Thursday, November 29, 2012

Demam Tak Kebah-Kebah

Bila demam tak kebah-kebah even dah 4 kali jumpa Tuan Doktor, emosi Misz-ella mula macam-macam ada. Geram ada. Frust pun ada.  Nak buat apa ye? Shud i raise my voice or tarik muka 14 kat dia? No point. Kerja bodoh tu. Tak membantu langsung!!

Cool Ella.  Sabar.  Tuhan duga sikit tu. Jangan kecoh sangat.  Cuba tarik nafas dan bertenang. Inhale .... Exhale. Inhale ... Exhale. Ehh .. tu 'term' mengajar aero tu.  

Sudah 4 kali my beloved SUV keluar masuk bengkel. Dia demam. Suhu lebih tinggi dari biasa. Mula-mula Doktor Kereta tukar Hose. Tak berjaya rupanya cos after 4 days naik balik temperature dia. Haihhh .. demam lagi rupanya kau ye. Masa tu, i tengah bawak 5 orang budak comel dalam kereta otw pegi  'small discussion with sista-brother'. Perghhhhh .. panik sekejap masa tu. Sib baik my bro datang rescue. Almaklumler .. laki teman masa tu belum balik keroje. Terima Kasih to my BIL, SIL, and others who helped me on that night. My beloved Kakak Ipar, Kak Ngah dengan lemah lembut dan gemalainya buat suggestion kat laki dia *abg aku la tu* Bang .. apa kata kita teman Kakchik balik. Dah malam ni. Risau jugak kalau jadi apa-apa. Alahaiii .. cair hati gue bila Kakak Ipar gue so concern and prihatin kat adik ipo dia nih. Cayang Kak Ngah ketat-ketat. Meh Kc peluk cium eh. Muahhhh.

The next day kitorang balik kampung sebab Abah tenat. My family kecik seramai 3 orang ni 'hopped into' Adik's car. Waaaaa .. laju betul Mr. Ben bawak keta terutamanya kat jalan konar konar kat area Sagil tu. Potong kereta .. potong lori. Seriau teman kat belakang. Kussss .. semangat.

Kali ke dua Doktor kereta 'tighten' kan all cover, skru and watsoever. Esok pagi check air 'spare tank' kering lagi. Kali ke 3 dia tukar "Radiator Cover and service radiator". Esok pagi check 'spare tank' dry out lagi. Tapi Doktor kereta cakap 'spare tank' tu tak bocor. Whattttttt? Pening. Pening.

I love my SUV. Before i tukar baju baru utk dia, first thot was to change to a new one. After second thot ~ No .. no .. no .. *sambil goyang jari telunjuk ala-ala Tom Cat* 

I am a very  practical person. Kalau kau beli kereta baru 80-100 ribu pun, campur interest 5, 6, 7 tahun tu hutang kau dah jadi ratus ribu. Alahaii .. acik kayo. Kayo hutang!! Lepas banyak kali pikir .. at last i made a final decision. Dari Misz-Ella bersusah payah 5,7 atau 9 tahun bayar instalment kereta, lebih baik i bela sakit pening dia. I am 40 next year. Tak kuasa la i nak berhutang sampai tua. Kalau banyak hutang nanti i susah nak 'retired'. Nanti i tak berenggang dengan 'calculator'. Nanti dapat gaji tolak itu tolak ini, berapa je yang ada. Nanti kena potong 'budget' lain-lain. Tak nak. Tak sanggup. Paling tak sanggup tang menanggung hutang bertahun tu ler. So tak pe .. kita kekalkan sahaja dia. Afterall, barang lama lebih berharga .. lebih 'sentimental' nilainya, kan.

So i redha je lah bila my SUV diduga dengan suhu yang tinggi. Afterall, bila diduga camni, i can feel kasih sayang all my kesayangan. Mama tiap kali kol mesti tanya kereta dah ok? My sista-brother and In-law jgn ckp lah .. kitorg memang rapat. They always have their hands for me. To all my girlfriend kesayangan yang sudi jemput dan hantar balik kat rumah everytime i need them, TQVM. Sayang korang ketat-ketat. I dah rasa macam "Mem Besaq" dengan layanan korang ni. Hihihi.

Kesimpulannya kan, Tuhan tak bagi dugaan dengan percuma. Dugaan tu mendekatkan kasih sayang antara insan.  Dugaan mengajar kita erti kesabaran. Jangan merungut. Jangan marah-marah. Bertenang. Esok-esok OK la demam SUV tu. Cool Ella. Cool. Positif eh. Jangan kau tuko keta baru pulak. Tu tak patut. Tu namanya tak kenang budi Cik SUV. Ehh .. jap-jap. Dont worry. Teman idak berduit pun nak tuko keta. Teman bersyukur je dengan apa yang ada. Orang lain ramai lagi yang naik bas, komuter dan sebagainya. Teman ada jugak kereta. Bersyukur ye Ella. Bersyukur. 

