Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Personaliti Pharmaton ~ Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian

Hello readers .. minggu lepas Misz-ella dijemput ke Majlis Meet and Greet Duta Pharmaton yang baru iaitu DJ Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian. Being a person who support healthy lifestyle, i make myself free to attend the Event.


Pharmaton peneraju rangkaian multivitamin di Malaysia adalah jenama yang memberikan lebih dari keperluan harian vitaman dan mineral malah Pharmaton juga memberi tenaga tambahan bagi menyediakan tubuh badan kita berhadapan dengan cabaran yang mendatang. Pharmaton's Swiss formula yang diperkayakan dengan Ginseng Extract G115 dan kombinasi vitamin dan mineral membekalkan nutrien bagi membolehkan seseorang mencapai lebih banyak di samping memberi manfaat kesihatan yang optimum.

Dalam sebuah Majlis baru-baru ini, Pharmaton telah memperkenalkan dua Personaliti baru mereka, Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian.

Ms. Carmenza Alarcon, Ketua Produk Kesihatan Malaysia/Singapore, Boehringer Ingelheim (Malaysia) Sdn Bhd menyatakan bahawa pihak mereka sangat teruja dapat bekerjasama dengan Fara dan Sherson sebagai Personaliti Pharmaton merupakan Wakil sempurna yang menepati teras-teras produk kami selari dengan gaya hidup aktif dan energetik mereka. Mereka berdua dinamik,, berkarisma, berjaya, dan adalah penjelmaan sempurna pengguna Pharmaton yang peka, fokus dan mahu mencapai yang terbaik dalam segala yang penting kepada mereka.


Sessi perkongsian bersama Fara Fauzana dan Sherson Lian

Fara Fauzana dalam Sessi perkongsiannya menceritakan bagaimana rutin harian beliau bermula seawal 4 pagi dan perlu ke udara pada jam 6 pagi dimana gaya hidup ini memerlukan disiplin dan tenaga yang tinggi. Walaubagaimanapun, kesungguhan dan minat beliau dalam tugas membuatkan beliau tidak keberatan melalui rutin tersebut setiap hari. Dengan bantuan Pharmaton, Fara Fauzana berupaya mengekalkan tenaga harian termasuklah bersukan tiap malam bersama rakan-rakan.


Chef Sherson dalam perkongsian beliau pada majlis tersebut menceritakan bagaimana Kerjaya beliau sebagai seorang Chef memerlukan daya tumpuan dan fizikal yang 'fit'.  Memasak memerlukan perancangan dan ketepatan. Beliau perlu sentiasa fokus dalam setiap perbuatannya bermula dari merancang menu sehingga ke memilih bahan yang tersegar dan terbaik. Sebagai seorang Chef, tenaga yang tinggi sangat diperlukan bagi menguruskan cabaran di dapur seperti keadaan haba, peralatan yang berat dan perlu sentiasa berdiri untuk jangka panjang. Selain dari itu, sebagai Pengacara rancangan memasak adalah penting agar beliau sentiasa peka agar boleh menghafal skrip disamping perlu berada di lokasi shooting untuk jangkamasa yang agak lama dan pengambilan Pharmaton banyak membantu beliau menyediakan diri untuk menghadapi saat-saat tersebut.

Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian pada Majlis memperkenalkan Personaliti Pharmaton baru-baru ini.

Pada Majlis tersebut juga Chef Sherson Lian juga menunjukkan cara-cara menyediakan Aiskrim Ginseng yang mana Ginseng adalah merupakan bahan utama di dalam Pharmaton.

Aiskrim Ginseng oleh Chef Sherson Lian




Pharmaton ~ Kombinasi Ekstrak Ginseng G115 bersama vitamin, mineral .. elemen yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.




Pharmaton adalah rahsia bagaimana Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian mengekalkan tahap tenaga yang tinggi dan mengekalkan gaya hidup sihat dalam menjalani rutin kerjaya mereka yang sentiasa sibuk.

1 comments:

Suria Amanda said...

Dulu SA suka ambil tablet ni....sekarang dah macam2 tablet ada....makin cantik si Fara ni kan....