Monday, December 31, 2012

Ahad last 2012

Pagi Ahad yang Misz-ella terpaksa lupakan hasrat ber 'aero' sebab urusan Aiman harus didahulukan.  Keluar jam 9:30 pagi, kedai Buku Sekolah destinasi. Hmm .. tutup pulak harini.  Orang dah cakap dah kat abah dia semalam Ahad tutup tapi dia degil .. dia suruh Misz-ella pegi jugak. OK lah kita bagi 'chance' kat dia.  Afterall jangan kata tidak sebelum cuba, kan.  Tapi tak pe ... tak marah dan tak rasa buang masa pun .. i always enjoy moment that i spend with my kesayangan.  Then kita gi Sarapan.  Nasi Lemak Daun Pisang, Tosei Bawang dan Nescafe O sarapan kami di Ahad last 2012.  Lepas sarapan kita pegi My Mydin konon mahu beli Mineral Water.  Akhirnya harus 'spend' RM22.75 walhal air mineral tu RM4.59 je.  Tu la pasal  .. lain kali urusan beli barang sebutir dua ni lebih baik serah kat orang lelaki, sebab diaorang lurus.  Kalau pesan beli 'A', maka 'A' lah sahaja.  Misz-ella kreatif terlebih ... konon nak beli air tapi Santan Kotak ku capai jugak .. nampak Cadbury Chocolate hati terus nak .. Aiman nak gula-gula ku kata ambik je le.  Betul kan part-part spending ni orang perempuan lebih hebat dari lelaki?

Lepas tu gi Shell Petrol Station.  On the way tu nampak kuda.  Aiman babai-babai penunggang kuda tu sikit tak balas *the Rider usually smile*.  Hmmmmm .. memang berjodoh dengan haiwan kita harini. Keluar rumah pagi tadi dah bertegur sapa dengan Si Putih Cik Yam.  Manja gila kucing tu .. pantang nampak Misz-ella .. non-stop dia mengiyau.  Otw ke Restoran jumpa lembu melintas .. sekarang kuda pulak?  Saujana memang happening la beb .. macam-macam Ada.

Lepas tu kita gi Kedai Rambut for Aiman's Haircut. Belum bukak rupanya.  OK .. jom hantar Collagen rumah Syafeera. Memang 'Anak Mak' la Aiman ni .. pandai Aiman jual Collagen kat Classmate ye.  Lepas borak seminit lima dengan mak Syafeera .. kita balik ke Kedai rambut.  Upsssss .. ada Notis kat pintu. Tutup hingga 3/1 rupanya. OK Aiman .. jom kita balik. Mama nak masak, nak rebus Collagen, nak kemas rumah.  Ehhh Ma .. bukan nak gi SCM jumpa Kak Cath ke jap lagi? Buat pe mama nak masak? Mama masak untuk makan malam korang lah .. tak la korang terfikir-fikir nak makan apa nanti. Laaaa .. rajinnya Mama ni.  Aiman takut Mama penat je.  In Sha Allah mama kuat dan tak penat.  Aiman doakan Mama ye.  OK Ma .. Aiman doakan Mama. Mamakan Syurga Aiman. Wahhhh .. sejuk hatiku  pagi Ahad last 2012. I told you kan .. i'm the kind of person who like to plan. Makan tengahari belum lagi makan malam udah ku rancang. 

Pagi Ahad last 2012

Sambil masak-masak, sambil mop lantai, sambil rebus Collagen ~ My 3rd months with Seaweed Pure Marine Collagen (PMC) and i am very happy with it. Alhamdulillah.  RM26@100gm sahaja plus Posting.  Kalau nak e-mail Misz-ella kat kakchik_ella@yahoo.com.

Dont forget to mark the place you park. Perghhh .. perjalanan dari SU ke Setia Alam 20 minit jer. I suka lah tempat tinggal i ni. Semalam jumpa Kak Shima kat Aeon Rawang pun 10 minit jer ikut Guthrie. Hai kak Shima .. nice to meet you. Hopefully kita dapat jumpa lagi ye.  In Sha Allah.

We had our lunch at Sweet Chat @ Setia City Mall. Scone tu Misz-ella punya.  Spagetthi dan Roti tu Aiman yang punya.


Pastu kawan Misz-ella yang kecik molek dan berpipi comel bernama Catherrine ni datang. Perghhhh .. geram gila kat pipi dia .. rasa nak cubit-cubit bawak balik. Bertuah kau ada pipi cantik, Cath.

Cantik kan Cath. Dia ada 2 Boboi ~ sorang 6 tahun sorang 2 tahun so korang jangan pandang lebih-lebih ye. Hihihi. I end up with her till 4pm before Misz-ella decided untuk balik. Malam tu pulak, Misz-ella pegi rumah Kak Zah jiran sebelah untuk hand deliver 2 packs of Collagen to her. Perghhhh .. baru seminggu dah habis 100gm sebab satu famili 6 orang sume makan. Sekali buat se jug air, Collagen nya dua senduk. Fuhhhh .. dapat title "Famili Awet Muda" la satu hari nanti harapnya ye. So far my customer  puashati dengan Gorgeous PMC. Kak Senah cakap otot-otot pipi dia makin tegang dan naik.  Alin cakap kulit dah makin cerah, berat badan dah turun dan pipi makin tegang.  Fiza cakap badan aku dah putih padahal aku sawo matang.  Dee cakap sakit eczema dia dah hilang. Fiza Tokey Rempah cakap .. jeragat mak dia dah kurang .. tone badan dia pun dah sekata. Alhamdulillah .. atas izin Allah SWT. RM26 per month of Collagen which makes my customer happy. I pun hepi bila diaorang hepi. Kita kan kawan-kawan .. so kita sihat dan cantik sama-sama eh. Wahhh .. sehati sejiwa!!

