Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadhan 2015 - Dari Rebung Ke KL Tower

Hello Readers. Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Another interesting place for Buka Puasa yang Misz-ella sempat review. Kali ini kita akan berbuka puasa bertemankan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang bergemerlapan di malam hari.


Its Menara Kuala Lumpur readers - Moh Kito Berbuko!
*photo credit to SizzlingSuzai's insta*

Bersempena dengan Ramadhan tahun ini, Menara Kuala Lumpur dan Restoran Rebung telah bekerjasama untuk meraikannya dengan menyediakan Buffet Ramadhan @ KL Tower dari 23 Jun hingga 12 Julai 2015, bermula 6.30 hingga 10.00 petang di Mega View Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur. 

















Didatangkan khas dari dapur Restoran Rebung, pengunjung bakal menikmati masakan 'Kampung' yang sangat enak dan asli dan pelbagai lagi hidangan lazat yang disediakan oleh Chef Ismail. 









Pengunjung juga turut berpeluang untuk menemui Chef Ismail pada setiap Rabu dan Jumaat untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur.




Harga Buffet Ramadhan adalah RM99++ untuk dewasa dan RM59++ untuk kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak dari 1 hingga 3 tahun dan juga percuma tiket masuk ke Pelantar Permandangan, Menara Kuala Lumpur.




So buat mereka-mereka yang sedang merancang untuk Berbuka Puasa di luar lebih-lebih lagi buat yang mahukan kelainan, apa kata bawa kesayangan berbuka puasa dengan masakan Kampung sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang indah hanya di KL Tower. Bagai berada di kampung yang tinggi di awan yang biru .. Its so best I tell U. Kalau tak percaya cuba tengok Suzai, tersenyum bahagia dia di KL Tower. Hehe. *photo from SizzlingSuzai's Insta*

Bagi setiap pembelian 10 buffet Dewasa, 1 buffet percuma akan diberikan. Kemudahan surau turut disediakan bagi memudahkan pengunjung beribadah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2020 5444 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl


2 comments:

Unknown said...

siput sedut,gulai kawah..adoi..rasa macam nak masak semua petang ni..hahaha

Sizzling Suzai said...

HAHAHAHAHAHHA omg kakkkkk sebijik bijik muka sy sorg2 tu wat gapo tu??! hahahahaha MALUNYE letak la muke akk hahahhaha btw kak tq invite cantik temp n mknan pon mmg sodap!