Tuesday, July 31, 2012

Buka Puasa Kedai Siam


Bulan puasa ni macam-macam la pulak teringinnya. Teringin Sup Ekor, teringin Daging Masak Merah, teringin Kailan Ikan Masin .. makan dengan Nasi panas-panas. Normal kot eh symptom teringin macam-macam di bulan puasa ni? Paling best 'tak teringin masak sendiri .. teringin nak orang masakkan'. Hehehe .. 

So, Kedai Siam @ Kedai Tomyam kita terjah. Hmmm .. sedap. sedap. sedap. Berbaloi-baloi sebab Tokey kedai ni tak kedekut .. big portion .. boleh makan 3 orang. Ada 16-17 hari lagi ni .. teringin apa la pulak pasni agaknya ye? Hehe.




Monday, July 30, 2012

Nasi Ayam Chee Meng @ Bukit Bintang

Bila Aiman cakap ... Ma, tak payah masak la arini.  Mama rehat eh .. Mama hari-hari masak. Arini Mama rest la. Jom kita berbuka kat luar. Alahaiii .. rosak plan rancangan Main masak-masak dalam kepala kita ni*tapi dlm hati suka* he he. Jom makan Nasi Ayam Bukit Bintang nak? Ok. Tapi kena  pegi awal la, takut penuh. So lepas Asar we moved from our house. 6 petang dah sampai tapi sayang .... Restoran Nasi Ayam The Best in KL depan Federal Hotel ni 'fully booked'. Hampa. Datang jauh dari Sg. Buloh, sengaja datang awal-awal rupanya org lain lagi awal dari kita. Sudahnya kita camni ~  Apa kata kita berbuka makan kueh sambil jalan-jalan dulu. Nanti malam sikit baru kita makan kat sini. Punya la nak sangat-sangat makan Nasi Ayam Chee Meng ni .. sampai sanggup makan lewat. 

I requested for Steam Chicken actually tapi habis. Roasted Chicken je yang ada.

Roasted Chicken, Sup Kacang Tanah dan Sambal Cili. Sayangnya pes halia tak da .. habis. Kalau korang nak tau .. makan Nasi Ayam bersulamkan Sup Kacang Tanah, Sambal Cili dan Pes Halia adalah sangat ohsemmm!! RM8.50 satu set. Dulu-dulu RM6.50 je tapi ye la .. zaman sekarang apa yang murah? Area Bukit Bintang lak tu .. Kalau nak beli Nasi Ayam murah beli je dari orang yang berniaga dari rumah. Konfem murah .. sebab tak payah bayar sewa, kan... Hahaha. I have been visiting this restaurant for years. Mula-mula Restoran ni pindah ke Shop Lot depan Federal Hotel ni, dia buat iklan kat Radio Era. That was many years ago. With that radio annoucement, baru la kitorang tau Restoran ni dah pindah. If not we still think that dia masih duduk kat tapak lama tepi BB Plaza tu.

Sup Wantan ni best. Kerabu Mangga kat restoran ni pun best!! Cuba la makan kat sini .. sure tak kecewa. Tapi kann .. kalau nak berbuka kat sini, make sure korang book awal-awal sebab terlalu ramai orang berbuka di sini .. sampai dia terpaksa letak meja kat kaki lima. Punnnn penuh. Just imagine .. i pegi pukul 6 meja dah tak da dah. Kalah 5 star Hotel tu beb!! Hehe.

BTW, sebagai seorang yang lahir dan membesar di KL .. terlalu banyak memori di Bukit Bintang ni. Kitorang adik beradik pernah jalan kaki dari rumah ke sini sebab tunggu punya tunggu tapi bas tak sampai-sampai*tak jauh pun*. Dulu-dulu Sg. Wang Plaza dah cukup gah dah. Tak de Pavi Pavi ni. Paling ohsemm pun waktu tu Yaohan je. Walau sekarang ni sekali sekala je jejak kaki ke sini ..  'rasa' dulu-dulu tetap ada. Nostalgia lah!!





Geram

Geram sebab line tenet arini meragam. Geram sebab kena updet guna handphone. Sib baik Samsung SIII ni 'user friendly' ...

*Tak da internet bagai masak tanpa garam buat blogger suka tulis-tulis macam kita, kann*

Sunday, July 29, 2012

Nasi Lemak & Udang Goreng Kari

Sesekali terasa teringin nak makan Nasi Lemak, Sambal Kosong dan Udang Goreng Kari ~ Hmmm .. berpinggan-pinggan we ols makan. Pastu kenyang. Pastu rehat. *Makan banyak-banyak pastu menyesal* Haishhhh .. tak leh jadi ni. Hehehe.





Bulan puasa ni kan, tengok gambo Ikan Bilis Goreng dengan Telur Rebus pun boleh terliur. Acaner tu? *takmo tengok .. takmo tengok* Baca je .. jangan tengok gambar ye. Boleh ke?? Tehehehe.


Friday, July 27, 2012

Sahur Burger & Roti Sempoi Filla

Bila berbuka makan Bihun Goreng pastu tak berlebih .. mula la menggagau fikirkan Menu Sahur esok pagi.  Udah la Teman ni suka last minute .. pukul 4:45-5 pagi baru nak terkedek-kedek. So malam lagi memang dah kena plan ... supaya tak buang masa yang tak banyak bakinya. 

So pagi tu ..