Hmmm .. OK lah. Got to go. Sekian sahaja entry Ahad Last 2012 dan kongsi cerita gembira Customer PMC Misz-ella ye. Tq Baca.  Selamat Tahun 2013, korang.  Pahit manis 2012 kita tinggalkan dengan seribu kenangan dan pengajaran.  What i learned most in 2012 is ~ Hargai apa yang kita ada harini  sebab kita tak tau bila dia akan pergi tinggalkan kita. Sobs *sedih*




Sunday, December 30, 2012

Saya Yang Bertuah

Saya yang bertuah kerana saya tau awak sentiasa ada untuk saya.  Saya yang bertuah kerana diduga dengan berbagai perkara yang akhirnya menyedarkan saya yang itu tanda kasih sayang Allah S.W.T. pada kita. Saya yang bertuah kerana pada akhirnya saya sedar yang dugaan itu semua mematangkan saya. Saya yang bertuah sebab saya punya ramai kesayangan yang sentiasa ada bahu mereka untuk saya. Saya yang bertuah kerana awak, awak dan awak semua sentiasa baca Blog saya.

Terima Kasih awak. Walaupun saya tak tau awak siapa sebab awak datang diam-diam dan tak bagi salam kat saya ~Helloooooo .. silent readers *lambai tangan kanan laju-laju* tapi kedatangan awak tetap buat saya rasa bertuah dan gembira.  Take care ye awak. Nanti datang baca lagi tau. Saya ada banyak Entry best-best untuk awak. Bye awak.

Friday, December 28, 2012

Arwah Ayah Dan Cokodok Misz-ella


Cokodok @ Cucur Bilis memang feveret dalam rumah ni. Misz-ella bagitau Aiman, mak orang lain pandai buat Kek, Pizza, Muffin, mak Aiman pandai buat Cokodok je.  Dia senyum.   Elehhh .. Cokodok Misz-ella memang sedap pun *masuk lift tekan sendiri.  Mak mertua Misz-ella cukup suka Cokodok yang Misz-ella buat.  Masa kat kg, dia siap suruh Misz-ella buat Cokodok untuk minum petang lepas tu dia makan berdua dengan Arwah Ayah sambil memuji-muji Cokodok Misz-ella.  Alahaiiii ... Kenangan betul la.  Serius Misz-ella rindu Arwah ayah.  Arwah Ayah memang baik.  Dia sayang sangat kat menantunya bernama Ella ni.  Bila Misz-ella balik, macam-macam dia beli. Bersemangat dia masuk dapur kalau Misz-ella balik kampung. Jeless Mak. Hihihi.  Masa Misz-ella bersalinkan Aiman, bergegas dia suruh Mak datang KL jaga Misz-ella dalam pantang, walhal tak sekalipun dia pernah berjauhan dengan isteri dia.  Kiranya Misz-ella dalam pantang MIL yang jaga sebab masa tu Mama Misz-ella kerja.  Cukup 44 hari, Arwah ayah suruh balik kampung.  Kenduri Cukur Jambul Aiman Arwah ayah sponsor semua. Dah 3 tahun Arwah Ayah meninggal.  Serius cakap sampai sekarang kalau balik kampung, Misz-ella masih terbayangkan Arwah Ayah ..di meja makan, di kerusi malas, di endoi antara dua pokok sawit.  Moga Arwah Ayah dicucuri rahmat.  Amin.

Ehhhh .. dah tengahari.  Misz-ella nak gi masak lunch - Ayam Sambal Kicap, Ikan Talapia Goreng dan Sayur Kobis. Hmmmmm .. best!!  Thanks baca Entry Misz-ella ye.  Have a Good Wiken, korang. Bye.

Thursday, December 27, 2012

Aiman & Angio Result

27/12 - Pagi ni yang Misz-ella keluar awal tapi tersangkut dengan jem dari dalam SU lagi. Pagi yang mendebarkan kerana Aiman akan buat Angiogram pagi ni dan Alhamdulillah .. semuanya selesai jam 12 tengahari.


Aiman @ Angiografi Suite, 27/12/2012

Sempat gi Pos Offis tengahari untuk buat Kerja-kerja Mengepos.  Bagus la ada Pejabat Pos kat Hospital ni.  Pagi ni, 28/12, dada Misz-ella berdebar-debar.  Doktor akan 'review' result Cerebral Angiogram dengan kami dan baru sekejap tadi Mr. Liew and The team khabarkan Berita gembira.  No more pembuluh darah bengkang bengkok macam cacing di 'brain surface' Aiman.  Everthing dah back to normal.  The preliminary report classified the malformation of vain as trauma *accident trauma*.  Alhamdulillah.  Syukur sangat-sangat. Lega kepala, lapang jiwa.  Aiman dah ternampak-nampak katil sendiri di rumah. Terima Kasih kawan-kawan atas Doa kalian. Misz-ella n family appreciate it very much. Tq.

Silent Treatment

Bila marah .. selalunya kita luahkan dengan kata-kata.  Paling teruk bila terlalu mengikut emosi hasil bisikan Syaiton yang direjam sehingga amarah kita dizahirkan dengan perbuatan.  Membaling objek, memecahkan pinggan, menghempas pintu, menumbuk dinding .. antara perbuatan yang dilakukan untuk menterjemahkan amarah.