Eh .. Ok la ye. Got to go. Terima kasih baca repekan saya yang entah apa-apa. Tqvm. Have a nice day, korang. Bye.




Wednesday, November 28, 2012

Tiupan Semangat

Pooh kiri .. Pooh kanan
Tiupkan lah semangat dalam dirimu wahai Ella
Agar blog ini kembali seperti biasa
Tak lagi sunyi dan sepi

Tapiiiii .. 
Ada ke yang kesah? 
Ada ke yang tercari-cari kalau Misz-Ella
tak updet Blog ini? Ada ke?
Ke kot-kot Misz-Ella je yg perasan, kannnn. 
Hihihi.

BTW .. Tq for reading my blog, readers.
Have a Good Day.

Monday, November 26, 2012

Terkenang-kenang Arwah Abah

Dah selesai Kenduri Tahlil 3 malam buat Arwah Abah dan esok 28/11, genap 7 hari Arwah Abah meninggalkan kami.  

Alhamdulilah ... Segala urusan buat Arwah Abah dipermudahkan dengan izin Allah SWT.  Bermula dari pengesahan pemergian Abah oleh Doktor .. semua 'procedure' Hospital sehinggalah urusan pengebumian berjalan lancar.  Jenazah Abah dimandi dan dikapankan sendiri oleh anak-anak lelaki dan menantu-menantu lelaki abah. Alhamdulillah. Cuaca hari Jumaat tu agak mendung tapi hujan tak turun.  Saudara mara, adik beradik Abah di Kelantan semua turun ziarah.  Saudara mara Mama, jiran tetangga .. ramai yang datang.  Alhamdulillah. Rezeki Abah.

Masih terbayang perbincangan kami adik beradik hari Selasa malam tentang rancangan untuk memindahkan Abah dari Hospital Segamat.  Masih teringat keesokan harinya kami pulang menziarah Abah dan Doktor khabarkan berita gembira yang petang ini atau esok pagi Abah dah boleh 'discharge'.

Tapi takdir Tuhan kita tak boleh lawan.  Menjelang pagi Khamis,  Arwah Abah mula serba tak kena.  Bagai ada sesuatu yang mengganggu .. dan jam 6 pagi, Mama dipanggil ke Hospital.  Mama dimaklumkan oleh pihak Doktor yang Abah kena serangan jantung sekitar jam 5:30 pagi.  Sebaik kami dimaklumkan, kami berangkat pulang lagi ke kg halaman dan terus ke Hospital. Saat kami sampai, Abah sudah 'under sedative' dan diberi bantuan pernafasan. Pihak Doktor menyatakan yang mereka sudah buat sehabis baik untuk Abah dan kami harus pasrah. Ya Allah Ya Tuhan Kami .. Permudahkanlah semua urusan buat Abah. Kami mula membaca Yassin.

Selepas jam 7 malam kami pulang. Az, Iju, Ika dan Fairos ditugaskan menunggu Abah di Hospital. Sekitar jam 10, Ika sms KY meminta kami datang ke Hospital dengan segera kerana Arwah semakin tenat. Aku, KY, Adik, Mama dan Abg Pai bergegas ke Hospital. Mek Kak, sepupuku dari Kerteh dah sampai. 

Sampai di Hospital sekitar jam 10:30, Doktor khabarkan Abah makin lemah. Tekanan darah abah dah tak boleh dibaca lagi. Mama bisikkan kalimah Syahadah di telinga Abah. Kami tau kami harus pasrah dan redha melihat Abah pergi. Denyutan jantung Abah semakin lemah. Bila bacaan denyutan jantung bertukar '0' dan bunyi 'beep' kedengaran, Adik segera panggil Doktor. Sekumpulan Doktor datang periksa Abah. Doktor pegang lengan abah .. check mata Abah. Lepas tu Doktor cakap .. We let you spend some time with your Dad before we proceed with the Hospital Procedure. Inalillahi Wainalillahi Raji'un. Aku tau yang Abah dah tiada tapi betapa degilnya aku .. betapa susahnya aku mahu menerima kenyataan .. dengan suara terketar-ketar aku tanya ~ Doktor .. How is my father? Your father dah tak ada.

Maha suci Allah. Betapa besarnya kuasa Allah SWT. Baru hari Selasa kami merancang untuk memindahkan Abah ke Hospital Pantai Melaka .. hari Rabu semalam kami menyuap abah bubur. Baru semalam Doktor cakap Abah dah boleh 'discharge' .. tapi dihari Khamis jam 11:05 malam ni Abah dah tak ada. Redha. Ikhlas kan pemergian Abah. Dah sampai masa Abah pergi. Az, kalau sayang Abah jangan nangis ~ kata Mama pada Adikku Az. 