Jeng .. Jeng .. Jeng 

Sahur makan Burger je la.  Lebihkan Mayonis .. lebihkan Sos Cili .. Aiman makan laju. Tapi kannnn .. tiba-tiba dah terberkenan kat Roti Sempoi Fillanie. Harusss cuba nanti. Mekaseh Fillanie Darling sudi kongsi idea dengan kitorang semua. Sayang Blog Fila ketat-ketat. Muahhhh .. Muahh .. Muahh.

Ramadhan ke 6 ~ Bihun dan Popia

Dalam hidup ni .. paling penting Jangan layan emosi. Nanti kita susah nak ceria .. nanti kedut rebut-rebut nak keluar kat muka kita. Hehe.  Jom kita tukar topik ye. BTW, baca komen korang buat kita rasa hepi lah. Buat kita rasa korang sayang kita. *rasa je .. belum tentu korang sayang pun, kan* Hehehe.

Perasan tak kalau bulan puasa kan, topik paling best kita sembangkan ialah makanan. Hari ni ko masak apa? Ce bagi idea sikit kat aku ~ Dialog Kak Senah dan Fiza. Elehhh .. nama pun perut tengah berdondang dendang .. maka kena sangat la soalan tu dengan kita semua, kan. Semalam kan .. kita main teka teki .. Nak tak nak? Nak tak nak masak untuk berbuka nanti? Jawapannya .. Yeszzzz!!! Virus Malas berjaya disingkirkan dengan kemunculan Antibodi bernama Rajin. Hahaha .. suka la dapat main masak-masak kat dapur sorang-sorang. Eh silap .. silap. Aktiviti memasak di dapur petang semalam bukan sorang-sorang tetapi dalah secara berjemaah. 

Aimannnnn .. Meh tolong Mama potong sawi. Awakk .. tolong saya blender Cili boleh? Saya belum Solat Asar lagi ni*sambil buat muka kesian kat Abah Aiman* ~ Camtu la kecohnya rumah kita petang semalam.  Mana taknya .. semalam punya jem, Ya Ampunnnn .. pukul 6:20 baru sampai rumah.  Apa nak buat .. everybody nak balik cepat. Nak kejar waktu berbuka .. nak makan dengan keluarga. Sedih ooooo kalau terpaksa berbuka sorang-sorang. Bila makan sorang-sorang, automatik terfeeling Ala-ala Dendang Perantau, kan? Hehehe.

Bihun Goreng Express. Cuma ada Ayam, Fishball dan Sawi je. Kita jarang letak tauge dalam Bihun Goreng. Tak berapa 'on' la dengan tauge. Kureng suka. Echewah .. berlagak. Hehe. 

Popia Goreng 3 ketoi ni kita yang kena habiskan. Aiman takmo ... Abah dia makan 2 ketoi. Nangis 'tummy' tau .. Tercungap-cungap ai. Cehhh ..drama. Jgn caya ye. Hehehe. 

Sepeket Bihun kita habiskan semua. Baru la berbaloi berkungfu taichi di dapur. Dan biasalah .. kalau dah banyak .. bersedekahlah ke rumah jiran sebelah menyebelah. Hmmm .. Bihun dan Popia Goreng ~ sempoi je Menu Berbuka kita, kan. OK la tu .. seharian 'tummy' sepi .. tak mungkin macam-macam boleh isi. Lagipun .. macam ni baru la tak membazir. Membazir tak baik .. nanti Tuhan marah ... Nanti kita tak dapat kasih sayang Allah. Hari ni dah ada dah Menu dalam kepala. Nanti kita tengok jadi ke tidak ye. Hmmm .. OK lah. Sekian sahaja Entry Mengenang 6 Ramadhan Tahun 2012. Tq baca ye. Bye.





Thursday, July 26, 2012

Emosi


I'm happy and sad.
Tuhan maha kaya .. bermacam nikmat emosi diberi  pada HambaNya.
Dia ada perancanganNya yang tersendiri untuk kita. Dia tau apa yang terbaik untuk kita.
Moga semua urusan kita dipermudahkan.

Salam Jumaat, kawan-kawan.

Wednesday, July 25, 2012

Cucur Bilis .. Ikan Sambal Kicap .. Ayam Goreng

Bulan puasa ni kan, kita sukaaaaa sangat makan Cucur Bilis ataupun kat rumah kita lebih dikenali dengan nama Cokodok. Kalau cokodok ni ada .. kueh lain sume kalah .. tak pandang dah. Semalam petang buat Cokodok Bilis versi paling simple. Cuma guna Tepung gandum, Ikan Bilis, Bawang Besar, Cili Masak, Air panas, Kunyit Serbuk, Garam dan Minyak je. Nak buat beria-ia bukan sempat pun .. masa cuma ada satu setengah jam *sampai rumah pukul 6 petang* macam-macam nak buat. So .. bersyukur je la dengan apa yang ada. Yang penting 'tummy' berisi dan hepi. Kannnn ..

