Saturday, June 30, 2012

Aiman ~ 5 Hari selepas pembedahan

Ramai yang dah tau tentang kemalangan yang menimpa Aiman pada 25hb Jun 2012. Terima Kasih banyak-banyak pada Ben, Kakcik Seroja, Kak Azian, Shilla Firdaus, Za Reesya dan kawan-kawan lain yang tolong sebarkan info tentang Aiman. Kalau nak harapkan kita sendiri menyebarkannya ... mana mungkin .. Dalam keadaan hati cemas .. tak terjangkau dek akal fikiran akan perkara-perkara seperti itu. Bertalu-talu deringan telefon, SMS, Ada yang berjawab .. ada yang tidak. Tapi seboleh-bolehnya saya jawab semua. Kalau ada yang tidak terjawab, Maafkan saya ..

Katil 2, Wad 7B Hospital Sungai Buloh. Bersyukur sangat-sangat Aiman dibawa ke sini. Dari mula dia sampai Hospital dibawa Cikgunya sampailah ke hari ini, layanan yang diterima sangat-sangat baik. Alhamdulillah .. Rezeki Aiman dipertemukan dengan orang yang baik-baik. Alhamdulillah.

Buat Cikgu Razali, kesungguhan Cikgu menjaga Aiman dari mula dijumpai selepas kemalangan, dibawa ke Klinik, dan kemudian ke Hospital oleh Cikgu, sangat-sangat kami hargai. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik Cikgu pada kami.

Aiman ~ 5 hari selepas pembedahan mengeluarkan darah beku di kepalanya. Dah boleh jalan perlahan-lahan keliling Wad .. dah mula berselera makan .. dah mula baca komik dan SMS kawan-kawan. Menurut Doktor, agak banyak juga pendarahan di kepala dia. Mujur Doktor dan pasukan cepat bertindak dan Aiman yang kuat semangat .. tersenyum walau masih sakit. Alhamdulillah. Allah SWT bagi kita kekuatan melalui saat-saat getir ini.

Nanti kita akan bercerita panjang lebar tentang kejadian. Terima Kasih banyak-banyak atas Doa kawan-kawan semua. Kawan FB, Kawan Blogger, kawan masa sekolah, kawan pejabat, jiran-jiran Taman lama, jiran-jiran sekarang, Saudara Mara yang datang dari jauh dan dekat .. Terima Kasih banyak-banyak. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik kawan-kawan semua.

Buat kawan-kawan yang datang seperti Ben, Kakcik, Kak Azian, Kak Yon, Eja, Zah dan famili yang datang dari Kedah, As, Noor, Yanti, Kak Zana, Ismayanti, jiran-jiran, kawan-kawan sekolah Aiman, kawan-kawan sepejabat, saudara mara yang datang dari jauh dan dekat Terima Kasih. Buat yang tak dapat datang, walau jauh .. Doa dan sokongan kalian kami boleh rasa ..Terima kasih banyak-banyak.

Buat adik beradik saya dan Mama yang sama-sama mengiring Aiman ke Dewan Bedah ... TQVM. Alhamdulillah. I cant do this alone .. without my family support .. Abg Pai, Kak Yang, Aishah dan Benno, Angah dan Kak Ngah, Boi, Alop dan Famili, Mama Zabedah dari Segamat.. Tak tergambar perasaan hati saat menurunkan tandatangan setuju agar Aiman dibedah. Surau-surau yang buat Solat Hajat dan bacaan Yassin .. kawan-kawan di LSI, Zah di Kedah, Mak Angkat Aiman dan kawan-kawan lain yang turut sama menangis bersama saya ... Terima Kasih. I'm praying for more and more good news for Aiman sebab Doktor belum buat keputusan tentang 'Abnormal Vein Found' .. Dah buat Cerebal Angiogram hari Rabu. Buat masa sekarang ni yang mampu dibuat adalah Berdoa. Doa sebanyak mungkin .. Zikir sebanyak yang boleh. Allah SWT sayang kita, kan.

Bismillahi rohmannir rahim.
Ya Allah Ya Tuhan Kami.
Kurniakan kami rahmat dari sisimu. Berilah petunjuk dalam urusan kami. Mudahkan urusan bagi Aiman Yusuf Bin Abu Yazid. Permudahkanlah, jangan disulitkan, kerana Engkau yang Maha Memudahkan, Segala yang susah adalah mudah bagimu. Amin.