Segala 'procedure' Hospital berjalan lancar. Surat Perakuan Kematian, Permit Mengubur, Urusan Van Jenazah .. segalanya lancar. Alhamdulillah .. rezeki Abah. Sebaik jenazah Abah sampai, kami mulakan Bacaan Yassin beramai-ramai. Lepas tu kami bergilir-gilir membaca Quran sampai ke pagi. 

Menjelang Subuh, Aboh dan Mama Mah sampai dari Besut. Ayah Su dan Su Dah adik abah sampai dari Jerteh. Menjelang siang .. jiran tetangga dan saudara mara mula memenuhi ruang rumah. Jenazah Arwah Abah dimandi dan dikapankan sendiri oleh anak-anak dan menantu lelakinya. Masa ni airmata aku menitis-nitis .. dalam hati berbicara dengan Abah. Abah .. Abah dah tak ada dengan kami lagi. Kakchik sayang Abah sampai bila-bila. Kakchik doakan semoga Abah bahagia 'disana'. Kakchik doakan moga Abah ditempatkan dikalangan orang beriman. Kami semua sayang abah.

Sebelum Solat Jumaat, jenazah Arwah Abah selamat dikebumi. Alhamdulillah .. segalanya lancar.

Arwah Abah terlalu istimewa buat kami semua.  Masih terbayang sikap Arwah Abah yang sangat disenangi ramai. Abah yang sentiasa positif.  Abah tak pernah merungut walau apa pun dugaan menimpanya. Abah yang sentiasa ceria, Abah yang sentiasa tak mahu menyusahkan orang-orang yang disayanginya. Abah yang sentiasa menjawab OK walau apa pun keadaannya.  Abah yang sentiasa menitikberatkan ikatan persaudaraan dan kasih sayang antara famili. Kasih sayang Abah menyatukan kami dengan Mama Ida dan 6 orang adik di sana. Kasih sayang Abah membuatkan kami 5 beradik di sini merasa tidak canggung bersama ibu tiri. Semuanya kerana Abah. Kakchik bangga punya Ayah seperti Abah.

AlFatihah buat Arwah Ismail Bin Haji Hamzah. Dilahirkan pada 04/12/1938 dan menemui Penciptanya pada tanggal 22/11/2012. Moga roh Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.


Raya terakhir kami dengan Abah






Thursday, November 22, 2012

Al-Fatihah buat Abah

Tanggal 22/11/2012 .. Arwah Abah pergi selama-lamanya menemui Sang Pencipta.  Alhamdulillah arwah Abah pergi dengan tenang dan mudah.  Alhamdulillah pemergian arwah Abah disaksikan kami semua.  Moga roh Arwah Abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Monday, November 19, 2012

Aero and Fun Dance Class

Cerita orang bersenam .. cerita orang joget-joget .. Apa la yang best, kan? Tak best tak apa .. sebab Misz-Ella menulis buat kenangan Misz-Ella dan kawan-kawan je. Bukan untuk 'impress' sesiapa.

Malam Biru di Meru


I call my Teacher Pretty Belinda. 
She is pretty and sweet.

Auwww ..  mcm bediri sebelah KLCC. Hihi.

Mrs Bola-Bola


Burn 40 calories in 5 minutes with Bollywood Dance.
Buat 10 round if you can tahan. Penat siot gelek pinggang.

Ella buat hal lagi ~ Kata my fren Dr. Rozzana.
Sekali sekala gila-gila. Haha.

Saya dah hampir 20 tahun ber exercise. Dari dulu hingga kini beraerobic dan "Fun Dance". Even penat dan mencabar .. still i'm in love with it.  When Aiman was a small boy, i used to bring him for Jogging. Pagi petang i jogging. Then i stop sebab i dont like the enviroment ... tak suka orang pandang masa lari-lari. Kelakar kot the way aku lari? Hahaha.  Then i buy CD .. i follow the step. From 1 CD now i have a set of CD's. Serius best masa ni.  About 3-4 years ago i started to join class and i found that its more fun. Enjoy gila beb exercise ramai-ramai. Nak Cha Cha? Nak Rock n Roll? Nak Twist? Nak K-Pop? Nak Gelek Arab? Nak Gelek Bolly? Nak Latino? Nak Joget Pahang? Nak Jong Jong Inai? Semua ada di Kelas Aero and Fun Dance Teacher Tini. On top of that i also tried Exercise kat Gym but still i rasa aerobics and fun dance is more fun. 

For those of you who want to exercise, there are many methods of exercise outside there. Pilih la yang bersesuaian dengan jiwa korang. Do it consistently, jangan cepat 'give up'.  Give yourself 3 months. 3 bulan bersenam dengan konsisten .. i'm sure you will see the result.  Otot badan semakin pejal, pinggang makin ramping dan tahap kecergasan meningkat. Tak percaya? Cuba. 