Cucur Bilis Rangup yang dibancuh dengan 100% air panas. Dulu-dulu Mama kita ajar guna air panas separuh .. air biasa separuh. Pastu masa KY belajar kat ITM, dia belajar dengan roommate dia cara-cara buat Cokodok crispy ni. Boleh tambah kacang panjang hiris, carrot hiris dan segala macam daun yang korang suka. Kat rumah ni sayur-sayur tu tak yah la .. kang jenuh diaorang kuis .. Misz-Ella yang kena kutip sebab dalam rumah tu kan .. Misz-Ella sorang je yang suka sayur .. tapi mata tak gak ijo, kan. Hehehe.
Ikan Kerisi Sambal Kicap, Siew Pak Choy, Ayam Goreng dan Cokodok Bilis. Dalam banyak-banyak ni kan, Cokodok bilis 'juara'. Dia habis dulu .. Aiman makan banyak sampai tengok nasi dia tak da selera. Sedap kot Cokodok Mama buat eh? Hehehe. Hari ni kannn .. rasa macam malas sangat nak masak. Tapi  .. jangan!!! Jangan Malas!!! Malas itu negatif .. tak baik. Tak baik malas tau. So .. rasanyakan .. nak  masak  benda yang lebih simple untuk berbuka nanti. Jap-jap nak fikir. Apa eh? Owh Ok. Tak pe. Esok-esok kita cerita 'what happen' seterusnya. Jadi ke tak jadi masak ni?? Eh .. OK lah. Got to go. Sekian sahaja Entry Mengenang kelam kabut buat Cokodok Bilis pukul 7 petang tanggal 5 Ramadhan. Mekaseh baca ye. Bye.



Siew Park Choy Sos Tiram

Hello kawan-kawan .. Hari ni kita nak kongsi cara-cara memasak Siew Park Choy Sos Tiram yang bestfriend kita Fiza ajar aritu. Senang, cepat dan berkhasiat. Yang penting sedap.

Elololo ..  Fiza (baju biru) dan Lin (baju kotak-kotak) ni memang pantang nampak kamera .. terus diaorang tumpang sekaki. Ini kejadian sebelum bulan puasa ye. As you all know kan, Me and Geng Makan kat opis ni memang makan tengahari sama-sama. Apa yang ada je .. tak yah pening-pening cari makanan sana sini. Sometimes we do something special jugak .. buat Nasi Ayam kat opis buat Steaming Lunch .. macam-macam kitorang buat sama-sama. Haihhh .. one day, bila i dah tak keja sini .. i'm sure i will miss them so much. Ada satu hari tu (sebelum bulan Puasa) Fiza bawak seikat Sayur Siew Park Choy yang segar. So kita decide esok tengahari kita masak sayur ni. Nak buh rencah apa? Tak yah susah-susah .. pakai bawang putih je ~ kata Fiza. OK. Kau masak eh. Kau masak sayur sedap ~ Kata Misz-Ella. Setttt. Esok ko tolong potong sayur tau. pastu chop garlic. OK. Baik punya planning. Hehe.

Meh tengok cara-cara membuatnya ~ Potong sayur dan asingkan batang dengan daun. Letak tepi. Chop bawang putih *potong dadu ler*. Letak tepi jugak. Ambek kuali buh air, buh minyak minyak sikit .. buh garam sikit. Bila air dah mendidih, masukkan yang batang dulu. Guna sudip yang berjaring atau penapis utk kacau-kacau. Agak-agak dah lembut sikit angkat. Toskan air pastu susun dlm pinggan. Ulang proses yang sama utk daun pulak. Pastu buang air dalam kuali tu, keringkan dan panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih sampai garing *jangan sampai hangit* pastu angkat dan tabur atas sayur. Pastu percikkan Sos Tiram. Sedap makan panas-panas. Masa nak makan, gaulkan sos tiram tu dengan sayur tu supaya sebati rasanya. Senang, kan. Cuba la korang. Kita dah buat utk berbuka semalam. Best tau. Fiza, thanks ajar kita cara-cara membuatnya. Memanjangkan ilmu itu adalah Ibadah. OK lah. Got to go. Bye.





Tuesday, July 24, 2012

Asam Rebus Kangkung

Hari tu ada kawan mintak resepi Asam Rebus Kangkung. Ye la kannn .. dah selalu sangat buat Kangkung Goreng Belacan so sekali sekali jom buat Kangkung berkuah pulak ye.  Ekcelikan, senang sangat-sangat cara-cara membuatnya. Tumbuk cili api, bawang merah dan belacan sampai lumat. Pastu titik serai. Pastu masukkan benda-benda tu dan kangkung yang dah dipotong dalam periuk dan rebus. Masukkan garam, sedikit gula dan asam keping sekeping dua. Masukkan la jugak kerang atau ikan bilis sebagai pelengkap. Senang, kan. Hmmm .. makan dengan nasi panas-panas dengan ikan goreng garing dan sambal belacan sedap tau. Silap-silap tak sedar nasi bertambah. Pas makan dah kenyang baru sedar*Auwwww .. lari diet ku* Hahaha.

Tadaaaaa .. ini la dia Asam Rebung Kangkung. Kalau dapat kangkung kampung lagi best tapi sekarang ni susah sangat nak dapat *unless u tanam sendiri* so berpuas hati la dengan apa yang ada. Janji kangkung. Hehehe.