Sunday, June 24, 2012

Bermacam Jenis Marah

Ada banyak cara orang marah.
Ada yang suka pendam.
Ada yang berterus terang.
Ada yang marah sekejap.
Ada yang marah panjang.
Tapikan ..
Ada jugak yang bila marah dia gigit orang.

KahKahKah. 
Macam-macam lah.


Friday, June 22, 2012

Soalan dan Jawapan

When we ask question  ..
we expect an answer.
Jawab sahaja.
Stay at the right track
Jangan lari topik
Dont Twist and Turn
Takmo kornar baring sana sini.
Kalau tidak .. sampai bila pun isu tak settle.
Masalah tak selesai.

*Orang camni kalau gi Court mesti kena tengking OBJECTION!*
Opocott .. Terkejut*muka merah padam*




Thursday, June 21, 2012

Dilema Hati

Lately, banyak benda yang terpaksa ditutup
Senyumlah kau sampai ke telinga
Hati tetap tak boleh terima
Sebab ke tidak ikhlasan senyuman kau hati boleh rasa

Ada beberapa benda lagi hati dah tertutup
Tapi yang tu tak boleh cerita.
Cukup lah disimpan dalam hati.

Pastu lately terasa jugak macam nak Tutup Blog
Tapi hati belum pasti.

Kesian hati. 
Macam-macam dilema si hati, kan.


Wednesday, June 20, 2012

Can U Stay With Me Tonight?

Nak sambung cerita Pengalaman Kerja ~ Kalau haritu Tuan Lawyer, kali ni Sales Manager. Ofisnya besar .. ramai pekerja tapi suasana tetap sama ~ kelam kabut. Haihhh .. sokmo dapat Boss macam tu. Dah la kelam kabut .. panas baran pulak tu .. kerja dia tak da lain .. menjerit je. Dah la jerit macam Tarzan, satu ofis dengar .. buat malu je.  Bila tahap malu tu dah melampau  .. kita balas balik dengan jeritan Ala-Ala "Jane". Ambek kau. Satu ofis dengar. Pastu diaorang cakap "Ng gaduh dengan Secretary dia la tu". Hehehe. Biasa.

Double sebal bila tengah-tengah gaduh tu dia tanya "Ella .. Can U Stay With me Tonight?". Anoyying .. Menyampah gila kita dengar. Geramnyaaaa ... Jap. Jangan salah faham ye. Cerita belum habis lagi.

Alkisahnya, this big Multinational Company ialah Hospital Equipment Supplier. Bukan mesin kecik-kecik tapi mesin besar macam 'MRI machine, X-Ray, CT Scan machine'. Pengeluar Machine kat German so bila masuk tender, harga tender akan dapat dikenalpasti hanya di saat akhir sebab nak 'apply exchange rate the day the tender close'. Pastu Boss kita ni ada masanya pendirian tak tetap. Jap-jap dia nak quote machine ni .. jap-jap machine tu. Senangnya kau .. yang susahnya daku .. Secretary kau ni ha. Satu tender kena hantar 7 salinan, A3 saiz. Salah satu, sume kena buat balik, sain balik. Terkedek-kedek kita call Tan Sri mintak datang dan 'sign' Tender tu lagi sekali. Sib baik Tan Sri tu ok. Kalau dia terpaksa sign borang kosong, paling kuat pun dia cakap "Tak pe Ella, You jangan tulis I Owe U dah". Baik kau .. baik sungguh Tan Sri tu. Cakap lemah lembut .. tinggi budi bahasa pulak tu*Terkenang budi bahasa dia sampai sekarang*

Lagi 2, 3 hari nak tutup tender, masa ni lah akan terkeluar kata-kata ~ Ella, can u stay with me tonight? We got to finish this fast. We are running out of time*sambil buat muka kesian*. Ya Rabbiiii Menyampah nya bila Ng buat muka camtu. Tapi apa kan daya .. Sedar diri bahawa "Saya Yang Menurut Perintah" .. haruslah kerja sampai tengah malam walau tak dibayar 'Overtime". Ada sekali tu Bulan Puasa .. amboi kauuu .. boleh pulak dia terlupa belikan makanan. Bila tengok kita buka puasa makan Biskut Lemak cicah Milo .. dia buat muka 'innocent' sambil cakap .. Eh .. Buka puasa time already ah? Aiyoo i forgot to order food lah. Tak payah la Ng .. i dah makan*dlm hati bengang* Dah la puasa .. staff dah ramai balik .. aircond ofis 'centralised' tak boleh 'adjust' .. umur baru 21-22 tahun masa tu .. terbayang bukak puasa kat rumah ramai-ramai .. masakan sedap Mama. Bengang. Sebal. Triple sebal kat Ng masa ni. Esoknya bila kena stay lagi dia tak lupa dah. Dapatlah kita berbuka lah dengan KFC dan bukan Milo lagi*hepi*