For me .. Sorry.  That's not my way to express my anger.  Perbuatan yang akhirnya hanya akan melukakan hati sendiri dan perasaan. I would rather choose untuk berdiam dan mengelakkan orang yang menaikkan darah dan menimbulkan amarah.  Berdiam lebih baik dari melantunkan ayat-ayat yang tidak membaikkan malah memburukkan keadaan.  Berdiam yang disulami dengan perasaan bertenang membolehkan kita berfikir dengan bijak kerana emosi berjaya kita kawal.  Berdiam lebih bijak dari berkata-kata yang akhirnya hanya menampakkan kebodohan kita. Walaubagaimanapun .. berdiam yang berpanjangan juga adakalanya mengundang bahaya kerana ia menjarakkan sebuah persahabatan dan menjauhkan sebuah hubungan. So, becareful ya if you are under the silent treatment of mine.  I have only one heart and i love it so much.  I do not want to broke my heart cos once broken, considered gone.

Wednesday, December 26, 2012

Cenderahati Dari Hati

Bestnya bila kenalan pulang dari bercuti bersama Cenderahati @ buah tangan untuk kita sebagai tanda ingatan dia pada kita saat dia jauh di mata. Hamboiiii .. Mukadimah Entry kauuu ... Very the Novel gitu. Hahaha.

Terbang jauh dari Korea.  Thanks Allan & Fiza.

Handbag Longchamp hadiah dari Bapak sekembalinya dia dan rombongan dari Scotland.  Bapak kalau dengan Misz-ella asyik nak marah-marah.  Bukan sebab dia benci tapi sebab dia geram.  Geram sebab susah sangat nak dapat 'attention' dan perhatian Misz-ella.  Bila orang lain rebut-rebut mahukan attention dia, Misz-ella tak buat camtu even perhatian dia means pangkat dan naik gaji.  Tak pe lah gaji i tak banyak macam yang lain-lain kat sini.  Rezeki Allah SWT tu kan luas dan datang dengan berbagai cara.  Dengan izin Allah SWT, I boleh ajar aero .. i boleh buat urusniaga import-export. Even tak  mewah tapi Alhamdulillah.

Cenderahati dari Yana dan Ujang sekembalinya diaorang dari London Bercuti Sefamili. Couple ni, siap bagi Souvenir untuk satu Famili. So sweet. Misz-ella kenal Yana dan Ujang melalui Blog. Misz-ella pergi kenduri kawin diaorang di Bangi.  Misz-ella pegi Event Honda bersama Blogger pun bersama Ujang dan Ben. 


Dari Yong my blogger Fren.  Istimewanya Yong sebab dia tak pernah lupa Misz-ella.  Mana-mana dia pergi, sentiasa ada sahaja cenderahati for me.  Thanks Yong .. walau sikit lagi nak pakai BMW, Kc bangga Yong tetap maintain 'humble' macam dulu.  Kc bangga dengan Yong.  Dari berniaga kecil-kecilan jual sabun, jual cream .. masa tu nak dapat RM500 pun sebulan susah .. sekarang gaji Yong dah 4 angka. Kc ingat lagi Yong susah payah naik Komuter dari Cheras semata-mata kerana nak jumpa Kc. Syukur nikmat Allah SWT .. dikurniakan kawan yang baik macam Yong dan lain-lain.  Tahun depan nak terbang tinggi-tinggi gi Europe ye dik? Jaga diri baik-baik eh.

 Table runner dari Beijing from Mary, jiran sebelah.  Seriously i do not understand why orang tak nak berbaik-baik dengan jiran. For me .. i ok je dengan semua.  Baik yang bekerja, baik Surirumahy dan baik yang dah pencen dan duduk rumah. Semua i buat kawan.

Yang ni hadiah paling best. Ramai tak tau .. Misz-ella cerewetsss sangat-sangat. Kalau asam jawa, mesti yang nak datang dari Utara. Kalau tak Zah, maka Yong lah Tukang beli.  Yang ni di 'vrommm' lelaju oleh Yong melalui Pos Laju. Tq Yong. Pasni Sambal Tumis Kc mesti bertambah best!!! Makin ramai la orang 'order' nanti. Hihihi.


Tuesday, December 25, 2012

Aiman @ Wad

Bila budak sihat masuk Hospital, macam-macam dia punya ragam.  Ma .. bosan.  Ma .. nak balik.  Ma .. jom lari sepital. Hahaha .. sabor je la si Aiman.  Rezeki Aiman.  Everything was smooth and clear.  Daftar masuk wad cepat, sampai kat Wad katil dah sedia.  Abang dan Kakak kat Wad baik dan ramah.  Tak sampai sejam Aiman masuk Wad Doktor dah ronda, siap dengan Pakar Perunding Kanan lagi menjenguk dia pagi tadi.  Alhamdulillah .. Segala yang mudah itu atas izin Allah SWT. Bersyukur kita, Aiman.

Aiman 'Anak Mak'.  Wherever .. watever, he want me to be with him.  Mama harap mama akan terus jadi mak yang baik untuk Aiman.  Doa Mama agar Mama terus menjadi ibu yang sentiasa ingin membahagiakan anaknya.  In Sha Allah. Amin.

Dalam bersibuk itu ini .. berjaya kami siapkan Gorgeous PMC yang diorder korang semua.  Walau penat tapi jika kita ikhlas, In Sha Allah Allah buka ruang dan jalan.  Dear My Customer, your order is on the way. Kak Shima, nanti kita jumpa ye.  Kak Rossi, your order will be sent direct to Glenmarie.  Aida Hayu, Kak Rosemary .. wait for me.  Buat yang dah bank-in or transfer tapi lupa nak email Misz-ella, please do so.  Kang tershopping duit u ols kang .. wah bergaya i nanti.  Ada sapa-sapa lum dapat lagi? E-mail me at kakchik_ella@yahoo.com.

Ehhh .. got to go. Mekaseh baca ye. Bye korang.