*lupa nak cakap ~ buh serbuk kunyit sikit eh*

Ramadhan Ke 4 Kita Rehat

Ramadhan ke 4 kita rehat ataupun nak lebih tepat lagi 'dipaksa rehat' oleh orang-orang dalam rumah ini. Sebabnya ialah symptom kepala ting tong tak baik-baik lagi. So daripada memaksa diri bekerja lebih baik kita MC dan duduk di rumah je. Ya Allah .. heavennya duduk rehat-rehat di rumah. Tak perlu buru-buru .. tiada deringan bunyi telefon .. tak terikat dengan symptom 9 to 5. Suka suka akak je nak bangun .. nak tido .. nak online .. nak tengok TV. Best jugak ye Ibu-Ibu Rumahtangga ye? *Impian yang belum jadi kenyataan*

Lepas pukul 3 petang baru kuar .. Gi Klinik .. pastu gi Hospital ziarah Asben kawan yang baru lepas operate kepala. Terkedu sekejap .. bergenang airmata tengok keadaan asben dia. Pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di kepala tak berjaya mencapai matlamat sepenuhnya maka pembedahan ke dua dijalankan dan ketiga bakal menyusul lewat malam nanti ~ macam tu la berita yang dikhabarkan pada kami. Moga Allah SWT memudahkan setiap urusan kalian. InsyaAllah. Amin.


Pastu tak balik sebab awal-awal Aiman cakap .. Hari ni Mama tak payah masaklah. Mama rehat. Kita berbuka kat luar eh. So, ayam ikan yang dah di defrost kita masukkan balik dalam tempat beku sebelum keluar. Destinasi :~ Off course 1 Utama .. tempat faveret kami semua. Roger Adikku Aishah yang tinggal di Bdr Utama .. Jom la join kitorang. OK. See u at 7:15 @ Restoran Old Asia .. sebelah Kenny Rogers, 1U Old Wing.  Hmmmm .. Set Berbuka Puasa kat atas tu RM69.90 untuk 4 orang tapi memandangkan kami ber lima, tambah 1 air dan 1 nasi je la lagi. RM81 semuanya.  Air Sirap Bandung dalam Menu kitorang tukar ke Ice Lemon Tea without additional Charge. Nak tanya korang sikit lah .. nape ye Sirap Bandung sangat sinonim dengan Bulan Puasa? Kenapa? Akak pikir-pikir tak dapat jawabla. Korang tolong bagi jawapan bole? Hehehe.




Monday, July 23, 2012

3 Ramadhan ~ Kerja, Shopping, Masak dan Makan

Kisah 3 Ramadhan - Sampai je kat  ofis kelam kabut mengerjakan Tender. Zuppp .. zapp .. zuppp. zapp .. Siap. Pastu hari ni Hari Pertama Kerja .. tahun-tahun sebelum ni Bulan Puasa dapat balik awal tapi tahun ni sampai menjelang jam 12 .. tiada khabar berita. Tepat pukul 12 .. i told my Assistant Kak Senah .. I wanna go to Teso. Nak pollo? Jom arr .. Last-last bukan Kak Senah je .. Sanisah Ruslin pun pollo juga. Yeayyy .. arini my car berpenghuni tak la i drive sorang diri. Hehehe.

Bulan Puasa ni kan, kalau tak masak jangan susah hati .. Gerai makan macam cendawan tumbuh .. muka-muka tak penah meniaga pun tetiba .. Eh .. dah jadi Tokey kau tahun ni ye. Hehehe .. So dont worry .. sila la pilih juadah mana korang suka. Tapi kannn .. Buy-Buy i dont like. Tak bape layan lauk beli so haruslah kita masak sendiri. Walaupun belum tentu sedap .. yang penting bahagia dan 'tummy' hepi. Tehehehehe.

Seketul kepala Ikan Salmon yang dah dipotong tengah. Kita beli kat Tesco Kepong .. RM7 lebih .. Siap la kau Salmon .. bakal mangsa 'tummy' bertiga malam ini.


Sampai rumah pukul 6 petang .. terus tuju dapur dan siapkan Kari Kepala Ikan Salmon dengan Kacang Bendi dan Tauhu Kembang ni.

Pastu beli Isi Ayam .. potong kecik-kecik pastu buat Ayam Goreng Kunyit Daun Kari Resepi Cik Mat Gebu. Hmmmm ... marvellous ooo bila dimakan dengan Nasi Panas.

Sebungkus Kacang Bendi beli kat Tesco baru RM1.25 sen dalamnya ada dekat 20 batang. So, mari kita buat Kacang Bendi Goreng dengan Ikan Bilis ini petang. Aimannnn .. meh tolong Mama potong Kacang Bendi ni. Baik Maaa ~ Jawab Aiman yang menurut perintah. Wahhh aku dan-dan tu feeling Mem Besaq tengah bagi Arahan. Tehehehehe.

Hajat hati nak buat Cokodok Bilis tapi masa cuma satu setengah jam .. mana la sempat. So bila Encik Asben tanya nak kueh? Nakkkkk tapi jangan beli banyak sangat .. nanti korang tak makan i jugak yang kena habiskan. Nak kueh apa? Nak Popia Goreng. Aiman nak Tepung Pelita Paya Jaras dan Kebab. OK. Dia sorang je la pegi .. I got no time cos my masak belum siap lagi. Tapi kann .. Alhamdulillah .. memandangkan kita masak yang simple-simple .. siap semuanya sebelum berbuka. Seronok kan Bulan Puasa? Paling seronok bila tiba waktu nak masak lah. Macam-macam 'planning' ada. Salah satu kelebihan bulan Ramadhan yang tiada di bulan-bulan yang lain ..Umat Islam makan serentak. Tu pasal jalan jem ... masing-masing berebut nak balik. Ibu-ibu 'excited' nak menyediakan sendiri Juadah buat ahli keluarga yang berpuasa. Pastu malamnya gi Solat Tarawikh ramai-ramai. Best la Bulan Ramadhan .. banyak kelebihan .. banyak ganjaran. Ni baru hari ke empat .. ada 26 hari lagi. Kita sama doakan perjalanan Ramadhan kita kali ni dipermudahkan dan diberkati ye. OK lah kawan-kawan. Got to go. Mekasih baca ye. Bye.

