Memaniskan Kehidupan

Thursday, April 04, 2013

Dalam hidup, kita kena telan pahit manis dan alangkah indah andai kita dapat memaniskan yang pahit itu.

Sebagai contoh, dulu saya benci seseorang.  Terlalu benci hingga kelibatnya pun tak ingin saya pandang.  Terlalu benci hingga namanya tak sudi saya dengar.  Till one day, i realised that benci itu adalah salah satu daripada penyakit hati.  Terkedu saya sekejap mengenangkan saya seorang yang tidak mempunyai hati yang bersih malah hati saya berpenyakit.  Perlahan-lahan, saya didik diri supaya buang rasa benci itu, jangan biar dia bertakhta di hati.  Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya membuang segala rasa yang tidak enak itu dari dalam hati saya. Sekarang, meski tidak lagi semesra dulu tapi sekurang-kurangnya sudah boleh menyapa atau sekadar senyum sahaja dan perasaan saya sendiri sudah lebih tenang kerana sakit dihati gara-gara benci sudah tiada lagi.

Kesimpulannya, kita boleh memaniskan kehidupan, menjernihkan yang keruh dengan mendidik diri kita sendiri. Jangan melenting, memaki hamun atau menyalahkan orang lain kerana itu tidak membaikkan keadaan malah menjadikan hati lebih sakit.  Hati yang sakit adalah sangat tidak baik dan akal kekal terserlah di airmuka kita sendiri.  Banyakkan berfikir, bertenang dan bermuhasabah.  Timbanglah buruk baik tiap kejadian, punca-puncanya dan bertolak ansurlah.  Jangan biar emosi menguasai diri tapi gunakanlah akal dan fikiran.

Memang betul, kotak memori tak ada butang 'delete' atau 'backspace'.  Kita tak mungkin lupa tapi alangkah indah kalau kita boleh maafkan dia. Kita dianugerah Allah SWT dengan berbagai rasa - amarah, benci, cemburu dan bermacam lagi dan kita juga dilengkapkan dengan satu keistimewaan iaitu 'kemaafan'.  Maafkan Dia. Maafkan Saya juga.  Buang titik marah dan benci itu dari hati.  Maniskan yang pahit, jernihkan yang keruh. Percayalah yang 'Kun Fa Ya Kun' itu milik Allah Swt.  Terjadinya sesuatu itu hanya dengan izin Dia. Dia menduga kewarasan akal fikiran kita saat menghadapi dugaan. So kawan-kawan, mari kita memaniskan kehidupan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan memiliki hati yang bersih adalah salah satu darinya.  Memang tak mudah tapi kita boleh cuba, kan.

Sekian sedikit cerita dari saya, Misz-ella untuk pembaca setia Blog ini.  Terima kasih ye awak.  Esok-esok kita cerita lagi. Bye.

You Might Also Like

13 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here