OK. Tu satu cerita. Sales Department ni kan, skop kerja dia termasuklah arrange After Sales Service. Bila Tender berjaya, kena liase dengan Technical Dept .. kena hantar Radiographer gi Kursus kat Germany. Tu sume termasuk dalam skop kerja kita. Internet tak da ,, telefon je. Kena lah lagi daku kerja sampai malam .. nak tepon orang Jerman bukan boleh siang-siang. Aduhaiii .. berat 40kg masa tu ada masanya susut sampai 38kg. Tiang letrik tu lagi seksi dari aku. Hehehe.

Tu belum Ng mengada. Gi appointment kat Hospital nak bawak Secretary. Tengah syok buat kerja ~ Ella .. Follow me. Quick. Aihhhh .. apa la kelam kabut sangat Apek ni*dlm hati* Ada sekali tu kita gi appointment pakai selipar .. tak sempat tukar.  Padan muka Ng .. kelam kabut sangat .. tak bagitau awal-awal. Tapi kan, Ng tu sebenarnya garang dengan kita je. Kat rumah dia baik. Tiap-tiap pagi sebelum kerja dia pegi pasar membeli belah untuk Isteri dia dulu. Orang kata kan, Lelaki kalau dia garang kat ofis sebenarnya kat rumah dia takut Isteri. KahKahKah. Betul ke tidak ni? Misz-Ella tak tau. Korang tau?






Darling Dah Balik Dari Bercuti

Darling dah balik dari bercuti .... with a lot of surprise for me. Terkejut ai. Hehe. Darling cakap, ada lagi untuk me yang dihantar balik via 'Air Freight and inside the Contena'. Terkejut ai lagi sekali. Hehehe. Dari London ke Paris dari Paris ke Scotland .. pergi satu beg .. pulangnya berbeg-beg ~ 21kg excess luggage dia akhirnya and instead of excess luggage tu terbang bersama dia dan bayar penalti lebih RM5,000 kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, dia 'air freight dan Kontena' benda-benda tu dan dia hanya bayar RM1,000 sahaja. Bijak my Darling.

Tiap pemberian .. tak kira kecik besar .. wajib dihargai. Tak cukup dengan ucapan Terima Kasih .. Entry Penghargaan ini khas untuk mereka. Dalam waktu yang sama kita setuju dengan komen Kakcik Seroja di blog kita baru-baru ini ~ Persahabatan Ikhlas Tidak Diukur Dengan Kebendaan. Betul Kakcik. Kita tak boleh ukur kasih sayang seorang sahabat melalui pemberian tapi ukurlah dengan kesetiaan. Bertuahnya daku kerana punya teman setia seperti Darling yang kita kenal dari zaman hingusan. Zaman balas surat cinta  pakwe (itu kerja Darling), dari zaman Zaila Gonjeng*hahaha*, dari zaman pakai baju kurung kain banjir gi sekolah pastu lari sana sini takut ditangkap Ustazah. KahKahkah. Oh My .. kenangan .. mana la boleh kita lupakan. Umur belasan kami tinggalkan dengan seribu kenangan dan melangkah ke 40an dengan memasang impian .. Moga Hingga Hujung Nyawa Persahabatan dan Kasih Sayang Kita.

A Day Out With Darling ~ Makan berdua .. minum nya macam berenam. Cuaca panas camni memang kena minum banyak air. Haussss sokmo tekak mahu air lagi .. lagi dan lagi. Dari tengahari sampai ke petang .. barulah kita pulang itupun setelah betul-betul penat dan perut tak larat. Hehehe.


Sure? Unsure?