Ikan Dory Sweet Sour

Tup tap .. tup tap .. dah 4 Ramadhan. Sekejap je dah 4  hari .. Sekejap je bulan 8 tak berapa hari lagi. Cepat betul masa berlalu. Semalam 3 Ramadhan first day berpuasa penuh sambil bekerja. First day jugak berpuasa dengan 'mood' ting tong .. Mana taknya semalam tak dapat balik awal .. kuar opis kul 5:15 vrooommmm lelaju bawak keta cilok sana cilok sini .. masuk Highway Guthrie .. pukul 6 sampai terus lelaju tukar baju toom tamm toom tamm kat dapur. Dalam masa satu setengah jam dapat la buat Kari Kepala Ikan Salmon, Ayam Goreng Kunyit Daun Kari dan Kacang Bendi Goreng. Malam tu baru terasa penat dan-dan tu kepala ting tong. Tu la kannnnn .. bila kita tidak buat bekerja secara 'slow, relax and steady' tapi buru-buru memaksa diri .. kepala yang sengsara jadi mangsa. Tehehehehe ...

Kali ni nak kongsi resepi Ikan Dory Sweet Sour. Yang ni kita beli yang Frozen je .. Satu peket ada seketul isi ikan Dory. Kita beli dua peket. Rendam dalam air sekejap .. kasi defrost semua yang beku pastu hiris kecik-kecik. Basuh dan buh dalam penapis .. biar air dia semua keluar habis. Pastu masuk dalam pinggan buh kicap cair.

Pastu salut dengan Tepung Jagung satu persatu. Ohhhhh .. comelnya bila dia dah jadi cenggini.

Pastu goreng ... camni la rupa dia selepas digoreng. Masa kita buat ni kan .. kita tak puasa. Sambil masak sambil curi-curi kunyah dan telan .. 4, 5 ketul sekali jalan. Makan camni je pun dah sedap . Pastu kita tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Orang lain hiris, kita tumbuk sebab kalau hiris nanti diaorang kuis-kuis bawang, halia dan bawang putih tu .. sudahnya berbuang. Bila dah ditumbuk diaorang tak nampak dah .. dah tak boleh kuis so kena telan *dipaksa telan*. Hehehe. Ok lah ... pas tumbuk kita tumis gitu-gitu je .. bila dah garing kita masukkan cili kisar sesudu .. pastu kita masukkan cili sos dan sedikit plum sos. Sos tomato kita tak taruk sebab diaorang tak suka. Pastu kita kacau-kacau .. sebatikan rasa garam, gula dan sebagainya.


Sambil-sambil tu kita potong dadu bawang besar, tomato, capsicum, sekeping dua nenas *beli yang dalam tin lebih cepat, murah dan boleh mengelakkan pembaziran* Pastu kita jumpa timun lebih buat masak Taucu haritu dalam peti ais so kita potong sekali. Pastu kita masukkan bahan-bahan daduan ni dalam kuah sos tadi. Kacau-kacau angkat dan curah atas ketulan dory tu tadi.

Tadaaaaaa .. Ini yang dah siap ~ Ikan Dory Sweet Sour yang kita bawak balik ke rumah Mama masa hari pertama Puasa haritu. OK lah .. Sekian sahaja Entry Berkongsi Resepi untuk kali ini .. *Eh .. apsal skrip aku dah macam Pengacara Ketuk-ketuk Ramadahan nih?* Ishhhhh .. Oh By the way (BTW) .. Sila la mencuba dan Mekaseh baca Entry saya ye. Selamat Berpuasa. Bye.



2 Ramadhan ~ Ikan Bakar, Sayur Kangkung dan Ayam Percik

Rasanya tahun ni paling beruntung .. sebab 1st day Puasa tu kita cuti. Hari ke 2 pulak Ahad. Yeayyy !! Dapat sambung tidor selepas bersahur di pagi Sabtu adalah sangat ohsemmmm .. dah tu boleh main masak-masak lauk pilihan hati tanpa perlu fikir Kertas Kerja dan tanpa 'rushing' sana sini.  What a good Saturday for me. 

Ikan Siakap Sambal Bakar dan Asam Rebus Kangkung tu kita masak sendiri. Ayam Percik dua orang Jejaka dalam rumah ni beli kat Pasar Ramadhan Paya Jaras. Best oooo Pasar Ramadhan Kg Paya Jaras .. ada jual Rendang Pucuk Paku + Kerang .. dia masak kat situ panas-panas. Ada Kulit Lembu .. dia masak apa entah .. ada Telur Ikan .. pun dia masak apa entah. Kita tak beli pun sebab Kulit Lembu dan Telur Ikan i tak makan. OK. Meh kita bagi Resepi Ikan Bakar Sambal. Hiris serai pastu kisar dengan cili kering, bawang besar, bawang putih. Tumis atas api macam biasa sampai jadi sambal .. means korang masukkan lah air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Sejukkan. Bila dah sejuk, letakkan atas aluminium foil pastu letak ikan. Tak kesah la ikan apa .. Ikan Cencaru boleh, Kembung boleh, Pari pun boleh .. Yang ni Ikan Siakap. Disebabkan terlalu besar .. kita potong dua pastu belah tengah kepala.OK bila Ikan dah duduk atas sambal .. tutup rapat-rapat simpan dalam peti ais *belah bawah .. bukan tempat beku* dalam setengah jam ke satu  jam. Pastu bakar atas kuali. Api kecik je tau .. kalau kuat nanti hangusssss. Makan panas-panas masa nak berbuka. Aiman cakap .. Sedapssss. 