Buta Warna

Ada 1 malam tu Misz-ella nak gi Supermarket depan rumah nak beli barang sikit-sikit.  Aimannnn .. siap cepat.  Teman Mama gi Supermarket. OK Ma.  Sebab nak cepat, Misz-ella main ambik je Gaun hijau tak da lengan cover dengan T-shirt kaler pink-merah.  Ehh .. kaler tak kena ye?  Bior le .. dah pukul 9 malam.  Seberang jalan depan rumah je pun, bukan jauh.

Muka polos Si Pemalas. Bedak ke .. celak ke .. lansung tak ada.
Mama sapa la tu?

Dah siap-siap nak keluar .. Ehhh .. Aiman, sandal brown mama Aiman letak kat belakang, kan? Alaaa .. malas la Mama nak pi belakang ambik.  Selipar biru ni pun ok lah. Bukan ada orang nak tengok pun. Ehh Ma .. jangan.  Nanti Aiman gi ambik kan.  Mama tunggu jap eh.  Iyolah.

Haaa .. Mama pakai yang ni. Yang ni OK. Elololo .. Tshirt merah jambu, seket ijo dan selipar biru? Wahhhh .... kemain bergaya kau!! Buta warna la sangat. Haha.

Sunday, December 23, 2012

Kawan Saya Kawin lah ..

Dalam ramai-ramai yang kawin .. terselit sorang kawan.  Alahaiii .. lawanya kau jadi Pengantin, Mala.  Sedapnya lauk kenduri sampai malam akak teringat-ingat. Nyesal tadi tak makan banyak. Haha.

Hari ini .. Misz-ella pakai Baju biru yang baru. Hari ni i 'berduet' dengan Aiman sahaja because jemputan kenduri terlalu banyak so u pegi Kenduri kawan you yang kat Subang Jaya dengan Cheras tu .. i pegi Kenduri Kawan i kat Menjalara ni je. OK la tu berbahagi-bahagi camni, kan ..


My Fren said i look 'garang' bila mekap. Laaaa .. ingatkan lawa dah..garang rupanya ye. Haha.

Pengantin Perempuan Ofismet Misz-ella. Lawa kan dia.

Lepas tu, dua orang adik manis datang meneman kitorang berdua. Manja budak berdua ni .. dah sampai Dewan terus kolling-kolling .. Kak Ella meh la kat Parking ni tengok kitorang. Alaaa .. manjanya ekau. Sib baik Kak Ella ni rajin melayan tauuu ..

Lepas tu, Jue Jue ajak ambik gambar kat Pintu Gerbang. OK. Jomlah. Misz-ella OK je mana-mana.  I suka la 'enviroment' Kenduri My Offismate ni.  Dewan luas .. suasana tak sesak .. ada muzik-muzik tapi tak bingit telinga.  Yang paling best .. makanan yang disediakan pihak Caterer memang SUPERB!! Ayam Merah, Daging Hitam, Acar mentah berbijan, Dalca, Ayam Goreng, Lemak Nenas Cili Padi + Ikan Masin, Bubur Jagung, Kueh Mueh, Air Oren dan Teh Tarik. Perghhh .. sampai malam Misz-ella teringat. BTW, Selamat Pengantin Baru Mala.  Selamat Melayari Alam Rumahtangga yang "macam-macam ada". Sabar, Tolak Ansur, Kerjasama, Memberi dan Menerima .. semuanya adalah Kunci kepada Rumahtangga Bahagia. Nanti kalau dah jadi Mak .. jangan membebel Dik. Kuat membebel nanti cepat tua. Tak percaya? Cuba la membebel kat anak dan laki tu selalu .. confirm keduts rebut-rebut nak keluar.  Ehh .. OK lah. Got to go. Tq baca Entry Kawin Kawan Misz-ella berserta dengan Tips rumahtangga ni ye. Bye.

Friday, December 21, 2012

Jeles Sang Kawan

Suddenly, i found a close friend of mine feel jealous when i gave attention to another close friend of mine.  Example .. kata lah kami berempat teman rapat .. dalam A, B, C dan D tu maybe A lebih rapat dengan C. Perhaps because both of them have more chemistry and always free compare to others, so both of them spend more time together.  Makanya .. situasi itu telah menimbulkan rasa cemburu pada yang lain rupa-rupanya.  Alalalala .. jangan la macamtu.  Misz-ella luv u sama rata ... tak caya ambik penimbang jom kita timbang sama-sama.  So sweet bila ada rasa cemburu kerana sayang sesama sahabat ni. Sweet? So sweet? Sweet la sangat pada kau ye Ella kerana secara tiba-tiba rasa disayangi dan dihargai tapi at the same time Misz-ella feel bad melukakan hati mereka tanpa sengaja. Mintak maaf .. tak sengaja buat awak terluka.  Percayalah yang saya sayang awak semua sama rata.  Tak sangka lah .. keluar dengan A tanpa B dan D .. rupanya buat mereka terasa hati.  Off kos kalau boleh mahu spend time with all of you together but there are times when C need help from me and i say Yes cos i'm free.

Apa pun, senyum je la ye dalam menghadapi Cabaran dalam kehidupan *walaupun susah*. By the way, Have a good weekend, readers.  Misz-ella nak pi Cuti-cuti Sawah Padi minggu ni .. pastu nak gi Majlis Renjis-Renjis Dipilis .. pastu nak 'Cipika Cipiki' dengan readers bertuah untuk hand delivery Gorgeous PMC.  Pada yang dah order dan buat payment minggu lepas dan awal minggu ni, your PMC is on the way.  Jangan lupa 'standby' daun pandan 7-8 helai.  Dah siap nanti, sila la berdisiplin makan PMC 3 kali sehari dan jangan lupa buat 'mask' tiap-tiap hari at anytime you free. Dengan lafaz Bismillah dan niatkan dalam hati .. In Sha Allah kita bakal sama-sama berseri. Perghhhhh .. ayat very the formal gitewww .. hahaha.