Saturday, November 17, 2012

Rehat dalam Hutan.

Sengaja. Saja-saja meng OFF kan diri. Melarikan diri dari kesibukan kota .. memasuki hutan belantara bersama kesayangan semua.  Perghhhhhh .... bosannya Mukadimah Entry kau Ella!!. KahKahKah.

Lepak je. Tak buat apa.

Bertemankan Puteri Kesayangan
Kiut sangat mulut dia. Rasa nak cium-cium je bila dia berkata-kata.
Comellll sangat.
My nieces and nephews always have a special place in my heart.
They are fun, they are cute. 
Sekali sekala main masak-masak dengan diaorang best oooo.

Cantik, bersih dan dingin air sungai di sini.

Dan bila hujan turun membasahi bumi ..

Hanya mampu mengintai dari Tingkap kamar ..

Then kita sambung jalan-jalan bila hujan berhenti

And suddenly our 5 Awangs decided to take the slide

Pastu jadi Tiga Abdul pulak dahh ..

Pastu berduet

Aksi Superman.
Perghhhhhh .. yg kat atas tu tak sabar-sabar nak terjun.

Hahaha .. Macam-macam gaya anak-anak kita ye ..

Yang kecik dan cilik mandi kat sini

We were here



Sapa 'daring' boleh cuba bermalam di Water Villa ni.
Must be quiet and privacy at night.

Aktiviti makan aiskrim secara berjemaah belum pulang 
Atuk belanja. Yeayy!!

Syukur Alhamdulillah for Another Quality time spending with my kesayangans. Puas betul mandi-manda, kan. Mandi air sungai, air kolam dan air hujan. For us ... yang penting anak-anak hepi.  Lain kali kita datang lagi ye Kekanda, Adinda, Bonda, Ayahanda dan Anakanda semua.

NUR LAMAN BESTARI @ HUTAN LIPUR SG. TUA, ULU YAM.









Thursday, November 15, 2012

Menserabutkan Yang Serabut

Tadi borak dengan kawan.  Tentang keserabutan yang disengajakan.

Hmmm .. dah la tengah serabut, pegi pulak dekat sumber yang tidak membaikkan malah menambahkan kesusutan. Makin banyak 'hormon stress' keluar dan akhirnya .. makin cepat kita tua.

Sebenarnya, punca masalah sediada tak settle ialah sebab kita suka tambah masalah instead of selesaikan masalah.  Kita suka ikut rasa terutamanya rasa ingin tahu.  Kita 'dig' sana sini.  Kita terlalu ikut perasaan hingga lupa keupayaan kita untuk menghadapinya.  Sepatutnya .. tanya lah dulu pada diri sendiri ... bersediakah kita menghadapi realiti yang mungkin tidak berpihak pada diri? Dah muhasabah diri? Dah berdoa mintak Allah SWT 'top up' kekuatan untuk hadapi kenyataan? Dah buat persiapan mental? Kebanyakan kita lupa nak buat benda-benda macam tu. Kita terlalu ikut rasa dan akhirnya .. Kita yang terluka. We hurted ourselves not they hurt us. Salah kita sendiri, kan.

Peringatan buat diri sendiri jugak ~ Fikir Ella. Duduk diam-diam dan fikir banyak kali sebelum bertindak. Jangan akhirnya kita merana kerana sikap kita sendiri.  Fuhhhh  ... sedih.





Wednesday, November 14, 2012

Renovation In Progress

Tetiba rumah Misz-ella berwajah baru, kan. Sebenarnya dah lama nak buat kerja-kerja 'upgrading' di Blog kecil ini. Masalahnya masa. Nak arrange balik Blog List, nak buat header baru, nak buat  layout baru .. macam-macam nak buat tapi alahaiiii .. belum punya masa.

Hari tu masa godek-godek .. maka dapat la Header dan Layout Blog seperti di atas ni which me myself is not very happy.  I tak suka the Header. I want something else.  I told my friend .. i did something and i lost my old header and design. I shouldn't press the SAVE button. I thot i could get the old one back but unfortunately ... hilang terus dia begitu sahaja. Hmmmm .. sedih dan kecewa. Tapi tak pe .. i'm trying to do something else now. Harap-harap berjaya. Minggu depan baru siap rasanya. Even its under renovation, its still open for my beloved readers.  Buat masa ni .. bersyukur lah Wahai Ella dengan apa yang ada.

Moral of the story ... Lain kali Hati-hati.

Selamat Tahun Baru Hijrah, Kawan-kawan. Moga tahun baru ini lebih bermakna buat kita semua.  InsyaAllah.  Amin.