Agar-agar Tembikai dan kueh-kueh ni pun diaorang beli kat Pasar Ramadhan Kg. Paya Jaras. Kalau tengok kueh kueh ni confirm la bukan Misz-Ella yang pilih sebab kita Bulan Posa suka makan Kueh bergoreng jer. Cokodok Bilis ke .. Cucur Udang ke .. Popia ke .. kueh-kueh camni tak bape layan. Anyway, Agar-agar Tembikai tu harap manis dan cantek je, kan. RM2.50 sepotong tau. Beli satu dan sila la makan ramai-ramai .. ye kawan-kawan.

Lagi 1 aktiviti di dapur sempena Ramadhan ke 2 yang kitorang seisi rumah malas nak keluar. Kisar kunyit hidup + bawang putih pastu simpan dalam Peti Ais. Esok-esok nak goreng ayam, ikan senang .. tambah garam je. Heaven sangat la Cuti 2 hari ni sampai terfikir .. Kan best kalau Sabtu-Ahad tu berulang-ulang dalam 7 hari. Eh .. mula la mengarut si Ella. Hahaha.


Sunday, July 22, 2012

1 Ramadhan

Alhamdulillah ..  dapat meraikan Ramadhan yang dinanti dengan adik beradik dan famili. Meriah sungguh 1 Ramadhan kami. Masing-masing balik rumah Mama menjijit bekal .. tak bawak bekal jangan datang ... Hehehe .. sebab memang 'planning' asalnya ialah kita berbuka ramai-ramai kat rumah Mama dengan konsep 'Potluck' dan seperti biasa .. mesti kitorang bahagikan tugas awal-awal supaya tak berlaku kejadian lauk sama kau dan aku. 

Masak Asam Tempoyak Ikan Patin, Sambal Udang, Ikan Dory Swit Sour, Ayam Halia, Masak Lemak Jantung Pisang, Roasted Chicken, Sayur Campur, Puding Jagung, Kueh Talam Berlauk, Bubur Sum Sum, Karipap Sardin, Buah-buahan, Teh Tarik dan Oren Sunquick + Sirap. Perghhhhh .. Kita makan sampai otot perut ketat dan mintak rehat. Hehehe.

Masak Lemak Jantung Pisang dan Ayam Masak Halia Angah yang bawak. Kueh Talam Berlauk, Bubur Sum Sum *no photo* dan Sayur Campur made by Kak Yang (KY). Kueh Talam Berlauk tu special request dari me and my sista Aishah sebab masa kenduri baca Yassin kat rumah Mama aritu, KY buat Kueh Talam ni dan seriously .. tersangatlah sedap. We tak puas makan so we ask her to repeat this kueh one more time. Ekceli ... kita tak suka kueh-kueh yang berlauk ni tapi yang KY buat ni betul-betul sedap and change my mind. Cukup rasa .. lembut adunan .. 4, 5 ketul kita sekali telan. Weihhh .. jumpa makanan sedap lupa dunia kau eh .. *tu belum masuk yang bawak bekal .. Hehe* 

Ikan Dory Fillet Sweet Sour dan Puding Kastard Jagung ini dibawa oleh Misz-Ella dari rumahnya. Alkisah, memula nak masak Ayam tapi sms dari Angah .. La .. Ko buat ikan lah. OK. Nanti aku cari Ikan Dory .. maka terhasillah Ikan Dory Sweet Sour feveret anakandaku Aiman. Hmmmm .. budak-budak ramai .. so lauk ni habis dulu. Antara Puding Jagung dan Agar-Agar Kelapa .. mula-mula Misz-Ella blurr. Puding Jagung pilihan Misz-Ella akhirnya sebab lebih cepat dimasak dan bahan-bahan dalam Cabinet sume ada dan akhirnya Puding Jagung ni habis kat meja makan tu jugak. Sedap kot Misz-Ella masak? Hehehe *jangan perasan lebih-lebih ehhh ...*


Roasted Chicken Boi beli dan Sambal Udang airtangan Mama. Perghhhh .. sedap gila Sambal tu. Pedas cukup, asam garam gula sume secukupnya. Aishah siap 'tapau' dan Misz-Ella hanya mampu melihat sahaja. Tu la kau .. tadi jual mahal .. takmo la konon .. kan Aishah dah bawak balik semua. Padan muka .. Hehehe.

My Darlingsssss ... Puteri The Princess, Sarah Ardinie dan Mukriz. Except Si Mukhriz .. yang dua orang tu puasanya hanya separuh jalan. Tak sabar nak tengok anak-anak kecil ni membesar depan mata Mama Udanya.

 Borak dan lepak sama-sama sebelum tiba waktu untuk Berbuka. 