Nota kaki Entry :
'Cipika Cipiki' adalah short form kepada Cium Pipi Kanan .. Cium Pipi Kiri yang Misz-ella pelajari dari Pak Lily masa cuti-cuti di Bandung 3 tahun dulu. Orang Indo suka singkatkan ayat untuk jimatkan masa perbualan. They dont like to waste time on talking .. unlike me yang tak habis-habis mengomel. Hahaha.

Thursday, December 20, 2012

Hospital, Cake Stand, 1U dan Pasar Malam

Bermula dengan Appointment dengan Tuan Doktor, menghantar "Cake Stand" Si Pembuat Kek, beli baju sekolah Aiman dan ter 'shop' pulak yang bukan-bukan dari pagi sampai lah ke malam ~ WaWaWa .. satu hari yang indah tapi penat.

 Klinik Neurology/Neurosurgeri 19/12. Minggu depan aiman masuk wad lagi untuk repeat CBA. At the moment, spot contact memang Doktor tak benarkan langsung. Tapi biasa la .. naluri remaja. Tengok kawan main bola, teringin. Teringat zaman main ragbi, sedih. Sudahnya dia main bola pakai helmet. Tapi seriously, Doktor tak bagi dia involve with any kind of sport.  Pembuluh darah yang pecah disambung dengan jahitan.  Ambik masa untuk jahitan tu kuat dan bila dah fully recover pun, ia takkan sekuat yang asal.  It will remain as a Weak Spot in his body. As a mom, i understand how Aiman feel. Masa mula-mula disingkirkan dari Team Ragbi gara-gara pembedahan di kepala, dia sedih. Misz-ella pujuk dia .. Tak pe Aiman.  Rahmat Tuhan datang dengan bermacam cara. He has his own plan for us.  Believe me.  God is fair. Dia sayang semua hambaNya. Asalkan kita sabar dan redha diduga, pasti ada 'reward' untuk kita. Sabar eh Aiman.

Sempat la duduk kat kerusi ni 3 minit untuk hilangkan stress. Stress ok gi Hospital. Lama tunggu giliran jumpa Doktor Pakar. Tapi tak pe .. Doktor sini muda-muda ..lawak-lawak boleh buat kawan. Terubat duka menunggu terlalu lama. Kan Aiman kannn.

 Mana-mana hospital mesti ada masalah parking, kan. Haaa .. buh je la mana-mana .. janji tak block orang.  Tak da orang saman pun .. diaorang faham parking kat sini memang kurang.

Lepas tu kita gi Kepong hantar Cake Stand kat Shilla. Sambil tunggu Shilla diaorang masuk KFC makan ayam .. Misz-ella duk dalam keta layan WatssApp. Dah settle dengan Shilla Misz-ella masuk dalam, ayam pun dah habis diaorang "Ngap". Tak pe .. i beli wedges. Elele .. dapat makan 2 ketoi je yang lebih  diaorang berdua makan. Bagus arr jalan dengan diaorang.  Selamat 'diet' i. Hihi. Lepas tu kita gi 1U. Nak beli baju sekolah Aiman konon .. last-last macam-macam diaorang beli. Misz-ella jugak yang tengok jer. Malas arr nak membeli .. fikiran gue ada A, B, C, D dan macam-macam lagi. So hari ni Misz-ella hanya melayan .. tolong tengok dan pilih. Jap-jap angguk. Jap-jap geleng. Dah boring .. Eh sukati koranglah. Ikut la mana korang selesa. Hihihi.


Seriyus teringin. Tapi kerana hati tidak ingin memiliki .. pandang-pandang jeling-jeling dan cuba-cuba sahaja.  Lagipun, I have a lot of rollingsssss this few months so tak pe .. benda-benda camni .. kita lupakan.  Kalau ada jodoh, lambat atau cepat dapat la Misz-ella beli wedges HP 3 inchi feveret Misz-ella tu. Yang ada sekarang dah mintak Pencen. Rilek arrr .. tunggu arr ada pengganti baru dulu. 

Tetiba rasa lapar .. tengok jam Oh Myyyy .. dah pukul 4 petang and i belum lunch. Jom. Jom. Jom cepat gi makan. Mama dah "Parkinson" ni. Hihihi.  Dan itu lah dia .. Mix Noodles Cantonese for me. Diaorang share makan Yong Tau Foo sebab masih kenyang makan Ayam. Lepas makan sambung shopping dan shopping lagi. Ya Rabbi Anak-Bapak ni .. shopping mengalahkan Mem Besaq. Tapi tak pe .. i layan jer.  Tapi bila dah pukul 5 .. pastu pukul 6 .. orang makin ramai. Maka Misz-ella semakin tak selesa. Eh dah lah .. Jom balik .. keluar pagi balik malam .. macam orang pegi kerja pulak dah. Jom. Jom.

OTW back home. Seperti dijangka .. jalan jem dari LDP nak balik ke rumah kita. Dah bosan .. meh Aiman kita ambik gambar. Tadaaaa .. gitu la rupa Anak-Mak pada 19hb Disember ni. Muka penat + pucat. Beg mekap tinggal kat rumah. So dari pagi sampai petang .. berpucatan lah Misz-ella ye. Tak pe .. comot pun tak pe .. janji bahagia. Kann.