Dalam usia semuda 18 .. i keja dengan Lawyer. Femess oooo dia. Ada sekali tu, nama dia disebut satu dunia .. sebab dia handle antara Kes Terfemes di Negara kita.

One thing yang i like and appreciate about my working life ialah ~ Peluang bekerja dengan bermacam orang dan berbagai bidang. Bila kerja dengan Lawyer, i learned not to talk too much. Paling kelakar i kena belajar buat Nescafe sebab bila Tea Lady tak ada .. i as a Junior Clerk kena buat kopi untuk dia. Bayangkan, umur baru 18 .. kurus keding .. baru nak belajar pakai kasut tumit tinggi jalan pun tergolek-golek .. melayang-layang badan .. pegi keja naik bas Sri Jaya No. 38 sejam satu berhenti kat Kelab Lumba Kuda Jalan Ampang*sekarang dah jadi KLCC* Kita ni Mama sokmo bagi minum Teh O .. jarang sangat la minum Nescafe .... tiba-tiba disuruh buat air.

Elaaaaaaa ... ni Nescafe ke Susu? Cam tu la dia jerit. Satu opis dengar. Malu. Tapi tak pe. Sebab opis tu tak la sebesar mana*paling kuat Si Lingam dan Kak Zarina je gelakkan aku*

My Boss is a Litigation Lawyer. Kang dah dekat-dekat nak gi Court, dia kelam kabut. Dah sampai pintu .. Elaaaa .. Kot ai mana? Ya Rabbi .. dia ni*dalam hati* Kelam kabut lari masuk bilik dia ambek kot pastu Nah Boss.

Satu lagi 'habit' dia .. dia suka datang awal pagi. Kita datang je lampu bilik dia dah terang. Dia duduk kat kerusi, tangan kat dahi .. belek buku rujukan tebal-tebal. Jangan la kau berani kacau .. setakat wish Good Morning dah.  Jangan nak terlebih peramah.

Satu pelajaran paling berharga yang ai learned here ialah .. Just mentioned things that you are very sure. Nama pun Lawyer, kan .. kalau kat Court kita sebut benda yang kita Unsure .. harus kena jerit "Objection"!! Dan kerana profession dia sebagai Lawyer yang senior .. dia je la yang bercakap. Kita cakap bila ditanya je. Tak pe .. Muda lagi masa tu .. baru 18 tahun .. bukan pandai menyembang pun.

I think my first working experience in a Lawyer Firm has given a big impact on my personality. Patut la i suka buat detail entry .. writing facts that i am very sure. Pengalaman membentuk peribadi kita rupanya, kan.

*tak penah lagi kerja dengan Doktor. Camna gamaknya ye Dr. Hanie? Dr. Faiz? Hehehe*



Tuesday, June 19, 2012

Abang Adik .. Kakak Adik ~ Situasi Sebuah Famili Ramai Ahli

Dalam sebuah famili yang ramai Ahli, situasi Abang lebih dari Adik atau sebaliknya mesti ada. Dalam sesetengah kes boleh menimbulkan rasa kecik hati. 

Mak dan Apak pulak, walau bagaimana pun mereka mengaku sama kasih sama sayang dan sama adil, yang terasa tetap merasa ketidakadilannya. Well .. bukan  mudah nak puaskan hati semua anak-anak kita. Unlike me .. hanya ada seorang yang perlu diberi perhatian sepenuh hati.

Perbandingan secara sengaja atau tidak, tanpa disedari melukakan pihak yang satu lagi. Hmmm .. Bukan mudah sebenarnya jadi Mak Apak, kan.






Monday, June 18, 2012

Se tingkat perjalanan hidup kita

Terkenang-kenang. Terjenguk-jenguk ke belakang. Menjelang 40an .. zaman 20an kita intai.
Alangkah tak matangnya perangai dan fikiran .. pantang dicucuk terus marah dan melatah. Berdas-das keluar  api marah.  Oh My .. Aku kah yang baran itu suatu waktu dahulu?

Menjejak 40 an ~ As times goes by, menimba pengalaman demi pengalaman .. sakit demi sakit kita rasa. Syukur pada Tuhan. Pengalaman walau menyakitkan tapi mematangkan. Mendewasakan. Tiada lagi serang balas. Hanya mengadu pada yang benar-benar mengenali, memahami dan mengerti.

