Thursday, March 7, 2013

Perubahan dan Cerita Sedih Akak

Kadang-kadang, bila kita imbas ke belakang .. banyak perubahan dalam diri kita kan dibandingkan dulu dengan sekarang. Dulu kita camtu .. sekarang kita camni. Kalau orang kata dulu lain sekarang lain, Misz-ella mengaku je. Malas i nak deny-deny. Contohnya, dulu i panas baran, sekarang i lebih banyak guna akal. Dulu i terlalu lembut hati, sekarang i cuba keringkan hati supaya tak sokmo mengalah lagi. Kalau dulu i sokmo bagi orang chance demi chance, now I pangkah terus je orang camtu. Buat apa .. dah banyak chance dah bagi tapi dia buat 'derk' jugak. So .. jeng .. jeng .. jeng .. Sila terkejut ye cos i no more like before.  Sebagai manusia, we learned from the past.  We gained lesson from things happened. Malang la kita andai segala kejadian tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kita. Loser! We are the loser if we did not learn or gain anything from history. Bukankah setiap kejadian datang dengan hikmah dan pengajaran?

Apa pun, Hadapi dengan Senyum ..

Senyumlah jugak walau kau penat sebab tadi kau menari bukan main ligat

Buat akak, senyumlah Akak .. walau Ella tau hati akak gundah gulana

Senyum lah akak sebab Ella selalu ada untuk akak tak kira di mana jua

Dari minggu lepas saya sebenarnya marah dan sedih.  Saya marah pada seseorang yang melakukan sesuatu tanpa guna akal dan fikiran dan akhirnya ... Akak itu lah mangsanya.  Kenapa dia buat sesuatu tak fikir dulu  ye? Dia ingat dia "Wira" walhal dia sebenarnya "destroyer". Buat akak itu, Ella doakan akak kuat. Ella tau tak mudah tapi percayalah .. Andai kita sabar, ada ganjaran besar menanti kita nanti. Buat orang itu pula, moga kejadian ini memberi pengajaran buat awak.  Lain kali, awak fikirlah dulu sebelum buat apa-apa. Fikir .. tiap  kesan dan akibat tiap perbuatan sebelum kita buat .. Jangan nak jadi Hero sangat sebab kesan dan akibat dari perbuatan yang awak buat mungkin tak seperti yang awak harapkan. Masa tu, baru awak nak menyesal tapi sayangnya, sesal awak sudah tidak berguna lagi. Fikirlah.















3 comments:

Sukma Haron said...

wah!!! macam drama bersiri nie...ada babak-babak lagi....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Ella,

Sebenarnya memang sukar nak menjadi hati kering. Kadang2 macam akak pun di mulut kata tidak tapi di hati kesian, jadi selalulah terkena.

Akak juga nak belajar jadi hati kering pada orang yang selalu menjadikan kita mangsa.

Mama Zharfan284 said...

be strong yer KC...memang mcm2 dugaan dlm hidup kita yg fana ni..