Sampai rumah dah lepas pukul 7 maka singgah la kami ke our Night Market yang sentiasa meriah dan best. Tengok tu .. tengok ni .. macam-macam ada tapi rasa nak membeli tak ada.  Sudahnya Misz-ella hanya mintak Bubur Jagung dan Putu Bambu ni. Bubur Jagung makan suku .. Putu Bambu makan 2 ketol tu pun bila en asben dah tanya .. Nape tak makan makanan yang dia beli tu? Sejak makan Pure Marine Collagen ni kan, serius selera makan kurang. Nasi kadang-kadang sekali sehari .. kadang-kadang tak makan langsung. Korang agak kan, Misz-ella kurus tak lepas ni. Ecece .. nak kurus konon .. tak sedar yang awak tu dah memang pakai baju saiz S!! Bersyukur Ella .. jangan over ok. Haha. Eh ok lah. Got to go. Sekian sahaja Entry mengenang Tarikh 19/12 yang mana di tarikh itu Misz-ella bizi buat tu buat ni dan ada di sana sini. Terima Kasih Baca. Bye.

Wednesday, December 19, 2012

Sayang Suami Tinggal-Tinggalkan

Kawan saya nak berhijrah.  Dari bandar ke kampung halaman. Ohhh .. saya sedih.  Anak saya pun turut sedih.  Semalam jumpa Suami dia kat Pasar Malam.  Katanya .. barang-barang dah hantar ke Kluang.  Orang rumah (kawan saya) juga sudah di sana.  Budak-budak mungkin hujung minggu ni baru gerak.  Saya tengok asben dia bercerita macam nak bergenang airmata. Mana taknya .. lepas ni dia bakal berjauhan dengan isteri dan anak-anak. Dia kerja di Klang .. isteri dan anak-anak di Kluang.

Kawan saya isteri pertama. Walaupun dia bermadu, saya tengok diaorg laki-bini very the loving. Sesekali diaorang pergi Karaoke satu famili, Aiman diaorang bawak sekali.  Sesekali diaorg berdua laki-bini gi tempat dangdut joget-joget.  Saya suka tengok Couple ni sampai kadang-kadang saya fikir .. bila asben dia balik rumah No. 2 ye? Tapi saya tak pernah tanya.  Saya rasa soalan tu terlalu peribadi.  Saya tak sanggup lukakan hati kawan saya hanya kerana ikutkan hati yang teringin sangat nak tau.  Certain things tak yah la kita tanya eh .. biar dia 'reserve' untuk diri sendiri.

Kawan saya orang Kluang. Tujuan dia berhijrah pulang ke kampung sebab katanya dia dah dua tahun bina Gerai makan di Kluang. Dia minat berniaga .. sama macam asben dia yang asal dari Kelantan. So katanya dia nak teruskan hajat dia berniaga .. dapat la bantu suami sikit-sikit ~ kata dia.

Saya ok dengan keputusan dia .. asalkan dia bahagia .. tapi dalam waktu yang sama saya kesian kat asben dia.  Hari tu kan .. masa diaorang dah 'decide' nak berhijrah, dah 'settle' urusan pindah sekolah .. tiba-tiba asben dia tanya .. Boleh tak kalau cancel pindah? Tak sanggup pulak rasanya nak berjauhan dengan anak-anak ... dah biasa riuh dengan gurau senda 6 orang anak .. tetiba jauh dimata .. sunyi pulak rasanya. Eh .. lupa nak cakap ... dengan isteri pertama anak dia 6 .. dengan isteri ke dua i'm not sure. I think this guy must be a good husband sebab walau ada yang ke dua, saya tengok dia sayang gila dengan anak-anak dan isteri pertama. Caring gila dan saya tengok kawan saya ni pun sayang gila kat asben dia. Dia redha kot eh kena madu? Or mungkin pada dia tak da beza pun asben dia kawin 2 sebab asben dia hari-hari balik rumah.  Tak balik malam dia balik time lunch.

Saya sedih lah dia 'decide' nak pindah. Saya bayangkan anak-anak dia .. asben dia. Serius cakap .. saya suka tengok famili ni. Kalau datang rumah saya, riuh rendah rumah saya dengan gurau senda diaorg laki-bini berdua. Saya betul-betul sedih membayangkan situasi kawan saya kat sini .. laki dia kat sana. Memang la betul kawan saya cakap ~ dia tak risau sebab Madu dia boleh jaga laki dia tapi saya tetap sedih nak pulak bila tengok muka sayu asben dia malam semalam.

Walau saya sedih, saya tetap doakan yang terbaik.  I'm sure sebelum buat keputusan, kawan saya dah fikir habis-habis.  I'm sure dia ada alasan dia yang tersendiri. All The Best To You, Ana. Terima Kasih atas segala budi baik selama kita berjiran.  Masih terbayang merah mata Ana bila dapat tau Aiman kemalangan.  Masih Ella ingat saat kita sama-sama menunggu Aiman keluar dari Dewan Bedah. Akan Ella kenang budi baik dan jasa Ana sampai bila-bila. Ella doakan yang terbaik untuk Ana dan keluarga. In Sha Allah. Amin. 

~Sayang Suami Tinggal-Tinggalkan ~

Tuesday, December 18, 2012

Lubang-Lubang Jahanam

Sakit hati.  Merana jiwa. Sakit poket pun ye jugak.  Musim-musim hujan ni, banyak jalan rosak.  Lubang sana, lubang sini.  Elak sana, terkena lubang ni.  Sekolah dah nak mula .. jalan berlubang depan sekolah tu bila nak repairnya??  Takkan sekadar letak Papan Tanda AWAS JALAN ROSAK sudah memadai?  HaiHaiHai ... huru hara lah pagi kita nampaknya ye.

Lubang-lubang itu membahayakan pengguna jalanraya.  Lubang-lubang itu menjahanamkan kereta kita.  Sila la buat sesuatu, Pihak Berkuasa.