Zaman 20an ~ Kewangan tak kukuh lagi. Tiap bulan bertemankan Buku Kira-Kira. Nak bayar itu, nak bayar ini .. Susu, Pampers, Taska, Nak bagi Mama .. macam-macam. Hanya mampu memandang apa yang dihajati lalu pasang impian .. 'satu hari nanti aku beli'.

Menjejak 40 an ~ Anak dah besar. Lagi setingkat nak habis sekolah. Buku Kira-Kira dah makin kurang angka. Rumah .. Kereta .. kita dah boleh pangkah. Jenguk-jenguk Buku Simpanan. Hmmm .. kalau nak pencen boleh dah. Awalnya u nak pencen ~ kata My Bestfriend Dr. Rozzana. Pencen  bekerja dari jam 9 sampai 5 tapi selagi minda masih aktif bekerja dan ada usaha ... ekonomi masih boleh dijana. 

Buat adik-adik yang masih muda, contohnya yang baru mendirikan rumahtangga sebaiknya kita Merancang kehidupan ~ Se tingkat demi se tingkat perjalanan hidup kita. Target kita masa 20an, 30an, 40an, 50an. Jangan set target terlalu tinggi sebab ada kemungkinan yang dirancang tak jadi*sobss .. sedih* tapi itu biasa. Kalau kita rancang, situasi umur dah 50an tapi hutang masih panjang boleh kita elakkan. Hmmm .. cukup dah Entry berkongsi cerita dan pendapat hari ini. Lain kali kita cerita lagi. Tq baca ye. Bye.

Lunch ramai-ramai

Dua hari sebelum Ahad, received SMS from my sista, KY.
Jom kita lunch ramai-ramai Sempena Fathers Day kat rumah Mama Ahad ni. Nak tak?
OK Jom. Hmmmm .. ok aje kalau si Ella. Sometimes i think .. Bila masa i tolak ajakan/pelawaan my kesayangan ye? Hmmmm .. jarang-jarang. Sangat jarang. I always try my best to make myself free demi kawan kesayangan dan famili. Sometimes i do proposed Get Together too. Patutlah one of my Girlfriend call me 'Social Connectors.' Apa-apa aje .. janji bahagia. Hehehe.

Mula-mula blurr tak tau nak masak apa. Disebabkan Aiman sangat suka makan Sup lately, Sup Ayam ber kentang dan carrot akhirnya. Wangiiiiii dapurku pagi-pagi. Elehhh .. benda biasa .. tak yah kecoh sangat la Ella oiiii. Hehehe.

 Angah rebus Kerang .. makan Cicah Kicap. Kak Ngah masak Sambal Bilis + Petai. Sedappnyaaaaa

Telur Dadar Ber Crabmeat, Bawang dan Daun Sup ~ Laju anak-anak makan.

Pastu ada Kek Coklat, Varieties of Ball with Cheese Powder by KY, Ikan Keli Goreng tapi tak boleh letak gambar dah. En. Google kedekut. Dia dah block me from upload photos .. dah cukup quota katanya. Eh .. bukan dulu ai beli 10GB ke? Macam-macam lah. Benci. Menyampah. Tapi tak pe .. esok-esok ai upgrade la Quota tu. Nak gak taruk gambar kat Blog. Tak kira!!!

Eh. Dah. Takmo emo-emo kan En. Google lagi lah. Nanti-nanti kita sambung cerita lagi eh. Kat Draft Box banyak unfinish story tu. Mekaseh baca. Bye.








Sunday, June 17, 2012

Kerja Gila

Ada masa .. memang suka buat kerja gila.
Kerja Sabtu macam biasa. After 2 baru Check in di rumah sendiri.
Lunch dengan famili pastu rilek. Golek-golek .. baca Novel atas katil.
Nak gi? Tak? Nak gi? Tak nak?
OKlah .. Dengan syarat U fetch me.
Dinner Sate dan Char Kuew Teow dengan kawan.
Then, watch movie free pukul 11 malam.
Habis movie .. dihantar kawan dekat 1 pagi. Tidur jam 3 pagi.
Sib baik Aero Class Sunday morning 'cancel' .. if not ai ajar sambil pejam.