Yang muda-muda lepak kat luar .. Aiman dan sepupu-sepupu. Danial hepi sebab SMT bagi pulang ke rumah sambut puasa dengan keluarga hujung minggu ni.

Yeayyy .. dah masuk waktu. Makan rebut-rebut ramai-ramai memang best. Ulang meja makan dua, tiga kali sebab "Buffet Ramadhan Opah Nap" makanan nya sedap-sedap dan kegemaran 'tummy.'

Tempat makan anak-anak.. Najihah pun ada sebab MRSM bagi 'student' balik ujung minggu ni ..

Misz-Ella pun makan kat sini tau. *Feeling budak bila makan dengan diaorang semua* Hehehe

Hari Pertama Ramadhan kami akhiri dengan ucapan Alhamdulillah .. dapat berpuasa dengan jayanya *walau Misz-Ella hingga jam 3 petang sahaja* .. dapat mengeratkan silatturahim sesama kita dengan cara berbuka puasa dan bertarawikh bersama. Perut kenyang, hati senang ~ BAHAGIA. 




Thursday, July 19, 2012

Masak Tengahari Terakhir Sebelum Puasa

Rasanya ini Lauk makan tengahari yang terakhir kita masak sebelum puasa. Pasni masak untuk makan malam dan sahur je. No more masak untuk makan tengahari sebab esok dah start puasa, kan. Eh .. korang dah 'stock up' barang-barang dalam Peti Ais ke? Nanti nak masak senang. Tapi tak kesah .. tak masak pun tak pe sebab kedai jual makanan banyak .. macam-macam makanan ada. Tapi kannn .. kita lebih suka masak sendiri. Kueh je kita beli. Tu pun kalau ada masa kita buat jugak 'Cokodok Bilis'. Cokodok Bilis yang kita buat sendiri sedap tau. Cehhh ... sempat lagi Syok Sendiri kau ni Ella. Perasan!! Haha.

Ikan Gelama Masak Taucu ni memang feveret Si Aiman. Lajuuuuuu dia makan.

Haaaaa .. Sambal Kentang dan Ikan Bilis ni feveret Mama Aiman a.k.a Misz-Ella iaitu Puan punya Belog ini yang tersangatlah suka membebel sorang-sorang di sini. Tapi tak pe .. cakap sorang-sorang .. baca ramai-ramai, kannn. Hehe. OK .. kalau buat sambal kentang kan, kita suka potong 'wedges' .. baru la terasa kentang dia. Kalau hiris nipis-nipis kang rasa cam makan Mister Potato perisa sambal lak. Hehe. Eh OK lah. Memandangkan esok kita bakal berpuasa sulung .. kita nak cakap ... Awakkk .. Selamat Berpuasa eh. Jangan lupa bangun sahur tau. Malam ni jom la kita Solat Tarawikh berjemaah. Pastu nanti buka puasa jangan makan sampai kenyang sangat eh. Tak baik tau .. sian 'tummy'. Hehe. OK la ye. Got to go. Nanti-nanti kita sambung cerita lagi. Mekaseh baca ye. Bye.

Sandaran, Harapan dan Kekecewaan

Bila ada perasaan kasih sayang .. automatik timbul rasa mahu jadikan dia sandaran dan  mula memasang impian dan harapan. Bila yang diimpikan tak sampai dan yang diharap sebenarnya tak boleh diharapkan .. mulalah wujud kekecewaan. Tak pe la kalau kau kecewa kerana kecewa itu juga salah satu nikmat Allah SWT bagi pada hambaNya .. tapi janji .. Kau Kecewa Jangan Lama ye. Kau kena cepat-cepat 'Up' kan diri. Hidup kena kuat. Yeayy!! Hehe.



Ikan Cili Padi Bersos Tiram & Sayur Masak Lemak

Kalau tetiba minda 'jem' tatau nak masak apa .. mulut mula membebel sini sana. Akak .. nak masak apa eh esok? I blurr arr kak .. dalam peti es ada Ikan Kerisi je. Tolong bagi idea sikit.

Cuba hang buat Ikan Masak Sos Tiram. Pastu hang tumbuk cili padi masukkan dalam tu. Masak kering-kering .. biaq ikan tu elok bersalut jer. Haaaaa ??? Tak penah dengar pun kak. Lauk pe tu?

Ha kauuuu ... sampai kat Kakak Cool adinda meraih simpati. Dan seperti biasa .. Kakak Cool yang baik hati tak pernah mengecewakan Adinda yang sentiasa suka pada nya ini. Mekaceh kakak. AILEBIU LAH. Muahhhh.

Hang tumbuk cili padi dengan bawang putih dan sehiris halia. Pastu tumis. Pastu hang masukkan 3 sudu Sos Tiram. Buh air asam jawa sikit. Pastu hang rasa lah .. tambah la garam dan gula secukup rasa. Orite kak. Nanti ai cuba. Dah siap nanti ai bagitau you ye ~ Begitulah 'pok pek pok pek' kami di satu petang yang mana kami 'a bit free'.

Si Pedas dengan tak pedas memang serasi. Ngam kan dua-dua lauk ni bila digandingkan.

Masak Lemak Carrot, Kacang Panjang, Cendawan, Fucuk, Soohoon, Tahu dan Tempe. Hmmm .. dua lauk jer yang sempat dimasak. Orang lain makan penuh semeja kita makan banyak ni je ler .. tak pe. Yang penting, kenyang dan 'tummy' hepi. Hehe.