Monday, December 17, 2012

Merancang Kehidupan

Misz-ella seorang yang suka merancang kehidupan.  Nak terbang bulan Februari tahun depan, bulan Ogos tahun ni dah beli tiket.  Bulan 12 dah book hotel. Antara bulan Ogos ke Februari tu, Misz-ella dah mula kumpul duit sikit-sikit.  Bila kita betul-betul planning, baru la "happening" percutian kita nanti, kannnn.

Buat orang biasa-biasa seperti Misz-ella, merancang kehidupan itu sangat penting.  From a simple thing like .. Esok pagi nak masak apa? Esok nak keluar rumah pukul berapa? Nak pakai baju apa? Kalau kata nak keluar pukul 8 pagi, pukul 7:50 Misz-ella dah kena turun tangga dan start enjin so that i achieve my 8 am target.

Sehinggalah kepada perkara yang lebih besar seperti berjalan jauh @ melancong lagi la kita kena plan. Almaklumlah .. kita bukan orang senang yang petik jari maka dapatlah wang.  Duit berjoli-joli bersama keluarga bukan senang-senang Misz-ella nak 'dig the saving account'.  Tapi tak pe .. tetap Bahagia dan bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

Back to the Topic Merancang Kehidupan .. i am approaching Things To be Done when i'm 40's next year.  Nervous ada .. Excited ada .. macam-macam rasa.  Yang pasti, tekad itu sudah bulat maka wahai Misz-ella .. Jangan Kau Pandang Belakang. Pandang kiri, kanan dan depan dan dengan lafaz Bismillah .. Teruslah Melangkah. Mudah-mudahan ada rahmat dan barakah di tiap langkah. In Sha Allah. Amin.

Cerita Dia. Tentang Kita.

Bila cerita dari dia tapi tentang kita, Hmmm .. jangan la kita 100% percaya.  Tanya pihak ke dua, ke tiga atau seterusnya.

Kalau masih ragu-ragu .. tanya terus 'subjek utama' topik itu. Jangan percaya bulat-bulat kata-kata dia. Pertama .. kita tak tau motif si Penyampai cerita. Kedua .. Cerita yang disampaikan kadangkala ditambah perisa. Ketiga .. alaaa .. buat apa tanya orang tu orang ni .. bukankah lebih baik tanya tuan punya diri sendiri. Ke empat .. If you are not sure and want to be sure .. Ask. Make it clear. Tukang cerita perhaps misjudge. Tukang cerita maybe ada Agendanya yang tersendiri.  Kerap terjadi Cerita yang sampai ditokok tambah mengikut citarasa orang yang bercerita. Siapa yang sengsara? Siapa jadi mangsa? "Subjek utama", kan. Kesian. Kita yang percaya pulak, kena kelentong je dengan Si Penyampai Cerita. Kesian jugak la kat kita ni, kan. Si Penyampai Cerita? Elehh .. dia pedulik apa.

Life is Easy. Why make it Complicated? I dont understand why people like to make it complicated when it is suppose to be straight forward.  I dont understand why people choose to fight when they can choose other way instead. Mungkin sebab kita lupa nak muhasabah. Mungkin sebab kita hanya tengok 'surface'. Kita 'judge' apa yang kita nampak tanpa fikir guna akal fikiran yang kita ada. Atau mungkinkah sebab kita memang suka menambah serabut?

Sunday, December 16, 2012

Tidurlah Wahai Permaisuri

Dah melepasi jam 12 malam .. Permaisuri rumah ini masih belum mahu tidur lagi. Tidur lah wahai Permaisuri .. bermacam perkara menantimu esok hari.

Senyuman pukul 12 malam dari Sang Permaisuri. Good Morning Monday.  A lot of things awaits my touch this week termasuk lah menjawab The Beautiful E-mail that you all send to me.  Jap eh.  Tunggu tau.  I promise i will answer satu persatu. Meanwhile .. Have a Good Day, Friends.

Ehhh japppp .. B4 i paksa mata i ni tidur, mahu senyum dulu pada yang sedang membaca Entry ini.  Thanks baca ye. Bye.

Friday, December 14, 2012

Merewang

Bizi merewang dari pagi. Macam-macam 'Aroma' dah i ni. Aroma Bawang Putih, bau ikan, bau ayam dan akhir sekali .. harum wangi si bunga rampai.

I'm sorry. I wont be able to answer your email at the moment.  Tapi dont worry .. Misz-ella will revert to you a.s.a.p.  Sori ye.  Kebizian melanda yang teramat.  Chek in 9:30 pagi, chek out 6:45 petang. Malam nanti nak pegi lagi.  Almaklumlah .. Tuan rumah kenduri masak sendiri.  Jemputan 2000 orang, khemahnya 10.  Ha   ...   mau tak pengsan!! Ehh .. jap-jap.  Jangan pengsan sekarang.  Lepas kenduri pengsan tak apa.  Sian nanti Kak Ani jiran kesayangan i.


** Thanks for your query about my PMC.  Nanti i jawab ye. Thanks So Much.

Kulit sihat dan cantik dengan Pure Marine Collagen

Heloooo readers.  Good morning. Assalamualaikum.  Seperti yang dijanji, Misz-ella kembali lagi dengan Entry bersifat 'sharing'. Rasanya ramai dah tau tentang kewujudan Seaweed Pure Marine Collagen. Ramai yang dah cuba and  gained benefits from it termasuklah Misz-ella sendiri and here, in this entry, Misz-ella nak share tentang kehebatan Seaweed Pure Marine Collagen ini. It's amazed me and friends who has experienced it. 

Inilah rupa Pure Marine Seaweed Collagen Gred AAA. Rumpai laut kering berwarna ungu ini mengandungi kepekatan Collagen yang sangat tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan sehingga digelar "Ibu Collagen". 

