Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Day 3 ~ Tangkuban Parahu, Kg Daun, Kedai Belacan, Jalan Riau, Toko Tiga & CiWalk

Perghhh .. macam-macam kejadian dalam satu hari kalau tengok Tajuk Entry di atas tu. Camtu la kalau ke Bandung .. aktiviti cuma Sight Seeing, Makan-makan dan Shopping. Shopping lebih kot sebab dimana-mana aje ada Factory Outlet. Keluar masuk lah para 'shoppers' dari satu Butik ke satu Butik. Baik di Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Cibaduyut, Jalan Setiabudhi, Jalan Cihampelas atau di mana-mana .. sama je kaedah berbelanjanya .. hinggakan we skipped a few jalan. Logiknya .. banyak mana kita nak berbelanja .. nak pulak buat orang yang dah 6 kali pergi macam i. I think in future tujuan ke Bandung will be rest and relax. Tak lagi 'excited' nak membeli belah kat sini.

Kawah Ratu di Gunung Tangkuban Parahu ~ I suka la tempat ni walau dah berkali-kali pergi. Sila standby IDR50,000 untuk Bayaran Masuk per individu ye. Untuk kereta pulak IDR15,000. Kali pertama Misz-ella pergi dulu masuk Free je tapi since this place sudah diswastakan, kena la bayar ye. 

Ofismet Misz-ella kak Senah cakap Weyy .. dah berapa kali ko gi sini ah? Mesti tukang jual kat atas tu dah kenal ko. Hahaha. Ramai, kan kitorang.  Dalam ramai-ramai pun ada jugak yang tak da dalam gambar. Kat sini Misz-ella paling suka makan Gehu Goreng. Tahu yang digaul dengan sayur lepas tu celup tepung dan goreng. Makan dengan cili api yang digigit. Perghhh .. best!! Yang paling tak best ialah para penjaja yang sibuk 'chasing us here and there asking us to buy their goods'.  Kalau tak da diaorang mesti lagi aman suasana disana. Lepas tu makan Jagung Bakar. Makan Jagung Bakar kat tempat sejuk best sangat lah.

 Next destination ~ Kg. Daun Cultural Village. We are here for sightseeing and photoing only. I don't really like to eat here. For me makanan kat sini biasa aje and a bit pricey. Banyak lagi Kedai Makan best-best kat bawah tu.


Be My Valentine @ Kg Daun. Dengan cuaca yang sejuk dingin ... romantis habis!!
 Aiman with Atok @ my stepfather.  Kasih sayang tiada sempadan.  We love abah sama macam we love Arwah Abah kami sendiri. Budi baik abah membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang akan kami kenang sampai bila-bila. Sobs *mata berkaca*


 Kat Kg. Daun ada orang jual Kerak Telor ~ Makanan Khas Betawi.  My sista KY teringin nak makan Kerak Telor since we were at Jakarta tapi tak sempat. Hebat loh kakak gue. Gue yang udah berkali-kali di sini pun tak pernah makan Kerak Telor!! Bahahaha. Sekeping IDR15,000, we bought two.

Pulut yang direndam sampai kembang. Masukkan air dalam kuali pastu masukkan pulut tu bila dah lembut then pecahkan telur. Bubuh garam, gula dan perasa, kacau-kacau .. kaup balikkan atas bara tu then dia tabur serunding. Dah siap. Sedapppp sangat.

After Kg Daun, kami turun melewati Kg. Gajah dan Sapu Lidi, tapi tak singgah. Next destination is Kedai Belacan ~ recommended by our Driver Faizal. I wanted to go to Restoran Dapur Sangkuriang tapi Faizal kata Kedai Belacan pun sedap. Hmmmm .. boleh la tahan masakan tapi i prefer Restoran Sangkuriang, Restoran Sari Sunda or Restoran Dago Panyawangan lagi. Tak apa lah, good to experience different restaurant, anyway.




 Food @ Kedai Belacan

 Tadaaaaa ... Dinie dan Abangnya Hakeem sedang istirehat di Heritage while yang lain-lain masih shopping. Sudah hari ke 3, Misz-ella masih belum beli apa-apa. Hahaha .. tak percaya ye? Percayalahhh  *sambil nyanyi ala-ala Datuk CT*



Lepas tu kita masuk Terminal Tas sebab Mama nak beli Selipar. Terus terang cakap, Misz-ella tak pernah suka Terminal Tas dari dulu sampai sekarang. I rasa handbags kat sini tak kena dengan i. Lagipun, all my handbags were fly direct from UK by my kesayangan .. tak perlu Butik KLCC or mana-mana butik yang se geng dengannya. Jimat poket i sebab di UK, branded handbags are far far away chepaer then here. Dari dulu sampai sekarang, Misz-ella amalkan Konsep Bijak Berbelanja. Orang rebut-rebut beli handbags kat Sogo i duk diam-diam je. Orang lain setahun 4, 5 kali tukar handbag i beli setahun sekali je. Tak banyak pilihan tak apa yang penting hati suka.