Hari Golek Hari Molek

Walaupun Misz-ella seorang yang rajin, ada jugak masanya dia diserang virus Malas yang tak terdaya dia menentangnya.  Dan di satu hari yang malas itu ku layan ... maka bergolek la sahaja di atas katil bertemankan Smart Phone dan Novel-novel.  Bangun tidur terus ketuk bilik Aiman.  Aiman .. Siap cepat.  Jom kita keluar. Where Mum? Anywhere .. nanti kita discuss.  At the moment please get ready.

Muka mengantuk tak boleh blah sampai rasa nak tidur je kat meja KFC tu.   So, i started to keluarkan SIII dan ambik foto sendiri before Aiman realise n say ....  Haaaa ... dah mula dah mama.  Seronok sebenarnya bila keluar berdua dengan anak yang dah bujang teruna.  Masa dia kecik dulu, jangan harap la nak gi mana-mana if encik asben takmo ikut.  But since he is big .. i dont mind to go anywhere alone in case if husband dont want to follow as long as Aiman is with me.  Tapi tu la .. kadang-kadang ketelitian Aiman merimaskan.  Ma .. jangan cantik sangat Ma .. Aiman risau orang pandang-pandang.  Alalala .. So sweet my son.  Dah hilang ngantuk .. mari kita mulakan perjalanan balik dan sambung Golek-golek.  Hari golek memang la molek, kan.  

Buat yang sambung cuti like me ..  Selamat Bercuti.  Sapa-sapa yang membaca Blog saya dari tempat kerja .. Selamat Bekerja.  Kerja baik-baik eh. Bosan-bosan or tengah stress kerja tu take a break jap .. Gi kacau opismet ke .. gi check status FB kwn-kwn ke ..  or baca blog Misz-ella ke ...  *hihihi* pastu sambung balik keja.  Dont stress-stress eh.  Stress not good for our body. Sekali kita stress we kill million of our body cell.  Camna nak nampak muda kalo sokmo stress, kan. Dah. Dah. Dah. Got to go lah.  Mahu pegi buat sesuatu. Sekian sahaja Entry Misz-ella di Hari dia malas dan enjoy bergolek-golek.  Mekaseh baca ye.  Bye.

Monday, November 12, 2012

Ikan Masin, Lemak Labu & Sambal Daging

Terjumpa labu cinonet kat Jusco masa pegi makan .. terus teringatkan anak kesayangan. Dan-dan tu masukkan dalam trolli, bayar dan blah. Hahaha.


Dan di satu pagi yang pada awalnya Misz-ella rasa malassss sangat nak main masak-masak tetapi .. tiba-tiba teringatkan Si  Labu ..
melompat Misz-ella turun tangga terkedek-kedek masuk dapur.

Dan akhirnya Ikan Terubuk Masin Goreng, Lemak Labu + Tauge dan Sambal Daging Berkentang berjaya disiapkan oleh jari-hari halus yang pada awalnya tersangatlah malas di pagi hari ini. Hello Ella .. Malas is negative. Kick Malas away. Replace with Rajin. *motivasi diri*

Tapi sebenarnya .. even Misz-Ella rajin masak tapi i sebenarnya sangat jarang dapat makan masakan sendiri .. kecuali hari Ahad.  Biasanya Aiman dah Abah dia je yang makan. Almaklumler .. i kan masak pagi sebelum gi kerja .. balik rumah silap-silap dah habis semua dikerjakan Aiman. Hihi.









Sunday, November 11, 2012

Cerita Kedai Rambut

Cerita di Kedai Rambut.  Cerita saya dengan dia.  Dan dia.  Dan dia lagi.  Almaklumlah .. Cik Puan Aishah Tuan Punya Salun ni kawan saya.  Dari zaman dia anak dara .. pastu kawin ikut asben gi Ostrolia .. balik sini anak dia dah dua masih nasib rambut Misz-ella di tangan dia.  Aku dah cakap dah .... aku ni dalam berkawan memang setia.  Kalau sangkut dengan sorang kawan .. terberkenan kat dia maka Misz-ella akan jadi orang yang sanggup berkorban apa saja.  Duit, masa dan tenaga.  Tapi jaga-jaga Ella .. org yg kau buat baik tu belum tentu akan buat balik dengan kau.  Adat dunia, kan. But its ok .. ganjaran dan balasan Allah tu kan dtg dgn berbagai cara.  Mungkin Dia tak balas kat kita tapi dia balas kat Anak-anak kita nanti. So, jangan fikir sangat menda benda remeh macam tu. 

Sambil layan WassUp kawan-kawan

Lemak berkrim rambutku. Euwwwwww ..
2 minggu lepas kukus muka kat Meru. 
Harini giliran rambut pulak la u.