Bangun tidur ~ Ke Pasar untuk Acara "Masak, Makan & Have Fun" with my big family.
Balik rumah  ~ Masak dan bersiap ke rumah Mama.
Walau bertiga perginya 2 kereta.
Nak buat camna .. Dia busy .. ai pun busy.
Terleka .. *syok borak dengan KY*
Cancel next appointment .. dah lambat.
Jom kita balik, Aiman *pukul 6 petang*
Sampai SU ~ Eh .. cerah lagi. Gunting rambut dulu jom.
Aiman tak nak Ma .. Mama je lah.
Ok tak pe. Biar Cikgu Disiplin gunting sampai tobek masa spot check nanti*dlm hati geram*

Settled semua dah gelap. Hari dah malam.

Camtu la cerita buat Kerja Gila di Hari Sabtu Malam Minggu.
Dan kebizian hidup kita di satu Hari Ahad.
Yang penting "Hepi" ~ Keluar dengan kawan. Gathering dengan Famili.

OK. Cerita dah habis. Bye. Tq baca ye, kawan-kawan.









Merancang

Sedang merancang sesuatu yang 'happening' bukan 'head pening' dengan kawan-kawan kesayangan. Bakal beriuh-riuhan .. jerit-jeritan .. dan berakhir dengan kekenyangan dan kegembiraan.

Harap-harap rancangan yang kami sedang rancang ini menjadi.

Friday, June 15, 2012

Dating dengan Teacher OKU, Friends & My phone is dead

Caller :- Hello Ella .... ko buat apa tu? Tadi akak kol kenapa tak jawab?
Me :- Saya tengah makan tadi kak. Sori kak .. tak dengar bunyi telefon tu tadi.
Caller :- Laaa .. dah makan ke? Akak baru nak ajak Ella makan. Ni dah otw ke rumah Ella.
Me :- Tak pe kak. Datang je. Nanti saya teman Akak makan. Akak nak makan kat mana?
Caller :- Restoran atas bukit tu la.
Me :- OK tak pe. Akak datang je. Kita jumpa kat sana. Bye. See you. Assalamualaikum.
Caller :- OkOk. Otw. Walaikumsalam.

Dialog dua orang sahabat di Hari Khamis Malam Jumaat. Tunggu punya tunggu tak datang-datang. Gelisah + boring daku.

Kalau boring meme sokmo ni la keja kita ~ Ambek gambar sendiri. 
Macam la kau lawa!! Kahkahkah.

Lepas lama tunggu tapi tak da news from her, belek-belek telefon .. Oh Myyy .. telefon 'jammed' rupanya. On-Off .. On-Off .. last-last aku OFF kan terus. Wahhhh kau telefon .. baru 2 tahun berkhidmat sudah mahu 'Rest In Peace'  *kempis dompet aku lagi la nampaknya ni*. Ambek kunci kereta terus drive ke Restoran atas Bukit. Tengok-tengok diaorang tengah syok makan. Sori. Sori. My phone is dead*sambil keluarkan henfon tanpa nyawa cabut SimCard dan replace dlm telefon Aiman*

Azura Jamal, Yatt, Teacher Tini dan Misz-Ella. Balik dari Aero Class @ Toyota .. singgah dinner di SU jumpa daku. Wahhh .. lepas rindu daku pada diaorang*bahagia*

Teacher Tini yang temporary berstatus OKU kerana cedera di ligamen lututnya. Jap-jap kena injection .. jap-jap makan ubat. Doktor suruh rehat. Class will be pause for one month. Ella .. ko take over la class akak. Aku??? Ya Rabbi .. malasnyaaaaa.

Dia 'park' kereta selang se lot je dari lot parking untuk OKU. When she realised the signboard  .."Mcm perli aku je ni"? KahKahKah. Temporary OKU tak pe kak. Rajin makan ubat, take a good rest. We pray that you will recover soon. Meanwhile, we will definitely miss your class. Nak suruh aku ganti? Adoiiii .. malasnyaaaaa. *My muscle pain belum recover sepenuhnya*

OK dah. Sekian Satu Kisah di Hari Khamis Malam Jumaat dimana My phone is dead and group of friends visited me in my area. Terima Kasih baca. Bye.






Thursday, June 14, 2012

Ikan Asam Tempoyak dan Ikan Terubuk Masin

Kadang-kadang blurr kan .. tak tau nak masak apa. Sempena dengan musim durian, dan tempoyak masih ada lagi dalam balang Nescafe yang dah lama duduk dalam Peti Ais .. marilah kita ambil aura durian itu dan masukkan dalam masakan. Chewahhhhh .. ayat ke main. Hehehe.