Lepas Jalan Riau kami ke Toko Tiga Original Jeans Centre

Hohoho .. kalau boleh kami nak guling-guling atas itu seluar. Misz-ella tak beli pun Jeans kat sini sebab my original Levi's jeans yang  beli kat 1U 6 tahun lalu masih elok, cantik dan muat lagi ku pakai. Alah membeli menang memakai itu benar ye kawan-kawan. Yeayyy!!


Aiman, Amir dan Hakeem menunggu Jeans diaorang dipotong. F.O.C. kalau mau jahit biasa tapi diaorang mahu jahit 'ori' .. so kena tambah IDR10,000. RM3 je pun duit kita .. so OK lah.

Lepas tu kita balik dan rehat sejam untuk Solat dan rehat. After one hour, kami ke Jalan Cihampelas. Memandangkan hari hujan, kami tak dapat menyusur Jalan berciri Karikatur itu. So kami ke CiWalk sahaja.


Night @ CiWalk. Kat sini kami jumpa Herri .. our nephew yang kebetulan ke Bandung juga. *Herri .. mana gambar kami* Lepas makan, borak dan gelak then kami balik cos its still raining. Kalau tak kerana rombongan ni ada Warga Emas dan anak kecil, i dont mind to meredah hujan manja itu. Kat Jalan Cihampelas banyak barang-barang menarik dan unik. We missed Jalan Cihampelas during this trip. Ok tak apa .. redhakan aje. Lama jugak kami lepak kat CiWalk before we decided to go back. Oh ye .. by the way, hari ni kami tidak lagi di Villa Damar tapi di Aston Braga Hotel & Residences. Well .. well .. well ... kalau jalan dengan Misz-ella macam tu la. I suka tukar-tukar hotel. 6H/5M di Jakarta-Bandung, 4 tempat kami tinggal. Good to experience different-different tempat, kan. OK dah habis cerita. Nanti kita sambung lagi ye. Mekaseh baca. Bye.

Ehh .. jap-jap. Ada sikit lagi ni.

 Jus Terung Belanda, Jus Alpukat (Avocado) dan Jus Pink Guava. Kalau ke Bandung jangan lupa cuba "Fruit Juice" dia ye sebab kat sini "Fruit Juice" dia fresh. Tinggal lagi dia pekat dan tidak menghilangkan dahaga so order sekali Air Tawar yang dingin ya.

Dinner Misz-ella malam tu ~ Sup Sayur sahaja sebab "tummy" comel i masih kenyang gara dibelai dengan macam-macam. Alhamdulillah .. kenyang.

OK Bye. Dah betul-betul habis dah. Tenkiu baca Entry saya.




16 comments:

safurara said...

akk,sy teringin nk g sini! huaaaa.

akk kalo g lagi sy nk kirim beli bedak PIXy leh?dorg kata kat sana murah

Puan Ira said...

bestnya bandung..

Unknown said...

eceh2..pandai dia buat "love' tu..hhwhh

faraherda.razalan said...

Adik sy ms pegi TAngkuban Perahu tu, kene kejar dgn budak2 yg suke mendesak beli brg2 diorang. Then, mengekor smpi atas. Tibe2 smpi atas, ugut mtk duit. Alasan, sbb guide diorang nek atas. Tepringa-pinga diorang. Adeh!

Izwa Kamaruddin said...

besttt nyer berjalan 1 family!~

Sukma said...

wahhhh...best ko bandung...favourite place...tapi tak pernah jejak lagi...

Anonymous said...

seronok nyer kc... tpi pic no 4 tu KA paling suka hehehe

Mama Zharfan said...

sgt besh baca entry kc ni :)

Kamsiah yusoff said...

takde rezeki lagi nak kesana..:)
seronok baca cerita ella..

firdausi said...

bestnya p indon.. salam perkenalan.. jom join blog saya :)

Kniedaz said...

la...sekejap je baca dah abis plak entry ni...ceritalah lagi kc

Darling Pya said...

acu pun suka makan kat Sangkuriang.
memang enak makanan di situ :)

Kakcik Seroja said...

Terima kasih berkongsi cerita. :)

jeBateja said...

kerak telor...nak kena try ni.....ahakz...

Azian Elias said...

Yesss....Dapur Sangkuriang is great...esp Es Kelapa.. enak banget tu bu..


p/s: ella guna Hayuka Bandung ye...

TS said...

banyak tmpat best kat sne ek KC...
yg penting handbag xberkenan..terbaik..hiks