Haha .. Kerusi sebelah Aiman Tak Kesah.
Kasi cun ye Aishah.

Cerita No. 1  di Kedai Rambut ~ Shampoo Girl tu tanya .. Kulit akak cantik la.  Tangan, muka .. halus dan nampak sekata.  Akak pakai produk apa? Makan apa? Tak da apa-apa dik. Makan vitamin biasa-biasa jer. Produk pun biasa-biasa. I dah lama tak makan B Young dan mula perlahan-lahan tingggalkan SKII. *mahu lebih 'purse friendly'* Hehe.

Cerita No. 2 ~ Ramainya orang kat salun. Owh ye .. Raya minggu depan. *Happy Deepavali kawan-kawan*

Cerita No. 3 ~ Akak .. rambut akak sama je macam dulu. Tak bertambah. Tak kurang. Hmmmm .. iyolah Aishah.

Cerita No. 4 ~ Ramai orang la arini Kak. Terkejar-kejar saya. Tak sempat nak belanja akak minum pun *normally she will belanja me a drink*.  Tak pe Aishah. Next time belanja makan dan minum ye. Hihihi.

Cerita No. 5 ~ Berapa semua Aishah? 35 kak. 35RM? Dengan Aiman sekali? Ye kak. WaWaWa .. suka i. Hehe.

Cerita No. 6 ~ Apa ye? Eh .. dah habis dah. Tak da Cerita no. 6. 5 Cerita je kat Kedai Rambut aritu. OK ye. Mekaseh baca. Bye.


















Hari ni hari Ahad

Hari untuk bersantai-santai cos no routine 9 to 5.  No punch card.  No rushing-rushing.  No Boss .. means no instructions. Yeayy! Kan best kalo tiap-tiap hari hari Ahad. WaWaWa .. sian Mon, Tues, Wed, Thurs, Fri and Sat terpinggir.  Hihihi.

Muka serabai duduk rumah.
Sapu sampah, Mop lantai, Kemas rumah, Tukang Masak,
 Tukang Cuci tandas .. semua i buat. Patut serabai, kannn.

Minum Petang Nugget Ayam dan Oren Sunquick je.
Aiman request Tahu Sumbat tapi .. esok-esok la ye.
*malas nak p kedai*

Misz-ella n The Gang was here this morning.
2 hours of Hi Lo and Body Toning.
Perghhhhhh. Best. Best. Best.

Masak Mee Bandung sebelum Aero Class.
Rajin kan Misz-Ella? Rajin kan? *mati la puji diri sendiri*
Mama ni rajin sangat lah. Tak tau duduk diam.
Rilek arr .. tidur siang ker .. tengok TV ker ..
WeWeWe .. Tak suka tido siang. Bukan kaki TV.

Ok lah. Nak p baca Novel lak ni. Mekaseh baca Entry Edisi Ahad saya ye. Bye.











Friday, November 9, 2012

Tiba-Tiba. Tak Jangka.

Sometimes miracle do happened. 10 minit lepas bayangkan one good thing and suddenly the next 10 minutes you received the thing from someone you never expected.  Muka gue seriyus tekejut. Hepi? Teruja? Nak lompat bintang 4-5 kali tanda hepi? Nak titis airmata syukran ke? Or nak gelak kuat? Nak hip hip hooray?


Geleng-geleng kepala tak percaya. Tapi ... PERCAYALAH Wahai ella.  Ini realiti bukan mimpi.  Ini Kisah Benar bukan Misteri Nusantara.  Serba salah tiba-tiba. Bukan tak sudi tapi  .....  Makaihhhh ... segannya.

Mahu Thank You but i'm so shy la you.  Even shy-shy cat pun way better than me*rasa nak sorok muka dalam baju*

Pengajaran hari ini - Watchman is watching. Even his bomb exploded .. dalam hati dia ada bunga. Dah-dah-dah .. korang jangan speku!! Tabaik tau. "Jangan-jangan" .. "Entah'entah" is negative. That is "misjudge". Tak tau jangan simply speku. OK? 

By The Way .. Tq. Tq. Tq kat dia. Tq jugak kat awak semua yang baca bebelan tah apa-apa saya. Bye.

Thursday, November 8, 2012

Nasi Ayam Goreng Rempah Madu

Fullemakkkk .. pepagi rumah ku udah berbau wangi. Bau ayam goreng .. bau sos cili. WaWaWa .. jeles jiran sebelah u. Hihi.

Ayam Goreng Madu, Sos Cili dan Kicap yang Misz-Ella buat sendiri.
Eh .. terbalik ke gambor ni? Upload gambar dengan SIII gitu ler ..
Sokmo lupa betulkan 'alignment'. Hihi.