Harus dibasuh 5, 6 kali untuk hilangkan bau hanyir dan rendam 5-6 jam sebelum direbus. Misi sihat dan cantik bermula dengan tangan kita sendiri. Yeayyyy!!!

Pure Marine Collagen yang telah kembang.  Basuh sekali lagi dan rebus dengan 2 liter air dan 3-4 helai daun pandan selama setengah jam. Guna api sederhana ye. Kalau api kuat sangat nanti hangit Misz-ella tak tau you. Hihihi.

Masukkan dalam Tupperware atau Tipuware sahaja macam Misz-ella ni. Sejukkan dan simpan di dalam Peti Sejuk.  Lebihan Collagen berkhasiat yang telah sejuk di dalam periuk boleh lah di kaup dan letakkan ke muka untuk result yang lebih Superbb.  Tunggu kering pastu bilas. Perghhhh .. best!! Tegang-tegang rasa otot muka kita.

 Its Collagen time. Ini lah kerja Misz-ella tiap-tiap hari ~ Selepas minum segelas Air Kosong sebelum main masak-masak pagi-pagi.  Ambil sesudu .. hancur-hancurkan dan bancuhlah dengan apa-apa air berperisa. Satu bekas Collagen rebus Misz-ella letak kat Peti Ais ofis. Sebelum makan tengahari, I take another round of Air collagen berperisa. Kalau tak cun jugak tak tau la nak cakap apa. Kan korang kannn. Hihihi.

Bancuh dengan Air Sarsi boleh, Oren boleh, Mango boleh, Sirap pun boleh.  Nak makan camtu saja pun boleh like my Sister.  Tasteless .. tawar tak ada rasa cuma ada sikit-sikit perisa pandan di hujungnya.

Memandangkan satu rumah sudah mulai menyukai Air berperisa Collagen ini, Misz-ella ambil 6-7 sudu, dan dijadikan 1 Jug untuk minuman sefamili.  Satu famili sehat dan awet muda ~ itulah Misi kita, kann.

Selepas 4 minggu mengambil Pure Seaweed Collagen yang dicampur di dalam air minuman, i have a fairer skin walau tanpa secalit bedak seperti gambar di atas.  Pigmentation di muka Misz-ella beransur kurang, warna kulit lebih sekata dan otot-otot muka semakin tegang. Tepuk-tepuk pipi tak gegar. Auwww .. suka tau kawan-kawan tepuk pipi i .. Over arr korang. Debik kang!! Hihihi.

My Girlfriend Yanti Si Bedak Sejuk makan Collagen yang sama dan selepas 3 minggu, semua pigmentation di bawah mata dia 'clear'.  I was shocked!! Kulit dia lembut gebu dan halus seperti "Tau-Fu-Fa". Nampaknya lepas ni i will call her Yanti Tau-Fu-Fa .. gugur title Bedak Sejuk tu you. Hahaha.



Ramai cakap Misz-ella tak nampak tua tapi sejujurnya .. i have wrinkles underneath my eyes.  Selepas 4 minggu minum Air Collagen berperisa 3 kali sehari, kedut di bawah mata berkurangan. Dah tak berapa 'clear'.  Selain dari diminum, Pure Marine Collagen juga boleh di buat "Mask". Ambil sesudu dua, hancurkan dan lumurkan ke muka. Tapikan .. Misz-ella pemalas. I ambil sesudu tapi tak hancurkan. Hanya gerakkan collagen itu di sekitar muka terutamanya sekitar mata *sambil-sambil tgk TV*. Perghhh .. best sungguh mencantikkan diri sambil tengok TV. Dan percayalah selepas mengambil Pure Marine Collagen, Misz-ella lebih selesa begini .. tanpa bedak hanya "Sun Block" untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Rambut Misz-ella jugak lebih sehat dan berseri.  I only noticed this when my girlfriend Wong tegur .. Waaa .. rambut sekarang sudah banyak ahh .. sudah cantik la u punya rambut. *terus dan-dan tu pegang rambut* Hahaha!!

Other than that, Pure Marine Collagen yang tinggi kalsium, potassium dan magnesium ini also have given a great benefits to my joints.  Sebagai seorang yang aktif bersenam, Misz-ella ada masanya diserang sakit lutut yang sikit sebanyak menimbulkan ketidakselesaan *walaupun sekali sekala*.  Sekarang, sakit tu dah tak da lagi.  Kejang otot yang kadangkala menyerang pada waktu malam juga dah lama menghilang.  Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT jugak, kan.

Last .. I would love to let you experienced the secret of my Beauty Skin. 100gm Pure Marine Collagen ni Misz-ella dan adik beradik jual sendiri selepas berpuas hati dengan hasilnya. Dengan harga RM20/100 gm, kulit lebih tegang, cantik dan berseri. Setiap 100gm Collagen yang telah direbus ini boleh dimakan selama sebulan jika diambil secara konsisten iaitu 3 kali sehari. RM20 sahaja sebulan. Tak mahal dan berpatutan, kan. Boleh makan dengan famili. Nak cuba tak korang? Nak tak? Kalau nak, sila email Misz-ella di kakchik_ella@yahoo.com.  Jangan malu.  Jangan segan sebab Misz-ella baik dan tak sombong orangnya. Chewahhhh!!! Lagipun, bukankah kecantikan itu hak semua.  Tipu la kalau ada orang tak nak cantik, kan. Eh .. Ok lah. Panjang lebar sungguh Ella kalau bercerita. To cut this story short, why not you all experience sendiri khasiat Pure Marine Collagen ni. Email Misz-ella untuk sebarang pertanyaan. I would be grateful to answer it. Ok ye. Mekaseh baca Entry saya. Bye.