Ikan Gerut Masak Asam Tempoyak.
Ikan ni beli kat Pasar Tani hari Ahad, masaknya pagi Jumaat. I thot dah tak fresh rupanya masih manis. Best la beli ikan kat Pasar Tani .. RM10 untuk 4 ekor dan paling penting, ikannya segar dan manis. Kalau dah tak segar, tak sesuai dah masak berkuah .. goreng dan buat sambal je lah. Kita masak 4 ekor sekaligus .. tinggal sikit kat rumah untuk Aiman lebihnya bawak bekal makan ramai-ramai kat Ofis. Puashati bila diaorang makan bertambah-tambah .. siap hirup kuah tu lagi.

Ikan Terubuk Masin Sarawak 
Pun beli kat Pasar Tani Shah Alam jugak. Goreng garing pastu masukkan Cili Api dan Bawang Hiris. Bila angkat masukkan dalam penapis. Biar minyaknya menitis pastu boleh la hidang.  Sedap ooooo .. Asam Tempoyak dan Ikan Terubuk Masin memang ngam!! Tak sedar makannya terlebih-lebih. Ayayaya .. 'Tummy' hepi lagi hari ni. Hehehe.

Hari Double

Satu petang .. saat aku keluar ber 'double' dengan dia ..


Double McChicken 

Double BigMac

Finally ... Tummy pun ber 'double-double' juga. Argghhhhhhh .. Haruslah double exercise gara-gara makan 'double' hari ini.

Wednesday, June 13, 2012

Kalaulah Kita Tahu

Kalaulah kita tahu apa yang Dia tulis untuk kita ..
senanglah kita menyusun atur kehidupan, kan.
Tapi kita tak tau. 
Kita tak tau suratan hidup kita bagaimana ..
Hmmmm .. redha je lah dengan tiap kejadian ..
Jangan menyesal. Ikhlaskan setiap kebaikan ..
Jangan harap balasan
Sebab balasan atau ganjaran tiap kebaikan
mungkin bukan diberi pada kita ..
tapi mungkin pada anak atau waris kita.
Mungkin bukan hari ini .. tapi kemudian hari.

Lagipun .. Tangan yang memberi 
Lebih mulia dari mulut yang meminta

Bila ditimpa bencana atau malapetaka
Muhasabahlah.  Bertenanglah.
Fikir sedalam-dalamnya
Kenapa?
Tiap kejadian bersebab, kan.

Dan percayalah yang Allah SWT itu sentiasa ada dengan kita.

Satu Pagi di Pasar Tani

Sabtu malam dapat SMS. Esok pagi apa program? Jom ke Pasar Tani .. lama tak gi. Jap-Jap .. nanti i sms balik. After 10 minutes ~ OK Yanti .. dengan syarat 7:15 pagi dari sini. Haaa .. Ok. Jumpa kat Petro esok eh. Dan semestinya Pasar Tani Shah Alam pilihan hati dari dulu sampai sekarang. Meh kita bawak korang menjelajah Pasar Tani Shah Alam .. mari tengok apa ada disini ..

Muka selebet tak fresh. Mata terpisat-pisat nak bantal. Hati dok pikir .. Jadi ke? Betul ke? 

Nasib baik girlfriendku Yanti Si Bedak Sejuk yang drive ..

One of the reason kita suka sangat datang sini ialah Makanan Tradisional yang varieties dan best!!! Ada disini sepanjang masa. Tiap-tiap minggu tak perlu tunggu raya.

Lemang, Lontong, Ketupat Palas, Rendang Tok, Rendang Ayam dan Kuah Kacang.

Boleh rasa sebelum beli.

Wajik Durian. Fuhhhhhhh ... feveret.

DimSum pun adooo .. Abang Jual tu sporting habis!!


Tapai Goreng ??? Hmmmm .. boleh tahan la rasa dia.

 Abang Kentang pun 'sporting' juga

 Yanti bukan nak jadi 'Model of The Year' di Pasar Tani tapi kita yang nak ambek gambar dia. Ni satu .. yang ni pun satu ye Bang. Dua je? Cukup ke Yanti?

