil anak berenang-renang .. mak-mak boleh la mengadap laut sambil berangan dan mencari ketenangan .. pastu malam boleh ke Medan Ikan Bakar Kuala Sg. Baru .. yang hanya 5 minit dari tempat ini sahaja.

OK. Kalau ini tak cukup cantek dan menggoda .. sila ke website ini dan bersedialah untuk lebih "WoW". Jangan sampai juling mata macam ai ye.




Wednesday, May 23, 2012

Antara Kepulan Asap dan Air Yang Menitis

Satu Malam di Restoran Windmill ..

Hmmmmm .. Yummyy!!

Asap dah kurang ... Marilah bersantap.

Healthy Juice ~ Green Apple, Cucumber, Celery and  ....? lupa pulak dah*nampak sangat dah tua*Hehehe.

Satu kejadian di Hari Sabtu Malam Minggu ~ Sessi Luah Rasa with one of my kesayangan. Mula-mula dia buka cerita bahagia .. tapi akhirnya bersulam duka sampai menitis airmata. Kehilangan memang menyakitkan .. terutamanya jika dia pergi selama-lamanya menemui Yang Maha Esa. Pergi tak kembali meninggalkan kita dengan 1001 kenangan suka dan duka. Yang tinggal, harus pasrah dengan tiap ketentuan .. hidup harus diteruskan. Jadikan kenangan sebagai azimat dan kekuatan. Aku tumpang terharu dengan Kisah Cinta Yang Syahdu itu. Aku doakan kau kuat, kawan. BTW .. Mekaseh belanja.