Wednesday, July 18, 2012

Kek Sedap Dari Hot Mama

Seperti biasa .. Misz-Ella kalau ada sesuatu atau experience sesuatu yang best, automatik mesti rasa nak share dengan pembaca-pembaca setia Blog ni. OK .. meh nak stori sikit. July is always a special month for me and family. First, sebab 3hb Julai tu birthday kita dan anak buah kita @ sepupu Aiman iaitu Amir Izzat .. pastu 13hb Julai pulak birthday The Queen of My Heart ~ My Beloved Mama dan adik angkat kita Jijai. If you read or follow this blog mesti you all tau yang kitorang satu famili ni memang tersangatlah rapat. Walaupun semua dah kawin, we remember and celebrate each other birthday. Malah birthday-birthday In-Law pun kitorang ingat. 

Hari Istimewa, harus lah diraikan dengan makanan istimewa termasuklah kek. Biasanya Aishah my sister tukang beli kek tapi this year i took over .. sebab masa blogwalking sana sini, terjumpa blog yang jual kek yang tersangatlahhhhh cantik dan review yang diterima dari orang-orang yang dah penah order adalah tersangattttlah baik. Tiap kali tengok Blog dia, mesti jatuh cinta .. mesti komen Nak.Nak.Nak. Nak rasa dan order Kek dia pastu terus 'aim' satu hari nanti mesti Nak jugak jadikan kek dia ni mangsa 'tummy'. Ekcelikan, ramai antara kita bila sebut kek je nampak Secret Recipe, kan. But for me, kita suka sangat cuba yang lain-lain. Secret Recipe dah terlalu gempak dah .. dah boleh agak rasa dia .. so less excited la, kan. OK. Panjang dah membebel .. mari kita lihat Kek Pilihan Tahun ini iaitu dari Hot Mama. Rambang mata masa nak buat pilihan .. siap tanya my sister KY .. Nak Snickers Cheesecake? Nak Blueberri? Nak yang tu? Nak yang ni? Aku takmo yang terlalu manis. Wahhh kau .. itu syarat pertama yang harus dipatuhi. My KY said .. My kids would love Blueberry Cheese. Ko agak-agak manis tak kek tu? It shouldn't be sweet. Orite .. Kita cuba. Harap-harap sedap. Harap-harap tak manis sangat. Harap-harap tak menghampakan tekak dan bakal buat 'tummy' kita semua hepi*doa dalam hati*

Walaupun KY pilih Blueberry Cheese .. kita tetap nak Snickers Cheesecake sebab auwwwww .. mengancam sangat rupa dia so Misz-Ella yang degil turutkan kata hati ~ Order 2 bijik sekali .. tapi Kek yang cun ni kita potong kecik-kecik bawak p rumah mama. Yang besor simpan dalam peti ais. Sayangnya .... nak bagi sume kat diaorang sebab .. sebab .. sebab .. sebab kek ni sedapppppp sangat. Cantikkkkkk sangat. I thot its gonna be sweet tapi sebenarnya tidak. Even chocolate tu pun tak memaniskan Kek ni. Pastukan ada rasa ala-ala 'peanut butter' sekali tau .. i think dari 'Snickers' tu kot? Seriously this 8' round pan Snickers Cheesecake is so delicious. RM65 sahaja. Rasanya kalau Secret Recipe buat kek secantik dan sesedap ini harga sure dah jadi double triple kot?

Kita alih-alihkan Perkataan Happy Birthday tu. Saja suka-suka. Hehehe. Korangggg .. meh nak bagitau .. Strawberry tu fresh sangat-sangat tau. Snickers tu berebut kitorang makan. Hehehe.

And this Blueberry Cheesecake pun tak menghampakan. Sedap dan menggiurkan. Auwwwww .. seksi Kek ni. Wet Look lagi dengan fresh Blueberry paste and decorated with Fresh Small Blueberry. Serius sedap gila. Ni bukan syok sendiri tau sebab hampir 20 orang yang makan kek comel ni pun cakap 'Sedap la La kek ni .. pandai kawan ko buat'. Auwwww .. kembang hati tukang beli kek. Bangga kita sekejap. Hehehe. Lela .. pasni KC nak order lagi. 


Haaaa ... engkau .. Saja je tunjuk lebih-lebih biar korang tergoda lebih lebih dan lebih. Hehehe. Hmmm .. tak da apa-apa nak cakap lagi dah .. cuma nak bagitau dan kongsi dengan korang je yang saya dah jumpa Kek yang menawan dan buat 'tummy' tertawan which is from Lela Hot Mama. For those of you yang tinggal di Puchong atau sekitarnya senanglah nak order sebab Lela duduk area-area sana. Macam kita aritu ambek kat Tesco Shah Alam sebab kita gi Pasar Tani pagi tu dan kebetulan Lela pun nak ke PJ so meeting area tu acceptable la for both of us. Eh OK lah. Got to go. Sekian Entry Kongsi-Kongsi @ Sharing with you guys untuk kali ini. Len kali kita cerita lagi eh. Mekaseh baca. Bye.

Eh .. cop .. cop .. lupa nak cakap .. kalau nak order email Lela kat ibualesha@yahoo.com ye. InsyaAllah sepantas kilat dia jawab. Ok lah. Kali ni betul-betul habis cerita dah. Bye.