Nasi duk dalam periuk lagi time ni.  Sup Misz-Ella tak buat cos Aiman tak suka. Dia makan Nasi Ayam dengan Ayam, Sos Cili dan Kicap je. Ayam tu kan, best gila rasa dia.  Misz-Ella pernah repeat ayam goreng ni 3 kali dalam masa seminggu sebab tak tahan dengan kesedapannya. Sekarang ni kerja-kerja memasak dah semakin mudah.  Dah tak perlu Misz-Ella cari Madu, tambah bumbu dua tiga sudu sebab Rempah Kepak Ayam Madu dah sedia ada. Cepat dan segera. Kitchen's Friendly. I like. 


Jeng .. jeng .. jeng .. Ni lah dia Rempah Kepak Ayam Madu Segera yang Misz-Ella beli dari Rakan FB. Hanya dua, tiga sudu diperlukan untuk perap setengah kilo ayam.  Lagi lama perap lagi best. Dan untuk orang yang hidupnya "Ala-Ala Emejing Res' sokmo mengejar masa macam Misz-Ella .. malam ni perap dulu pastu simpan dalam peti ais. Sok pagi goreng. Sonang kojo den dan ..... sedap gila wa cakap lu.

Haaa .. camtu la 'packet' dia.  Ramai dah beli dan sangat puashati.  Boleh jugak diperap dengan Daging, Udang dan Ikan. Boleh grill atau goreng. Nak try tak? Nak tak? Cuba lah try. Anak korang mesti suka. Sebab Aiman pun suka. Tapi kalau tak suka nasib la ye. Hehehe.

OK lah. Since Sharing is Caring .. makanya Misz-Ella dengan ini sudi untuk berkongsi dengan my beloved readers semua tentang cara-cara nak membeli rempah yang sedap ni. Kol kawan Misz-Ella eh. Nama dia Fiza the Divas *hahaha .. jgn marah Fiza* kat no. ni. 019 - 2039373. Kalau dia tak jawab sms je dia .. sebab dia ni pun ada sikit-sikit macam Misz-Ella jugak. Superbizi!! Hihihi.











Tak suka!!

First, serius tak suka orang yang suka ceroboh orang lain punya "Territory".
Clearly its mine. From the beginning its mine. Everyone know its mine.
Just because i'm not there you want it to be yours.
Mintak maaf ye. That is mine and will remain mine until i choose to surrender. Please give some respect.

Secondly, i hate people who like to talk on other persons behalf without permission. Bila i lantik you jadi Spokeman or Spokewoman? Iritating lah!! 

Thirdly, i hate people who like to misjudge others. Contohnya ... Alaaa you boleh la. You banyak duit. Eh .. macam kau tau pulak berapa 'saving' aku ye? Suka-suka jer. 

Talk about misjudge .. once a friend commented .. Kenapa ye i suka sangat kawan dengan u, Ella? Hmmm .. i think because you are a very positive thinking person. You dont like to misjudge others. Well .. sapa la kita nak suka-suka kondem orang tu .. orang ni ikut kepala kita sendiri. Kepala kita pun tak semestinya betul. Dalam nak bercerita tentang orang ke .. nak komen situasi orang ke .. fikir dulu banyak kali. Tengok dan kaji situasi tu berpuluh kali. Fikirlah kenapa benda tu jadi? Tapi tu la .. kebanyakan orang kita suka sangat 'misjudge'. Once mind dah set mcm tu .. camtu je la. Logik dia letak tepi .. yang dia ikutkan kata hati. Macam betul sangat la hati dia tu.

Yang ke 4 Misz-ella tak suka ialah Mr or Mrs Busybody tahap melampau. Kalau datang rumah orang .. sampai tempat tidur dia masuk dan tengok.  Kalau ko cerita A dengan dia .. sampai ke X, Y, Z, Z1, Z2 dia korek. 

Back to misjudge tadi .. pepatah omputeh Dont Judge The Book By Its Cover tu memang tersangatlah betul. Jangan kita menilai yang lembut, meliuk lentuk luaran itu lembut jugak dalamannya. Ada jugak yang luaran nampak lembut tapi dalaman mengalahkan 'Samseng'. Ada jugak yang nampak 'cool' tapi dalaman menyimpan rasa tak puas hati dan dendam tak terperi. Depan kita dia ok je but when the time come they attack you from the back. Careful friends. Hati-hati ye korang. Jangan la kita terjumpa dengan orang sebegini.

Satu lagi yang Misz-ella tak suka ialah spesis yang suka duduk selonggok bergossip. Mcm heaven je diaorang bila dapat cerita sensasi sampai terlupa yang kita ni insan biasa .. kita pun tak kan terlepas dari di duga Dia. Itu hari dia .. buatnya esok kena kat kita camna? 

