Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Walk Away, Haters, Exercise & Vitamin C

A note to a Blog Reader who e-mailed me recently ...

Dalam sebuah hubungan ..
Kalau tak dihargai
Kalau disakiti berulang kali
Kalau apa yang awak rasa dah tak penting lagi kepada dia
Kalau hati awak asyik luka dan terus dia lukai
Kalau awak sedih tapi dia masih ulangi
Dan dia tak sikit pun rasa simpati
Maybe you should consider to walk away
Tolak ansur kena dua hala bukan sehala
Tak guna kalau hanya awak yang bertolak ansur beralah sedangkan dia terus melukai tanpa belas kasihan dan simpati.  Tak guna.

Nasihat saya ..
Bangkit lah.
Jangan biar diri terus ditindas ..
Walk away with pride.


Sebab diri kita .. perasaan kita terlalu berharga untuk dipermainkan oleh orang yang tak tau menghargai.  Awak bangunlah. Jangan jadi bodoh kerana cinta. Jangan buta hati kerana rasa cinta awak pada dia sebab akhirnya .. hanya awak yang bertanggungjawab menjaga hati awak sendiri .. bukan dia .. kerana dia menyakiti dan melukai .. lepas tu mengaku Cinta.  I hope i have answered you clearly here.

By the way, haritu makan ni dengan Budak Ensem si Aiman .. makan pagi cum lunch plus minum petang pada jam 3 petang. Dasyat kau .. sekali hadap 3 round makan kita 'pow' lepas tu malam dah tak makan.  Macam unta kita boleh simpan stok, kan.


Class Aerodance Jumaat malam minggu lepas. Penuh class 35 orang. Termasuk our Instructor, ada 72 batang kaki dan tangan bergerak bersama. Up, down, left, right, forward, back, jump-jump .. macam-macam kita buat. Seronok exercise ramai-ramai. Tambah seronok bila dance sebelah Umi sebab dia sama macam i .. bila 'dance' selalu 'have fun' dan tak buat muka ketat. Exercise is fun.  Exercise is good for mind and soul. Exercise buat saya rasa 'fit', bertenaga dan awet muda. Do you know that you can strengthen you mind by exercise? Tahukah awak yang saya jarang penat dan mempunyai minda yang kuat kerana saya selalu exercise? Tak percaya? Sila bersenam dengan konsisten 3 kali seminggu dan cuba maintain dekat 20 tahun macam i.

Gambar lama masa muda dulu .. masa ni dok layan Gym .. bina otot di tempat-tempat yang patut .. tu pasal 'my tummy flat' kan, tu dulu .. masa muda .. sekarang dah tak muda. Malah ada orang cakap 40an dah penghujung umur. How can you say that .. penghujung umur itu kan rahsia Allah SWT.  Ada orang terlalu muda lagi dah pergi.  Ada orang dah bongkok tiga masih belum penghujung lagi. Sapa kita nak hakimi dan ukur jangka hayat orang lain, kan. By the way, haters kalau tak suka Misz-ella or tak suka baca blog i, tak payah lah baca.  No point you all datang sini baca lepas tu meyampah meluat segala. Means you come and read my entry lepas tu menyakiti hati sendiri. Haishhh .. kesian kat hati. Cuba jaga hati tu .. biar dia tak sakit, tak menyampah, tak meluat .. biar dia hepi selalu. Hati satu je tau .. tak da 'spare part'. Jaga hati eh .. jangan bagi dia sakit.

By the way, Misz-ella dah 're-stock' Vitamin C. Musim-musim panas hujan panas hujan ni adalah baik kalau kita jaga kesihatan.  Misz-ella dah 2 tahun amalkan makan Vitamin C and i'm very happy.  Dah lama tak demam, tak selsema, tak batuk .. Alhamdulillah.  Kita usaha jaga kesihatan kita .. ketentuannya Dia. Makan Vitamin C, selain dari dapat kuatkan antibodi badan, kulit pun semakin cantik.  Bila bersenam peluhnya Ya Ampunnn .. basah muka dan satu badan semua. I am very happy bila customer bagi 'positive feedback' diaorang hepi dengan Vitamin C yang misz-ella jual ni. Nak order Whatsapp 016-6223138 or email saya kat :- kakchik_ella@yahoo.com ye.

Hepi dapat share good products dengan korang semua.
Hepi dapat buat awak gembira.

Ok cukup dah membebel. Tq baca. Bye.









1 comments:

Unknown said...

Betul..tak guna kita dok menunduk je semata2 nak tunjuk kita betul sedangkan bila orang buat kita dia memang tak kan fikir simpati ke apa..bangkit dan lawan..itu cara nya nak ajar orang yang suka menganiaya kita.