Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Asam Pedas Ikan Patin. Roti Jala Love & Star


Menu utama Iftar semalam ialah Asam Pedas Ikan Patin. Asam Pedas memang 'favorite' seisi family. Sekejap je seperiuk licin. Misz-ella memang suka apa saja yang ada perkataan pedas. Kalau tak pedas tak 'kick', sakit perut i. Kahkahkah.



 Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan sedikit belacan yang dah ditumbuk halus. Bila dah semerbak wangi dapur kita kerana aroma belacan itu, masukkan serai yang dah dititik dan masukkan cili mesin dan masak sampai cili garing. Lepas tu masukkan air asam jawa. Kacau-kacau lepas tu masukkan ikan. Then letak air sikit, garam dan sedikit gula. Boleh jugak masukkan daun kesum kalau suka. Add a little bit of vege like tomato, bendi or terung. Ohhh sedap i tell u. Ada sesapa minat Asam Pedas? Kalau ada, wahhh kita geng. Meh Hi-Five *pap* tampar skrin. Haha.

Next is we prepared Roti Jala makan dengan Kari Ayam. Mama bancuh se kilo tepung gandum dengan santan, sebijik telur, garam dan sedikit pewarna kuning. Dia bancuh dalam mangkuk dan kisar bancuhan dalam 'blender' untuk haluskan dia. Se kilo tu dapat 35 keping Roti Jala .. habis kitorang makan ramai-ramai. Pantang jumpa makanan .. buruk sungguh perangai. Hehe. By the way, Roti Jala Love & Star net ini ialah hasil tangan Amir dan Aiman. Dari korang bergossip tentang Kak Ros terlawa di Asia tu kan, lagi bagus masuk dapur tolong Mama. Haha.

Minggu ke 2 Ramadan dah nak habis, we are entering the 3rd week, soon. Baju Raya dah siap? Kueh Raya dah tempah? Misz-ella masih ' zero' .. Raya feel belum mari.

OK readers .. Misz-ella nak buat kerja lain ni. Selamat Berpuasa & Thank You baca bebelan saya ini. Byeeee.




3 comments:

Suria Amanda said...

KC berjaya buat SA terliur...adoiyaiiii

Yanty Lee said...

Sedapnya sis!

anyss said...

Assalamualaikum,
sila buat deliberi ke bangi dengan kadar segera!