Makanan kat Pasar Tani banyak pilihan dan sedap-sedap ~Jemput-jemput labu,  kentang, keledek, jagung, durian, pisang. Kita beli hampir semua .. Mix and match. Pastu makan sambil jalan-jalan dengan Girlfriendku Ismayanti @ Pinky si Bedah Sejuk. Ahahahaha .. suka la panggil dia camtu.

Tak percaya lagi kat sini macam-maccam ada? Murtabak Kambing, Murtabak Ayam, Murtabak Daging. Mahu yang frozen atau ready made? Meh 'support' Pakcik ni. Confirm sedap .. kita dah rasa.




Dah sampai rumah baru teringat .. Alaaaaa .. terlupa nak beli Daging Salai. Kena gi lagi la camni .. minggu minggu depan la ye, Yanti.

 Bang .. nak ambek gambar boleh? Boleh. Boleh. Meh RM2. Tehehehehee .. 
Kepala ni orang buat apa ye? Ada ke orang nak beli?



Akak yang jual tu cakap, Ayam Betina lebih mahal dan berkualiti dari Ayam Jantan. Hahaha .. Kami gelak besar kat situ jugak.

Natural beauty, kan. 


Akok is my forever ever favorite

Kak Ellaaa .. besarnya Mee Sup tu .. Ni untuk berapa orang Kak Ella? Satu Famili Yanti 5 orang cukup kot? Tehehehehe.


Tq Pakcik sebab posing untuk Blog saya tanpa diminta. Kehkehkeh .. kelakar la pakcik ni.

Tak sempat nak beli. Haihhh .. haruslah ke sini lagi. Yanti .. Pinky .. Are you listening? Eh .. reading? Hehehe.

I always scold Yanti sebab dia kadang-kadang tak 'organise' .. sokmo kelam kabut. But i misjudge her .. Siap dengan Ice Box, Airbatu. I misjudge her actually. Hehehe.

I tak tau camna nak makan Sipot ni. Sedut sedut tak lepas .. Sedut sedut tak nak keluar. Hilang sabar i baling je .. Ahahahahaha .. bengong betul si Ella.

Tengok Kerang .. teringat Arwah Ayah. Arwah Ayah orang laut .. tangkap kerang hari-hari. Bila Ayah balik dari laut, dia bawak balik kerang seguni. Haihhh .. kenangan. Moga Arwah Ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.



 Rebung??? Tak pernah rasa .. Camna eh rasa dia?

 Sayur kampung cun-cun. Fresh-fresh kat sini.


Yanti beli 4 ekor Ketam besor-besor ... RM33 sahaja ~ lebih dari sekilo. Yanti masak Ketam? Mcm tak percaya .. tapi .. Percayalahhhhhh*ala-ala lagu Tok Ti* Hehehe.

Udang ni walaupun kecik best!! sebab dia fresh from the sea .. bukan Udang bela. 


Udang Galah pun ada juga .. tapi i tak berapa suka Udang kepala besar ni. Makan banyak-banyak takut jadi Besar Kepala!!!! Hahahaha.

Arwah Ayah cukup tak suka kalau kitorang makan Udang kulit kelabu ni .. sebab Udang ni bukan fresh from the sea .. tapi Udang bela. Arwah Ayah pesan .. kalau nak makan udang ni, buang kulitnya dulu.

Tuka ... Tuka ... Suka ikan ni dengan syarat kena pandai siang ye .. Kalau silap siang .. dia ada 'bau' sikit.

Udang kulit oren ni pun fresh from the sea. Ni best!! 

 Galah lagi ..

 Freshnya ikannnn ..

 Goreng garing-garing sedap, kan.

Hmmmmmm .. sedap nih

Yanti beli Kerisi Emas ni sebab dia cantekkk .. tapi off course la mahal sikit sebab berstatus emas, kan.



 Yang ni kita beli. Goreng dengan cili api dan bawang pastu perah limau. Fuhhhhh .. dua pinggan kot kita makan? Hehehe.

 Kerang Bulu? Siput Halia? Hmmmm .. tak penah cuba.



I told u .. Pasar Tani Shah Alam ni macam-macam ada.

Tu baru half of the Pasar .. belum bahagian Car Boot Sale lagi .. tapi sekarang dah bukan Car boot sale dah .. masing-masing dah ada lot sendiri. Baju, Perabot, Kereta, Pokok sume ada di Pasar Tani Shah Alam. Best!! Best sangat-sangat ..