Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

JDT vs TRW

Untuk game final Piala FA malam ni Misz-ella dapat 10 tiket Free.  Dapat sebab mintak la, kan. Kalau tak mintak tak la dapat. Betul, kan.

5 tiket untuk me and family.  Lagi 5 i bagi kat Mek Da and the gang. Tq Ayah Ngah for the Free Ticket.  Puak-puak kawe ore kuat TRW, i memang tiap-tiap tahun mengendeng my Uncle untuk tiket free.  Bagus punya Anak buah, kan. Hihihi.
Mek Ella dan Mek Ti pakai Baju Merah jangan marahhhh.  Best korang tengok suasana di Stadium.  Ada yang spray rambut, ada yang conteng muka .. seronok gila tengok gelagat dorang.  Meriah siot!

Yeahhhhhh ... tak sabar-sabar nak tengok Final Game.  Aiman yang beria-ia nak tengok Live Show ni sebenarnya.  Mak penyayang macam i ni menunaikan impian anak je.  Tapi jangan tak tau, Misz-ella adik beradik memang suka tengok bola, dari dulu lagi.  Bergegar Flat San Peng tu dulu dek jerit pekik kami sefamili.

Bukan sahaja tempat duduk, tempat letak kereta penyokong 2 negeri pun diasingkan pihak penganjur.  Parking penyokong Kelantan paling cepat penuh.  We have to park at Petronas Taman Teknologi Park dan jalan kaki 40 minit menuju ke Stadium.  Ok la jalan ramai-ramai 
memang fun.  Yang tak fun kena merentasi parking penyokong Johor maka haruslah tebalkan telinga dan buat muka tak malu di 'boo' dan dicaci maki dia orang.  Orang selalu cakap penyokong Kelantan liar tapi kami pulak yang dianjingkan oleh penyokong-penyokong Johor.  Pasal Bolasepak hilang budi bahasa, bongok je la dorang ni. Tapi kami tak layan salakan si Baju Biru tu, sudahnya diam sendiri dorang.  

Abang Polis kat dalam tu cakap, tempat duduk TRW setengah jam lepas pintu dibukak dah penuh.  Semangat gila si baju merah.  Abang tu cakap, tempat duduk 80,000 tapi yang lepas masuk ratus ribu. Ayaya ..  camna tu?  Abang Polis cakap, hanya 6000 orang Polis bertugas menjaga ratusan ribu manusia di Stadium malam ni. Abang polis tu cakap Kelate mene male nih. And Yeszzz ... we win. Melompat-lompat Misz-ella masa Kelantan dapat Gol.  Habis badan Mek Ti kena debik. Hihihi.



Penyokong-penyokong The Red Warrior bersolat Maghrib sebaik masuk waktu sebelum perlawanan.  Memang best pengalaman kami di Stadium kali ni.  Lebih best sebab TRW menang.  Masa ni teringat kat sekumpulan penyokong Johor yang menganjingkan kami sebelum game tadi.  Tengok Bro, kan kitorang dah menang, maki lagi kitorang.  Alololo baiknya Misz-ella .. dah kena anjing pun masih ber bro-bro, kalo orang lain dah panggil Beruk kot. Hahaha.














6 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Gomo kelate gomo ;)

laskar pelangi said...

Yeaaaaaa kelate menang!
GKG! ;D

Kniedaz said...

tahniah Kelantan...menang lagi tapi KC jangan marah orang Johor ye..tak semua orang Johor macam tu ya...saya orang Johor yang hormat orang lain hehehe...

kakrose said...

bolah punya hal..HILANG BUDI BAHASA EKK!..hehe

Unknown said...

satu sebab kita tak sokong JDT sebab penyokong depa la..teruk sangt..rasanya lebih over dari kelantan masa mula2 teror bola dulu..

Irfa said...

ERK..ADA KES 'NGANJING' JUGAK KE?