Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bokwa Dance Fitness

Buat kaki 'exercise' macam Misz-ella, kalau tak exercise ibarat makan nasi tanpa garam. Tawar. Terus tak da 'mood' nak makan. Otot-otot badan sakit .. sengal kalau Misz-ella tak bersenam. Lebih sebulan Misz-ella tinggalkan Studio kerana Arwah Abah meninggal. Semua 'job' Misz-ella tolak. Semua class yang Teacher Misz-ella buat Misz-ella tak pergi. Mood .. emosi .. tak selari dengan keinginan diri. Tapi Alhamdulillah .. sepanjang tempoh Misz-ella bersedih berdiam diri atas kehilangan Arwah Abah tak da pulak badan Misz-ella sakit-sakit. 



Gambar kandid kita habis Kelas minggu lalu.

Lagi ...
Perghhhh .. Umibaizurah *pakai baju ber 'hood' hitam* kalau disuruh posing memang best!! Dia ni memang artist.  Kerja dia melukis.  Seluruh dunia dia jelajah atas tiket artist. Satu hari lukis gambar kak Ella eh. Make sure its F.O.C. Hihihi.

27hb January, ada invitation untuk Attend Level 1 Bokwa Dance Fitness Workshop. My Sifu cakap .. Instructor kena selalu tambah ilmu. Betul cakap dia tu. Sayangnya tarikh 27hb tu Misz-ella tak boleh turut serta sebab komitmen keluarga. For those of you who are interested, sila telefon Ms Rozza at 014-7132464 for enquiry. Bayaran hanya RM70 termasuk Sijil dan Minum petang. 

Nak join Flashmob? Best ok flashmob, Misz-ella suka. Yang ini percuma, pada 3hb Februari 2013 ni di office milik Uncle Misz-ella .. di Perkarangan Kompleks Kumpulan Karangkaraf, Shah Alam. Yang ni sebenarnya Misz-ella teringin sangat nak pergi .. selain dari nak belajar new step, Misz-ella nak la support program Uncle sendiri tapi still 50-50 .. juga sebab komitmen Famili.  Pada sesiapa yang nak belajar step Bokwa secara percuma .. but this is flashmob so you follow the instructor step on the spot .. bukan personal coaching ya .. sila la hadirkan diri. Dua jam sahaja dari jam 9-11 pagi. It's gonna fun. Trust me.



1 comments:

Unknown said...

kalau ada kakchik ella semuanya pasti seronok..hehe