Kadang-kadang bila bercerita or bagi komen, kita kategorikan diri kita macam bagus sangat.  Kenapa eh dia mcm tu? Aku tak macam tu pun. Weihh .. kalau sume org sama kurang warna la dunia. Terima la yang tiap kejadian tu terjadi dengan izin Dia. Kun Fa Ya Kun itu milik Dia. Dia penciptanya. Orang macam ni kan, cuba lah bukak minda sikit. Cuba lah pandang dari sudut yang berbeza. Apa orang puteh kata .. Think outside the box? Camtu la kot lebih kurang dak? Hehehe.

Hmmm .. ok lah. Got to go. Esok-esok kita membebel lagi. Tima kasih baca ye. Bye readers.


Wednesday, November 7, 2012

Selamat Datang Cik M

Today Cik M report duty ... menggantikan Cik EA yang tamat tempoh perkhidmatannya hari ini.  Sedihnya mahu berpisah setelah lebih 5 tahun kami berganding bersama but Wat To Do ..

Me with Cik Morgan yang report duty hari ini.
Extra terang duniaku dengan spec baru.

Hello Misz-Ella. My name is Morgan.
I am purple in colour and i am supported with full frame.
I am ready to support your 'pandangan mata' starting from today.
Yeahhh .. Welcome Miss M.

Mau tau rahsia di sebalik Misz-Ella ber spec mata?
Bukan sebab gila study tapi sebab dia suka duduk depan TV. 
Masa tu i rasa orang pakai spec cantik gila .. so i pun teringin
Purposely rosakkan mata sendiri duduk depan TV.
Perghhhh .. bengong sungguh masa tu. 
Sib baik sekarang tahap kebengongan itu dah kurang.
Hihihi.

Cik Emporia Armani yang Misz-Ella surrender to the Optician hari ini
after more than 5 years servicing me.
Sobs ..*sedih*



Tuesday, November 6, 2012

Satu Kisah Di Hari Selasa

Satu hari di mana Misz-ella rasa tak sedap badan malam sebelumnya.
Satu pagi di mana Misz-ella makan Nasi Lemak Berlauk Paru sebagai Sarapan pagi.
Satu hari di mana i feel so angry with somebody.
Satu hari di mana Misz-ella rasa sepi tanpa dia. *Kak Senah site visit full day arini*


Satu hari di mana Misz-ella ambik Vegetarian Soba dan Hazelnut Latte di waktu tengahari.

Satu petang di mana Misz-ella rasa tersangatlah lega bila Misz-ella sedar bahawa tak da benda pun sebenarnya .. hanya 'emo' Misz-ella yang ter over.

Satu malam di mana Misz-ella tersangat lah malas dan hanya mampu masak Nasi Goreng Apa Yang Ada untuk Dinner. 

Berakhir sudah satu hari yang bermula dengan 'emo-emo' an dan berakhir dengan kemanisan. Alhamdulillah. *terlebih mengada aku arini sebenarnya*





Monday, November 5, 2012

Duduk Diam-Diam

Tetiba rasa macam nak duduk diam-diam. Takmo cakap apa-apa. Nak diam seribu bahasa.  

Wahai hati .. kenapa 'emo' sangat ni? 
Susah hati? Kecil hati? Tak senang hati? Sakit hati? Bersedih hati?
Yang mana satu?

Dalam menangani penyakit hati .. sebaiknya kita duduk diam-diam dan bertenang. Tok sah melatah poom pamm sana sini.  That's not positive. That's not cool.

Life is full of challenges.  Life is full of changes.  Life is full of up and down.  Sit back and relax.  Take a deep breath.  Think. Think many times.  Akhirnya .. Hadapi sahaja dengan senyuman.  

Sunday, November 4, 2012

Ayam Masak Sambal Dan Telur Mata

Alkisahnya di satu pagi Jumaat, ada sorang perempuan pagi-pagi sudah main gegar-gegar. Keletaq .. keletuq semua tungku. Ketang ketung kuali kena luku.

Memula dia buat Ayam Masak Sambal.
Otw hantar anakanda ke sekolah .. 'Telur Goreng' dia request.
Baiklah anakku. Nanti balik ni Mama buat ye.

Siapkan 3 biji Telur Goreng Mata percik Kicap berbawang dan Cili Api.
Pastu Misz-Ella naik atas, bersiap. Tepat pukul 8 Misz-Ella vrommmmm .. 
but unfortunately ... Jalan Sg. Buloh jem teruk pagi tu .. gara-gara sebijik Lori Siput duk tepi jalan tersangkut.  Tak da pilihan .. U-turn kat bawah Flyover 
Damansara Damai vrommm lelaju ikut Highway. 20 minutes the journey done. 
Walau sudah cuba untuk cepat .. keadaan jalanraya bukan kita yang tentukan.
Makanya .. di hari Jumaat yang tenang dan damai itu .. Attendance i merah you. Well .... What to do.